Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Risiko kemalangan di air boleh dielakkan jika kita

berhati-hati dan berwaspada semasa beriadah di air.


Antaranya, kita mestilah mandi di kawasan yang selamat.
Sebagai buktinya, kawasan yang mempunyai kedalaman
air yang sesuai supaya risiko lemas dielakkan. Jika
beriadah di kawasan sungai, kita mesti berhati-hati di
kawasan yang berbatu. Kaki kita mungkin berluka kerana
kena batu yang tajam. Selain itu, kita usah berenang
terlalu jauh ke tengah laut tanpa pengawasan kerana
angin yang kuat mungkin meniup kita ke kawasan laut
yang lebih jauh. Di samping itu, kita mesti mengetahui
kemampuan diri. Jangan berenang terlalu lama kerana
boleh menyebabkan keletihan atau kekejangan otot.
Sekiranya tidak mahir atau tidak tahu
berenang ,berenanglah di kawasan yang dasar yang
masih boleh disentuh dengan kaki dan menggunakan
pelampung. Semasa berenang di kolam renang, ibu bapa
mesti mengawasi anak dan mengetahui kedalaman
kolam renang kerana antara dua hujung kolam renang
mungkin berbeza. Ibu bapa mesti memantau aktiviti anak
semasa beriadah dan elakkan membiar anak
bersendirian. Gunakan tangga untuk masuk ke dalam
kolam renang, jangan lompat. Tersilap membuat
anggaran tentang kedalaman kolam renang boleh
menyebabkan kecederaan. Tambahan pula, kita mesti
memakai pakaian renang yang sesuai dan selesa dan
basahkan badan sebelum masuk ke dalam kolam renang.
Beriadah di dalam air memang menyeronokkan
tetapi ada bahanya. Oleh itu, kita mestilah sentiasa
berhati-hati semasa beriadah di air.

You might also like