Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ( FELDA ) PASIR BESAR

73420 GEMAS
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KERTAS KERJA
‘PRABIJAK WALK AND RUN CHALLENGE’
PRASEKOLAH BIJAK SKPB 2021

TARIKH :
21HB FEBRUARI, 2109 ( KHAMIS )

TEMPAT :
KAWASAN KEDIAMAN MURID

KELOLAAN :
PRASEKOLAH BIJAK SKPB
KERTAS KERJA
‘PRABIJAK WALK AND RUN CHALLENGE’
1.PENDAHULUAN

Sukan tahunan merupakan salah satu daripada rancangan aktiviti tahunan bagi kelas
prasekolah Sekolah Kebangsaan ( Felda ) Pasir Besar pada setiap tahun. Namun, situasi
sekarang yang tidak dapat membuat aktiviti/program bersemuka satu program telah dirancang
untuk semua murid Prasekolah Bijak iaitu ‘Prabijak Walk and Run Challenge’. semua murid
prasekolah diberi peluang melibatkan diri dan menunjukkan kebolehan dalam acara ini. Di
samping membina daya saing antara satu sama lain di kalangan murid prasekolah, mereka
juga merasa gembira, seronok dan mempunyai pemikiran yang cerdas serta kesihatan yang
cergas.

2. TEMA

“ Bersukan, Gaya Hidup Sihat ”.

3. RASIONAL

3.1 Melahirkan kanak-kanak yang cergas dan cerdas.


3.2 Sejajar dengan naluri kanak-kanak yang suka dengan aktiviti sukan dan bermain.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan kanak-kanak yang kreatif, bermotivasi dan berdaya saing.


4.2 Memupuk sifat bersabar, tekun dan tolenrasi antara kawan-kawan.
4.3 Membina semangat kesukanan secara positif.
4.4 Mewujudkan rasa seronok dan ceria kanak-kanak.

5. MAKLUMAT SUKAN PRASEKOLAH

5.1 Tarikh : 04hb. Oktober, 2021 hingga 10hb. Oktober, 2021


5.2 Tempat : Kediaman Murid
5.3 Masa : Tiada Had
5.4 Sasaran : 25 Murid Prasekolah Bijak SKPB
6. JAWATANKUASA SUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH

Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Tampin


Pengerusi : En. Mohamad Zain Bin Md Sevan PMC ( Guru
Besar )
Timbalan Pengerusi : Pn. Zarina Binti Zainal
( GPK Ko-Kurikulum )
Naib Pengerusi 1 : En. Zulkepli Bin Omar
( GPK Kurikulum )
Naib Pengerusi 2 : En. Mahadi Bin Abdullah
( GPK Hal Ehwal Murid )
Guru Prasekolah Bijak : Pn. Nizaha Binti Muri
PPM Prasekolah Bijak : Pn. Faridah Binti Abu Rohan

7. PERLAKSANAAN PROGRAM

7.1 Ibu bapa / penjaga perlu muat turun apps STRAVA di telefon bimbit.
7.2 Murid perlu berlari membawa telefon bimbit yang telah diatur untuk merekod larian
melalui apps STRAVA.
7.2 Setelah selesai larian/ jalan, ibu bapa / penjaga perlu simpan rekod larian/jalan supaya
guru dapat merekod larian/ jalan murid sepanjang tempoh pertandingan.
7.3 Murid perlu menamatkan larian/jalan paling minima sebanyak 1 Kilometer untuk
mendapatkan Medal Penyertaan.
7.4 Pemenang akan dipilih melalui larian/jalan yang paling jauh jaraknya.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN HADIAH SUKAN


BIL ACARA
Tempat
Jumlah
Keempat
1 Medal Penyertaan RM 5.00 x 25 RM 125.00

2 Tempat Pertama RM10.00 x 1 RM 10.00

3 Tempat Kedua RM 8.00 X 1 RM 8.00


RM 6.00
4 Tempat Ketiga RM 6.00 X 1
RM 6.00
5 Tempat Keempat RM 6.00 X 1
RM 6.00
6 Tempat Kelima RM 6.00 X 1
RM 161.00
JUMLAH

9. SUMBER KEWANGAN

9.1 Memohon peruntukkan Bantuan Ko-Kurikulum Prasekolah sebanyak RM 161.00


(Ringgit Malaysia Satu Ratus Enam Puluh Satu Sahaja ).

10. PENUTUP

Harapan agar sukan tahunan prasekolah SK ( F ) Pasir Besar ini dapat dilaksanakan
dengan lancar mengikut perancangan. Murid-murid prasekolah diharapkan dapat
memanfaatkan apa yang bakal mereka lalui sepanjang aktiviti ‘PraBijak Walk and Run
Challenge’ yang dijalankan ini kelak. Semoga aktiviti prasekolah ini mendapat keberkatan
dan perlindungan daripada Allah S.W.T hendaknya. Sekian.

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

................................................... .............................................
( Pn. Nizaha Binti Muri ) ( En. Zulkepli Bin Omar )
Guru Prasekolah Bijak GPK Ko-Kurikulum
SK ( F ) Pasir Besar SK ( F ) Pasir Besar

Diluluskan oleh ;

.......................................................
( En. Mohamad Zain Bin Md Sevan PMC )
Guru Besar
SK ( F ) Pasir Besar.

You might also like