Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

3.

1 PENGENALAN

Persampelan dibuat supaya ciri-ciri tanah dan batu boleh diperihalkan dan persampelan juga
dibuat untuk tujuan ujian-ujian dijalankan dimakmal. Ujian-ujian dimakmal boleh dibahagikan kepada
bebberapa kategori:

• Pengelasan
• Pemadatan
• Kekuatan
• Kimia
• Parameter Rekabentuk Kejuruteraan

Sampel yang diambil, samada untuk perihalan atau ujian, mestilah mewakili tanah di mana
tapak yang dikaji. Ia mestilah cukup banyak untuk menerangkan keadaan saiz zarah, fabrik serta
rekahan dan keretakan. Gangguan keadaan asal hendaklah diminimumkan .
Secara amnya terdapat dua jenis persampelan:

• Sampel Terganggu
• Sampel Tak Terganggu

3.1.1 Jenis-Jenis Sampel Tanah


Terdapat dua (2) sampel tanah yang boleh diperolehi dari tapak binaan iaitu sampel terganggu
dan sampel tak terganggu. Sampel tanah boleh diperolehi dari beberapa kaedah pensampelan.
Kaedah pensampelan tersebut adalah pensampel tiub terbuka, sudu pisah piawai, tiub dinding nipis,
dan pensampel piston.

i. Sampel Terganggu

Tanah terganggu merupakan tanah yang diambil tanpa mengira keadaan sebenar tanah itu di
tapak binaan. Biasanya tanah ini digunakan untuk tujuan pengkelasan dan ketumpatan tanah. Ianya
disimpan di dalam bekas yang kedap udara untuk mengelakkan dari berlakunya pemeluwapan dan
perubahan warna.

ii. Sampel Tak Terganggu

Sampel tak terganggu merupakan sampel tanah yang diambil dengan keadaan gangguan
yang paling minimum bagi mengekalkan keadaan sebenar tapak tersebut. Ia perlu simpan dalam
bekas kedap udara dan penjagaan yang lebih rapi. Biasanya sampel tanah ini digunakan untuk ujian
ricih, ujian ketelapan dan ujian pengukuhan.
NO. KOD / CODE NO. K03 / NK03-06 Muka: 2 Drpd: 3

3.1.2 Kaedah-Kaedah Pensampelan


i. Pensampel Tiub Terbuka

Ianya terdiri daripada sebatang tiub keluli yang mempunyai bebenang skru di kedua
hujungnya seperti Rajah 3.1. Di satu hujung tiub dipasangkan kekasut pemotong sementara di satu
hujung lagi dipasangkan kepala pensampel yang bersambung kepada rod penjara. Injap sehala di
kepala pensampel digunakan untuk membenarkan udara dan air keluar apabila tanah memenuhi tiub
dan menolong menahan sampel apabila tiub ditarik keluar. Pensampel boleh dipacu secara dinamik
(menggunakan beban jatuh), atau secara statik (menggunakan bicu hiraulik atau mekanik yang
dipasangkan pada rig penjaraan).

Rajah 3.1 : Pensampel tiub terbuka

ii. Sudu Pisah Piawai

Sudu pisah piawai terdiri daripada satu alat pasak kekasut keluli di bahagian bawah, tiub keluli
di bahagian tengah dan alat pendua di bahagian atas. Tiub keluli mempunyai diameter dalam dan
luaran masing-masing ialah 34.93 mm dan 50.8 mm seperti Rajah 3.2.
Apabila penjaraan dibuat pada kedalaman yang dikehendaki, alat pengorek atau gerudi dikeluarkan,
pensampel Sudu Pisah disambungkan pada rod penggerudi dan kemudian diturunkan semula
sehingga ke paras penjaraan. Pensampel dipasak masuk ke dalam tanah oleh hentaman tukul yang
dibuat pada sebelah atas rod penggerudi.
NO. KOD / CODE NO. K03 / NK03-06 Muka: 3 Drpd: 3

Rajah 3.2 : Sudu Pisah Piawai

Berat tukul adalah 64.4 kg, dan ketinggian kejatuhan tukul tersebut adalah 0.762 m. Bilangan
hentaman dicatat pada 3 sela dengan setiap sela pada kedalaman 152.4mm. Selepas pasakan
dibuat dengan lengkap, pensampel dikeluarkan dari lubang penjaraan dan kemudian kekasut keluli
dan alat pendua ditanggalkan. Sampel tanah di dalam tiub pisah dikeluarkan dan di bawa ke makmal
untuk dianalisis.

iii. Pensampel Berdinding Nipis

Digunakan untuk tanah yang peka kepada gangguan, misalnya tanah liat lembut dan kelodak
plastik. Pensampel tidak mempunyai kekasut pemotong yang berasingan, sebaliknya hujung bawah
tiub itu sendiri merupakan pinggir pemotong seperti Rajah 3.3. Tiub biasanya boleh dipacu dengan
tangan.

You might also like