Latihan Rekod Xlengkap

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Soalan 1

Puan Aisyah, pemilik Perniagaan Amal menyimpan rekod perakaunan tidak mengikut sistem catatan
bergu.

Maklumat berikut diperoleh pada 31 Mac 2019 (MODAL AKHIR)

RM
Alatan pejabat (kos) 3 500 (-350)= RM3150
Akaun Belum Bayar 1 850
Akaun Belum Terima 1 780 (-150) = 1630
Bank 3 580
Inventori 4 200

Maklumat tambahan :
(i) Puan Aisyah memulakan perniagaan pada 1 April 2018 dengan modal RM9 500 (MODAL
AWAL)
(ii) Alatan pejabat disusutnilaikan 10% setahun atas kos (10% X 3500) = RM350
(iii) Seorang penghutang diisytiharkan muflis dan baki hutangnya berjumlah RM150 dihapuskira
sebagai hutang lapuk
(iv) Pemilik mengambil RM50 daripada perniagaan setiap bulan untuk kegunaan peribadi
(RM50 X 12 BULAN) = RM600

MODAL AKHIR=RM10710
(a) Sediakan Penyata Mengira Modal pada 31 Mac 2019
(b) Sediakan Penyata Mengira Untung atau Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2019

Perniagaan Amal
Penyata mengira modal pada 31 Mac 2019

Perniagaan Amal
Penyata mengira untung atau rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2019
Soalan 2

Puan Haryani, memulakan Perniagaan Hamer di Mersing, Johor pada 1 April 2018 dengan modal yang
terdiri daripada :
RM
Kenderaan 20 000
Lekapan dan lengkapan 8 900

Puan Haryani menyimpan rekod perniagaannya tidak mengikut sistem catatan bergu. Pada 31 Mac 2019,
maklumat kedudukan aset dan liabiliti perniagaan diberikan seperti berikut :

RM
Akaun Belum bayar 13 900
Tunai 900
Akaun Belum Terima 4 650
Lekapan dan lengkapan 8 900
Overdraf bank 7 800
Kenderaan (kos) 20 000
Belanja membaiki kenderaan belum bayar 1 000
Insurans prabayar 90
Inventori pada 31 Mac 2019 24 570

Maklumat tambahan :
(i) Sepanjang tahun kewangan Puan Haryani mengambil barang niaga berjumlah RM1 000 dan
wang tunai RM300 untuk kegunaan perniagaanya.
(ii) Lengkapan RM900 dibeli untuk kegunaan perniagaan dengan wang peribadi Puan Haryani
(iii) Baki akaun seorang penghutang RM235 hendaklah dihapuskira sebagai hutang lapuk pada
akhir tahun kewangan.
(iv) Kenderaan hendaklah disusutnilaikan 10% setahun atas kos
(v) Pulangan belian kepada pembekal RM600 belum dibuat pelarasan

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Penyata mengitung Modal pada 31 Mac 2019
(b) Penyata Mengira Untung atau Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2019
Soalan 3

Encik Mahendran ialah peniaga Kedai Runcit Hendra yang merekod akaun perniagaannya tanpa
menggunakan sistem catatan bergu. Maklumat kewangan perniagaannya adalah seperti berikut :

1 Jan 2018 31 Dis 2018


RM RM
Van 30 000 25 200
Perabot 6 450 9 650
Akaun Belum Bayar 2 468 2 324
Bank 890 (overdaraf) 6 643
Inventori 18 960 25 600
Komisen belum terima 780 -
Tunai - 430
Akaun Belum Bayar 6 890 4 805

Maklumat tambahan :
(i) Sebahagian daripada nilai perabot pada akhir tahun adalah perabot yang dibeli oleh pemilik
perniagaan dengan wang peribadinya berjumlah RM3 200
(ii) Pemilik perniagaan membuat ambilan barang runcit dari kedainya RM200 setiap bulan dalam
tahun kewangan itu

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Penyata Menghitung modal pada 1 Januari 2018
(b) Penyata kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018

You might also like