CLJSYA 2012 1 338 Cljkuim1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

338 Syariah Reports [2012] 1 CLJ (Sya)

KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN A

v.

JUNAIZULHISHAM JUHARI & ANOR

SYARIAH COURT OF APPEAL, KUALA LUMPUR B


MD YUSUP CHE TEH AJ
ZOHDI TOHA AJ
AIDI MOKTAR AJ
[CRIMINAL APPEALS NO: 14000-142-0019-2010
& 14000-142-0020-2010] C
10 AUGUST 2011

CRIMINAL PROCEDURE: Sentence - Adequacy - Sexual intercourse


out of wedlock - Plea of guilt - Accused released on bond of good
behaviour - Whether justified - Whether trial judge erred in his decision -
D
Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997, s. 129 -
Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997, ss. 23(1), (2)

This was an appeal by the Chief Syarie Prosecutor, Federal


Territories against the decision of the Syariah High Court, Federal
Territories invoking s. 129(1) of the Syariah Criminal Procedure E
(Federal Territories) Act 1997 (‘Act 560’) and binding over the
respondents to be of good behaviour after they had pleaded guilty
to the offence of committing sexual intercourse out of wedlock
under s. 23 of the Syariah Criminal Offences (Federal Territories)
Act 1997 ('‘Act 559’). In essence, it was the argument of the F
Chief Syarie Prosecutor that the invocation by the trial judge of
his discretionary power under s. 129(1) of Act 560 was flawed
and unjustified, and ought to be disturbed, as the offence was
serious, and considering the rampancy of the incidents of births of
illegitimate children within the Malay community of late. G

Held (allowing appeal; setting aside binding over order and


passing sentence accordingly)
Per Md Yusup Che Teh AJ delivering the judgment of the
court: H
(1) The sentence as prescribed in the statute for the offence of
committing sexual intercourse out of wedlock is a takzir
punishment. The sentence that ought to be meted out must
therefore be based on the judge’s discretion subject to the
maximum punishments prescribed by s. 23 of Act 559. (para 5) I

(2) It was inappropriate of the learned trial judge to have invoked


the provision of s. 129(1) of Act 560 to bind over the
respondents to a bond of good behaviour. The facts showed
that the incidents of births of illegitimatye children within the
Ketua Pendakwa Syarie
Wilayah Persekutuan v.
[2012] 1 CLJ (Sya) Junaizulhisham Juhari & Anor 339

A Malay society lately is nothing short of serious. The learned


trial judge, in deciding the way he did, had hearkened to the
interest of the respondents but had ignored public interest.
(paras 7, 8 & 9)
(3) Both respondents ought to be punished with terms as
B
prescribed in s. 23 of Act 559 (fine not exceeding RM5000
or imprisonment not exceeding three years or whipping not
exceeding six lashes or any combination thereof). Bearing in
mind the facts and circumstances of this case, each of the
respondents is sentenced to a fine of RM1500 in default three
C
month’s imprisonment. (paras 11 & 23)
Headnotes in Bahasa Malaysia
PROSEDUR JENAYAH: Hukuman - Kesetimpalan - Persetubuhan
luar nikah - Pengakuan bersalah - Pesalah dilepas dengan percubaan
D
berkelakuan baik - Sama ada wajar - Sama ada hakim bicara khilaf
dalam keputusannya - Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-
wilayah Persekutuan) 1997, s. 129 - Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, s. 23(1), (2)
E Ini adalah rayuan Ketua Pendakwa Syarie, Wilayah Persekutuan
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah
Persekutuan, kerana melepaskan kedua-dua responden dengan bon
berkelakuan baik di bawah s. 129(1) Akta Tatacara Jenayah
Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (‘Akta 560’) setelah
F kedua mereka mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar
nikah, iaitu suatu kesalahan dibawah s. 23 Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (‘Akta 559’).
Dalam hujahnya, Ketua Pendakwa Syarie secara intinya
menegaskan bahawa penggunaan kuasa budibicara di bawah
G s. 129(1) Akta 560 oleh hakim bicara adalah khilaf dan tidak
wajar, dan harus diganggui, memandangkan kesalahan yang
dilakukan adalah kesalahan berat, dan mengambilkira bahawa
kejadian kelahiran anak luar nikah di kalangan masyarakat Melayu
mutakhir ini adalah amat berleluasa.
H
Diputuskan (membenarkan rayuan; mengenepikan perintah
berkelakuan baik dan menjatuhkan hukuman sekadarnya)
Oleh Md Yusup Che Teh HR menyampaikan penghakiman
mahkamah:
I (1) Hukuman yang dikanunkan dalam statut bagi kesalahan
melakukan persetubuhan luar nikah adalah hukuman takzir.
Hukuman yang harus dijatuhkan dengan itu adalah berdasarkan
budibicara hakim tertakluk kepada had hukuman yang
ditetapkan di bawah s. 23 Akta 559. (perenggan 5)
340 Syariah Reports [2012] 1 CLJ (Sya)

