Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

KKP60203

ETIKA KAUNSELING DAN PERUNDANGAN

Disediakan oleh,

HEMAVATI A/P RAWY M20211000238

LOGANANTHINI DHANABALAN M20211001590

RAMANI A/P ALAGARI M20211002170


PENGENALAN

Dalam tugasan ini, kami telah menemubual seorang kaunselor berdaftar yang hebat iaitu Puan
Vithiyaavathy a/l Nittianatham atau lebih mesra digelar Puan Vithiyaa mengenai etika
kaunseling. Beliau merupakan seorang guru bimbingan dan kaunseling di salah sebuah sekolah
rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Samudra, Batu Caves, Selangor. Beliau berasal dari
Rawang, Selangor. Selepas SPM, beliau telah meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda
di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban dalam Bimbingan dan
Kaunseling. Pada zaman sekolah, beliau sangat aktif dalam persatuan yang melibatkan
kesukarelawanan dan rakan sebaya. Beliau juga aktif dalam pelbagai program dan aktiviti di
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban. Dalam aktiviti dan program
tersebut beliau telah banyak mengaplikasikan teknik dan teori kaunseling. Beliau akhirnya
menamatkan sarjana muda dalam tempoh 5 tahun berkat kecekalan dan tidak berputus asa
dalam mencari ilmu.

Pada tahun akhir di pengajian sarjana muda, beliau dipanggil untuk menghadiri temuduga oleh
Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan beliau memperolehi lesen kaunselor berdaftar ketika
tahun 2018 iaitu sebelum beliau bergraduasi. Selepas memperolehi lesen kaunselor, beliau
telah memulakan perkhidmatan beliau sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling pada tahun
2019. Kini beliau telah berkecimpung dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling lebih kurang
4 tahun. Selain menjalankan sesi kaunseling di sekolah, beliau juga melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh non-governmental organization (NGO) seperti Education,
Welfare & Research Foundation Malaysia (EWRF) dan Civil Society Intervention (CSI).
Beliau memberi komitmen sebagai seorang kaunselor berdaftar dengan menjalankan ceramah,
memberikan kesedaran tentang kesihatan mental, keibubapaan, akademik dan sebagainya.

Dengan pengalaman yang beliau perolehi selama 4 tahun berkecimpung dalam dunia
bimbingan dan kaunseling, banyak pengalaman yang dapat kami perolehi melalui temubual
yang telah dijalankan. Menurut beliau, kerahsiaan merupakan satu isu yang mempunyai
implikasi etika dan perundangan untuk pengamal kesihatan mental. Seseorang kaunselor boleh
disabitkan kesalahan perundangan iaitu penyelewengan amalan sekiranya beliau gagal dalam
mengendalikan etika kerahsiaan. Di sekolahnya pula terdapat isu guru sekolah yang menjaga
kerahsiaan di kalangan anak sendiri tetapi sebaliknya dengan murid lain. Hal ini menyebabkan
etika kerahsiaan tidak dipatuhi dengan betul.
Pendedahan maklumat klien kepada pihak-pihak lain tanpa keizinan mereka boleh
mencetuskan implikasi legal atau perundangan. Maka, pendedahan maklumat klien ini harus
dikawal oleh kaunselor berdasarkan prinsip dan etika kerahsiaan yang ditunjang melalui garis
panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA, Semakan 2008)
dan Akta Kaunselor atau Akta 580 (1998). Maka, seseorang kaunselor bertanggungjawab
memelihara hak bersendirian klien ini dengan sebaik mungkin. Kaunselor sekolah kini
berdepan dengan banyak isu legal etika kerahsiaan. Ramai penyelidik telah membincangkan
perkara-perkara yang boleh disabitkan kesalahan perundangan terhadap kaunselor sekolah
dalam aspek etika kerahsiaan. Misalnya, kegagalan untuk melaporkan kes penderaan kanak-
kanak boleh mengakibatkan pendakwaan sivil dan jenayah (Corey, Corey dan Callahan, 1998;
Hermann, 2002).

Menurut Hermann (2002) kerahsiaan merupakan suatu isu legal yang merumitkan kaunselor.
Seseorang kaunselor boleh disabitkan kesalahan perundangan iaitu penyelewengan amalan
sekiranya beliau gagal dalam mentadbirkan klien yang mengancam untuk melakukan
keganasan. Bahkan kaunselor boleh juga disepina (perintah mahkamah) bagi menghadiri
perbicaraan mahkamah untuk memberi keterangan terhadap rekod klien.

