Refleksi Kaza

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

NAMA MOHAMAD KAZA ANIQ AUMAN BIN GHAZALI

NO MATRIKS KSD220801027

DIPLOMA SYARIAH ISLAMIAH

SEMESTER SATU

NAMA PROGRAM MINI KHIDMAT MASYARAKAT


PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kepada Allah yang maha pemurah lagi maha
penyayang kerana atas limpah kurnianya saya berjaya menyelesaikan tugasan refleksi ini.
Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Hayati selaku pensyarah
kursus kokurikulum atas segala tunjuk ajar kepada saya selama ini, tidak lupa juga kepada
ibu dan ayah saya yang sentiasa mendoakan agar urusan saya dipermudahkan. Selain itu,
saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat di Kolej
Pengajian Islam Johor (MARSAH) kerana telah menyetujui program Mini Khidmat
Masyarakat yang ingin dilaksanakan oleh saya dan rakan-rakan sekelas. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan dan rakan sekelas atas kerjasama
dan komitmen yang telah diberikan sepanjang kerja kursus ini berlangsung.
Sepanjang program ini dijalankan, terdapat banyak perkara yang saya pelajari. Program
yang saya jalankan ialah program Mini Khidmat Masyarakat. Saya dan kumpulan
menjalankan program ini di Country Garden. Kami memilih tempat ini kerana disini memiliki
ramai pengunjung yang datang. Kami mula menjalankan aktiviti ini pada 13 September 2022
kerana pada hari tersebut, majoriti ahli kumpulan saya tidak melakukan sebarang aktiviti
lain. Saya dan rakan sekelas menganjurkan program ini kerana dalam program ini kami
dapat belajar bagaimana berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang awam. Antara ahli
kumpulan saya ialah Iqmal,Mimi, Hanan, dan Atiqah. Sebelum berkomunikasi dengan orang
awam, saya memberi salam dan bertanya apakah saya boleh mengambil masa mereka
sedikit? Saya menanyakan hal tersebut kepada mereka kerana segelintir daripada mereka
ada perkara lain yang perlu dilakukan. Saya rasa teruja apabila bercakap dengan orang
awam kerana ini adalah pengalamn pertama menubual dan berkomunikasi dengan orang
yang belum pernah saya kenal.

Sebelum program ini dijalankan, rakan saya yang bernama Atikah membuat kertas kerja
untuk meminta keizinan daripada pihak kolej untuk melaksanakan program Mini Khidmat
Masyarakat ini. Sepanjang program ini dijalankan, tiada gangguan yang menghalangi dan
saya dapat menjalankan program ini dengan lancar. Kepada mereka yang sudi meluangkan
masa mereka untuk menjawab beberapa pertanyaan yang ditujukan, saya dan kumpulan
memberikan sedikit hadiah seperti jajan dan gula-gula. Hadiah tersebut diberi manandakan
terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa pertanyaan yang
kami berikan. Alhamdulillah, mereka yang kami temui faham tentang program yang kami
laksanakan.

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil dalam peristiwa ini. Antaranya ialah kita
perlu tenangkan diri kita untuk berinteraksi dengan orang awam supaya apa yang keluar
dari mulut kita dapat difahami oleh mereka. Selain itu, kita perlu beradab apabila
berkomunikasi dengan orang yang kita temui supaya mereka selesa untuk membalas
percakapan dengan kita dan kita juga perlu pandai membaca situasi sebelum berbicara
dengan seseorang kerana diantara mereka ada yang sedang bekerja dan sibuk. Mudah-
mudahan pengajaran yang dapat diambil ini dapat memberikan keyakinan kepada kita
untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang awam

You might also like