(2) Yang arif hakim bicara telah bertindak tidak wajar apabila A
menggunapakai peruntukan s. 129(1) Akta 560 dan
melepaskan pesalah dengan percubaan berkelakuan baik. Fakta
menunjukkan bahawa kes-kes kelahiran anak luar nikah di
kalangan orang Melayu mutakhir ini adalah amat serius. Yang
arif hakim bicara jelas hanya mengambilkira maslahat B
responden-responden semata-mata, dan telah membelakangkan
maslahat awam, apabila melepaskan tertuduh atas bon
berkelakuan baik. (perenggan 7, 8 & 9)
(3) Kedua-dua tertuduh patut dikenakan hukuman seperti yang
C
ditetapkan di bawah s. 23 Akta 559 (denda tidak melebihi
RM5000 atau dipenjara untuk tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum
dengan mana-mana kombinasi hukuman tersebut).
Mengambilkira fakta dan halkeadaan kes di sini, responden-
D
responden wajar dijatuhkan hukuman denda RM1500 jika tidak
bayar 3 bulan penjara. (perenggan 11 & 23)
[Responden dihukum sekadarnya]
Case(s) referred to:
E
Jumadi Patomdang lwn. Ketua Pendakwa Syarie (Jenayah Rayuan No:
14000-142-0024-2010) (refd)

Legislation referred to:


Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997, s. 129(1)
Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997, s. 23(1), (2)
F
Other source(s) referred to:
Al-Hafiz Jalaluddin Abdul Rahmah al-Sayuti, Kitab Jami’ al-Ahadith,
vol 1, p 237
Dr Abdul Kadir Audah, al-Tasyri’ al-Jinaie al-Islamie, 4 edn, (1998),
vol 1, pp 611, 612, 615
G
Dr Fathi al-Tayyib al-Khumasi, Fiqh al-Jinaie al-Islami, p 431
Imam Ahmad Hanbal, al-Musnad, 2 edn, vol 10, p 246
For the appellant - Chief Syarie Prosecutor, Federal Territories
For the respondents - Unrepresented
H
Reported by Baizura Abd Razak & Wan Sharif Ahmad

PENGHAKIMAN

Md Yusup Che Teh H:


I
[1] Bagi memutuskan rayuan ini, saya tidak akan mengulas semua
lima alasan rayuan pihak perayu. Ulasan yang saya akan buat
adalah berdasarkan isu-isu yang timbul daripada kesemua alasan
Ketua Pendakwa Syarie
Wilayah Persekutuan v.
[2012] 1 CLJ (Sya) Junaizulhisham Juhari & Anor 341

A tersebut. Dari penelitian saya ke atas semua lima alasan rayuan


pihak perayu serta hujah-hujah yang dikemukakan, saya
berpendapat ianya adalah berkaitan antara satu sama lain dan ia
menjurus kepada satu isu sahaja, iaitu:

B Sama ada bagi kesalahan yang serius dan berbahaya, Mahkamah


Bicara boleh menggunakan kuasa budibicara yang diberikan di
bawah s. 129(1) Akta 560 untuk melepaskan pesalah dalam
cubaan akhlak untuk berkelakuan baik.