TINJAUAN LITERATUR

Biggs dan Blocher (1987) menyatakan bahawa dalam melaksanakan tugas sebagai seorang
kaunselor maka adalah perlu seseorang kaunselor itu peka terhadap etika. Kaunselor wajar
memahami dan mengamalkan etika terutama etika kerahsiaan kerana klien selalunya adalah
seorang individu yang sangat lemah dan mudah untuk dimanipulasi. Secara umumnya etika ini
adalah untuk memberitahu kaunselor apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh
mereka dalam menjalankan tugasnya sebagai kaunselor profesional.

Seterusnya Isaacs dan Stone (1999) menyatakan bahawa kerahsiaan adalah perkara untuk
memperoleh kepercayaan klien. Secara umum, pelajar tidak akan mendapatkan perkhidmatan
kaunseling sekiranya etika kerahsiaan tidak dihayati dan diamalkan oleh kaunselor. Dalam
mana-mana profesion atau pekerjaan, pasti akan ada kod etika atau peraturan yang perlu
dipatuhi oleh ahli profesion itu. Kod etika bertujuan untuk menentukan kualiti perkhidmatan
yang diberikan. Kod etika juga akan menjaga nama baik profesion dan kepentingan orang yang
menerima perkhidmatan berkenaan (Noriah, Zuria dan Amla, 2003).
Berdasarkan kenyataan ini, kod etika yang digariskan oleh PERKAMA (Semakan, 2008) telah
mengintegrasikan ketiga-tiga komponen kefahaman, kesedaran dan amalan etika kerahsiaan
agar dipelihara. sebaik mungkin oleh para kaunselor. Seterusnya, Kod Etika American
Association for Counseling and Development (AACD 1988) juga telah menyatakan secara
bertulis tentang kepentingan kefahaman dan amalan memelihara etika kerahsiaan dalam
kalangan pengamal kaunseling.Demikian juga etika kerahsiaan juga diberi penekanan yang
penting dalam hubungan sesama manusia menurut al-Quran iaitu Dalam buku Riyadhus
Shalihin Jilid 1 (Taman Orang-orang Solih) yang dikarang oleh Imam Nawawi (1994), ada
menyatakan beberapa buah hadis Nabi Muhammad saw., dan petikan al-Quran yang berhubung
kait dengan perkara kerahsiaan. Antara perkara-perkara kerahsiaan tersebut adalah:

i. Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w., sabdanya: ‘Barang siapa menutup aib (rahsia) orang
lain atau saudaranya maka sesungguhnya Allah akan menutup keaibannya (rahsia) di dunia dan
akhirat’(Riwayat Muslim, halaman 360).

ii. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengarRasullah s.a.w., bersabdanya : ‘Setiap
umatku itu dimaafkan, kecuali orang-orang yang menampakkan kejahatannya sendiri yang
telah dilakukan pada waktu malam, kemudian pada waktu pagi dia telah menceritakan
kejahatannya, sedangkan Allah swt., telah menutupi keburukannya’ (Riwayat Mattafaq‘alaih,
halaman 361).

iii. Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: Rasullahs.a.w., bersabdanya : “Sesungguhnya
seburuk-buruk manusia di sisi Allah dalam hal kedudukannya pada hari kiamat ialah apabila
seseorang lelaki yang bersama isterinya di malam hari, kemudian menceritakan hal tersebut
kepada orang lain keesokan harinya pula. Hal ini termasuk dosa besar (Imam Nawawi, 1994 :
Riwayat Muslim)
Latar belakang sampel
Dalam tugasan ini, kumpulan kami telah menemu bual seorang kaunselor bernama
Vithyavathy atau lebih mesra digelar Cikgu Vithya. Beliau merupakan seorang guru bimbingan
dan kaunseling di salah sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Samudera di
Batu Caves, Selangor. Beliau berasal dari Rawang, Selangor. Selepas SPM, beliau telah
meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar, Seremban dalam Bimbingan dan Kaunseling. Semasa zaman persekolahannya, dia
sangat terlibat dalam organisasi yang melibatkan sukarelawan dan bekerja dengan rakan
sekelasnya. Beliau turut menyertai pelbagai program dan aktiviti di Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar, Seremban. Dia amat berbangga kerana dapat menamatkan ijazah
sarjana mudanya dalam tempoh lima tahun, walaupun ia merupakan satu cabaran buatnya.

