Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

JABATAN PENGURUSAN HARTANAH

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR


IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTANAH (KEPUJIAN)

TAJUK TUGASAN:

ISU DAN CABARAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MASA KINI

NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR PROGRAM/


PELAJAR KUMPULAN

RUS LIYANA BINTI RUSLI 2021832742 AP2254B

HUSNA FAEZA BINTI HARDI 2021483406 AP2254B

NOR SHUHADA BINTI ZULKIFLI 2021862244 AP2254B

NAFISAH BINTI MOHD MOKHTAR 2021483046 AP2254B

NUR SYUHADA BINTI MOHD AZRI 2021482748 AP2254B

NURUL HANNAN BINTI NOR HIZAM 2021832806 AP2254B

SEMESTER 4
SESI 2021/2022
ISU DAN CABARAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MASA KINI

Oleh

RUS LIYANA BINTI RUSLI


(2021832742)

HUSNA FAEZA BINTI HARDI


(2021483406)

NOR SHUHADA BINTI ZULKIFLI


(2021862244)

NAFISAH BINTI MOHD MOKHTAR


(2021483046)

NUR SYUHADA BINTI MOHD AZRI


(2021482748)

NURUL HANNAN BINTI NOR HIZAM


(2021832806)

Kertas kerja penulisan ini dikemukan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang
Semester bagi Kod Kursus CTU554 – (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II).

Disahkan oleh,

…………………………….
(PUAN NURUL KHAIRIAH BINTI KHALID)
PENSYARAH CTU554
MEI 2022
PENGAKUAN PELAJAR:
Bismillahirrahmanirrahim,

1. Kami dengan ini mengaku dan mengesahkan bahawa tugasan ini telah dibuat secara
berkumpulan di mana setiap ahli telah melaksanakan tugasan masing - masing dalam
semangat kerja berpasukan yang tidak berbelah – bahagi.
2. Kami juga mengaku dan mengesahkan bahawa hasil kerja yang diserahkan ini adalah hasil
kerja kami sendiri tanpa sebarang unsur penipuan dan plagiat.

Terima kasih.
Tandatangan dan nama ahli-ahli kumpulan:

RusLiyana
(RUS LIYANA BINTI RUSLI)

HusnaFaeza
(HUSNA FAEZA BINTI HARDI)

NorShuhada
(NOR SHUHADA BINTI ZULKIFLI)

Nafisah
(NAFISAH BINTI MOHD MOKHTAR)

SyuhadaAzri
(NUR SYUHADA BINTI MOHD AZRI)

HannanHizam
(NURUL HANNAN BINTI NOR HIZAM)
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda. Kami sekumpulan
amat bersyukur kepada Allah SWT di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kerja kursus
ini dapat disempurnakan sepenuhnya.

Tajuk penyelidikan untuk kerja kursus ini adalah ‘Isu dan Cabaran Masyarakat Majmuk di
Malaysia Masa Kini’. Tajuk penyelidikan ini dibahagikan kepada terbahagi kepada empat
bahagian iaitu definsi dan sejarah bagaimana masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk.
Kemudian, isu yang telah berlaku berkaitan dengan masyarakat majmuk di dalam negara, serta
cabaran – cabaran yang telah dihadapi sesama masyarakat. Akhir sekali, cara-cara mengeratkan
hubungan persaudaraan sesama masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.

Dalam kesempatan ini, kami sekumpulan ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pihak
pensyarah dan sebagai penyelia tugasan ini iaitu Puan Nurul Khairiah Binti Khalid, di atas tunjuk
ajar beliau sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-
rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa bersama untuk menjalankan sesi
perbincangan.

Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri kami dan berharap agar ia
dijadikan salah satu sumber rujukan penuntut lain. Sememangnya tugasan ini dapat menambah
pengetahuan serta memperkukuh kemahiran menghasilkan kerja kursus atau penyelidikan pada
masa akan datang. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu
tanpa sempadan.
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2


3.0 MASYARAKAT MAJMUK 3
3.1 Definisi Masyarakat Majmuk di Malaysia 3
3.2 Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia 4
4.0 ISU PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 6
4.1 Isu Penggunaan Kalimah Allah 6
4.2 Propaganda Perkauman 6
4.3 Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 7
4.4 Sistem Pendidikan yang Berasingan
8
5.0 CABARAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA 9
5.1 Cabaran Politik 9
5.2 Cabaran Ekonomi 10
5.3 Cabaran Sosial 11
5.4 Cabaran Agama 11
6.0 CARA-CARA MENGERATKAN DAN MENINGKATKAN HUBUNGAN
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 12
6.1 Pihak Kerajaan 12
6.1.1 Media Sosial 12
6.2 Pihak Masyarakat 13
6.2.1 Perkahwinan Campur 13
6.3 Pihak Ibu Bapa 13
6.3.1 Menghantar Anak Ke Sekolah Wawasan
13
6.4 Pihak Individu
15
6.4.1 Mempelajari Sejarah Negara
15
7.0 KESIMPULAN
16
RUJUKAN 17
1.0 PENGENALAN

Perpaduan kaum merupakan aspek penting yang menjadi pemacu ke arah pembentukan
masyarakat majmuk di Malaysia. Kepelbagaian masyarakat di negara ini menyerlahkan lagi
keunikan negara Malaysia yang membentuk tiga kaum utama terdiri daripada Melayu, Cina dan
India. Sebagai sebuah negara majmuk, masyarakat yang telah melalui proses sejarah sejak negara
menikmati arus kemerdekaan juga tidak terkecuali berhadapan dengan cabaran institusi
kemasyarakatan. Tidak dinafikan, perjalanan sejarah yang mendorong kepada pembentukan
pelbagai kumpulan masyarakat yang berbeza dari segi agama, bangsa, budaya dan bahasa ini
menjadi kekangan dan halangan kepada rakyat untuk mengekalkan hubungan perpaduan sehingga
mewujudkan jurang perbezaan antara kaum.

