Kertas Kerja Minda Sihat 2021 Dan PJK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BALAI

21610 MERCHANG, MARANG, TERENGGANU

KERTAS KERJA
PROGRAM
PEMBUGARAN EMOSI DALAM TEMPO
2021
SECARA DALAM TALIAN (on-line)

TARIKH: 18 SEPTEMBER-18 OKTOBER 2021


TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING
MEMBUGAR EMOSI DALAM TEMPO
1.0 PENGENALAN
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang melibatkan
intervensi unit bimbingan dan kaunseling kesejahteraan minda murid. Dalam tempoh
PDPR,UBK juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek
pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Saringan minda sihat telah
dijalankan sewaktu PDPR dan seramai 95% telah dapat menjalankan saringan minda sihat
ini.
Aktiviti dalam talian akan dijalankan bagi memberi penerangan yang lebih jelas. Aktiviti ini
berguna untuk membantu murid mengenalpasti simptom yang ada pada diri sendiri atau
kawan- kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang
perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya program berbentuk pertandingan juga
dirangka untuk melibatkan penyertaan murid agar bahan bahan yang dihasilkan dalam
pertandingan dapat digunakan untuk intervensi rakan bantu rakan.
Semoga aktiviti yang disusun dapat menangani kesihatan mental dan mengekalkan
kesejahteraan minda dan emosi.

2.0 OBJEKTIF
1. Murid mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenal gejala awal yang memberi
kesan kepada minda akibat pandemik atau krisis yang berlaku.
2. Dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang
dibimbing, sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing-
masing.
3. Aktiviti membugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri
masing-masing.

3.0 SASARAN
Semua murid tahun 5 dan 6

4.0 MATLAMAT
Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental.

5.0 TEMA
“Minda Sihat, Murid Sejahtera”
6.0 TEMPAT
Kediaman masing-masing

7.0 TARIKH AKTIVITI


18 September-18 Oktober 2021

8.0 TARIKH PERASMIAN PENUTUP


18 Oktober 2021

9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : En. Fauzuki bin Ismail (GB)
Pengerusi : En. Marzuki bin Omar (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1: En. Rozlan bin Awang (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Syuhairah binti Mohamed Sani (GPK Ko-Ku)
Setiausaha : Pn Zainun Harun
AJK : Pn Noorhidayatul Huda Abdullah
Pn Rudaniah Salim
Pn Alida Mustaffa

10.0 JADUAL PERANCANGAN AKTIVITI


Bil Aktiviti Perincian Tugas
1 Ceramah Minda Sihat  Menerangkan apa yang
Tahun 5 dan 6 dimaksudkan dengan Pembugaran
Emosi Dalam Tempo.
 Merungkaikan kemusykilan
berhubung dengan Pembugaran
Emosi Dalam Tempo.
2 Kuiz Pembugaran Emosi Dalam  Memastikan penyertaan yang
Tempo Secara Online menyeluruh dari semua murid
 Menyenaraikan nama pemenang
bagi setiap kelas.
11.0 PERUNTUKKAN PERBELANJAAN KUIZ MINDA SIHAT
HADIAH
Tahun 6 :Tempat pertama : 2 x RM 20.00 = RM 40.00
Tempat kedua : 2 x RM 18.00 = RM 36.00
Tempat ketiga : 2 x RM 16.00 = RM 32.00
Saguhati : 12 x RM 9.50 = RM 114.00
Jumlah = RM 222.00
Tahun 5 :Tempat pertama : 2 x RM 20.00 = RM 40.00
Tempat kedua : 2 x RM 18.00 = RM 36.00
Tempat ketiga : 2 x RM 16.00 = RM 32.00
Saguhati : 12 x RM 9.50 = RM 114.00
Jumlah = RM 222.00
Tahun 4 :Tempat pertama : 2 x RM 20.00 = RM 40.00
Tempat kedua : 2 x RM 18.00 = RM 36.00
Tempat ketiga : 2 x RM 16.00 = RM 32.00
Saguhati : 12 x RM 9.50 = RM 114.00
Jumlah = RM 222.00
Jumalah keseluruhan = RM 666.00

(Ringgit Malaysia Enam Ratus Enam Puluh Enam sahaja)

12. TENTATIF PROGRAM


18 September 2021
9.00 – 11.00 pagi – Ceramah Pembugaran Emosi Dalam Tempo oleh PK HEM
11.30-12.30 tengahari – Sesi Soal Jawab berkaitan dengan Program
2.00 petang – Kuiz Secara Dalam Talian bermula

