Dasar Kurikulu SKPG

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG GUNUNG

06250 ALOR JANGGUS,


ALOR SETAR, KEDAH
TEL : 04-7322506 FAX : 04-7322506
EMEL :
kba2017.ppdkotasetar@gmail.com

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG


Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini.
Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar
serta matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada
warga Sekolah Kebangsaan Permatang Gunung dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada
semua murid yang merupakan pelanggan. Dan adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk
mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan tanpa krompomi.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;
2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia,
JabatanPendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.

3.0 DASAR
3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Setar.
3.3. Sebagai salah sebuah sekolah di bawah KPM, iaitu Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25) Kohort 7 segala ketetapan oleh agensi yang berkuasa akan dipatuhi
sepenuhnya pada sepanjang masa.
3.4. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai
cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk
mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar
dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai
pelanggan.
3.5. Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program
akademik hendaklah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut
standard piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.
4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia–4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan
diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 7 hari bekerja dan difailkan ke dalam
fail panitia masing-masing setelah disemak dan disahkan oleh guru besar.
4.4. Penyediaan maklum balas mesyuarat hendaklah dilaksanakan untuk menyemak
Pematuhan keputusan mesyuarat dan progres tindakan.
4.5. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari
sebelum tarikh mesyuaratdijalankan.
4.6. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan
kebenaran guru besar sahaja.

5.0 SISTEM FAIL


5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersais 2 inci.
5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail
hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail di bucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan
fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah.
5.3. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran di mana-mana lokasi yang sesuai selaku Setiausaha Kurikulum Sekolah
untuk memudahkan capaian bagi semakan dan pemantauan.
5.4. Semua Fail Panitia asal diletakkan di pejabat, Ketua Panitia hanya
menyimpan salinan fail sebagai “desk copy”.
5.5. Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ;
- Fail 1 - Pengurusan : Isi kandungan fail (Indeks, carta organisasi, profil jawatankuasa, takwim panitia,
kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat pekeliling, surat panggilan mesyuarat, minit
mesyuarat,instrumen pencerapan guru, instrument pencerapan hasil kerja murid, program peningkatan mata
pelajaran, pelan perancangan strategik, taktikal dan operasi, laporan program mata pelajaran.- Fail 2–
Dokumen Standard KurikulumPrestasi (DSKP) dan Dokumen Standard Kurikulum (DSK)Modul atau bahan
edaran kursus yang dibekalkan.

6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN


6.1. Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR
Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Muzik
dan Bahasa Arab.
6.2. Senarai Mata Pelajaran Tahap 2 KSSR
Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Muzik,
Bahasa Arab, Sejarah dan Reka Bentuk Teknologi.

7.0 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN


7.1. Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar, Tetapi wajib
dicatatkan di dalam Buku Persediaan Mengajar.
7.2. Cukup hanya dengan maklumat tarikh, masa dan catatan pada ruangan Isi
Kandungan / Standard Kandungan “Perhimpunan Rasmi Mingguan”.
7.3. Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib dari awal sehingga
perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran guru besar.Penampilan guru semasa
perhimpunan rasmi adalah dengan penampilan lengkap dan kemas mematuhi kod etika
pakaian penjawat awam dan kod etika pakaian guru yang berkuatkuasa semasa. Guru
digalakkan memakai blazer hitam.

8.0 DSKP, DSK, RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN


PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
8.1. Semua guru harus mematuhi SPI Bil 3 1999 dalam Penyediaan Rancangan
Pengajaran.Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksana kan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia oleh
ketua panitia dan setiap setiap guru perlu membawa bersama DSKP dan DSK semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
8.2. Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari
masa yang ditetapkan oleh guru besar. DSKP dan DSK tidak boleh dikemukakan sebagai
Rancangan Pengajaran Tahunan.
8.3. DSKP dan DSK hendaklah diolah semula bersesuaian dengan takwim semasa sekolah dan
tahap kebolehan murid untuk dijadikan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan.
8.4. Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
8.5. Isi kandungan Rancangan Pelajaran Harian hendaklah mengandungi perkara asas yang berikut
:
a) Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
b) Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
c) Aktiviti PdPc
d) Impak
8.6. Buku Persediaan Mengajar perlu dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu.
8.7. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar, DSKP dan DSK dan Modul
Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Offline (rekod transit) setiap kali masuk ke
dalam kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
8.8. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri
kursus,perancangan yang disediakan akan dijalankan oleh guru yang diarahkan mengganti
pada masamata pelajaran tersebut.
8.9. Menghabiskan Sukatan ;Sistem KSSR tidak menekankan kepada untuk menghabiskan sukatan
tetapi adalah berfokuskan untuk penguasaan kemahiran
oleh murid.
8.10. Kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered/berpusatkan murid berdasarkan
keperluan murid itu sendiri.
9.0 JADUAL WAKTU
9.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang
berkuatkuasa semasa.
9.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah Dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi.
9.3. Dasar pengagihan mata pelajaran adalah berpusat dan keutamaan kepada guru opsyen
dan kepakaran guru.
9.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk
perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.