Pada dasarnya, melihat kepada corak masyarakat pada masa kini yang jelas sekali berubah seiring
dengan arus peredaran masa dan hal ini cukup menggambarkan kedudukan kelompok etnik yang
pelbagai ini mempunyai kepentingan dan pemahaman yang berbeza. Lantaran itu, usaha untuk
mengekalkan institusi masyarakat majmuk bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Ini adalah
kerana Malaysia didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat daripada pelbagaian latar belakang
dengan sejarahnya yang tersendiri. Terdapat banyak cabaran untuk menyatupadukan sasaran
kelompok yang sering berkait dengan isu politik, ekonomi, sosial dan agama yang berbentuk
perkauman. Hal ini secara tidak langsung telah mengugat kedudukan identiti sesebuah kaum dan
membawa impak negatif terhadap kehidupan bermasyarakat di negara ini. Isu-isu tersebut boleh
membawa ancaman yang serius jika tidak ditangani dengan baik malahan mampu mengugat
ketidakstabilan perpaduan antara kaum.

Justeru itu, tujuan kerja khusus ini adalah untuk membincangkan permasalahan tentang isu-isu
yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Dalam
perbincangan ini, pastinya banyak perkara yang akan dibangkitkan untuk mendepani konflik
norma kehidupan bermasyarakat melalui jaringan hubungan perpaduan yang lebih erat di samping
mengekang konflik perkauman. Hal ini bukan sahaja dapat menjamin kesejahteraan negara
malahan dapat menjamin perpaduan masyarakat majmuk melalui hubungan sosial yang telah
wujud sekian lama. Jelasnya, kajian ini amat penting dalam usaha untuk mengekalkan
keharmonian dan mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dimana ia menjadi tunjang kepada
agenda perpaduan nasional.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 

Kerja kursus ini dilaksanakan demi mencapai beberapa objektif kajian di mana secara amnya
adalah untuk mengenal pasti dan memupuk pemahamaan dan kesedaran tentang masyarakat
majmuk di Malaysia. Hal ini kerana masyarakat di negara Malaysia mempunyai pelbagai latar
belakang pegangan agama, pengenalan bangsa serta budaya.   
Selain itu, mempelajari isu-isu dalam pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Isu-isu
sensitif terutamanya isu perkauman yang masih kuat mempengaruhi pemikiran, sikap dan nilai,
stereotaip serta diskriminasi dalam segala aspek antara kaum di Malaysia. Oleh hal demikian, kerja
kusus ini mampu memberi kesedaran unutk melengkapkan diri bagi menghadapi dan menangani
isu-isu dalam masyarakat majmuk.  

Disamping itu, mengkaji serta membincangkan cabaran-cabaran yang wujud dalam pembentukan
masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kemajmukan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum telah membawa banyak cabaran kepada pebentukan bangsa
Malaysia termasuklah cabaran politik, ekonomi, sosial dan agama.  Lantaran itu, kerjasama dan
hubungan antara masyarakat pelbagai kaum hendaklah diperkukuhkan supaya dapat menempuhi
pelbagai ancaman dan cabaran yang akan menggugat kesejahteraan rakyat Malaysia.  

Akhir sekali, memupuk nilai dan menegenal pasti kepentingan dalam mengeratkan dan
meningkatkan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia.  Kerja kursus ini akan menyenaraikan
dan menjelaskan usaha atau dasar yang mampu dan berupaya dalam menyatupadukan masyarakat
majmuk dari pelbagai sudut dan aspek.  Jelaslah bahawa semua pihak pada generasi masa kini
perlu bersama-sama menegekalkan keamanan negara dengan menunjukkan semangat jati diri,
prihatin, saling menghormati dan toleransi dalam melahirkan masyarakat majmuk yang
menghargai dan mengamalkan perpaduan.

2
3.0 MASYARAKAT MAJMUK

3.1 Definisi Masyarakat Majmuk di Malaysia 


Masyarakat (society) merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama dalam sesuatu
komuniti dan membentuk sebuah sistem interaksi sosial. Dalam sesebuah komuniti, semua
individu saling berinteraksi. Masyarakat juga adalah sekelompok orang yang menetap dalam satu
komuniti dan berkongsi sumber yang ada dalam sesuatu kawasan. Menurut Paul B. Harton, beliau
mentafsir bahawa masyarakat adalah sekumpulan manusia yang menjalani kehidupan bersama
dalam jangka masa yang lama, tinggal dalam sesuatu kawasan dan mempunyai kebudayaan yang
sama dalam kelompok manusia tersebut (Prawiro, 2018). Sekumpulan manusia yang terdiri
daripada individu, keluarga dan masyarakat ini mempunyai jaringan yang erat seterusnya
menghasilkan hubungan sosial yang baik. Hubungan sosial dapat diterapkan dengan adanya
aktiviti gotong-royong, rumah terbuka perayaan, majlis perkahwinan dan lain-lain. Pergaulan yang
dihasilkan ini akan membentuk kesepaduan dalam sesuatu masyarakat. Kita mestilah menjaga
hubungan dengan kaum yang lain kerana Malaysia merupakan negara majmuk agar dapat
membentuk masyarakat yang harmoni.   

Masyarakat majmuk (plural society) pula membawa maksud sebuah masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India yang hidup dalam sesebuah negara tetapi
terpisah dengan budaya masing-masing. Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian kaum dan
mempunyai sekurang-kurangnya 80 kaum etnik di seluruh Malaysia. Kaum Melayu, Cina dan
India merupakan bangsa utama di negara ini. Setiap bangsa mempunyai kepercayaan, adat resam,
cara hidup dan budaya yang berbeza, namun mereka hidup bersama dalam sesebuah kawasan.
Dengan adanya pelbagai bangsa di negara ini, kita dapat belajar dan mengetahui selok-belok
budaya yang ada. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara setiap kaum. Malaysia mampu
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat kerana kemampuan masyarakat majmuk itu
sendiri yang mampu hidup bermasyarakat dalam keadaan harmoni. Oleh itu, setiap rakyat
Malaysia mestilah mempunyai sikap bertolak ansur dan saling bantu-membantu dalam masyarakat
agar kesepaduan dapat disemai sesuai dengan peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh. Apabila
semua kaum bersatu, pasti kita akan berdiri teguh tanpa adanya isu-isu perkauman namun, jika
berlaku perpecahan, maka hubungan antara kaum akan menjadi porak peranda.