Pada tahun akhir di pengajian sarjana muda, beliau dipanggil untuk menghadiri
temuduga oleh Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan beliau memperolehi lesen kaunselor
berdaftar ketika tahun 2018 iaitu sebelum beliau bergraduasi. Selepas memperolehi lesen
kaunselor, beliau telah memulakan perkhidmatan beliau sebagai Guru Bimbingan dan
Kaunseling pada tahun 2019. Kini beliau telah berkecimpung dalam bidang Bimbingan dan
Kaunseling lebih kurang 4 tahun.

Selain menjalankan sesi kaunseling di sekolah, beliau juga melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Non-Governmental Organization (NGO) seperti
Education, Welfare & Research Foundation Malaysia (EWRF) dan Civil Society Intervention
(CSI). Beliau memberi komitmen sebagai seorang kaunselor berdaftar dengan menjalankan
ceramah, memberikan kesedaran tentang kesihatan mental, keibubapaan, akademik dan
sebagainya.

Menurut pengalaman kaunselor ini, masalah di sekolah rendah biasanya berpunca


daripada masalah pembelajaran, ketidakhadiran pelajar, dan masalah disiplin sekolah. Cikgu
Vithya berkata bahawa dia sentiasa mematuhi kod etika profesional apabila bekerja. Beliau
dapat membantu mengurangkan banyak masalah melalui sesi kaunseling.
DAPATAN TEMUBUAL

Hasil dapatan kajian temu bual bersama kaunselor tentang pengalaman beliau dan isu
tentang telah dikumpul. Kaedah yang digunakan untuk temu bual ialah secara maya iaitu
aplikasi Zoom. Kajian temu bual ini menerangkan isu etika yang pernah diharungi oleh
kaunselor. Berdasarkan temu bual, kaunselor dengan kaunselor Vithya, beliau membincangkan
kod etika kaunseling yang dipegang.

Etika kaunseling yang telah diberi perhatian oleh kaunselor Vithya ialah berkaitan
kerahsiaan. Banyak situasi yang menyukarkan lagi kaunselor untuk kekal dalam hubungan
professional dengan klien. Bagi mengatasi situasi tersebut, kaunselor Vithya berpendapat
bahawa kaunselor harus sentiasa merujuk Kod Etika Kaunseling kerana ia menyediakan satu
garis panduan bagi kaunselor dan menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul.

Kaunselor Vithya telah mendapat banyak kes mencabar selama 4 tahun menjadi
kaunselor di SK Taman Samudera. Mula-mula, beliau mendapat kes-kes kecil seperti
ketidakhadiran sekolah, kes disiplin, ponteng sekolah dan sebagainya. Kemudian, beliau
mendapat kes- kes yang mencabar seperti penderaan secara seksual dan sebagainya. Selepas
itu, beliau memberitahu bahawa itu merupakan kes-kes yang sangat serius dan perlu diberi
perhatian. Jikalau kaunselor gagal memberi perhatian, maka ini akan mengancam selepas
murid tersebut berada di sekolah menengah.

Beliau menambah bahawa semasa covid beliau menghadapi banyak cabaran dalam
mengendalikan kes kaunseling. Pada masa itu, PPD dan JPN telah mengeluarkan kenyataan
bahawa tidak dapat melakukan kaunseling melalui talian kerana ia melanggar kod etika
kaunselor. Namun, beliau dan beberapa cikgu telah mengambil tindakan menziarahi untuk
mengetahui keadaan murid-murid. Apabila covid sudah menjadi normal, kaunselor Vithya
dapat menjalankan sesi kaunseling dengan biasa.

Isu etika yang dihadapi oleh beliau ialah isu kerahsiaan. Beliau mengatakan bahawa
guru kelas di sekolahnya akan membawa murid yang bermasalah untuk sesi kaunseling.
Selepas kaunseling berlaku, selalunya guru kaunseling dan guru-guru lain akan bertanya
bahawa apa yang berlaku. Kaunselor Vithya berkata bahawa beliau akan mengelakkan untuk
menghadapi situasi semacam itu. Beliau juga mengatakan bahawa ramai guru kurang faham
dengan etika kerahsiaan.
Selain daripada itu, beliau mengatakan bahawa jikalau kliennya anak guru, rahsia
tersebut akan dijaga dengan betul supaya orang lain tidak mengetahuinya. Tetapi jika bukan
anak guru, rahsia tersebut akan disebarkan kepada semua orang. Ini menyebabkan kliennya
tidak datang ke sesi seterusnya. Itu akan jadi isu hangat di kalangan guru dalam sekolah
kaunselor tersebut. Berdasarkan pengalaman, beliau pernah menghadapi sat ukes dimana guru
ganti mencadangkan satu murid untuk sesi kaunseling.