18 Oktober 2021
9.00 – 10.00 pagi – Ucapan Perasmian Penutup Oleh Tuan Guru Besar
10.30 – 1.00 petang – Pemgumuman Keputusan Kuiz Secara Dalam Talian
2.00 – 4.00 petang – Penyampaian hadiah secara drive-thru
13.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program yang telah
direncakankan dan seterusnya dapat membantu kesejahteraan mental dan emosi murid
tahun 5 dan 6.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

----------------------------- -----------------------------
(ZAINUN BINTI HARUN) (FAUZUKI BIN ISMAIL)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Guru Besar
SK Gong Balai. SK Gong Balai
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BALAI
21610 MERCHANG, MARANG, TERENGGANU

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN SUKAN DAN
PERMAINAN
2021
SECARA DALAM TALIAN (on-line)

TARIKH: 10 - 20 OKTOBER 2021


TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING
KEMAHIRAN 1MURID 1SUKAN
1.0 PENDAHULUAN
Dasar 1Murid 1Sukan diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk
mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang
atau tidak aktif.Selain itu, ia juga     memberi peluang kepada semua murid yang berbakat
dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi dengan mengamalkan gaya hidup
norma baharu.

2.0 MATLAMAT PROGRAM KECERGASAN 1MURID 1SUKAN


2.1 Menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti sukan yang dirancang secara teratur
sekolah selari dengan aktiviti Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan
sendiri oleh murid secara individu mengikut lokasi keberadaan masing-masing.
2.2 Menjadi medium penggerak ke arah gaya hidup yang aktif dan sihat walaupun tidak
bersemuka
2.3 Meningkatkan peranan guru-guru secara berterusan dalam menyokong penglibatan
murid-murid dalam penganjuran bawah Dasar 1Murid 1Sukan.

3.0 RASIONAL
3.1 memperkasakan dan memperluas program-program sukan 1Murid 1Sukan ke arah
menyokong Dasar 1Murid 1Sukan.

4.0 OBJEKTIF
4.1 membudayakan amalan gaya hidup aktif dan sihat
4.2 membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap pertumbuhan dan
perkembangan tubuh badan serta kesihatan diri
4.3 mewujudkan peluang kepada murid SK Gong Balai memperkembangkan potensi diri
dalam aktiviti sukan; dan
4.4 menjadi platform intervensi dalam menguruskan masalah berat badan.

5.0 ANJURAN
Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan SK Gong Balai

6.0 KUMPULAN SASARAN


PROGRAM PENYERTAAN
GELECEK BOLA SEPAK TAHUN 4, 5 DAN 6
MENYANGGA BOLA TAMPAR TAHUN 4, 5 DAN 6
GELECEK HOKI TAHUN 4, 5 DAN 6
7.0 KETERANGAN PROGRAM
TARIKH PELAKSANAAN GERAK KERJA
10 Oktober 2021 Mesyuarat/ Perbincangan Bersama Penyelaras Aktiviti
12 Oktober 2021 Iklan/ hebahan kepada guru-guru dan murid-murid SK
Gong Balai
18 Oktober 2021 Tarikh tutup menerima penyertaan daripada murid-
murid
10 Oktober 2021 Penjurian peringkat sekolah

7.1 GELECEK BOLA SEPAK


Syarat-syarat pertandingan.
- Terbuka untuk Tahun 4, 5 dan 6.
- Murid dikehendaki menunjukkan kemahiran gelecek bola sepak dengan
menggunakan bola sepak bersama beberapa tiang ataupun orang
perseorangan.
- Murid dibenarkan menggunakan lagu semasa menjalankan aktiviti tetapi
tiada markah untuk lagu.
- Video berbentuk landskap dan pegun. Kamera hp diletakkan di suatu
tempat tetap dan tidak bergerak serta dibuat dengan satu rakaman tanpa
‘cut and paste.’
- Suntingan menambah kelajuan daripada kelajuam asal tidak dibenarkan.
- 3 peserta terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
7.3 MENYANGGA BOLA TAMPAR FREESTYLE
Syarat-syarat pertandingan.
- Terbuka untuk Tahun 4, 5 dan 6.
- Murid dikehendaki menunjukkan kemahiran menyangga bola tampar
dengan menggunakan bola tampar dan mempersembahkan Freestyle
Skills.
- Murid dibenarkan menggunakan lagu semasa menjalankan aktiviti tetapi
tiada markah untuk lagu.
- Video berbentuk landskap dan pegun. Kamera hp diletakkan di suatu
tempat tetap dan tidak bergerak serta dibuat dengan satu rakaman tanpa
‘cut and paste.’
- Suntingan menambah kelajuan daripada kelajuam asal tidak dibenarkan.
- 3 peserta terbaik akan dipilih sebagai pemenang.