3
3.2 Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Hussiin, (2009), beliau telah menemukan catatan sejarah
yang menyatakan hubungan etnik antara masyarakat Melayu, Cina dan India telah terjalin sebelum
kedatangan penjajah Barat ke Tanah Melayu. Hubungan tersebut tercetus pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka, sekitar tahun 1400. Di mana, ketika itu Melaka sedang muncul sebagai pusat
perdagangan utama di Asia Tenggara yang terkenal dengan rempah-ratus. Di tambah dengan
kedudukan yang strategik, menjadi faktor kedatangan pedangan dari China dan India ke Tanah
Melayu. Jumlah kedatangan pedangan tersebut adalah dalam sebilangan yang kecil dan mereka
akan pulang setelah selesai urusan tersebut. 

Namun apabila kedatangan penjajah Barat iaitu British pada tahun 1824, penjajah telah meneroka
hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu untuk dijadikan kegiatan ekonomi. Kemudian,
terjadinya kemasukkan imigran Cina dan India dalam satu kelompok yang besar ke Tanah Melayu
kerana pihak British mahukan tenaga buruh yang banyak bagi meningkatkan penjanaan ekonomi.
Perkara ini merupakan tektik bijak yang dilaksanakan oleh pihak British untuk mengeksploitasi
hasil kekayaan Tanah Melayu. Antara kegiatan ekonomi yang dilaksanakan adalah seperti
perlombongan bijih timah dan perladangan; ladang gambir, ladang lada hitam serta ladang getah.  
Selain itu, ‘dasar pecah dan perintah’ telah dilaksanakan oleh pihak British untuk memastikan
prosess pembangunan ekonomi yang dirancang itu berjalan dengan lancar. Di mana, dasar ini
memisahkan kawasan tempat tinggal bagi setiap kaum, bergantung kepada peranan dan aktiviti
yang telah ditentukan oleh pihak British untuk membangunkan ekonomi. Berikut merupakan
penempatan setiap kaum pada era penjajahan tersebut: 

i. Kaum Melayu kebanyakannya di tempatkan di kawasan perkampungan yang


berhampiran dengan pengairan bagi menjalankan aktiviti nelayan dan pertanian. 
ii. Kaum Cina di letakkan pada kawasan perlombongan bijih timah yang berada di Negeri
Sembilan, Perak dan Selangor.
iii. Kaum India berada di kawasan estet untuk mengusahakan ladang-ladang getah.

4
Pengasingan tersebut seperti membina tembok yang menghalang jalinan hubungan antara kaum
yang berlainan dan mendorong setiap kaum hanya mengamalkan budaya dan bahasa ibunda
masing-masing dalam menjalani urusan seharian mereka pada era penjajahan tersebut (Yusop,
2019).

Meskipun begitu, tiada permasalahan kaum yang muncul ketika zaman penjajahan British tersebut
akan tetapi semasa penjajahan Jepun ketengangan kaum telah tercetus akibat daripada kaum Cina
menerima layanan yang kasar manakala kaum Melayu dan India menerima layanan yang baik.
Maka, terpupuklah sifat dendam dalam diri masyarakat Cina terhadap masyarakat Melayu
sehingga membentuk pertubuhan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dengan tujuan
untuk membalas dendam atas kekejaman yang diterima oleh masyarakat Cina di Tanah Melayu
(Zainun, 2019). 

Bukan itu sahaja, menurut kajian daripada Aszlan Selamat dan Mohamad Iszuan bin Safarudin
(2017), hubungan antara kaum turut diuji dengan rancangan Melayan Union yang ingin
memberikan hak kerakyatan serta persamaan taraf dengan orang Melayu. Perkara ini, semestinya
ditentang oleh orang Melayu kerana bakal mengugat kedudukan mereka di tanah air sendiri.
Namun, rancangan tersebut tidak bertahan lama apabila menerima tentangan yang hebat oleh kaum
Melayu dan akhirnya terpaksa dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang
mengembalikan semula kedudukan raja-raja Melayu.  

Selepas menghadapi pelbagai dugaan di Tanah Melayu sehingga memperoleh kemerdekaan,


kebanyakan masyarakat Cina dan India membuat keputusan untuk terus tinggal di Malaysia
dengan mengadaptasi unsur dan budaya masyarakat Melayu (Hussiin, 2009). Walaupun begitu,
hubungan kemasyarakatan di Malaysia turut disebut sebagai ‘tegang tapi stabil’ kerana masih
terdapat isu-isu yang boleh meletus jika tidak dikawal sebaiknya.

5
4.0 ISU PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 

4.1 Isu Penggunaan Kalimah Allah 


Sesuai dengan Islam yang merupakan agama rasmi persekutuan bagi negara ini, ‘Allah’ ialah satu
kalimah yang sangat agung dan suci dalam agama Islam tambahan pula penduduk di Malaysia ini
majoritinya didiami oleh orang-orang yang beragama Islam tidak kira dari pelbagai kaum
antaranya Melayu, Cina, India dan lain-lain. Terjadi suatu kontroversi baru-baru ini di antara orang
Islam dan orang Kristian, (Musling, 2021) isu kalimah Allah telah dipolemikkan menyebabkan
tercetusnya sensitiviti umat Islam apabila keputusan Hakim Mahkamah telah membenarkan
kalimah Allah digunapakai di dalam kitab Bible. Walaubagaimanapun, penggunaan kalimah Allah
bersama perkataan solat, Kaabah dan Baitullah, ia hanyalah bertujuan untuk pembelajaran dan
penerbitan dari pihak agama Kristian. Pandangan orang beragama Islam terhadap perkara ini pula
ialah mereka berasa khuatir dan takut jika penggunaan kalimah Allah dan sesuatu perkara yang
berkaitan agama suci ini dieksploitasi oleh pihak Kristian sehingga boleh mengakibatkan
kekeliruan dan kecelaruan kepada orang Islam ataupun muallaf yang baru bertatih untuk
mengenali Islam. Namun begitu, jika kita lihat perbezaan bagi konteks kalimah Allah itu sendiri,
ia terdiri daripada bahasa iaitu satu unsur kata yang mempunyai makna tersendiri manakala istilah
merujuk kepada penggunaan sesuatu unsur kata atau perkataan bagi sesuatu makna yang lebih
spesifik. Jadi, kalimah Allah yang ingin digunapakai oleh pihak agama Kristian di dalam kitab
mereka hanyalah merujuk kepada sesuatu perkara yang umum dan tidak seperti Islam yang
menafsirkan kalimah Allah sebagai syumul atau erti kata lain menyeluruh sebagai contoh Tuhan
yang mencipta alam, langit dan bumi. 

