Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Allianz Junior Badminton

Championship (AJBC) 2022


Pernyataan persetujuan untuk menyertai Kejohanan Badminton Remaja Allianz 2022
Sila masukkan data peserta ke dalam borang di bawah dengan jelas dan dalam huruf besar
Setiap pemain diwajibkan mengisi borang ini

Nama Penuh
(Seperti dalam Kad Pengenalan/Pasport)

No. Kad Pengenalan

Jantina Gambar
Pasport

Tarikh Lahir (HH/BB/TTTT)

Umur

Negeri

Alamat

Alamat E-mel

Nama Sekolah

Masalah Kesihatan (jika ada)

Kumpulan Darah

Alahan

No. Telefon Bimbit

Kategori (Perseorangan / Beregu)

Nama Pasangan Beregu

Nama Ibubapa / Penjaga

No. Telefon Bimbit Ibubapa / Penjaga

Ini adalah dokumen yang penting. Sila baca dokumen ini sebelum menandatanganinya.

AJBC
Dengan memberikan maklumat yang berkaitan seperti yang dikehendaki dalam Pernyataan Persetujuan ini dan menandatanganinya, anda sebagai
peserta dan ibubapa/ penjaga bersetuju untuk menerima mesej-mesej pemasaran dan promosi dan bersetuju untuk dihubungi oleh Allianz Life Insurance
Malaysia Berhad dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (kesemuanya dikenali sebagai “Allianz Malaysia”) dan juga termasuk ejen
masing-masing mengenai produk insurans hayat dan insurans am Allianz.

Apabila anda memberikan maklumat kepada Allianz Malaysia mengenai orang lain, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk
bertindak untuk mereka, untuk memberi persetujuan untuk pemprosesan maklumat peribadi mereka dan untuk menerima sebarang notis privasi data
bagi mereka.

Data peribadi anda (dan data peribadi yang telah diserahkan oleh anda) akan diproses mengikut dasar privasi Allianz Malaysia (sila lihat Polisi Privasi
di allianz.com.my/privacy-statement) untuk tujuan yang dinyatakan. Anda juga berhak untuk membuat permintaan secara bertulis kepada Allianz
Malaysia untuk menghentikan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran pada masa depan melalui e-mel kepada
customer.service@allianz.com.my atau ajbc@allianz.com.my.

Persetujuan Penyertaan:
1. Kelayakan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya memenuhi semua syarat-syarat dan keperluan untuk menyertai Kejohanan Badminton
Remaja Allianz 2022 (“Kejohanan”).

2. Persetujuan untuk penyertaan: Saya memahami bahawa penyertaan dalam Kejohanan mungkin melibatkan risiko ke atas keselamatan dan harta
saya, termasuk kecederaan atau penyakit serta kerosakan atau kehilangan harta benda saya.

3. Persetujuan untuk menggunakan nama dan gambar saya: Saya dengan ini memberi kebenaran bagi butiran biografi, nama, kenyataan, gambar,
rakaman atau wawancara (yang diperolehi oleh Allianz Malaysia) yang melibatkan saya atau yang berkaitan dengan saya untuk digunakan oleh
Allianz Malaysia dan pihak ketiga yang bertindak bagi pihak Allianz Malaysia pada potret fotografi, lukisan, representasi visual, pita video atau filem
untuk pemasaran dan tujuan pengiklanan termasuk tetapi tidak terhad kepada penerbitan di Internet dan dalam bahan pengiklanan (risalah, iklan,
risalah, poster dan lain-lain). Penyertaan saya dalam Kejohanan akan dirakam dan saya bersetuju bahawa imej, bunyi dan filem rakaman ini boleh
digunakan secara umum untuk tujuan yang dinyatakan di atas tanpa sebarang had geografi atau masa. Saya memberi kebenaran untuk rakaman
ini untuk digabungkan dengan imej-imej lain, bunyi dan rakaman filem, teks atau grafik dan untuk disunting, diubahsuai dan digunakan untuk tujuan
pemasaran dan pengiklanan seperti yang dinyatakan di atas. Saya faham bahawa saya tidak berhak mendapat apa-apa ganjaran.

Saya dengan ini memindahkan mana-mana hak penggunaan atau kedudukan undang-undang yang serupa yang mungkin timbul kepada Allianz
Malaysia secara percuma. Pemindahan ini tidak terhad dari segi masa atau wilayah. Ia membenarkan Allianz Malaysia untuk menggunakan bahan
yang dihasilkan dan menghasilkan semula secara terbuka di akhbar dan media dalam talian, di televisyen dan radio dan dengan kaedah liputan lain
untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

Saya mengakui bahawa ibubapa saya/ penjaga dan saya mempunyai hak untuk membatalkan kebenaran ini pada bila-bila masa melalui e-mel ke
alamat e-mel ajbc@allianz.com.my.

4. Penyata persetujuan untuk pemprosesan data: Saya dengan ini membenarkan Allianz Malaysia untuk mengumpul, menyimpan dan menggunakan
data peribadi saya semata-mata dalam konteks penyertaan saya dalam Kejohanan dan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3. Allianz
Malaysia tidak akan memindahkan data peribadi saya kepada pihak ketiga tanpa kebenaran saya. Ini tidak dikenakan kepada
organisasi-organisasi yang telah diarahkan oleh Allianz Malaysia untuk menganjurkan Kejohanan bagi pihak Allianz Malaysia bagi tempoh
Kejohanan.

Saya faham bahawa saya boleh menghantar e-mel kepada customer.service@allianz.com.my atau ajbc@allianz.com.my pada bila-bila masa untuk
meminta maklumat mengenai data peribadi yang disimpan, dan untuk meminta data peribadi anda untuk diubah, diperbetulkan atau dipadam.
Data peribadi hanya akan disimpan di luar tempoh Kejohanan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3.

5. Had Liabiliti: Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, Allianz Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian
kepada harta atau kewangan yang mungkin timbul berkaitan dengan penyertaan saya dalam Kejohanan. Had liabiliti di atas hendaklah juga
terpakai bagi manfaat wakil yang sah di sisi undang-undang, pekerja dan ejen lain yang mewakili Allianz Malaysia.

6. Undang-undang Terpakai: Kenyataan ini dan apa-apa pertikaian undang-undang yang mungkin timbul berkaitan dengan penyertaan saya dalam
Kejohanan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

AJBC
Nama Penuh
(seperti dalam Kad Pengenalan/
Pasport peserta, dalam huruf besar)

Tarikh (HH/BB/TTTT) Tandatangan peserta

Nama Penuh Ibubapa / Penjaga


(seperti dalam Kad Pengenalan/Pasport,
dalam huruf besar)

No. Kad Pengenalan

No. Telefon Bimbit

Nyatakan sama ada wakil yang sah di sisi undang-undang ialah seorang ibu atau bapa atau penjaga
yang sah dengan membulatkan perkataan yang betul:

Ibubapa / Penjaga

Tarikh Tandatangan Ibubapa/Penjaga

Tarikh Mula Pendaftaran


Pendaftaran bermula:
Tarikh Tutup:

Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hantar e-mel kepada ajbc@allianz.com.my
Syarat-syarat penuh penyertaan boleh di dapati di allianz.com.my/ajbc.

AJBC

You might also like