Beliau juga setuju dengan cadangan guru ganti tersebut. Tetapi apa yang berlaku
selepas itu ialah, guru ganti tersebut memaksa beliau untuk datang sekali untuk sesi kaunseling.
Kaunselor Vithyaa telah menerangkan kepada guru ganti tersebut bahawa kaunseling terikat
dengan etika kerahsiaan dan hanya dilakukan oleh kaunselor sahaja. Beliau juga memberitahu
bahawa beliau terpaksa tegas semasa memberitahu peraturan sesi kaunseling supaya semua
guru faham.

Beliau juga mengatakan bahawa sebelum membuat sesi kaunseling kelompok


bersamaan murid-murid sekolah, beliau akan membuat satu perjanjian di mana apa-apa isu
yang dibincang dalam sesi kaunseling kelompok harus dirahsiakan dan tidak boleh keluar
daripada bilik kaunselingnya. Beliau juga mengatakan bahawa akan mengingatkan isu-isu ini
tidak boleh disebarkan kepada sesiapa.

Berdasarkan hasil temubual, kaunselor Vithya banyak berkongsi pengalaman berkaitan


kod etika kaunseling. Penemuan terhadap kendiri klien dalam kes-kes yang biasa dihadapi oleh
kaunselor Vithyaa lebih menyakinkan bahawa peranan kaunselor mampu memberi ruang dan
peluang yang cukup baik bagi klien berubah. Selain itu, pengetahuan dan cara kaunselor
menjalankan sesi kaunseling ditambah dengan kerjasama dan keinginan mendalam klien untuk
berubah akan menjadikan sesi agak berkesan dan mampu membantu klien mencari
penyelesaian masalah.
PERBINCANGAN

Tujuan temubual ini adalah untuk mengenalpasti amalan kaunseling yang digunakan oleh
kaunselor di seting masing-masing. Temubual ini telah dilakukan terhadap seorang kaunselor
berdaftar yang bekerja sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di SK Taman Samudra.
Melalui temubual ini boleh didapati cabaran dan isu etika serta pengalaman kaunseling di
seting beliau. Kaunselor telah berhadapan dengan pelbagai jenis kes seperti kes ponteng
sekolah, penderaan, seksual dan hubungan antara murid-murid. Cabaran yang seterusnya ialah
perintah kawalan pergerakan pada 2020 yang menyukarkan kaunselor untuk memberikan
perkhidmatan sesi kaunseling kepada klien-klien. Hal ini kerana, kaunselor sekolah telah
mendapati arahan daripada JPN dan juga PPD supaya tidak melakukan apa-apa sesi kaunseling
atas talian. Maka, hubungan antara kaunselor dan klien mula regang kerana beliau tidak boleh
menghubungi kliennya. Kaunselor hanya boleh menjalankan info-info yang boleh membantu
psikososial dan mental klien. Beliau menyebarkan maklumat berkaitan cara-cara menghadapi
masalah krisis Covid-19 dari segi fizikal dan mental.

Daripada dapatan temubual, kaunselor juga munyatakan masalah kehadiran makin


merosot kerana ada klien yang tidak datang ke sekolah sehingga sekarang. Mereka juga tidak
boleh mengesan rumah mereka. Kaunselor juga menjelaskan bahawa semua murid berhak
untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling tanpa mengira umur, agama dan bangsa. Di
sekolah rendah pula, murid tahap 1 ( tahun 1, 2 dan 3) mungkin tahap kematangan tidak cukup
yang memberikan kesukaran kepada kaunselor untuk menjalankan sesi kaunseling. Pada situasi
sebegini, kaunselor akan menjalankan sesi bimbingan terhadap klien tersebut. Beliau juga
menyatakan 3 cara untuk mendapatkan klien iaitu sukarela, rujukan dan klien dipanggil. Klien
sukarela ini mendapatkan perkhidmatan dengan sendiri dan boleh meluahkan perasaan mereka.
Klien dirujuk pula telah diberi nama oleh guru lain. Klien ini kebanyakkanya yang mempunyai
isu displin. Klien dipanggila pula akan dikesan oleh kaunselor sewaktu memasuki kelas ganti.
Jika kaunselor berasa seseorang murid itu ada sesuatu masalah seperti tidur, tidak bergaul,
senyap dan sebagainya boleh dipanggil. Disinia jelaslah bahawa perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling banyak memberi manfaat terutamanya kepada pelajar. (Salina dan Khairul Azmi,
2018). Tidak semua masalah dapat difahami oleh orang biasa seperti rakan-rakan. Sesetengah
individu memerlukan perkhidmatan kaunseling untuk membantu mereka mengenal pasti
masalah yang dihadapi.
Menurut Salina dan Khairul Azmi (2018), stigma iaitu pandangan negatif terhadap
individu yang mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling menjadikan khidmat ini
dipinggirkan seolah-olah ia satu penyakit berjangkit yang perlu dielakkan. Miskonsepsi
sebegini akan menyukarkan pelaksanaan bimbingan dan kaunseling dan menjejaskan
keberkesanannya. Kaunselor juga menyatakan perkara yang sama seprti diatas yang
menyatakan murid lain pandang rendah terhadap mereka. Ini menyebabkan klien salah faham
tentang perkhidmatan kaunseling di sekolah. Bukan sahaja murid, guru-guru juga menilai klien
yang mendapatkan perkhidmatan merupakan murid yang bermasalah. Warga sekolah perlu
memahami bahawa kaunseling merupakan satu proses sistematik yang membantu perhubungan
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar
mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan, penyesuaian yang
holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu
akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta Kaunselor, 1998).