4.2 Propaganda Perkauman  


Isu perkauman merupakan isi yang sangat sensitif kerana ia melibatkan banyak kaum yang perlu
dititikberatkan dari pelbagai aspek seperti agama, budaya, sosial, bahasa dan lain-lain. Merujuk
kepada konteks propaganda ia lebih menjurus kepada sesuatu perkara yang digembar-gemburkan
sebagai batu api untuk melagakan dua pihak. Menerusi akhbar di laman web Sinar Harian, satu isu
telah menjadi bualan hangat apabila papan tanda jalan yang asalnya ialah tulisan Jawi telah
ditukarkan kepada tulisan Cina. Hal ini menyebabkan tercetusnya kemarahan dari kaum Melayu
yang tidak menyokong akan perbuatan itu. Lalu, dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan

6
Sharafuddin Idris Shah supaya semua papan tanda jalan raya yang bertulisan Cina untuk dipadam
dan digantikan dengan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu. (Lajim, 2018), Selepas 45 papan
tanda jalan yang mempunyai bahasa Cina diturunkan, kerja pemasangan papan tanda jalan yang
baharu dijalankan dimana hanya mempunyai satu bahasa sahaja. Gerakan itu telah dilakukan oleh
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara berperingkat. Kesan daripada peristiwa ini ialah
tulisan Jawi semakin pudar ditelan dek zaman angkara propaganda yang sengaja dilakukan oleh
kaum lain semata-mata untuk memperoleh hak kesama-rataan di negara ini. Oleh yang demikian,
timbul satu kesedaran dari kalangan orang Melayu apabila kita lumpuh dari aspek perpaduan,
maka akan berlakunya satu perampasan kuasa yang semakin lama semakin berani diganggu-gugat
oleh kaum lain. Hal ini menjadi satu kebimbangan besar kepada orang Melayu sendiri justeru itu
kejadian ini telah dijadikan iktibar dan kewaspadaan dari kalangan orang Melayu untuk sentiasa
bersatu hati dalam aspek politik, ekonomi dan sosial agar hak istimewa Bumiputera tidak dirampas
oleh pihak lain.

4.3 Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 


Pada tahun 1969, berlakunya peristiwa 13 Mei iaitu insiden rusuhan kaum yang terjadi di negara
kita dan merupakan punca terjadinya masalah perpaduan antara kaum. Peristiwa ini mempunyai
kaitan dengan Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969 dan ia adalah peristiwa hitam yang masih berlegar
di dalam fikiran rakyat Malaysia. Calon-calon dari parti pembangkang telah menyuarakan
persoalan sensitif mengenai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
Bumiputera, dan hak kerakyatan orang bukan Melayu (M, 2017). Hal sebegini akan menjadi punca
kepada masalah perkauman. Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Dr. Tan Chee Khoon
telah memperoleh pencapaian yang gemilang dalam pilihanraya dan mengadakan perarakan atas
kemenangan parti itu. Perarakan ini bukanlah bertujuan untuk menimbulkan isu perkauman,
namun segalanya berubah apabila sebilangan pengikut perarakan yang terdiri daripada kaum Cina
mengikat penyapu pada kenderaan mereka sambil melaungkan slogan berunsur sensitif yang telah
mengguris hati orang Melayu. Tindakan itu dikaitkan sebagai tanda mereka akan menyingkirkan
orang Melayu. Selepas itu, kaum Cina berarak sempena kematian seorang kaum Cina yang mati
di Kepong tetapi telah bertukar menjadi perarakan sempena kemenangan pilihan raya. Mereka
turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu. Kemudian, UMNO melakukan
perarakan balas. Di sinilah terjadinya pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina sehingga

7
mengorbankan banyak nyawa. Peristiwa sebegini terjadi apabila kurang kesefahaman, tidak
bertolak ansur dan berkasih sayang antara kaum. Oleh yang demikian, kerajaan mula mengorak
langkah dan mensiap-siagakan dasar-dasar untuk membentuk perpaduan seperti dasar ekonomi
baru (DEB), dasar pembangunan nasional (DPB), dasar kebudayaan kebangsaan dan dasar
pendidikan kebangsaan (Hasanuddin, 2017). Tuntasnya, rakyat Malaysia hendaklah menghargai
kewujudan masyarakat majmuk di negara kita dan berusaha untuk menjaga hubungan antara kaum
agar peristiwa sebegini tidak berulang lagi.  

4.4 Sistem Pendidikan yang Berasingan 


Sistem pendidikan yang terasing seperti sekolah vernakular di Malaysia telah memberi kesan
kepada pembentukan masyarakat majmuk sejak pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudan
sekolah vernakular ini telah memberi impak negatif terhadap masyarakat Melayu, Cina dan India
di Malaysia kerana mereka dipisahkan mengikut sistem persekolahan. Ini menyebabkan wujudnya
jurang hubungan antara kaum kerana mereka tidak dapat berinteraksi dengan kaum lain. Sekolah
vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri yang hanya memfokuskan kepentingan kaum
tersendiri sahaja. Sejak merdeka, isu desakan untuk memansuhkan semua sekolah vernakular dan
menggantikannya dengan sekolah kebangsaan merupakan isu yang tiada penghujungnya (Tayeb,
2020). Walhal, isu ini tidak mempunyai jalan penyelesaian untuk melakukan perubahan kepada
sistem persekolahan yang baru. Jika diteruskan kewujudukan sekolah kebangsaan dan sekolah
jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang terdiri daripada pelbagai aliran akan melunturkan hubungan
antara masyarakat Malaysia (Mior Jamaluddin, 2011). Sebagai contoh, ibu bapa kaum Cina dan
India tidak menyokong anak mereka untuk belajar di sekolah kebangsaan kerana menggunakan
bahasa Melayu dan bukan bahasa ibunda mereka. Bagi menangani masalah ini, terdapat cadangan
untuk mewujudkan sistem persekolahan yang mana pelajar Cina dan India wajib mengambil
bahasa Mandarin dan Tamil manakala bagi pelajar Melayu, mereka boleh mengambil subjek
tersebut sebagai pilihan. Oleh itu, cadangan ini dapat merapatkan jurang perbezaan. Namun, pada
tahun 1956, Laporan Razak telah dikuatkasalan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 di mana dapat
memberi perubahan yang besar kepada sistem pendidikan negara dan mewujudkan sistem
pendidikan yang sama bagi semua kaum. Justeru, sistem pendidikan sangat penting dalam
meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.  

