Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Kampung Seniawan /Senyawan telah wujud lebih 100 tahun

yang lalu, terletak ditepi Sungai Seniawan.


Pada tahun 1912, orang jepun telah mula datang ke kawasan
tersebut dan telah membuka kawasan penanaman padi
dikawasan Kebun 1 dan kebun 2, kawasan itu juga digelar
kawasan rimba padi ,disitu terdapat satu kawasan tadahan air
untuk disalirkan kekawasan padi yang dikenali dengan nama
pegong 15 di Jaya Ria yang telah dibina oleh orang jepon pada
masa itu , kemudian pada tahun 1929 kawasan itu telah
diluaskan lagi dengan tanaman getah,oleh Tuan Yosiokori.
Dikebun 1, sebelum usaha meluaskan kawasan ladang, pihak
jepon telah berbincang mengenai sempadan yang dibenarkan
antara orang kampong dan pihak ladang jepon,perbincangan
tersebut melibatkan kpg Seniawan yang diwakili oleh Hj Rais
Bin Assan dan Hi Ibong Bin Jaafar kpg Lubuk Antu selaku
pemimpin masyarakat pada Waktu itu , kesan peninggalan
jepun yang masih ada ,seperti Yorioka Sherine (Tokong
Jepon)yang terletak ditepi jalan Ensengei dekat Kebun Satu,
(Boiler Kapal) terdapat di Senyawan Jepon kerana disitulah
pengkalan bagi membawa hasil ladang keluar ,di Jaya Ria dan
Rimba Padi. Anuar Unid berdiri di hadapan salah satu struktur peninggalan
Jepun di Kampung Siniawan, Muara Tuang. - Foto Astro AWANI
Oleh kerana adanya kawasan Kebun 1 dan kebun 2 atau sekarang dikenali
dengan nama Samarahan Estate , maka ramailah orang kampung mula
berkerja disitu daripada bergantung menjadi nelayan sungai, petani tradisi
kepada menerima upah kerja/gaji dengan kadar gaji 15 sen sehingga 25
sen sehari ,ini diceritakan sendiri oleh datuk saya iaitu Jahari bin keto
yang lahir pada 1914. Kawasan samarahan estete atau Meran terus rancak
membangun hingga ramai yang telah datang dan bekerja di kawasan
ladang tersebut.
Pekerja telah disediakan dengan tempat tinggal atau rumah pekerja yang
dibina daripada kayu ,penduduk menggelarnya rumah kuarters dan rumah
Kolong. Pekerja-pekerja bukan sahaja datang daripada Kpg Seniawan
malahan kampung kawasan sekitar terdiri daripada orang Melayu ,
bidayuh, Cina, Iban dan Jawa.
Oleh kerana kawasan Samarahan estate semakin rancak membangun
dengan aktiviti perladangan dan menjadi tumpuan masyarakat waktu itu
untuk berkerja, maka banyak kemudahan telah disediakan antaranya
sebuah sekolah telah didirikan pada tahun 1947 iaitu SK Samarahan Estate Kesan Peninggalan Jepun Yang Masih Utuh Di Samarahan
yang masih ada hingga kini, Hospital (Sepeta) dibukit sepeta dan
Dispensery, kedai-kedai Cina (Ah song dan Ah Bui)di kawasan kebun satu
(1) dan kebun dua (2) yang kesan nya masih boleh dilihat hingga hari ini.
PINTU GERBANG TOKONG YORIOKA KOLAM/PEGONG 15 JAYA RIA
SHRINE

