Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

Page |1

MODUL PEMBELAJARAN
KIMIA 2021

ARAHAN PERKATAAN YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM KERTAS KIMIA

Pelajar mesti mengetahuai maksud dan arahan perkataan untuk memastikan


supaya jawapan yang diberikan mengikut arahan soalan.

1. Namakan: menyatakan nama, bukannya formula


Contoh: namakan unsur yang ujud sebagai gas monoatom
Jawapan salah: Ne
Jawapan betul: Neon

2. Nyatakan: Memberi jawapan secara umum sahaja, penjelasan tidak diperlukan.


Contoh: Nyatakan satu bahan yang boleh mengkonduksikan arus elektrik dalam keadaan
pepejal.
Jawapan: Kuprum atau Cu

3. Nyatakan pemerhatian: Menulis tentang apa yang diperhatikan secara fizikal


Contoh 1: Nyatakan satu pemerhatian apabila zink ditambah kepada asid hidroklorik
Jawapan salah: Gas Hidrogen hadir
Jawapan Betul: gelembong gas dibebaskan.

Contoh 2: Nyatakan perubahan warna apabila takat akhir dicapai semasa pentitratan.
Jawapan salah : larutan menjadi tanpa warna
Jawapan betul: warna merah jambu bertukar menjadi tanpa warna.

4. Jelaskan: Memberi jawapan dengan sebab untuk menjelaskan sesuatu kenyataan/


fakta/pemerhatian/prinsip
Contoh: Jelaskan mengapa Loyang lebih keras berbanding kuprum tulen.
Jawapan betul:
1. Atom kuprum didalam kuprum tulen mempunyai saiz yang sama
2. Boleh menggelongsor dengan mudah apabila diberikan tekanan

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


Page |2

3. Kehadiran atom timah menggangu susunan atom yang teratur dalam Loyang.
4. Mengurangkan lapisan atom daripada menggelongsor

5. Apakah yang dimaksukan dengan….(definasi): member maksud yang tepat


Contoh: Apakah yang dimaksukan dengan hidrkarbon?
Jawapan salah: Suatu sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen
Jawapan betul: Suatu sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.

6. Menghuraikan ujian kimia: Menyatakan kaedah untuk mengendalikan ujian, pemerhatian


dan kesimpulan.
Contoh: Huraikan bagaimana mengenalpasti kehadiran ion Fe 2+ dalam larutan tersebut.
Jawapan:
1. Masukkan larutan kedalam tabung uji
2. Masukkan larutan natrium hidroksida (P1 dan P2 – kaedah)
3. Mendakan perang terbentuk (P3 – pemerhatian)
4. Ion Fe 3+
hadir (P4 – kesimpulan)

7. Menghuraikan ujian kimia (gas): Nyatakan kaedah mengenadalikan ujian, pemerhatian


dan kesimpulan
Contoh: Huraikan ujian kimia bagi gas yang terhasil di anod (oksigen)
Jawapan salah: uji dengan menggunakan kayu uji berbara.
Jawapan betul:
1. Kumpulkan gas dengan menggunakan tabung uji
2. Masukkan kayu uji berbara kedalam tabung uji (P1 dan P2 – kaedah)
3. Kayu uji berbara menyala (P3 – pemerhatian)
4. Oksigen gas hadir (P4 – kesimpulan)

8. Huraian suatu eksperimen:


Markah tidak diberikan pada gambar rajah tetapi gambar rajah dapat menolong untuk
menentukan langkah yang perlu diambil prosedur.
1. Senarai bahan dan senarai alat radas boleh diambil dari gambar rajah (1-2 markah)
2. Prosedur. (5-8 markah)
3. Pemerhatian/taburan data/ pengiraan/ melakar graf/ persamaan kimia/ setengah
persamaan/ kesimpulan. (1-2 markah)

9. Perbandingan: memberikan kesamaan dan perbezaan antara dua bahan/situasi

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


Page |3

TINGKATAN 4
BAB 2 : JIRIM DAN STRUKTUR ATOM

KONSEP ASAS
JIRIM

ISOTOP DAN JIRIM DAN


PENGGUNAAN STRUKTUR
PERKEMBANGAN
NYA ATOM MODEL ATOM

STRUKTUR
ATOM

1. Penekanan jenis-jenis zarah yang hadir dalam sesuatu bahan (unsur dan
sebatian)
2. Melukis rajah susunan zarah pepejal, cecair dan gas
3. Melukis dan mentafsir graf pemanasan dan penyejukan
• Kriteria graf pemanasan/penyejukan
➢ Label paksi-y dengan suhu/0C, paksi-x dengan masa/s
➢ Skala konsisten bagi kedua-dua paksi
➢ Tanda setiap titik dengan tepat
➢ Melukis graf yang licin
4. Membincangkan perkembangan model atom
5. Membanding dan membezakan zarah subatom

