Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rujukan Kami : MDS.

700-12/1/3/1
Tarikh : 14 September 2020

Kepada:

Bahagian Keselamatan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK),


IPD Sik,
Jalan Balai Pekan Sik,
08200 Sik Kedah.

Tuan,

MEMOHON PERLANTIKAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH MAAHAD DINI SULTAN ABDUL HALIM
SIK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin melantik Pegawai Perhubungan Sekolah di
Maahad Dini Sultan Abdul Halim Sik. Rasionalisasi perlantikan ini adalah sejajar dengan saranan
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi nasihat kepolisan kepada pelajar.

3. Pihak sekolah ingin memohon pihak IPD melantik seorang Pegawai sebagai Pegawai
Perhubungan Sekolah di Maahad Dini Sultan Abdul Halim Sik.

3. Harap pertimbangan daripada pihak tuan untuk menjalankan tugas serta mempertimbangkan
segala permohonan kami.

4. Semoga dengan kehadiran tuan akan memantapkan lagi disiplin di sekolah ini.
Kehadiran dan kerjasama dari pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian,terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA


KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”

Saya yang menjalankan amanah,

________________________
(NUR ATIQAH BT ABU SEMAN)
Setiausaha Sarana & Permuafakatan

You might also like