Bagi mengelakkan kesalahfaham ini terhadap kalangan murid, kaunselor telah


membuat pendedahan tentang etika-etika kauseling dan kaunseling bukan diberikan kepada
murid yang bermasalah sahaja. Ini merupakan salah satu tanggungjawab yang berat kepada
seseorang kaunselor. Perhubungan yang baik dan mesra antara kaunselor dengan klien
membantu murid memperbaiki kesalahfahaman tentang perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling. Hubungan yang baik boleh mewujudkan kebolehpercayaan terhadap kaunselor.
Jika klien masih tidak berpuas hati dan tidak percaya terhadap kaunselor yang memilih tidak
meneruskan sesi juga tidak boleh dipaksa oleh kaunselor. Jika klien mengambil keputusan
untuk berhenti sesi kaunseling maka kaunselor perlu setuju.

Isu etika yang sangat diberi keutamaan oleh kaunselor dalam temubual ini ialah isu
kerahsiaan. Beliau amat menitik beratkan isu kerahsiaan dalam sesi kaunseling yang
dijalankan. Dalam persetujuan termaklum yang diberikan kepada klien, isu kerahsiaan telah
diterangkan kepada klien bahawa kaunselor tidak akan mendedahkan maklumat yang
dikongsikan oleh klien kepada pihak ketiga atau pihak berwajib melainkan ia melibatkan
nyawa atau membahayakan klien atau orang lain. Menurut kajian yang dilakukan oleh
Mohamad Bokhari (2012) dalam Saidi, Liley & Hassan, Norsuraya. (2018) memperjelaskan
bahawa apabila etika kerahsiaan yang dipegang oleh kaunselor menjadi dilema, maka isu
mengenai pertimbangan oleh kaunselor dalam membuat keputusan adalah berkait dengan etika
dan perundangan kaunseling dimana ianya penting untuk dikupas. Dari pengalaman kaunselor,
ada beberapa guru yang tidak faham tentang isu kerahsiaan terutamanya guru yang merujuk
klien kepada kaunselor. Maka, kaunselor terpaksa tegas tentang isu ini dan perlu mengingatkan
mereka bahawa segala maklumat yang dikongsi oleh klien adalah rahsia. Sesi kaunseling
kelompok pula, murid-murid suka jika terdapat sesuatu rahsia daripada ahli kelompok yang
lain dan pernah membocorkan rahsia tersebut. Bagi mencegah hal ini, kaunselor boleh
membuat kontrak dan inform consent kepada ahli-ahli kelompok. Dalam surat infrom consent
tersebut, kaunselor telah tetapkan syarat-syarat mengikuti sesi ini dan mendapatkan
tandatangan ahli-ahli. Menurut Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2014) prinsip ini menuntut
agar seseorang yang berkepentingan diberitahu tentang tujuan sesuatu perkara dijalankan
berkaitan dengan dirinya. Persetujuan termaklum memberi asas secara kukuh perhubungan
antara kaunselor dengan klien kerana prinsip ini dianggap sebagai asas kepada perhubungan
proses kaunselingIni menyebabkan ahli-ahli mengetahui kepentingan menjaga rahsia sewaktu
mengikuti sesi kaunseling kelompok. Maka, perbincangan ini telah meliputi cabaran yang
dihadapi oleh kaunselor, pengalaman kaunselor dan memangani cabaran tersebut dan juga isu
etika kerahsiaan yang berlaku dalam seting sekolah.