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


Page |4

6. Menekankan perwakilan atom bagi unsur A X


Z

7. Melukis rajah susunan elektron atom dan melukis rajah struktur atom
8. Membanding bezakan isotop dan membincangkan kegunaan

2.1 KONSEP ASAS JIRIM


Standard pembelajaran :
➢ Memerihal jirim
➢ Menerangkan perubahan keadaan jirim
➢ Menentukan takat lebur dan takat beku naftalena

➢ Jirim ialah sebarang bahan yang memenuhi ruang dan mempunyai jisim.
➢ Tiga keadaan jirim : Pepejal, Cecair dan Gas
➢ Tiga jenis zarah : Atom, Molekul, Ion

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


Page |5

LATIHAN PENGUKUHAN

Soalan objektif

1. Bahan manakah yang merupakan suatu unsur?


A Air C Karbon
B Stim D Naftalena

2. Pasangan manakah dipadankan dengan betul?

3. Bahan yang manakah terdiri daripada ion?


A Karbon dioksida C Kalsium klorida
B Sulfur dioksida D Hidrogen klorida

4. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan proses pemejalwapan?


A Wap bromin tersebar ke seluruh balang gas
B Air bertukar menjadi ais dalam peti sejuk
C Bebola naftalena dalam almari menjadi lebih kecil
D Isi padu minyak wangi berkurang dalam botol yang terbuka

5. Kabus akan terbentuk pada cermin apabila kita mandi dengan pancuran air
panas. Pandangan yang berkabus terhasil apabila kita melihat pada cermin.
Pernyataan yang manakah betul untuk menerangkan situasi ini?
A Titisan air daripada pancuran terpercik ke cermin
B Wap air membebaskan haba untuk membentuk titisan air yang kecil di
permukaan cermin
C Titisan air daripada pancuran menyerap haba dan membentuk wap air
di permukaan cermin
D zarah-zarah wap air tersebar dan memenuhi ruang kosong antara zarah
udara di permukaan cermin.

6. Pernyataan berikut menghuraikan sifat-sifat zarah suatu bahan pada suhu


bilik.
• Zarah-zarah tersusun rapat tetapi tidak teratur
• Zarah-zarah bergetar, berputar ke seluruh Kawasan
• Zarah-zarah berlanggar antara satu sama lain
Bahan manakah yang mempunyai sifat seperti di atas pada suhu bilik?

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


Page |6

Bahan Takat lebur (0C) Takat didih (0C)


A P 110 340
B Q -35 25
C R 10 150
D S -78 -2

7. Apakah yang dimaksudkan dengan takat lebur?


A Suhu di mana ais bertukar kepada air
B Suhu di mana air bertukar kepada ais
C Suhu di mana air bertukar kepada stim
D Suhu di mana stim bertukar kepada air

8. Rajah 1 menunjukkan perubahan keadaan jirim bagi suatu bahan.

Perubahan keadaan manakah yang melibatkan pembebasan tenaga?


A Stim → Ais C Ais → Air
B Air → Stim D Ais → Stim

9. Rajah 2 adalah graf suhu-masa bagi pemanasan bahan Q.

Pernyataan manakah yang betul mengenai sifat bahan Q berdasarkan graf


itu?
A Adalah gas pada suhu bilik
B Mengalami perubahan keadaan fizik pada suhu 75 0C
C Membebaskan haba pada sela masa t1 dan t2
D Berada dalam keadaan cecair sahaja pada sela masa t1 dan t2

10. Pepejal X dipanaskan dalam sebuah tabung didih dan suhu direkodkan
pada sela masa yang sekata. Jika takat lebur X ialah 780C, graf manakah
yang mewakili lengkung pemanasan bagi X?

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


Page |7

Soalan struktur

1. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas bagi suatu eksperimen untuk


menentukan takat lebur naftalena dan rajah 1.2 menunjukkan lengkung
pemanasan bagi pepejal naftalena.