8
5.0 CABARAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 

5.1 Cabaran Politik


Cabaran pembentukan masyarakat majmuk dalam aspek politik jelas kelihatan apabila pelbagai
pihak akan memperjuangkan hak dan kepentingan kaum masing-masing. Sejak mengecapi
kemerdekaan, sistem demokrasi berasaskan parlimen dan raja berpelembagaan terus diamalkan
dalam sistem politik di negara ini (Aszlan Selamat & Mohamad Iszuan bin Safarudin, 2017).
Memandangkan struktur sistem politik di negara ini semakin membimbangkan, hal ini akan
memberi kesan negatif jika tidak ditangani dengan baik malahan mendorong kepada pergolakan
dan perpecahan di kalangan institusi kemasyarakatan. Situasi politik di Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai parti politik seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti
Islam SeMalaysia (PAS) dan kaum Cina dan India juga mempunyai persatuan politik masing-
masing iaitu Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan persatuan Kongress India Malaysia (MIC),
(Shaharuddin Badaruddin et al., 2010). Kepelbagaian parti politik ini sebenarnya membawa
kepada konflik perpaduan kaum demikian kerana ingin merebut pengaruh politik. Isu-isu
perkauman sering dibangkitkan oleh parti-parti politik yang melihat sokongan rakyat berbilang
kaum sebagai satu senjata utama untuk meraih kepercayaan menguasai tonggak kepimpinan
negara. Oleh itu, kesan kepada semangat perkauman yang terus menebal dalam kalangan
masyakarat yang boleh menjurus kearah permusuhan. 

Cabaran untuk mengekalkan masyarakat majmuk di negara ini semakin sukar apabila parti-parti
politik yang bergerak bebas terus menerus menarik pengaruh rakyat tidak mengira kaum. Hal ini
telah mewujudkan konflik perkauman dimana agenda besar ini telah mengundang rasa
ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat dan menghalang hubungan perpaduan nasional. Dasar
politik yang semakin tegang ini seharusnya dijadikan iktibar daripada peristiwa dimana pada
tanggal 13 Mei 1969 tercetusnya rusuhan kaum yang melibatkan kehilangan banyak nyawa
(Hussiin, 2009). Hal ini berlaku adalah disebabkan perebutan kuasa-kuasa besar untuk kepentingan
masing-masing. Malahan masyarakat yang mudah terpengaruh dengan agenda politik ini terus
diperalatkan oleh pelbagai pihak dengan pelbagai propaganda politik.  Sebagai contoh, pelbagai
usaha dan strategi yang dijanjikan kepada rakyat dalam manifesto yang dibuat pada setiap proses
pilihan raya yang diadakan pada lima tahun sekali namun gagal ditunaikan. Justeru itu, pelbagai

9
pihak seharusnya berhenti memainkan sentimen perkauman agar dapat mewujudkan tampuk
pemerintahan yang adil melalui masyarakat majmuk yang bersatu hati dalam sebuah parti politik. 

5.2 Cabaran Ekonomi 


Cabaran hubungan etnik dalam pembentukan masyarakat majmuk di malaysia juga dikenal pasti
dari aspek ekonomi. Hal ini dapat dilihat terutamanya perbezaan dalam aspek pekerjaan dimana
hal ini berlaku disebabkan penguasaan sektor ekonomi yang tidak adil. Dominasi yang berlaku
dalam sektor ekonomi telah menyebabkan wujudnya jurang pendapatan antara kaum (Azmi, n.d).
Hal ini demikian kerana pengagihan aktivti ekonomi berbeza dimana kaum Melayu mendominasi
sektor pertanian melalui tenaga kerja dan teknologi yang berkuasa rendah. Sektor perniagaan dan
perdagangan pula kebanyakkannya dikuasai oleh kaum cina melalui penguasaan teknologi yang
lebih moden dan sementara itu, kaum india pula berkait dengan aktiviti perladangan (Nur, 2017).
Apabila berkait dengan pendapatan, masyarakat lazimnya akan bersaing dan mencari peluang
untuk memperolehi keuntungan yang lebih lumayan dan jelas memperlihatkan ketidakadilan dari
sosioekonomi. Hal ini menyebabkan taraf ekonomi tidak sejajar dengan pembangunan negara dan
menjadi faktor kepada ketidakstabilan ekonomi. Situasi ini semakin merunsingkan kerana
timbulnya isu kemiskinan antara kaum yang amat ketara walhal membabitkan isu diskriminasi
kaum. Tambahan pula, peluang pekerjaan juga adalah terhad dan telah membelenggu kehidupan
rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.  

Dasar ekonomi telah memperlihatkan usaha pelbagai pihak untuk meningkatkan pertumbuhan


ekonomi yang mampan telah mengundang rasa ketidakpuasan hati pelbagai kaum terhadap
kekayaan yang dikecapi oleh sesetengah kaum lain di negara ini (Hussiin, 2009). Hal ini secara
tidak langsung telah mendorong kepada persaingan ekonomi yang tidak sihat dan berlaku
persengketaan antara pelbagai kumpulan etnik.  Bukan itu sahaja, perkara ini boleh mengakibatkan
pertumbuhan ekonomi negara akan terbantut dan merosot oleh kerana tiada persepakatan sesama
kaum. Namun demikian, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah
melancarkan pembentukan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) adalah
merupakan iltizam yang memberi tumpuan untuk merapatkan jurang ekonomi dan meningkatkan
tahap sosioekonomi negara.  Tuntasnya, faktor ekonomi tidak boleh dipandang ringan setiap kaum
perlu berdaya saing untuk pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang baik.