[2] Seksyen 129(1) Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-


C Wilayah Persekutuan) 1997, Akta 560 menetapkan seperti berikut:
129. (1) Apabila mana-mana orang yang bukan seorang pesalah
muda telah disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas
apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman
pemenjaraan, maka jika didapati oleh Mahkamah itu bahawa
D
dengan mengambil kira watak, latar belakang, umur,
kesihatan atau keadaan mental pesalah itu atau kepada hakikat
ringannya jenis kesalahan itu atau kepada apa-apa hal keadaan
peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan adalah
suaimanfaat bahawa pesalah itu dilepaskan dalam cubaan
E akhlak untuk berkelakuan baik, Mahkamah boleh, dengan
tidak menghukumnya serta-merta dengan apa-apa hukuman,
mengarahkan supaya pesalah itu dilepaskan apabila dia
mengikat bon dengan penjamin-penjamin dan sepanjang apa-
apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah
untuk hadir dan menerima penghakiman jika dan apabila
F dipanggil dan sementara itu hendaklah berkelakuan baik.

[3] Dalam memutuskan isu ini saya terlebih dahulu merujuk


kepada prinsip atau faktor-faktor yang menjadi pertimbangan bagi
seseorang hakim dalam menjatuhkan hukuman takzir di bawah
G Hukum Syarak. Saya dengan hormatnya merujuk kepada penulisan
Dr. Abdul Kadir Audah dalam al-Tasyri’ al-Jinaie al-Islamie, edisi ke
4 (1998), al-Resalah Publisher: Beirut Lubnan, jilid 1 hlm. 615
iaitu seperti berikut:
Bermaksud:
H
Adapun bagi kesalahan-kesalahan takzir, syariat memberi
kebebasan kepada hakim di dalam memilih hukuman yang sesuai
di antara sekumpulan hukuman. Sebagaimana juga diberikan
kebebasan kepada hakim di dalam menetapkan kadar hukuman
I dan kebebasan menentukan pemilihan hal keadaan jenayah dan hal
keadaan penjenayah (dalam persoalan meringan atau memberatkan
hukuman). Sekiranya hakim berpendapat bahawa hal keadaan
342 Syariah Reports [2012] 1 CLJ (Sya)

jenayah dan hal keadaan penjenayah tidak menghendaki peringanan, A


maka hakim hendaklah menghukum penjenayah mengikut hukuman
yang selayaknya dengan jenayah yang dilakukannya. Sekiranya
hakim berpendapat hal keadaan penjenayah menghendaki
peringanan hukuman, maka hakim hendaklah menghukum dengan
hukuman yang sesuai dengan keperibadiannya, hal keadaannya dan
B
hal keadaan kehidupannya serta akhlaknya. Sekiranya pula bahawa
hal keadaan jenayah menghendaki pemberatan hukuman, sedangkan
hal keadaan penjenayah menghendaki ia diringankan, maka hakim
hendaklah menghukum dengan hukuman pertengahan, dia tidak
boleh memberatkan hukuman dan tidak juga boleh
meringankannya. C

[4] Manakala Dr Fathi bin al-Tayyib al-Khumasi dalam kitabnya


Fiqh al-Jinaie al-Islami, hlm. 431 menyebutkan faktor-faktor
pemberatan hukuman iaitu seperti berikut:
Bermaksud: D

Sesungguhnya syariat Islamiah memberatkan hukuman terhadap


sesetengah jenayah jika ia mendatangkan bahaya kepada hal
keadaan masyarakat dan umat Islam dan mengancam sistem
Negara, kestabilan serta keamanannya. Pada dasarnya ia adalah
E
sebab-sebab yang mendorong kepada pemberatan hukuman yang
dikenakan ke atas setiap orang yang cuba menggongcang sistem
masyarakat dan orang yang menyebarkan ketakutan di dalam hati
penduduk...

[5] Adakah kesalahan persetubuhan luar nikah ini menghendaki F


hukuman diberatkan. Ia tidak akan menjadi isu, jika kesalahan
tersebut dikanunkan sebagai kesalahan hudud. Tetapi hukuman
yang dikanunkan dalam statut bagi kesalahan tersebut hanya
hukuman takzir yang mana hukuman adalah berdasarkan budibicara
hakim tertakluk kepada jenis dan had hukuman yang ditetapkan di G
bawah s. 23 Akta 559.