SAMPLE ANSWER

(i) Berdasarkan rajah 1.1, mengapakah naftalena dipanaskan dengan


menggunakan kukus air?
Untuk mendapatkan sekata
[1markah]
(ii) Tunjukkan di atas rajah 1.2, bagaimana untuk menentukan takat
lebur bagi naftalena.
[1 markah]

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


Page |8

(iii) Mengapakah suhu tidak berubah dari Q ke R?


Tenaga haba diserap digunakan untuk mengatasi daya tarikan
antara zarah sehingga pepejal bertukar menjadi cecair
[1 markah]
(iv) Nyatakan perubahan pergerakan zarah-zarah daripada R ke S
Zarah menerima tenaga kinetic dan bergerak lebih pantas dan
rawak
[1 markah]
(v) Lukis susunan zarah bagi naftalena pada RS

2. (a) Jadual menunjukkan empat bahan dan formula kimianya.

Berdasarkan jadual 1 :
(i) Nyatakan satu bahan yang wujud sebagai atom
Argon / Ar
[1 markah]
(ii) Apakah keadaan fizik bromin pada keadaan bilik?
Cecair
[1 markah]
(b) Rajah menunjukkan graf suhu melawan masa apabila cecair naftalena
disejukkan.

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


Page |9

Berdasarkan rajah, :
(i) Nyatakan takat beku bagi naftalena
T2
[1 markah]
(ii) Mengapakah tidak terdapat perubahan suhu dari R ke Q?
Suhu kekal kerana haba yang hilang kepada persekitaran
diseimbangkan tepat oleh haba yang dibebaskan apabila zarah-zarah
menarik antara satu sama lain bagi membentuk pepejal
[2 markah]
(iii) Apakah keadaan jirim dari R ke Q?
Cecair dan pepejal
[1 markah]

2.2 PERKEMBANGAN MODEL ATOM


Standard pembelajaran :
➢ Menyatakan zarah subatom dalam pelbagai atom unsur
➢ Membanding dan membezakan jisim relatif dan cas relatif proton,
elektron dan neutron
➢ Membuat urutan model struktur atom berdasarkan model atom
Dalton, Thomson, Rutherford, Bohr dan Chadwick

ZARAH SUBATOM

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


P a g e | 10

Perkembangan Model Struktur Atom

JOHN DALTON
Ernest
•Jirim terdiri daripada J.J Thomson Rutherford Elektron
zarah yang dipanggil James
•Menjumpai •Menjumpai bergerak di Chadwick
atom dalam peta
elektron proton * kewujudan
• Atom tidak boleh dalam yang
dicipta, •Atom ialah sfera neutron yang
bercas positif nukleus mengelilingi
dimusnahkan atau nukleus merupakan
yang zarah neutral
dibahagi
mengandungi
zarah bercas
negatif

2.3 STRUKTUR ATOM

Standard pembelajaran :

➢ Mendefinisi nombor proton dan nombor nukleon


➢ Menentukan nombor nukleon, nombor proton dan bilangan elektron dalam
sesuatu atom
➢ Menulis perwakilan piawai bagi atom
➢ Membina rajah struktur atom dan susunan elektron

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


P a g e | 11

2.4 ISOTOP DAN PENGGUNAANNYA

Standard pembelajaran :

➢ Mendeduksi maksud isotop


➢ Menghitung jisim atom relatif bagi isotop
➢ Mewajarkan penggunaan isotop dalam pelbagai bidang

• 1. Isotop ialah atom-atom bagi suatu unsur yang sama yang


• mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan
• neutron yang berbeza.
• 2. Ciri isotop :
• - Nombor proton adalah sama tetapi nombor nukleon adalah
• berbeza
• -Sifat kimia sama tetapi sifat fizik berbeza