10
5.3 Cabaran Sosial 
Sejajar dengan perkembangan teknologi pada masa kini, telah meningkatkan pengunaan media
sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di mana, media sosial menjadi sebuah platform yang
bebas untuk masyarakat menyatakan pendapat masing-masing mengenai sesuatu perkara. Namun,
apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat kajian mengenai
perkara-perkara yang telah disebarkan di media sosial pada tahun 2020 menunjukan 80 peratus
adalah berunsur perkauman (Che Omar, 2020). Disebabkan itu, pengaruh media sosial kini,
dianggap sebagai ancaman dalam perpaduan di Malaysia kerana lebih menjurus ke arah yang
negatif. 

Sebagai contoh pada tahun 2021, ketika Piala Sudirman 2021 berlangsung, seorang pemain
kebangsaan badminton Malaysia bagi kategori wanita perseorangan iaitu S. Kisona telah
menerima kecaman di Facebook dengan unsur perkauman, akibat kekalahan beliau dalam
pertandingan tersebut. Perkara ini menjadi lebih keruh lagi apabila perbuatan itu dilakukan oleh
seorang ahli politik. Hal ini seperti miniup bara permusuhan yang ingin menggoyahkan keamanan
negara. Sedangkan sukan telah dianggap sebagai suatu aktiviti yang menyatupadukan semua
masyarakat tanpa mengira kaum. Demikianlah yang terjadi, apabila hak kebebasan bersuara yang
diberikan disalahertikkan oleh segelintir pihak. 

5.4 Cabaran Agama 


Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai jenis agama seperti Islam, Buddha, Hindu
dan Kristian. Di mana setiap orang diberikan kebebasan untuk memilih agama masing-masing.
Walaupun begitu, aspek agama turut menjadi cabaran dalam masyarakat majmuk kerana wujudnya
jurang yang berlaku akibat kebanyakan masyarakat lebih selesa untuk berada di satu kawasan yang
turut didiami oleh kelompok yang sama. Disebabkan itu, kuranglah interaksi yang dapat dijalinkan
dengan kaum yang lain. Maka tahap kefahaman terhadap budaya agama yang diamalkan oleh
kaum lain adalah rendah (Shaharuddin Badaruddin et al., 2010). 
Apabila kefahaman berada pada tahap yang rendah, ini memberi kesan yang negatif dalam
masyarakat seperti tiada sikap toleransi dan akhirnya membawa kepada perbalahan antara kaum.
Antara contoh isu-isu perbalahan yang dinyatakan oleh Jusoh & Embong, (n.d.):  

11
i. Bunyi azan pada waktu siang dan malam menggangu ketenteraman kaum lain yang turut
tinggal di kawasan yang berhampiran dengan masjid atau surau. 
ii. Peningkatan harga buah kelapa meningkat secara mendadak semasa perayaan Thaipusam
kerana permintaan yang tinggi oleh penganut agama Hindu bagi menjalankan upacara
memecah buah kelapa. Turut memberi kesan pada kaum lain yang ingin membeli buah
kelapa dalam waktu tersebut. 
iii. Berpendapat tindakan kaum Cina yang membakar replika barang-barang yang diperbuat
daripada kertas semasa perayaan Qing Ming mengundang berlakunya pencemaran alam. 

Umumnya, masyarakat majmuk di Malaysia mengetahui budaya-budaya tersebut kerana telah


diberi pendedahan oleh kerajaan namun perbezaan tempat tinggal menyukarkan interaksi antara
kaum bagi memahami maksud simbolik yang dilakukan oleh sesuatu kaum tersebut. Jesteru
tercetuslah konflik-konflik seperti yang dinyatakan. 

6.0 CARA-CARA MENGERATKAN DAN MENINGKATKAN HUBUNGAN


MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 

Negara Malaysia mempunyai bilangan penduduk yang terdiri daripada pelabagai budaya dan
bangsa. Sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk mempunyai hubungan etnik yang
harmoni adalah sangat penting. Menghadapi arus globalisasi, kita seharusnya mengeratkan
hubungan dan perpaduan kaum di Malaysia dan mencegah rusuhan kaum. Cara-cara menguruskan
hubungan kaum dalam masyarakat yang pelbagai ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti
dan juga melibatkan pelbagai pihak seperti kerajaan, masyarakat dan juga individu untuk
mengeratkan dan meningkatkan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia.

6.1 Pihak Kerajaan  


6.1.1 Media Sosial  
Pihak kerajaan mempunyai peranan penting dalam merealisasikan perpaduan kaum, usaha yang
efisien dan seiring dengan arus permodenan perlu dibuat bagi membentuk perpaduan kaum di
negara ini. Tidak dapat dinafikan media sosial mempunyai peranan penting dalam menjadi
platform dalam menyebarkan maklumat tentang inisiatif kerajaan untuk menyatupadukan rakyat

12
seperti menyiarkan tentang kempen kempen dan aktiviti yang dapat melibatkan semua bangsa.
Contohnya, kempen penghayatan bulan kebangsaan di mana pelbagai info dan aktiviti yang
menarik disiarkan di media sosial. Tambahan lagi, kerajaan boleh menganjurkan Rumah Terbuka
besar besaran dengan menjemput semua masyarakat melalui media sosial. Dengan menganjurkan
hari rumah terbuka, ini dapat mendedahkan bangsa lain tentang budaya dan tradisi kaum yang
menyambut perayaan tersebut. Seterusnya, dapat menarik minat mereka untuk menyertai dan
menaikkan rasa patriotism iaitu sayangkan negara di kalangan rakyat Malaysia. Pada masa yang
sama, perkongsian yang dimuat naik dalam media sosial tentang aktiviti kemasyrakatan yang
disertai oleh indvidu atau masyrakat berlainan bangsa dapat menjadi satu laporan yang positif dan
ikutan dalam kalangan masyarakat.