KOD ETIKA

Menurut Ee Ah Meng dan rakan-rakanya (2011) kod etika berasaskan nilai-nilai utama
perkhidmatan kaunseling dan menekankan harga diri, keutuhan dan keunikan semua individu
termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Kod ini juga berasaskan profesion kaunseling
itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni. Dalam Buku Panduan Pelaksanaan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah menyatakan
bahawa tujuan kod etika ini adalah untuk menyediakan satu garis panduan bagi Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan juga panduan untuk menyelesaikan isu etika
yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa.

Di samping itu, kod etika juga menyatakan bahawa apabila wujudnya situasi yang
memerlukan intervensi, Guru Bimbngan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah
menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berdasarkan kepada semua
prinsip yang terkandung dalam Kod Etika Kaunseor. Kod etika ini juga menggariskan piawaian
perlakuan dalam menjalin perhubungan profesonal dengan klien, rakan-rakan Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa, majikan, individu dan profesion lain dan masyarakat. Kod
Etika Kaunselor terbahagi kepada lapan bahagian iaitu Bahagian A: Perhubungan Menolong,
Bahagian B: Kerahsiaan, Komunikasi Privilej, dan Privasi, Bahagian C: Tanggungjawab
Profesional, Bahagian D: Hubungan dengan Profesional-profesional Lain, Bahagian E:
Penilaian, Penaksiran, dan Pentafsiran, Bahagian F: Penyeliaan, Latihan, dan Pengajaran,
Bahagian G: Penyelidikan dan Penerbitan, Bahagian H: Penyelesaian Isu-isu Etika. Dalam
temubual ini, terdapat beberapa kod etika yang diamalkan oleh kaunselor tersebut daripada
Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C.

Kaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien mengikut cara-cara yang


memupuk kepentingan dan kebajikan klien melalui jalinan hubungan yang sihat.
Tanggungjawab utama kaunselor ialah menghormati maruah dan memupuk kebajikan klien.
Kaunselor menyimpan rekod-rekod yang penting semasa memberi perkhidmatan profesional
kepada klien-klien mereka mengikut apa yang diperlukan oleh undang-undang, peraturan-
peraturan, atau tatacara agensi atau institusi. Kaunselor memasukkan dokumentasi yang cukup
dan pada ketika-ketika tertentu, di dalam rekod-rekod klien mereka bagi memudahkan
penyampaian dan kesinambungan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan.

Klien mempunyai kebebasan memilih untuk memasuki atau terus berada di dalam
sesuatu perhubungan kaunseling. Klien memerlukan maklumat yang cukup mengenai proses
kaunseling dan kaunselor. Kaunselor mempunyai obligasi untuk menjelaskan secara bertulis
dan lisan kepada kliennya mengenai hak-hak dan tanggungjawab kaunselor dan klien.
Persetujuan termaklum merupakan sesuatu yang berlaku terus menerus di dalam proses
kaunseling, dan kaunselor hendaklah mendokumenkan persetujuan termaklum, sepanjang
perhubungan kaunseling dengan cara yang sesuai. Melalui temuubual ini, kita mengetahui
bahawa kaunselor mengamalkan etika ini dengan memberikan inform consent kepada
kliennya.

Kaunselor sedar bahawa kepercayaan adalah tunjang kepada perhubungan menolong.


Justeru, kaunselor hendaklah berusaha untuk mendapatkan kepercayaan klien melalui jalinan
perkongsian yang berterusan, dengan mewujud dan mempertahankan sempadan yang sesuai,
serta mengekalkan kerahsiaan klien. Kaunselor perlu menjelaskan parameter kerahsiaan
dengan cara yang cekap dan beradab, mengikut budaya klien. Kaunselor tidak boleh berkongsi
maklumat rahsia tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi etika atau undang-undang yang
mantap. Kaunselor perlu sedar dan peka terhadap makna kerahsiaan dan privasi mengikut
budaya. Kaunselor hendaklah menghormati pandangan yang berbeza mengenai pendedahan
maklumat.
Kaunselor juga perlu mengadakan perbincangan terus menerus dengan klien mengenai
bagaimana, bila, dan dengan siapa maklumat ini dikongsi. Kaunselor berusaha sedaya upaya
untuk memastikan yang privasi dan kerahsiaan klien dikekalkan oleh subordinat, termasuk
pekerja, individu yang diselia, pelajar, pembantu perkeranian, dan sukarelawan. Dalam
temubual kaunselor menyatakan bahawa dia bertegas dengan seorang guru ganti bahawa tidak
boleh mengikuti mengikuti sesi dengan klien yang dirujuk olehnya.