7.2 GELECEK HOKI


Syarat-syarat pertandingan.
- Terbuka untuk Tahun 4, 5 dan 6.
- Murid dikehendaki menunjukkan kemahiran gelecek hoki.
- Murid dibenarkan menggunakan lagu semasa menjalankan aktiviti tetapi
tiada markah untuk lagu.
- Video berbentuk landskap dan pegun. Kamera hp diletakkan di suatu
tempat tetap dan tidak bergerak serta dibuat dengan satu rakaman tanpa
‘cut and paste.’
- Suntingan menambah kelajuan daripada kelajuam asal tidak dibenarkan.
- 3 peserta terbaik akan dipilih sebagai pemenang.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat / Pengerusi : En. Fauzuki bin Ismail (GB)
Naib Pengerusi (GPK Kokurikulum) : Pn. Syuhairah binti Mohamed Sani
GPK Kurikulum : En. Rozlan bin Awang
GPK HEM : En. Marzuki bin Omar
Penyelaras : En. Saipul Masri bin Mamat
AJK : En. Shahrul Azlie bin Embong
: Panitia PJK

9.0 JADUAL PERANCANGAN AKTIVITI


BI AJK PERINCIAN
L
1 PENYELARAS PROGRAM  Mendapatkan maklumat berkaitan
GELECEK BOLA SEPAK program.
1. En. Shahrul Azlie Bin Embong  Menyediakan flyer/ iklan yang
sesuai dengan program.
2 PENYELARAS PROGRAM  Menyelaras aktiviti mengikut
MENYANGGA BOLA TAMPAR ketetapan tarikh perancangan
FREESTYLE 
1. Pn. Noor Hidayatul Huda Bt.
Abdullah
3 PENYELARAS PROGRAM GELECEK
HOKI
1. En. Norsyaharin Fakhrin Bin Ab
Abid
4 SIJIL PEMENANG
1. Pn. Hajar Fariha Binti Awang  Menyediakan sijil-sijil pemenang
pertandingan
5 HADIAH PEMENANG
1. Pn. Rosmiza binti Yahya  Menyediakan hadiah yang
bersesuaian dengan peruntukan
6 DOKUMENTASI
1. Pn. Kamariah Binti Awang  Mengumpul bahan/ penyertaan
murid dalam bentuk digital

7 HAKIM PERTANDINGAN
GELECEK BOLA SEPAK  Mengadili pertandingan
1.En. Khairul Afizam bin Mamat  Memilih pemenang bagi tempat
pertama hingga ketiga serta
8 HAKIM PERTANDINGAN saguhati seramai 5 orang bagi
MENYANGGA BOLA TAMPAR setiap pertandingan.
FREESTYLE  Menyediakan senarai nama
1.En.Mahadi bin Ali @Yusof
9 HAKIM PERTANDINGAN
GELECEK HOKI pemenang mengikut kategori
1.En.Mohd Zainal Abidin bin Din

10.0 PERUNTUKKAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH
SEUNIT (RM)
(RM)
1 GELECEK BOLA SEPAK
(Tahun 4, 5 dan 6)

Tempat 1 (set alat tulis) 20.00 2 40.00


Tempat 2 (set alat tulis) 17.00 2 34.00
Tempat 3 (set alat tulis) 15.00 2 30.00
Saguhati (set alat tulis) 10.00 15 150.00
JUMLAH 254.00
2. MENYANGGA BOLA TAMPAR FREESTYLE
(Tahun 4, 5 dan 6)

Tempat 1 (set alat tulis) 20.00 2 40.00


Tempat 2 (set alat tulis) 17.00 2 34.00
Tempat 3 (set alat tulis) 15.00 2 30.00
Saguhati (set alat tulis) 10.00 15 150.00
JUMLAH 254.00
3. GELECEK HOKI
(Tahun 4, 5 dan 6)

Tempat 1 (set alat tulis) 20.00 2 40.00


Tempat 2 (set alat tulis) 17.00 2 34.00
Tempat 3 (set alat tulis) 15.00 2 30.00
Saguhati (set alat tulis) 10.00 15 150.00
JUMLAH 254.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 762.00

(Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Enam Puluh Dua Sahaja)


11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan Program Kemahiran 1Murid 1Sukan “Gelecek Bola Sepak’,
‘Menyangga Bola Tampar Freestyle’ dan ‘Gelecek Hoki’ (secara dalam talian)
peringkat SK Gong Balai 2021 ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga semua warga sekolah dapat
memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin dan diharapkan segala aktiviti
yang dirancang akan dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak positif
kepada warga sekolah.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ……………………………….
(EN. SAIPUL MASRI BIN MAMAT) (PN. SYUHAIRAH BINTI MOHAMED SANI)
Penyelaras GPK Kokurikulum SK Gong Balai

Disahkan oleh,

……………………………….

(EN. FAUZUKI BIN ISMAIL)


Guru Besar SK Gong Balai

You might also like