6.2 Pihak Masyarakat 


6.2.1 Perkahwinan Campur  
Terdapat banyak kebaikan hasil daripada perkahwinan campur kepada masyarakat majmuk di
Malaysia. Salah satunya, dengan menggalakkan perkahwinan campur di Malaysia dapat
melahirkan satu perspektif baru dalam memahami perbezaan budaya yang membolehkan kita
sebagai masyarakat lebih menghormati bangsa lain yang mempunyai cara kehidupan yang berbeza.
Contohnya, bangsa melayu berkahwin dengan bangsa cina dengan ini mereka berdua berpeluang
untuk menyambut dua perayaan yang berbeza setiap tahun seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya
Aidilfitri. Perayaan berkenaan mendedahkan mereka terhadap pakaian tradisional, adat resam
sesuatu bangsa dan juga makanan tradisi mereka. Di samping itu, anak-anak hasil perkahwinan
campur antara dua individu berlainan bangsa ini ialah sejak dari kecil mereka terdedah dengan
kepelbagaian adat dan budaya yang berbeza daripada ibu dan bapa mereka. Oleh itu, mereka ini
akan lebih berfikiran terbuka dan berpengetahuan luas terutama dalam soal budaya, adat, makanan
dan cara kehidupan sesuatu bangsa. Dari sini wujudnya “Silang budaya”, iaitu masyarakat dapat
memahami budaya bangsa yang berlainan, dengan secara tidak langsung ia menjadi satu cara
memupuk perpaduan dan meningkatkan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia.

13
6.3 Pihak Ibu Bapa
6.3.1 Menghantar Anak Ke Sekolah Wawasan
Sekolah wawasan merupakan salah satu ikhtiar dalam mewujudkan anak bangsa Malaysia yang
bersifat saling bergaul dan bercampur dengan bangsa dan kaum lain dengan menggabungkan tiga
sekolah rendah yang berbeza iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Penubuhan Sekolah Wawasan di
Malaysia juga merupakan titik tolak untuk memupuk kepentingan masyarakat pluralistik dan
perpaduan di peringkat akar umbi. Ini kerana adalah lebih baik untuk menekankan semangat
kekitaan dan integrasi antara kaum dari sekolah rendah. Oleh hal demikian, lahirnya generasi
Malaysia yang majmuk apabila kesemua kaum dan bangsa dapat berinteraksi dengan baik dari
peringkat awal persekolahan. Sehubungan itu, dengan menghantar anak ke Sekolah Wawasan,
para pelajar dapat mengeratkan dan meningkatkan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia
apabila pelajar berinteraski secara langsung semasa bersukan di padang, aktiviti berkumpulan di
dalam kelas dan makan di kantin sekolah. Jika diteliti dengan lebih mendalam, isu perkauman,
rasa sangsi dan menunding jari di negara kita akan terhapus dari semasa ke semasa sekiranya
perkara ini disemai sejak awal lagi.

Bertitik tolak dengan kenyataan di atas, terdapat juga beberapa pihak termasuk ibu bapa yang
menolak dan enggan menghantar anak mereka ke sekolah wawasan. Menurut Dong Jiao Zhao yang
terdiri daripada persatuan sekolah cina dan pendidik sekolah cina, mereka menentang penubuhan
sekolah wawasan adalah kerana kekhuatiran akan kehilangan identiti SJKC dan identiti orang Cina
akan terhakis. Walau bagaimanapun, kaum Cina dan India tidak seharusnya berasa bimbang dan
ragu-ragu terhadap pelaksanaan dan implementasi Sekolah Wawasan ini kerana hal ini tidak
menjejaskan interaksi dan komunikasi dalam penggunaan bahsa ibunda murid Sekolah Jenis
Kebangsaan. Justeru itu, konsep Sekolah Wawasan haruslah dilihat secara positif sebagai
alternatif kepada pembinaan bangsa Malaysia yang Bersatu padu dalam masyarakat majmuk.
Sehingga kini, terdapat lima buah Sekolah Wawasan yang berjaya dikendalikan iaitu:
 Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
 Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
 Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
 Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
 Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

14
Justifikasinya, sudah pasti dengan menghantar anak-anak ke Sekolah Wawasan, ini mampu
mengeratkan jalinan dan interaksi yang sudah terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di
Malaysia. Bukan itu sahaja, Sekolah Wawasan ini juga berpotensi merealisasikan ke arah
melahirkan generasi yang menghargai perpaduan dalam masyarakat majmuk serta bersikap lebih
terbuka dalam berinteraksi dengan pelbagai kaum. Justeru, jelaslah bahawa Sekolah Wawasan
adalah satu inisiatif yang efektif dalam membentuk masyarakat bersatu padu serta meningkatkan
hubungan majmuk di Malaysia.

6.4 Pihak Individu 


6.4.1 Mempelajari Sejarah Negara 
Kemajmukan serta kepelbagaian antara kaum dan agama merupakan prinsip yang sangat penting
untuk melahirkan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat di negara Malaysia. Dengan
mempelajari serta menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah negara, ia mampu menerapkan
nilai-nilai dan meningkatkan kefahaman perpaduan dan membentuk hubungan antara masyarakat
majmuk.
Di samping itu, apabila kita memepelajari dan mengkaji sejarah negara, kita dapat megetahui
sejarah-sejarah lama yang yang boleh dijadikan peringatan dan pengajaran seperti tragedi
Peristiwa 13 Mei iaitu peristiwa berdarah rusuhan kaum yang telah meragut nyawa dan harta benda
ramai rakyat Malaysia. Peristiwa tersebut dijadikan pengajaran kepada semua masyarakat
Malaysia, pentingnya hidup dalam bermasyarakat serta bermuafakat di negara ini untuk terus
hidup dalam aman dan damai. Bukan itu sahaja, menghayati sejarah negara juga dapat membantu
kita untuk lebih menghargai dan memelihara kemerdekaan negara. Hidup dalam masyarakat yang
majmuk melahirkan pelbagai budaya, warisan dan tradisi yang pelbagai dan unik. Oleh itu,
generasi muda akan lebih bersikap terbuka dan bertoleransi apabila mereka mempelajari serta
mendalami sejarah negara. seterusnya menolak sentimen perkauman dan perbezaan yang sempit
antara mereka. Dalam pada masa yang sama, sentimen perkauman dan perbezaan yang sempit
antara mereka dapat disingkir dan secara tidak langsung elemen perpaduan dapat
dipupuk. Justifikasinya, sejarah sebenarnya boleh membentuk jiwa dan mentaliti insan yang
cintakan tanah air, walau dimana mereka berada. Generasi muda kini begitu mudah terikut dan
terpengaruh dengan budaya asing termasuklah menganggungkan budaya tersebut tanpa menyedari
bahawa budaya di negara kita sendiri adalah sangat unik dan menarik.