[6] Bagi menjawab persoalan ini, saya bersetuju dengan hujah


pihak perayu bahawa kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua
responden ini boleh menarik bala Allah SWT ke atas seluruh
H
masyarakat. Ini adalah sebagaimana yang ditegaskan dalam dua
buah hadis Nabi SAW yang dirujuk oleh pihak perayu, iaitu:

(i) Sebuah hadis yang disebut dalam Kitab Jami’ al-Ahadith,


karangan al-Hafiz Jalaluddin Abdul Rahmah al-Sayuti, (t.t) Dar
al-Fikr, jilid 1, hlm. 237: I
Ketua Pendakwa Syarie
Wilayah Persekutuan v.
[2012] 1 CLJ (Sya) Junaizulhisham Juhari & Anor 343

A Bermaksud:

Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah negeri,


maka penduduknya telah menghalalkan diri mereka dengan
azab Allah.

B (ii) Dalam suatu hadis lain yang disebut dalam kitab al-Musnad,
karangan Imam Ahmad bin Hanbal, (t.t) edisi ke-2, Dar
al-Fikr, jilid 10, hlm. 246:
Bermaksud:
C Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama mana
tidak tersebar luasnya anak zina. Apabila anak zina tersebar
luas di kalangan mereka, maka ia memberi sebab azab siksa
Allah ‘Azzawajalla ke atas mereka seluruhnya.

D
[7] Pihak perayu berhujah bahawa tanpa mengambil kira kes-kes
pembuangan bayi dan kelahiran yang tidak didaftarkan, purata
kelahiran anak zina di kalangan orang Melayu bagi tempoh lima
tahun (2005-2009) adalah secara puratanya 1245 orang setiap
bulan atau 41 orang setiap hari atau satu kelahiran bagi setiap 35
E
minit. Hujah pihak perayu ini adalah bersandarkan kepada
kenyataan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara,
Dato’ Alwi Ibrahim yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian
pada 21 Mac 2010 bahawa bagi tempoh lima tahun (2005-2009),
kelahiran anak tanpa bapa bagi orang Melayu adalah sebanyak
F
74,723 dan setiap tahun, berlaku peningkatan di mana jumlah
kelahiran anak tanpa bapa ini pada tahun 2007 sebanyak 16,100,
tahun 2008 sebanyak 16,541 dan pada tahun 2009 sebanyak
17,303.

[8] Berdasarkan hakikat ini, saya bersetuju dengan pihak


G
perayu bahawa YA hakim bicara tidak wajar untuk menggunakan
peruntukan s. 129 ini untuk melepaskan pesalah dalam cubaan
akhlak berkelakuan baik. Keputusan YA hakim bicara ini
menunjukkan bahawa YA hakim bicara hanya mengambil kira
semata-mata maslahat perayu sebagai pesalah sedangkan setiap
H
hukuman perlu mementingkan juga maslahat awam. Ini adalah
kerana undang-undang jenayah antara tujuannya adalah untuk
menjaga masyarakat dari bahaya sesuatu jenayah. Atas sebab itu,
maka dihukum seseorang pesalah supaya bukan sahaja untuk
mendidiknya supaya tidak mengulanginya, tetapi juga sebagai
I
peringatan (inzar) kepada orang lain agar kesalahan tersebut tidak
344 Syariah Reports [2012] 1 CLJ (Sya)

menjadi berleluasa sehingga kesannya adalah diterima oleh seluruh A


masyarakat. Saya dalam hal ini merujuk sekali lagi kepada Al-Tasyri’
al-Jinaie al-Islamie, jilid 1 hlm. 611-612:
Bermaksud:

Justeru itu, setiap hukuman hendaklah dengan kadar yang B


mencukupi bagi mendidik penjenayah supaya tidak mengulanginya
dan ia juga mencukupi untuk memberi peringatan kepada orang
lain dari berfikir untuk melakukan kesalahan yang sama ...

