Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

BAHAN DOH MINYAK:

2 ½ cawan tepung gandum

¼ cawan minyak masak – dipanaskan

Secubit garam

Air secukupnya ( air suhu biasa)

BAHAN DOH MARJERIN:

1 ½ cawan tepung gandum

2 sudu makan shortening

1/2 cawan marjerin atau lebih

CARA MEMASAK:

1. DOH MINYAK: Satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh
tidak lekat di tangan.

2. DOH MARJERIN: Satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.

3. Bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.

4. Ambil satu doh minyak. Leperkan. Masukkan doh marjerin di dalamnya.

5. Tutup doh. Bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatan doh. Rehatkan doh 5 minit.

6. Ambil 1 doh dan canaikan.

7. Kemudian sapu sedikit air di permukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit-
calit sahaja.

8. Gulung doh tadi dan letak memanjang. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.

9. Gulung doh sekali lagi. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.

10. Ambil sekeping doh dan canai. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.

11. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi. (bukan bahagian atas). Kelim
doh dengan kemas. Inti boleh ikut cita rasa masing-masing.

12. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.

13. Siap untuk dinikmat

You might also like