15
7.0 KESIMPULAN 

Dapatlah disimpulkan bahawa, berbagai kaedah dan pendekatan yang tepat diperlukan untuk
mengurus hubungan etnik dalam melaksanakan kegiatan yang melibatkan masyarakat supaya
dapat mengharungi isu dan cabaran berkaitan dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Interaksi
aktif antaranya ialah kerajaan, individu atau masyarakat dalam kehidupan sehari-hari dapat
memperkuatkan dan memupuk hubungan sosial rentas etnik, agama dan budaya. Oleh itu,
sesebuah negara sangat bergantung kepada perpaduan etnik dalam melahirkan keamanan dan
kemakmuran dalam negara. Perpaduan kaum amat penting untuk Malaysia mengorak langkah
membentuk negara bangsa dan berupaya menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara negara maju lain. Ini boleh dipelajari dari isu isu yang pernah
berlaku dan juga sejarah lepas untuk menimbulkan kesedaran dan memahami konsep masyarakat
majmuk. Akhir sekali, meskipun berhadapan dengan banyak cabaran dari segi ekonomi, politik
dan sosial namu dengan adanya usaha dari pelabagai pihak bukan sahaja kerajan tetapi masyarakat
dan juga individu dapat memastikan hubungan etnik masyarakat kepelbagaian di Malaysia kekal
harmoni dan dinamik. Penutup kata, pembinaan negara bebilang kaum yang harmoni terletaknya
pada rakyat kerana mereka merupakan asset negara yang tidak ternilai harganya.

16
  RUJUKAN

Aszlan Selamat, & Mohamad Iszuan bin Safarudin. (2017). Penilaian Faktor-Faktor Kesenjangan
Etnik Di Malaysia Sebagai Penghalang Perpaduan Nasional. Jurnal Kinabalu, 19, 77–94.
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/504

Azizi Yahaya, A. H. (2017, Ogos 29). SEKOLAH WAWASAN: Sejauh manakah Ia Mampu
Melahirkan Generasi Bersatu padu di Masa Akan Datang. Retrieved from Universiti Teknologi
Malaysia Institutional Repository: http://eprints.utm.my/id/eprint/2291/

Azmi, J. (2015, September 20). Cabaran Hubungan Etnik. Retrieved from


https://www.academia.edu/15952733/Cabaran_Hubungan_Etnik

Che Omar, I. S. (2020, September 11). 80 Peratus Kandungan media Sosial Berbaur Isu
Perkauman. Utusan Digital. Retrieved from https://www.utusan.com.my/berita/2020/09/80-
peratus-kandungan-media-sosial-berbaur-isu-perkauman/

Hasanuddin, H. (2017, May 5). Peristiwa 13 Mei. Retrieved from


https://www.academia.edu/32870482/PERISTIWA_13_MEI

Hussiin, H. (2009). Kesan Modenisasi Ke Atas Hubungan Kaum Di Malaysia. Jurnal UMP_Sains
Sosial & Pengurusan Teknologi, 1(1), 13–22. http://umpir.ump.edu.my/14129/1/pbmsk-2009-
hasnah-Kesan Modenisasi ke atas Hubungan Kaum di Malaysia.pdf

Judith, B. (2012, July 24). Konsep Masyarakat Majmuk. Retrieved from


https://www.slideshare.net/wakanuk/konsep-masyarakat-majmuk

Jusoh, L. M., & Embong, Z. (n.d.). Cabaran Memperkukuh Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat
Superdiversity di Malaysia. International Online Journal of Language, Communication, and
Humanities. Retrieved from
http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/197

Kamarul Azmi, A. S. (2012). Persepsi Masyarakat Parlimen Pekan Terhadap Gagasan 1Malaysia.
Retrieved from Research Gate:
https://www.researchgate.net/publication/293097764_Persepsi_masyarakat_parlimen_Pekan_ter
hadap_gagasan_1Malaysia

17
Lukin @ Lokin, S. A., Esa, M. S., Abang Muis, A. M. R., Ationg, R., Mohd Tamring, B. A.,
Othman, I. W., & Mokhtar, S. (2021). Methods and Challenges in Managing Ethnic Relations in
Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 6(23), 115–124.
https://doi.org/10.35631/ijlgc.623008

Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan


Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. SOSIOHUMANIKA, 4(1).
https://doi.org/10.2121/sosiohumanika.v4i1.436

Mohammad Aizat Jamaludin, & Mohd Anuar Ramli. (2018). Isu Sensitif Berkaitan dengan
Kepenggunaan dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia. International Journal of Islamic Thought,
July 2012, 1–17.
https://www.researchgate.net/publication/326543152_ISU_SENSITIF_BERKAITAN_DENGA
N_KEPENGGUNAAN_DALAM_MASYARAKAT_MAJMUK_DI_MALAYSIA

Nur, H. N. C. (2017, April 23). Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia. Retrieved from
https://www.academia.edu/32607590/Cabaran_Hubungan_Etnik_di_Malaysia

Prawiro, M. (2018, September 20). Pengertian Masyarakat adalah: Definisi, Ciri-Ciri, Unsur, dan
Jenisnya. Retrieved from https://www.maxmanroe.com/vid/sosial/pengertian-masyarakat.html

RAZAK, M. R. (2016, Disember 14). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia Peranan Pendidikan
Sejarah Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Retrieved from UKM Journal Article Repository:
http://www.ukm.my/jebat/

Shaharuddin Badaruddin, Azman Ayob, & Mazlan Che Soh. (2010). Belia Dan 1Malaysia: Antara
Cabaran Dan Harapan. Malaysian Journal of Youth Studies, 2(1), 52–75.
http://iyres.gov.my/images/MJYS/2010/MJYS Vol 2 Edisi Khas 2010-54-77.pdf

Tayeb, A. (2020, September 19). Sekolah Vernakular dan Sekolah Kebangsaan: Masalah dan
Penyelesaiannya. Aliran. Retrieved from https://m.aliran.com/web-specials/sekolah-vernakular-
dan-sekolah-kebangsaan-masalah-dan-penyelesaiannya/

Yusop, S. H. (2019). Penjajah Licik Punca Pengasingan Kaum, Bahasa pengantar ... - berita
harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/02/534760/penjajah-
licik-punca-pengasingan-kaum-bahasa-pengantar-berbeza

18

You might also like