TINGGALAN BAHAGIAN KAPAL WAP TANGKI AIR KEBUN 1

TOKONG JEPON 1912


PENINGGALAN REL KERATA API KOLAM/PEGONG 15 JAYA RIA
(YORIOKA SHRINE)
• dibangunkan
dengan
• Kedatangan
Kewujudan Tahun Jepun Ke Tahun tanaman getah
Tahun Kampung dan padi oleh
Seniawan di 1912 - • Kawasan 1925 - Tuan Yosiokori
1800 samarahan
Sarawak. 1920 Estate Dibuka. 1940 • Menjadi
Kawasan Pesat
Ekonomi.
Pada tahun 1929 kawasan itu telah
diluaskan lagi dengan tanaman
getah,oleh Tuan Yosiokori. Dikebun 1,
sebelum usaha meluaskan kawasan
ladang,pihak jepon telah berbincang
mengenai sempadan yang dibenarkan
antara orang kampong dan pihak ladang
jepon, perbincangan tersebut melibatkan
kpg Seniawan yang diwakili
oleh Hj Rais Bin Assan dan Hj
Ibong Bin Jaafar kpg Lubuk
Antu selaku pemimpin
masyarakat pada Waktu itu
Kebanyakan tanah-tanah penduduk
Kampung Seniawan telah disukat dan
dikeluarkan O.T pada 1928. Sila rujuk
Lampiran 1.

GN: 758/52 OF 03.06.1952 BLOCK 14 SAMARAHAN/SERIAN LAND DISTRICT


Pada tahun 1940-an sehingga 50-an,
penyukatan dan pembukaan kawasan
baru telah dirancang untuk projek-
projek pertanian dan kawasan itu
sebahagiannya telah diberikan kepada
penduduk dan dikeluarkan geran,
sebahagian pula belum di keluarkan.
Tuan Borhan Bin Mohamad
Sablo merupakan cucu kepada Haji
Rais Bin Assan, hasil perkahwinan
anak perempuan nya dengan seorang
berketurunan Jepun bernama Tuan
Sablo atau Mat Ko Nok. Tuan Borhan
bin Sablo (Allahyarham Datuk Borhan
Sablo)pernah dilantik sebagai
Pengarah Land Survey Sarawak Pada
Tahun 70an.
GN: 758/52 OF 03.06.1952 BLOCK 14 SAMARAHAN/SERIAN LAND DISTRICT
Tujuan penyukatan dilot 758/52 Blok 14,
Samarahan Land District dilakukan untuk
menyediakankan kawasan pertanian baru
untuk diagih-agihkan kepada penduduk
samarahan Estate yang kebanyakanya
berasal daripada Kampung Seniawan dan
Lubuk Antu (Lubuk Ria).
Oleh kerana Samarahan Estate semakin
rancak dengan aktiviti ekonomi perladangan,
semakin ramai yang berkerja, tinggal disitu
bersama berkeluarga dan ada juga
meninggal dunia di kawasan Samarahan
estate dan dikekuburkan di lot 413 dalam
kawasan 758/52 blok 14, SLD.
Kawasan Samarahan Estate terus menjadi
tumpuan dan rumah-rumah perkerja tidak
mencukupi maka sebahagian daripada
mereka telah membuka perkampongan
baru,maka wujudlah kpg Rimba Padi dan
Jaya Ria pada tahun 1960-an sehingga 70-an
kebanyakannya berasal daripada Kampung KAMPUNG SENIAWAN JEPON, SAMARAHAN
Seniawan dan Lubuk Antu.
Haji Rais bin Haji Assan orang yang mula membuka
kampung Senyawan. Beliau dibantu oleh Hj Ibong Bin
Jaafar dari Kampung Lubuk Antu,mereka berdua
berperanan sebagai pemimpin masyarakat bagi
kedua- dua kampung tersebut dan Tuan Borhan Bin
Sablo sebagai Pegawai Landservey waktu itu.
Mereka bersama beberapa orang lagi merupakan
orang yang berusaha untuk mengurus dan menyukat
tanah kawasan GN NO. LOT 758/52, BLOCK OF
03.06.1952, BLOCK 14, SAMARAHAN LAND DISTRICT.
Setelah Haji Rais Bin Haji Assan meninggal dunia, Hj
Ibong Bin Jaafar telah dilantik sebagai Penghulu
mengantikan beliau yang mentadbir kedua- dua buah
kampung tersebut, Hj Sujang bin Razak yang tinggal
dikampung Senyawan pula dilantik sebagai Ketua
kampung bagi membantu penghulu pada waktu itu,
setelah Hj Sujang meninggal dunia,
Hj Morshidi bin Aris dilantik sebagai ketua kampung,
Setelah Hj Morshidi meninggal dunia, Jawatan itu
disandang Hj Anuar Bin Unid sejak 2004 hingga
sekarang.
Jawatan penghulu pula selepas Hj Ibong Bin Jaafar (Lubuk
Antu), kemudian disandang oleh Hj Sujang Bin Razak
(Seniawan), selepas itu Penghulu Zaini Bin Ibrahim (Jaya Ria)
selepas itu pula Hj Boh Bin Sabli (Lubuk Antu/Ria), kesemua
Penghulu -penghulu tersebut diberi bidangkuasa untuk
mentadbir Kampung Seniawan, Lubuk Antu dan Reban pada
awalnya, kemudian ditambah lagi Kampung Jaya Ria, Rimba
padi, Sg. Menaul, Sg. Bandung dan kpg Lintang Baru dan
tanah- tanah sekitar termasuk LOT 758/52, Blok 14, SLD. Sila
rujuk di lampiran 2, peta tanah lot yang telah disukat.
Semua penghulu dan ketua kampung yang meninggal dunia
telah dikuburkan di kawasan perkuburan Islam dalam lot 413,
kemudian tanah perkuburan dibesarkan lagi dengan
penambahan lot baru LOT 426 juga dalam lot 758/52 blok 14
Samarahan/Serian L/District. Kecuali Hj Rais dan Hj Ibong Yang
telah dikebumikan di tanah perkuburan Lubuk Buak.
Kerja-kerja merintis dalam lot 758/52 BLOK 14
Samarahan Land District, pernah disertai oleh
Encik Noh Bin Haji Abet, Dan Bin Mail serta
Jambel Bin Latif sudah meninggal dunia dan
Bujang Bin Sam, berusia 83 Tahun yang
masih ada dan boleh dirujuk. Surat
pengesahan perakuan telah dibuat bagi
mengukuhkan lagi kewujudan tanah Lot 758/52.
Tanah-tanah •Pegawai Yang
Pembukaan Diarahkan Untuk
penduduk
Kampung Tahun Kawasan Telah Tahun Menyukat Tanah Ialah
Tahun Dirancang
Tuan Borhan Bin
Mohamad Sablo
Seniawan telah 1940 - Untuk Projek- 1950 -
1925 disukat dan
•Tuan Borhan Bin