10.0 GURU GANTI / BERKURSUS / TUGAS LUAR DAN CRK


10.1. Mana-mana guru yang mengambil Cuti Sakit/CRK/ berkursus atau menghadiri tugas
rasmi luar perlu memaklumkan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran
10.2. Guru juga perlu mengisi permohonan cuti secara mengisi borang cuti manual dan
selepas itu mengisinya ke dalam system HRMIS.
10.3. Guru juga digalakkan supaya menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti
atau menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
10.4. Penyediaan Guru Ganti disediakan oleh GPK Pentadbiran dan slip akan dikeluarkan
dan perlu ditandatangan oleh guru-guru yang berkenaan. Guru yang diarahkan untuk
mengganti kelas diwajibkan mematuhi arahan dengan berada di dalam kelas
berkenaan mengikut penetapan masa yang tercatat di dalam slip.

11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN


Sekolah beroperasi dalam mod satu sesi dengan waktu persekolahan seperti berikut ;

Aliran Perdana :
Ahad hingga Khamis : 07.30 pagi – 12.45 tengahari (Tahap 1)
07.30 pagi – 1.35 petang (Tahap 2) Jumaat : 07.30 pagi – 12.05 tengahari (semua Tahap 1 & 2)

Pra Sekolah
Ahad - Khamis : 08.00 pagi - 12.00 tengahari

* Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan juga akta /
pekeliling ikhtisas yang berubah dan berkuatkuasa semasa.
12.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah/Pentaksiran Bilik Darjah
12.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS/PBD mengikut tempoh yang
ditetapkan.
12.2 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail atau pelaporan PBS/PBD dibawa
bersama untuk mengelak masalah di sekolah baharu murid berkenaan.
12.3 Dokumentasi berkaitan PBS/PBD hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh
dikemukakan dengan serta merta kepada pencerap dalaman, Jabatan Pendidikan, Pejabat
Pendidikan atau Jemaah Nazir apabila diminta berbuat demikian bagi tujuan pencerapan dan
pemantauan tanpa gagal.
12.4 Isi kandungan fail berkaitan PBS/PBD adalah sebagaimana format dan
tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah
didedahkan kepada semua guru melalui kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan
Pejabat Pendidikan Daerah Jasin serta melalui kursus dalaman anjuran sekolah.
12.5 Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid perlu sentiasa
dikemaskini. Pengisian Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid juga perlu
diisi di dalam template yang telah disediakan oleh Penyelaras PBD bagi tujuan
penyelarasan lokasi data atau untuk tujuan pengumpulan data secara
“One Stop Centre”.

13.0 PEMANTAUAN / PENCERAPAN


Jawatankuasa Pemantauan
13.1 Guru Besar.
13.2 Penolong Kanan Pentadbiran.
13.3 Penolong Kanan HEM.
13.4 Penolong Kanan Ko Kurikulum.

14.0 Pengajaran dan Pembelajaran


14.1 Pengajaran dan Pembelajaran guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam
setahunsecara rasmi.
14.2 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong
Kanan.
14.3 Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.Guru dinasihat
berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.
14.4 Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-
masing. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.

15.0 Pengurusan Panitia


15.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Mata
pelajaran berkenaan.
15.2 Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.Semua Fail
Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di pejabat.
15.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan
Taktikal,dan Pelan Operasi.
15.4 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu.
15.5 Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan setiap
tahun. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan
peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

16.0 Bilik-bilik Khas


16.1 Semua bilik khas termasuk bilik darjah mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggung jawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah. Penyeliaan adalah
berdasarkan aspek dan criteria seperti berikut ;
i Kebersihan
ii. Keceriaan
iii. Keselesaan
iv. Keselamatan
v. Susun atur perabut
vi. Pengurusan inventori
vii. Rekod kawalan penggunaan (kecuali bilik darjah)

Papan informasi, Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti
disediakan. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan
jelas bagi setiap bilik khas. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang
kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.

17.0 Penyeliaan Buku Latihan Murid


17.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi
memastikan penyemakan dilakukan secara konsisten dan konstruktif.
17.2 Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku bagi setiap mata pelajaran
dan kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa.Tugasan penyeliaan dan
pencerapan buku latihan murid selain dari guru besar juga dipertanggungjawabkan
kepada semua penolong-penolong kanan dan ketua- ketua panitia mata pelajaran.
17.3 Instrumen yang digunakan adalah PK06/1 (Borang Pengesanan Semakan Buku
Latihan / HasilKerja Murid) dan PK06/2 (Laporan Semakan Buku Latihan / Hasil
Kerja Murid)
17.4 Pencerap hendaklah menilai ; i-
Bilangan latihan
ii- Kesesuaian latihan
iii- Ketelitian semakan
iv- Arahan pembetulan
v- Ulasan
vi- Kekemasan tulisan
18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
18.1 Semua program utama yang berlangsung dalam pengajaran dan pembelajaran
dibuat berdasarkan keperluan panitia. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua
program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
18.2 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua Panitia
dalam merancang dan melaksana program akademik. Panitia diminta
mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia
berkenaan.
18.3 Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi
penyelarasan Program Akademik.

19.0 PERKEMBANGAN STAF/ LADAP


19.1 Kursus Dalaman
Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas
kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus
menggunakan format minit curai.
19.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan
budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas
arahan penganjur kursus.
19.3 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk
keperluan sendiri dan guru lain.
19.4 Setiap guru perlu mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun dan
mencapai mata kredit minimum iaitu 42 mata melalui SPLKPM.

You might also like