Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-2 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAT DAHAN

Tarikh :
Masa : 9.15 Malam
Tempat : Lokasi rumah masing-masing.( Google Meet)

Kehadiran:

1. En. Harun Bin Marzuki.


2. En. Ismail Bin Hasim.
3. Pn. Che Endun Binti Ahmad.
4. Pn. Norhayati Binti Yusof.
5. Pn. Rohilah binti Saidin.
6. Cik Faridah Binti Long@Daud.
7. Pn. Zalina binti Din (wakil Pentadbir)

Perutusan Pengerusi.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang menghadirkan diri dalam
mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali kedua bagi tahun 2021. Kehadiran semua ahli diharapkan
dapat membincangkan isu meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
sepanjang tahun. Semoga usaha dapat dipertingkatkan lagi demi kecemerlangaan murid
SKHMD.

Tindakan: Untuk Makluman

2. Ucapan Pentadbir (Pn. Zalina Binti Din )


2.1 Mengucapkan salam dan ucapan tahniah beliau kepada semua guru Bahasa Melayu
yang dapat memberikan komitmen mengadakan mesyuarat panitia di alam maya.

2.2 Beliau juga merakam ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru Bahasa
Melayu yang berusaha dengan gigih menjayakan PdPR dengan jayanya. Teruskan
tingkatkan usaha dari semasa ke semasa.

2.3 PdPR sangatlah mencabar tetapi terpaksa dilalui guru untuk memikul amanah yang
diberikan.
2.4 Beliau mengingatkan semua guru tentang saranan Pegawai Pendidikan Daerah(PPD)
untuk menyerahkan video pendek ataupun gambar-gambar google meet dengan murid.
2.5 Meminta semua guru menyenaraikan bilangan murid yang aktif pdpr untuk diberi
ganjaran.
2.5 Mengenai Plan Intervensi yang telah guru rancang diharapkan guru-guru semua dapat

1
laksanakan.
2.6 Harapan beliau agar semua murid dapat membaca dan semua guru dapat membantu
Cikgu Norhayati guru pemulihan.

Tindakan: Semua Guru BM

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu.

Cadangan – En. Ismail Bin Hasim.


Sokongan – Pn. Norhayati Binti Yusof.

4. Perkara Berbangkit

4.1 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya(PKJR) dan Sivik perlu diajar sebulan sekali dan perlu
ada bukti ditulis dalam RPH.
4.2 Kad-kad bacaan yang diperlukan oleh guru jika terjumpa di mana-mana harap dapat di
simpan di dalam Power Point dan dihantar ke kedai untuk dicetak kerana lebih murah
dibandingkan jika di print sendiri.
4.3 RPH guru yang belum hantar diminta berbuat demikian dengan segera.

4.4 Pertandingan tulisan cantik sedang dilaksanakan dengan kerjasama unit PSS(Pusat
Sumber Sekolah). Pertandingan bercerita dan membaca lancar akan dilaksanakan selepas
aktiviti bulan kemerdekaan selesai.

5. Agenda Profesional.

5.1 Perancangan perlu di fokuskan kepada aktiviti untuk murid yang tidak boleh
membaca.
5.2 Perkhidmatan PSS terutamanya Progran NILAM sekolah berjalan seiring bagi membantu
murid kearah membaca lancar.
5.3 Pengurusan Kursus Penggunaan TV kelas akan dilaksanakan dengan lebih giat apabila
pdpc bermula kembali.
5.4 Kursus ICT telah diberi oleh Cikgu Asrolnizam dalam LADAP sebelum PKP.
5.5 Pemantauan/kawalan standard akademik telah peringkat sekolah telah dilaksanakan
oleh pentadbir.
5.6 Pemantauan/kawalan Standard arahan Kementerian Pendidikan Malaysia)KPM sedang
dilaksanakan.

6. Perancangan Panitia

6.1 Teruskan Intervensi – laksanakan perancangan yang dibuat untuk peningkatan prestasi
murid.
6.2 Tingkatkan Profesionalisma penguasaan ICT guru (Latihan dalam perkhidmatan.}
6.3 Pdpr perlu difokoskan ke arah murid dapat membaca lancar dan menulis dengan baik.
6.4 Laporan Guru Pemulihan – murid pemulihan didapati selalu tidak hadir pdpr akan
diambil langkah peringatan yang bersesuaian.
6.5 Mencalonkan nama-nama murid yang aktif pdpr untuk diberi ganjaran.

2
Tindakan:Untuk Makluman

10. Hal-hal Lain.


6.6 Perancangan aktiviti yang belum dibuat akan dilaksanakan selepas aktiviti bulan
kemerdekaan.
6.7 Guru-guru panitia Bahasa Melayu adalah disarankan mengikuti setiap webinar yang
berkaitan dengan profesion untuk menambah pengetahuan dan memperkasakan diri.

11. Ucapan Penangguhan.


Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan jam 10.40 malam.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(CHE ENDUN BINTI AHMAD) (HARUN BIN MARZUKI)


Setiausaha, Pengerusi,
Panitia Bahasa Melayu SKHMD. Panitia Bahasa Melayu SKHMD.

Disahkan oleh:

(ZALINA BINTI DIN)


Pen. Kanan Pentadbiran SKHMD.

You might also like