dikeluarkan O.T
1950 projek 1960 Mohamad Sablo
merupakan cucu
Pertanian kepada Haji Rais Bin
pada 1928 Assan
1. Rujukan utama rekod ini adalah daripada Ketua Kampung Kampung Seniawan
En.Anuar Bin Unid yg dahulunya diperolehi maklumat dari turun temurun KK HJ
MORSIDI, KK/PENGHULU HJ SUJANG, KK/PENGHULU HJ IBONG DAN KK/PENGHULU
YG PERTAMA MENTAKBIR KPG SENAWAN HJ RAIS BIN HJ ASSAN.
2. Kumpulan Maklumat dan rekod dari penduduk-penduduk kampung Seniawan, Lubuk
Antu dan Rimba Padi.
3. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prn-sarawak-tapak-peninggalan-
jepun-kampung-siniawan-semakin-dilupakan-329559
4. https://www.facebook.com/menarikdisamarahan/posts/tinggalan-penjajahan-jepun-
di-samarahan-estate-jaya-ria-dan-kpg-siniawan-jepon-i/2380026812255982/
5. https://www.iloveborneo.my/lihat-4-kesan-peninggalan-jepun-yang-masih-utuh-di-
samarahan/
Disclaimer:-
1. Kertas Sejarah ini telah diusahakan oleh JKKK Anuar Unid, AJK JKKK KPG
SENAWAN.
2. Dan dibantu oleh Cucu Penghulu Haji Sujang iaitu En.Abdullah Bin
Kasdi.

You might also like