Jisim Atom Relatif Bagi Isotop

Bidang Isotop Kegunaan


Perubatan Kobalt-60 • Digunakan dalam radioterapi untuk
membunuh sel kanser tanpa
melakukan pembedahan
• Mensterilkan alat perubatan
Iodin-131 Digunakan dalam rawatan penyakit tiroid, seperti
hipertiroidisme dan kanser tiroid
Pertanian Fosforus-32 Mengkaji metabolisme tumbuhan
Nuklear Uranium-235 Digunakan dalam penjana kuasa nuklear untuk menjana
kuasa elektrik
Arkeologi Karbon-14 Menganggar umur bahan artifak atau fosil
Plumbum-210 Digunakan untuk menetapkan umur lapisan pasir dan
tanah sehingga 80 tahun
Industri Hidrogen-3 Digunakan sebagai pengesan untuk mengkaji kumbahan
dan bahan buangan cecair
Kejuruteraan Natrium-24 Mengesan kebocoran paip bawah tanah

Kegunaan isotop dalam kehidupan

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


P a g e | 12

LATIHAN PENGUKUHAN

Soalan objektif

1. Antara berikut, yang manakah kegunaan isotop fosforus-32?


A Membunuh mikroorganisma dalam bahan makanan
B Sinar-X untuk pemeriksaan badan
C Mengkaji metabolisma tumbuhan
D Pentarikhan usia fosil dan artifak

2. Siapakah yang menjumpai neutron?


A Neils Bohr C James Chadwick
B J.J. Thomson D Ernest Rutherford

3. Pernyataan berikut merujuk kepada sumbangan seorang ahli sains dalam


perkembangan idea tentang struktur atom
• Menemui proton
• Kebanyakan jisim atom bertumpu di nukleus
• Elektron bergerak dalam ruang kosong

Siapakah ahli sains itu?

A Neils Bohr C J.J. Thomson

B John Dalton D Ernest Rutherford

4. Rajah 6 menunjukkan susunan elektron bagi ion J3+ . Atom bagi unsur J
mengandungi 12 neutron.

Apakah nombor nukleon bagi unsur J?


A 10 C 22
B 12 D 25

5. Rajah 2 menunjukkan simbol bagi unsur X. X bukan simbol sebenar bagi


unsur itu.

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


P a g e | 13

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan susunan elektron dan


bilangan neutron dalam suatu atom bagi X?

6. Maklumat berikut adalah mengenai atom T.

• Bilangan proton ialah 3

• Nombor nukleon ialah 7

Rajah yang manakah menunjukkan struktur bagi atom T?

7. Maklumat berikut adalah mengenai suatu atom.


• Bilangan neutron ialah 10
• Nombor nukleon ialah 20

Antara rajah berikut, yang manakah menunjukkan atom itu?

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


P a g e | 14

8. Rajah 5 menunjukkan susunan elektron bagi unsur L.

Simbol manakah yang mewakili atom bagi unsur L?

9. Antara yang berikut, yang manakah adalah perbezaan isotop bagi unsur?
I Bilangan proton III Sifat fizik
II Bilangan neutron IV Sifat kimia
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

10. Apakah maksud isotop?


A atom-atom unsur yang sama dengan nombor nukleon yang sama
B atom-atom unsur yang sama dengan bilangan neutron yang berbeza
C atom-atom unsur yang berbeza dengan nombor proton yang berbeza
D atom-atom unsur yang berbeza dengan nombor nukleon yang sama

11. Berapakah bilangan neutron dalam isotop uranium

A 92 C 235
B 143 D 327

12. Antara yang berikut, yang manakah kegunaan karbon-14?

A Untuk merawat pesakit kanser

B Untuk menganggar usia fosil dan artifak

C Menjana tenaga elektrik

D Membunuh sel-sel kanser

13. Antara yang berikut, yang manakah kegunaan isotop kobalt-60?


A Rawatan kanser
B Pensterilan serangga
C Sinar-X untuk pemeriksaan badan
D Pentarikhan usia fosil dan artifak

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


P a g e | 15

SAMPLE ANSWER

Soalan struktur

1. Jadual 1 menunjukkan bilangan neutron bagi tiga karbon atom yang


berlainan.
Atom Bilangan neutron
Karbon-12 6
Karbon-13 7
Karbon-14 8

(i) Semua atom karbon-12, karbon-13 dan karbon-14 mempunyai


nombor proton yang sama. Apakah bilangan proton dalam atom-atom
karbon tersebut?
6
[1 markah]
(ii) Berdasarkan bilangan proton di (i), dan bilangan neutron yang
diberikan pada jadual 1, nyatakan istilah yang digunakan bagi
menghuraikan tiga jenis karbon atom di atas.
Isotop
[1 markah]
(iii) Wakilkan karbon-13 dalam bentuk AZX.