Jika seseorang kaunselor tidak mahir dalam mengendalikan kes-kes kaunselor tersebut boleh
mendapatkan konsultasi dengan rakan sejawat atau pakar kaunseling lain. Tetapi kaunselor
tersebut haruslah berpegang kepada Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia
Bahagian B.8.C (pendedahan maklumat rahsia) dimana kaunselor dilarang mendedahkan
maklumat rahsia yang boleh membawa kepada identifikasi klien atau individu lain, yang
dengannya mempunyai hubungan profesional yang perlu dirahsiakan melainkan beliau telah
memperoleh persetujuan terlebih dahulu daripada individu tersebut. Pendedahan maklumat
hendaklah hanya setakat yang diperlukan bagi mencapai tujuan konsultasi. Asas kepercayaan
dalam hubungan kaunselor dengan klien ialah dengan menjaga rahsia klien. Jika kaunselor
dapat membina kepercayaan klien, maka prinsip etika dalam kaunseling iaitu kesetiaan tidak
akan dilanggar oleh seseorang kaunselor.

Kaunselor hendaklah memastikan yang rekod-rekod disimpan di lokasi yang selamat


dan memastikan hanya orang-orang yang diberi kuasa sahaja mempunyai akses kepada rekod-
rekod itu. Kebiasaanya, guru Bimbingan dan Kauseling akan menyimpan rekod-rekod
berkenaan klien akan disimpan di almari yang boleh mengunci. Kaunselor perlu mempunyai
hasrat untuk berkomunikasi secara terbuka, jujur dan tepat apabila berhadapan dengan orang
awam dan profesional lain. Mereka hendaklah menjalankan amalan mereka dalam suasana
yang tidak diskriminatif, dalam lingkungan sempadan profesional dan kompetensi peribadi,
dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor.

Kaunselor hendaklah melakukan aktiviti penjagaankendiri bagi mengekalkan dan


memupuk kesejahteraan emosi, fizikal, mental dan spiritual mereka supaya mereka dapat
melaksanakan tanggungjawab profesional secara terbaik. Kaunselor perlu sedar tentang
pentingnya memperoleh dan mengekalkan pendidikan berterusan mengenai maklumat saintifik
dan profesional terkini dalam bidang mereka. Mereka juga perlu mengambil langkah
mengekalkan kompetensi dalam kemahiran yang mereka gunakan, sedia menerima prosedur
baru, dan sentiasa kemas kini dengan maklumat mengenai populasi pelbagai dan khusus yang
mereka kendali. Sebagai contohnya, kaunselor Vithiya sedang sambung belajar Sarjana
Bimbingan dan Kaunseling di UPSI sekarang.

Ini bermakna, kaunselor mengambil langkah untuk mengekalkan kompetensinya dalam


bidang ini dengan sambung belajar. Kelayakan profesional juga sangat penting bagi seseorang
kaunselor untuk mendapatkan kepercayaan klien. Maka, Kaunselor bertauliah iaitu kaunselor
berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia perlulah menyatakan dan memaparkan hanya
Sijil Pendaftaran dan Sijil Perakuan Amalan semasa yang sah sahaja. Seseorang kaunselor
mempunyai status profesional hanya apabila berdaftar dengan Lembaga Kaunselor. Kaunselor
Berdaftar hendaklah membezakan dengan jelas status pendaftaran dengan Lembaga Kaunselor
sama ada masih berdaftar dan aktif, atau telah luput pendaftarannya.
KESIMPULAN

Kerahsiaan merupakan satu isu yang mempunyai implikasi etika dan perundangan untuk
pengamal kesihatan mental (Noriah, 2004). Bagi sesebuah agensi, organisasi dan komuniti
yang ingin berfungsi secara optimum serta dihormati, pertukaran maklumat klien kepada
individu lain adalah sesuatu yang cuba dielakkan.

Menurut temubual dengan kaunselor berdaftar, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
masalah etika kerahsiaan di sekolah tersebut. Antaranya, kaunselor atau guru mempunyai
kesedaran dan amalan terhadap etika kerahsiaan, namun kefahaman legal dan kefahaman etika
mereka adalah di peringkat rendah. Mereka memahami komponen kesedaran dan amalan etika
kerahsiaan bukan secara mendalam iaitu hanya di peringkat permukaan (surface) sahaja.
Fenomena ini disebabkan kaunselor kurang membaca atau mentelaah terhadap garis panduan
atau kod etika kerahsiaan yang terkandung dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Malaysia
mahupun PERKAMA. Malah sebahagian kecil mereka tidak memiliki buku atau risalah
berkenaan kod-kod etika yang dinyatakan di atas. Seterusnya, penegasan terhadap elemen
kefahaman, kesedaran dan amalan etika kerahsiaan kurang dititikberatkan dalam forum,
seminar dan bengkel latihan kaunseling. Kesedaran dan amalan etika kerahsiaan hanya akan
berfungsi dalam sesi kaunseling sahaja kerana ianya menjadi keperluan asas hubungan
terapeutik antara klien (pelajar) dengan kaunselor.

