Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1 / 2021

SK STALON, DARO

MASA : 3.00 petang

TEMPAT : BILIK REHAT SK STALON

TARIKH : 06 April 2021

KEHADIRAN:

BIL NAMA JAWATAN


1. En. Ahmad Faizal Bin Norily Guru Besar
2. Pn. Tiong Sin Ling Pk 1/ Guru Bahasa Inggeris
3. En. Hadmy Sharifuddin bin Roslan Ketua Panitia
4. En. Muhammad Zikri bin Poster Guru

Agenda:

1. Ucapan Guru Besar

2. Ucapan Ketua Panitia Bahasa Inggeris

3. Lantikan jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris 2021

4. Pelan Strategik & Tindakan / OPPM

5. Aktiviti sepanjang tahun dan bajet

6. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Dokumen Standard Kurikulum


Pentaksiran (DSKP)

7. Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

8. Tugasan Murid

9. Peperiksaan dan Pentaksiran (PBS dan PBD)

10. Hal-hal lain


Bil Butir-Butir Perbincangan

1.0 Ucapan alu-aluan Guru Besar

Sekapur sireh daripada Guru Besar, Encik Ahmad Faizal Bin Norily mengalu-
alukan kehadiran semua guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris

Tindakan : Untuk Makluman

2.0 Ucapan alu-aluan Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Encik Ahmad Faizal Bin Norily mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran
semua guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Beliau amat
mengharapkan kerjasama semua guru Bahasa Inggeris dapat menyumbangkan
tenaga dalam meningkatkan prestasi murid dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

Tindakan : Untuk Makluman

3.0 Lantikan Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris 2021

Penaung /Penasihat : En. Ahmad Faizal Bin Norily ( Guru Besar )


Pengerusi : Pn. Tiong Sin Ling
Ketua Panitia : En. Hadmy Sharifuddin bin Roslan
Setiausaha : En. Muhammad Zikri bin Poster

Tindakan : Untuk Makluman

4.0 Pelan Strategik & Tindakan / OPPM

4.1 Lampiran Pelan Strategik, Tindakan dan OPPM bagi panitia Bahasa
Inggeris telah diedarkan sebagai rujukan. Semua panitia diminta untuk
membaca semua bahan yang diedarkan.

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris


dan Prasekolah

5.0 Aktiviti Sepanjang Tahun dan Bajet

5.1 Ketua Panitia telah merancang beberapa aktiviti untuk sepanjang tahun.
Aktiviti yang telah dirancang ialah English Assembly, Program “ One
Week, One Book”, Program “Know Your Nilam”, Program “Talk About
It”, English Everywhere, Program “Push To Your Max” “ Mastery
Phonics”, English Day, “One Word, One Day”, “Let’s Sing” kerjasama
Panitia Muzik.

5.2 Aktiviti yang memerlukan bajet ialah English Day (Rm250) dan Let’s
Sing (RM50). Bajet untuk dua aktiviti ini akan diambil dari peruntukan
PCG tahun ini
Tindakan : Semua Bahasa Inggeris dan
Prasekolah

6.0 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) / Dokumen Standard Kurikulum


Pentaksiran (DSKP)

6.1 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu dihantar kepada Guru Besar untuk
disemak. RPT yang telah disemak perlu di simpan dalam fail.

6.2 Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) perlu dimuat


turunkan dan disimpan dalam fail panitia.
Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

7.0 Rancangan Pengajaran Harian

7.1 Format bagi Rancangan Pengajaran Harian KSSR telah dibincang.

7.2 Rancangan Pengajaran Harian perlu dihantar kepada penilai pertama


untuk disemak. Rekod Penghantaran RPH perlu diisikan dan rekod
penghantaran untuk sendiri perlu ditandatangan

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

8.0 Tugasan Murid

8.1 Tugasan murid digalakkan dan guru hanya boleh memberi 1 kerja rumah
sahaja.

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

9.0 Peperiksaan dan Pentaksiran (PBS dan PBD)


9.1 Format ujian Bahasa Inggeris bagi Tahap 2 adalah seperti format kertas
ujian UPSR.

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

10.0 Hal-hal lain

10.1 Sudut Bahasa Inggeris


Ketua panitia menyarankan supaya diwujudkan sudut Bahasa Inggeris
dalam setiap kelas untuk memberi informasi atau sebagai tempat untuk
murid mempelajari sesuatu yang baru berkaitan dengan mata pelajaran
Bahasa Inggeris.

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

10.2 Ketua Panitia mencadangkan PLC dijalankan sebanyak 2 kali setahun


untuk kelas DLP dan kelas bercantum.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

Oleh kerana tiada perkara yang berbangkit, mensyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Dicadangkan oleh : Hadmy Sharifuddin bin Roslan

Disokong oleh : Tiong Sin Ling

Disediakan oleh:

(HADMY SHARIFUDDIN BIN ROSLAN)


KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS
SEKOLAH KEBANGSAAN STALON

DISEMAK OLEH:

(TIONG SIN LING)


PENOLONG KANAN 1
SEKOLAH KEBANGSAAN STALON

DISAHKAN OLEH:
(AHMAD FAIZAL BIN NORILY)
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN STALON

You might also like