Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TIPS SEBELUM, SEMASA, DAN SELEPAS TEMUDUGA

1.1 Tips Sebelum Temuduga

Beberapa hari sebelum menghadiri temuduga, calon boleh membuat persediaan


seperti berikut:

a) Dapatkan maklumat tentang syarikat/ organisasi.


● Cuba dapatkan maklumat seperti profil syarikat, organisasi syarikat,
operasi syarikat serta perkara lain yang berkaitan dengan
syarikat/organisasi yang bakal anda pergi temuduga.
● Gunakan apa sahaja medium seperti portal rasmi syarikat, atau media
sosial yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat supaya calon
benar-benar tahu tentang syarikat/ organisasi tersebut.
b) Berlatih menjawab soalan
● Calon boleh berlatih menjawab soalan-soalan yang biasa ditanya
ketika temuduga seperti:
i) Sila ceritakan tentang diri anda dan mengapakah anda
berminat untuk bekerja disini?
ii) Apakah kekuatan dan kelemahan anda?
iii) Mengapa kami patut memilih anda?
c) Membaca semula huraian pekerjaan yang dimohon.
● Baca semula serta fahami kemahiran khusus yang diperlukan oleh
syarikat/ organisasi.

Tips: Fikirkan contoh kerja yang berkaitan dengan kerja yang pernah
anda lakukan sebelum ini. Gunakan kaedah STAR untuk bercerita
dengan jelas iaitu Situasi (Situation), Tugas (Task), Tindakan (Action)
dan Hasil (Result).

d) Sediakan soalan untuk penemuduga


● Temuduga adalah komunikasi 2 hala. Majikan juga mengharapkan
anda untuk bertanyakan soalan kerana mereka ingin tahu berapa
seriuskah anda ingin bekerja di syarikat/ organisasi mereka. Antara
soalan yang boleh ditanya adalah seperti:
i) Adakah syarikat/ organisasi ini menawarkan atau menyediakan
latihan untuk memantapkan kemahiran-kemahiran tertentu dan
sebagainya?
ii) Berapa kerap syarikat/ organisasi ini menjalankan penilaian
semula prestasi kerja pekerja?
iii) Apakah laluan kerjaya yang lebih baik melalui jawatan ini?
(Career Progress)
e) Siapkan pakaian untuk temuduga Seawal 1 hari
● Anda perlu menyiapkan pakaian untuk temuduga yang betul dan
sesuai dengan jawatan syarikat/ organisasi tersebut sekurang-
kurangnya 1 hari sebelum.
f) Bawa salinan resume, dokumen, buku nota dan pen.
● Bawa sekurang-kurangnya 5 salinan resume untuk diberikan kepada
setiap penemuduga.
● Semak dan susun semula salinan atau dokumen yang perlu dibawa
semasa sesi temuduga.
● Bawa pen dan buku nota kecil untuk membuat sebarang catatan
penting semasa sesi temuduga dijalankan.
g) Sampai awal di tempat temuduga
● Datang awal 30 minit sebelum sesi temuduga dijalankan. Rancang
perjalanan anda dengan teliti.
h) Tanggapan Pertama (First Impression)
● Pastikan calon memakai kasut yang bersih, rambut yang kemas, dan
rapi, baju yang bersih dan wangi.
1.2 Tips Semasa Temuduga

Temuduga satu proses langkah permulaan sebelum masuk ke alam pekerjaan.


Terdapat ramai calon yang memiliki kelayakan yang dikehendaki namun gagal
meyakinkan penemuduga untuk mengambil mereka bekerja. Berikut merupakan
Tips semasa sesi temuduga dijalankan:

a) Amalkan adab dan bahasa badan dengan baik.


● Tampilkan bahasa badan yang lebih yakin dan beradab ketika
temuduga dijalankan. Duduk dengan tekstur badan yang betul. Tarik
nafas mungkin dan hembus perlahan-lahan untuk menghilangkan
perasaan cemas dan ianya akan membantu anda lebih yakin.

Tips tambahan: Apabila nama anda dipanggil, ketuk pintu. Terus masuk
dan beri salam atau ucap selamat (jangan menjenguk masuk dan
keluar kepala anda kerana ini menunjukkan anda seorang yang kurang
berkeyakinan diri).

b) Jangan bercakap negatif mengenai majikan anda sebelum ini

● Jangan sesekali anda menceritakan masalah anda dengan majikan


sebelum ini pada penemuduga walaupuan anda disoal oleh mereka.
Ini boleh membuatkan penemuduga memberikan pandangan yang
negatif buat anda. Anda hanya perlu fokus pada kelebihan dan
kebaikan yang anda perolehi untuk penambahbaikan di masa akan
datang.

c) Kaitkan Jawapan Anda Dengan Kemahiran Dan Pencapaian Anda

● Setiap kali anda menjawab soalan yang diajukan, kaitkan jawapan


anda dengan kemahiran serta pencapaian anda. Gunakan setiap
peluang yang ada supaya jawapan yang diberikan adalah menarik
dan penemuduga menjadi yakin dengan anda.
1.3 Tips Selepas Temuduga

Selepas temuduga anda selesai, anda boleh lakukan perkara berikut:

a) Hantar Email Terima Kasih secara peribadi


● Minta kad nama setiap penemuduga selepas sesi temuduga tamat.
Sekurangnya anda boleh menghantar emel kepada mereka dan
ucapkan terima kasih serta masukkan nota yang telah anda catatkan
semasa sesi temuduga dijalankan.

You might also like