Faktor-faktor lain misalnya, kaunselor kurang pendedahan dalam latihan kaunseling seperti
ceramah, bengkel, kursus, seminar, konvensyen dan kolokium juga boleh menyebabkan isu ini
berlaku. Mereka juga kurang mendapat pendedahan penyeliaan dan pemantauan yang
mencukupi sama ada daripada Lembaga Kaunseling Malaysia. Penyeliaan merupakan
komponen paling penting dalam pembentukan kemahiran dan kompetensi seseorang pengamal
kaunseling atau kaunselor. Proses penyeliaan yang dilalui oleh seseorang kaunselor akan dapat
membina identiti profesionalisme kaunseling dan nilai kepercayaan (trust) terhadap klien
(Corey, Corey and Callahan 2003).

Sebagai seorang kaunselor yang bakal membantu semua pihak yang memerlukan bantuan dan
pertolongan, kaunselor perlu sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di
dalam Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Pengetahuan dan kefahaman berkenaan
Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 sahaja tidak mencukupi jika tidak diamalkan
dengan baik dan teliti. Dalam hal ini, disiplin diri seseorang kaunselor dalam mengikuti semua
saranan dan etika yang telah ditetapkan adalah sangat penting.
RUJUKAN

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). (1998). Undang-Undang Malaysia Akta 580.
Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

American Association for Counseling and Development (AACD). (1988).


Ethical Standards,Revised by AACD governing Council March 1988.

Biggs, D., and Blocher, D. (1987). Foundations of Ethical Counseling, New


York: Spring Publishing Company.

Corey, G. Corey, M.S., and Callanan, P. (1998). Issues & Ethics in the Helping
Professions, 5th Edition Monterery: California. Brooks/Cole Publishing
Company

Cowles J. (1991). Counselor self-awareness and client confidentiality: a


relationship revisited, Elementary School Guidance & Counseling, April
1991, Vol.25 pg. 269 - 276.

Hermann, M.A. (2002). A Study of Legal Issues Encountered by School


Counselors and Perceptions of Their Preparedness to Respond to Legal
Challenges. ASCA* Profesional School Counseling * 6:1 October 2002.

Imam Nawawi. (1994). Riyadhus Shalihin Jilid 1 dan 2 (Taman Orang-orang


Soleh), Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Isaacs, M.L., and Stone, C. (1999). School Counselors and Confidentiality:


Factors Affecting Profesional Choice Counseling:
ASCA, Vol. 2, Number 4, April 1999.

Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). (1998). Kod Etika Kaunselor.


(Edaran kepada ahli).

Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). (2008). Kod Etika Kaunselor.


(Semakan 2008); http://www.perkama.org/.

Saidi, Liley & Hassan, Norsuraya. (2018). Pandangan Kaunselor Mengenai Isu Perundangan
dan Etika Kaunseling di Malaysia 2018.
Salina Nen & Khairul Azmi Ibrahim. (2018). Persepsi Pelajar Terhadap Perkhidmatan
Kaunseling Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Journal of Social Sciences and
Humanities.15 (4) 93-103
Malaysia. (1998). Akta Kaunselor 1998. (Akta 580)
Ee A. M. (1990). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Cet. 6). Fajar Bakti.
LAMPIRAN
SOALAN PROTOKOL

BAHAGIAN I

KATA ALUAN DAN SOCIAL TALK

H=Apa khabar?
H=Sudah makan?
H=Sebelum saya memulakan temubual boleh Pn memperkenalkan diri?.
H=Bagaimana keadaan hari ini?
.

SOALAN DEMOGRAFI DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

H=Berasal daripada mana?


H=Sudah berapa lama bertugas sebagai kaunselor?
H=Sejauh manakah pengalaman kaunselor dalam bidang kaunseling.
H=Apakah jenis masalah etika yang selalu dihadapi oleh kaunselor?
H = baik pn. Kalau macam ini berlaku apa jalan penyelesaiannya?
-

You might also like