136C

[1 markah]
(iv) Professor Faridah adalah seorang ahli arkeologi. Beliau menemukan
fosil di gua Cenderiang. Atom karbon yang manakah boleh digunakan
untuk menganggarkan usia fosil tersebut?
Karbon-14
[1 markah]

2. Rajah 1 menunjukkan perwakilan piawai bagi dua isotop atom karbon.

(a) Nyatakan maksud isotop


Atom-atom unsur yang sama yang mempunyai bilangan proton yang
sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.
[1 markah]

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


P a g e | 16

(b) Berdasarkan rajah 1:


(i) Tentukan bilangan elektron dan neutron dalam jadual di bawah.
Zarah

Bilangan elektron 6 6
Bilangan neutron 6 8

(ii) Nyatakan satu kegunaan dalam kehidupan seharian.

Menganggar umur bahan artifak atau fosil


[1 markah]

(c) P adalah satu bahan yang mempunyai takat lebur 51°C dan takat didh
305°C.
(i) Lakar graf suhu melawan masa apabila bahan P dipanaskan
daripada 30°C ke 90°C.
Suhu , °C

50°C

30°C

Masa , s

[2 markah]

(ii) Apabila bahan P disejukkan, suhu berkurangan dan menjadi


malar pada satu peringkat dan kemudian berkurang semula.
Ramalkan suhu yang malar itu.
51°C
[1 markah]
(iii) Terangkan mengapa suhu malar pada peringkat itu.
Haba yang dibebaskan ke persekitaran diimbangi oleh tenaga
haba yang terbebas apabila zarah menarik antara satu sama
lain untuk membentuk pepejal
[2 markah]

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


P a g e | 17

3. Jadual 1.1 menunjukkan bilangan proton dan bilangan neutron bagi atom-
atom R, S dan T.
Atom Bilangan proton Bilangan neutron

R 12 12
S 17 18
T 17 20
Jadual 1.1

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan elektron valens?


Elektron pada petala valens/ petala terluar
[1M]

(b) (i) Tuliskan susunan elektron bagi atom R.


2.8.2
[1M]
(ii) Nyatakan elektron valens bagi atom R.
2
[1M]
(iii) Lukiskan susunan elektron bagi ion R.

[1M]
(c) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan isotop?
Atom-atom unsur yang sama yang mempunyai bilangan proton yang

sama tetapi bilangan neutron yang berbeza

[1M]
(ii) Nyatakan atom-atom yang merupakan isotop.
S dan T [1M]

(iii) Nyatakan sebab bagi jawapan anda di (c)(ii).


Kerana atom S dan atom T mempunyai bilangan proton yang
sama tetapi bilangan neutron yang berbeza [1M]

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


P a g e | 18

(d) Jadual 1.2 menunjukkan takat lebur dan takat didih bagi bahan P dan Q.

Bahan Takat lebur (C) Takat didih (C)


P - 101 - 64
Q 720 1035

Jadual 1.2
(i) Apakah keadaan fizikal bahan Q pada suhu bilik?
Solid
[1M]
(ii) Lukiskan susunan zarah bagi bahan P pada suhu 30C.

[1M]
Soalan esei

1. Rajah 8 menunjukkan satu atom bagi unsur itu. Huruf yang digunakan
bukan simbol sebenar bagi unsur itu.

(a) Huraikan atom yang ditunjukkan dalam rajah 8.


Bilangan proton bagi atom tersebut adalah 1 dan bilangan neutron
adalah 1. Bilangan elektron atom adalah sama dengan bilangan
proton iaitu 1. Nombor nucleon bagi atom adalah 2
[4 markah]

(b) Satu atom lain bagi unsur X mempunyai dua neutron.


(i) Bandingkan atom ini dengan atom dalam rajah 8.
Bilangan neutron bagi atom dalam rajah 8 adalah 1 manakala
bilangan neutron bagi atom lain unsur X adalah 2. Nombor
nukleon atom dalam rajah 8 adalah 2 manakala nombor

PANITIA KIMIA JPN MELAKA


P a g e | 19

nukleon atom lain unsur X adalah 3. Kedua-dua atom ini


merupakan isotop
[4 markah]
(ii) Tulis simbol bagi atom ini dalam bentuk

3 H
1

[1 markah]

PANITIA KIMIA JPN MELAKA

You might also like