Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Peraturan semasa berada dalam makmal FKE

.
.
1. Dilarang membuat bising atau mengganggu pelajar lain.
2. Dilarang makan atau minum di dalam makmal.
3. Minta Penyelia Makmal atau juruteknik memeriksa litar yang disambung
sebelum menghidupkan suis bekalan ujikaji. Salah penyambungan boleh
merosakkan alat.
4. Buku laporan makmal hendaklah dihantar tepat pada masa yang
dikehendaki.
5. Meniru dan palagiat adalah satu kesalahan yang berat.
6. Tidak dibenarkan membawa data ujikaji yang telah dibuat oleh pelajar lain
masuk ke makmal.
7. Data yang telah lengkap hendaklah disahkan oleh penyelia makmal (dicop
dan ditandatangan) sebelum anda keluar dari makmal.
8. Pelajar tidak boleh mengubah peralatan makmal seperti komputer, persisian
(peripheral) komputer, alat radas, kabel, penyambungan dan peralatan lain
tanpa mendapat kebenaran kakitangan makmal.
9. Pelajar tidak dibenarkan berjalan ke stesyen ujikaji pelajar lain, jika ada
masalah atau tidak faham sila berhubung dengan penyelia makmal atau
juruteknik.
10. Pelajar yang perlu keluar dari makmal hendaklah mendapat kebenaran dari
Penyelia Makmal atau juruteknik yang bertugas.
11. Telefon bimbit hendaklah dimatikan sepanjang berada dalam makmal.
12. Untuk makmal arus dan voltan tinggi, pelajar hendaklah memakai kasut
getah dan dilarang memakai barang kemas atau berlogam bagi mengelakkan
terkena litar pintas.
13. Bagi makmal yang menyediakan kemudahan internet, pelajar dilarang
melayari laman web yang dilarang.
14. Membawa keluar atau mengambil alat makmal tanpa kebenaran adalah
dilarang.
15. Hanya pelajar yang berkenaan sahaja yang dibenarkan berada di makmal.
16. Pelajar yang tidak dapat hadir makmal atas sebab tertentu mestilah
mengemukakan surat cuti sakit pada hari berikutnya atau mengemukakan
surat penglibatan dengan aktiviti universiti atau seumpamanya kepada
Penyelaras Makmal.
17. Makmal gantian hanya boleh dibuat dengan kebenaran Penyelaras Makmal.
18. Setiap kali selesai ujikaji yang dijalankan, pelajar hendaklah mengemas
semula meja, kerusi dan peralatan sebelum meninggalkan makmal.
19. Semua pelajar hendaklah sentiasa mematuhi semua arahan yang diberikan
oleh Penyelia Makmal dan jurutektik yang bertugas semasa berada di dalam
makmal.

You might also like