Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Pengurus membuat keputusan dan memberitahu pekerja apa yang harus pekerja lakukan

Boleh membimbing orang bawahan. Sentiasa menjadi pendorong dan penggalak kepada staf.
Sentiasa melihat bahawa seseorang individu itu berbeza dengan individu yang lain dari segi
sifat dan kebolehan. Pemimpin perlu mempunyai berdisiplin, bersikap positif, bertenaga dan
mempunyai fokus tentang apa yang hendak dilakukannya akan berjaya membawa perubahan
yang baik kepada institusi yang dipimpinnya. Beliau mestilah mempunyai kesanggupan dan
kekuatan untuk menerima aduan, teguran, cemuhan dan ketidakpuashatian dari kakitangan
bawahannya. Keterbukaan Minda Pemimpin perlu mempunyai minda yang terbuka. Kelebihan
ini akan membolehkan beliau mempunyai pasukan yang kuat dan berani untuk memberi
pendapat tanpa takut. Pemimpin pula janganlah memusuhi mereka kerana berbuat demikian.
Lebih banyak pandangan maka lebih banyaklah peluang untuk membuka minda. Pemimpin
perlu mempunyai nilai-nilai diri yang positif. Ini termasuk mengujudkan keceriaan dan
kemurnian suasana dalam organisasi. Keceriaan ini boleh diwujudkan melalui beberapa cara
iaitu seperti mengadakan sambutan perayaan, acara, pertandingan, anugerah, pengiktirafan dan
sebagainya. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang
bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Bersemangat mempunyai cita-cita,
ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya. Kejujuran dan
integriti mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan boleh diharapkan. Keikhlasan
mengekalkan ketelusan dan kesetiaan. Dorongan kepimpinan mempunyai hasrat yang tinggi
mahu mempengaruhi individu lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan dan matlamat
yang sudah ditetapkan oleh pemimpin. Keyakinan diri mereka sangat percaya pada keupayaan
diri sendiri. Kepintaran Berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat
yang banyak. Kajian mendapati otak yang pintar belum tentu boleh membuat seseorang itu
menjadi pemimpin yang berjaya malah adakala menimbulkan kesan negatif pula. Mempunyai
ilmu dan kepakaran yang cukup dalam bidang yang dipimpin. Berupaya mencipta idea-idea
baru yang berguna. Berupaya menyesuaikan diri kepada keperluan individu yang mereka
pimpin dengan keperluan situasi dan masa. Prihatin terhadap kebajikan orang bawahannya dan
orang di sekelilingnya. Berupaya mengawal perasaan dan tindakan. Mereka juga profesional
dalam melaksanakan tugasan serta berpegang kepada kebenaran dan keadilan. Bersedia untuk
menyelesaikan sebarang masalah dan bertanggungjawab terhadap hasilnya. Komited secara
menyeluruh dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat. Kepimpinan secara umumnya
adalah satu bidang yang sangat luas yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan
manusia. Ini kerana manusia, dalam segala aspek kehidupannya tidak terlepas sama ada
menjadi pemimpin atau seseorang yang dipimpin.

You might also like