[9] Oleh itu, bagi kesalahan yang serius dan merbahaya, saya C
berpendapat mahkamah tidak boleh menggunakan budibicara untuk
melepaskan pesalah dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik
menurut s. 129 Akta 560 sekalipun terdapat hal keadaan pesalah
yang memerlukan hukuman diringankan. Pertembungan sebegini
menuntut seseorang hakim menghukum dengan hukuman D
pertengahan sebagaimana yang ditunjukkan oleh pakar undang-
undang jenayah Islam yang telah saya sebutkan sebelum ini.
Sebenarnya bagi kesalahan persetubuhan luar nikah di bawah s.
23 Akta 559, tidak ada masalah bagi seseorang hakim untuk
memilih jenis dan kadar hukuman yang sesuai dengan situasi E
pertembungan tersebut.

[10] Selain itu berdasarkan rekod rayuan di ms. 8, saya bersetuju


dengan hujah pihak perayu bahawa keputusan YA hakim bicara
melepaskan kedua-dua responden dalam cubaan akhlak untuk
F
berkelakuan baik adalah berlawanan dengan permohonan kedua-
dua responden semasa rayuan meringankan hukuman atau mitigasi
di hadapan YA hakim bicara. Responden pertama semasa mitigasi
hanya memohon supaya tidak dikenakan hukuman penjara dan
hukuman sebat dan memohon denda dikurangkan. Begitu juga
G
responden kedua yang memohon denda dikurangkan. Sebaliknya
YA hakim bicara melepaskan kedua-dua responden tanpa
dikenakan sebarang hukuman denda sekalipun. Malah saya dapati
dari hujah-hujah bertulis kedua-dua responden yang dibuat sendiri
dalam kes rayuan ini, mereka hanya berhujah supaya tidak
H
dikenakan hukuman penjara.

[11] Berdasarkan ulasan-ulasan di atas, maka saya berpendapat


pihak responden patut dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh
s. 23 Akta 559, iaitu sama ada didenda tidak melebihi RM5000
atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun atau I
disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-
mana kombinasi hukuman tersebut.
Ketua Pendakwa Syarie
Wilayah Persekutuan v.
[2012] 1 CLJ (Sya) Junaizulhisham Juhari & Anor 345

A Asas Pertimbangan Hukuman Ke Atas Kedua-Dua


Responden

[12] Rayuan perayu adalah supaya Mahkamah Rayuan Syariah ini


mengenepikan keputusan yang dibuat oleh YA hakim bicara dan
B supaya Mahkamah Rayuan Syariah ini menjatuhkan hukuman ke
atas kedua-dua responden.

[13] Dalam hal ini saya berpendapat ia patut di buat atas dua
pertimbangan, iaitu:
C (i) Sama ada telah ada sabitan kesalahan oleh YA hakim bicara
telah dibuat ke atas kedua-dua perayu.

(ii) Faktor pemberatan hukuman bersama dengan faktor-faktor


peringanan jika ada.
D
[14] Berhubung pertimbangan pertama, saya berpuashati bahawa
YA hakim bicara telah mensabitkan kesalahan kedua-dua
responden sebagaimana yang terdapat dalam Catatan Perbicaraan
(rekod rayuan ms. 8) yang mana sabitan tersebut dibuat
berdasarkan pengakuan bersalah kedua-dua responden. Catatan
E
perbicaraan menyatakan:

- OKT dengan dan setuju dengan fakta kes yang dibentangkan.

- OKT masih mengekalkan pengakuan salah.


F
- OKT disabitkan salah di bawah s. 23(1) dan (2).

- Mahkamah berpuashati dengan pengakuan salah OKT dan


mensabitkan OKT di bawah s. 23(1) dan (2).

G [15] Dari sudut faktor-faktor pemberatan hukuman, saya telah pun


memberi ulasan mengenainya. Manakala dari sudut faktor
peringanan saya dengan ini merujuk kepada mitigasi yang dibuat
oleh kedua-dua responden semasa perbicaraan di Mahkamah
Tinggi Syariah dan fakta-fakta kes yang terdapat dalam rekod
H rayuan.

[16] Di ms. 8 rekod rayuan, kedua-dua responden membuat


mitigasi seperti berikut:
Mitigasi Responden Pertama:
I
Saya menyesal dengan perbuatan saya. Ini perbuatan pertama
saya. Saya merayu kurangkan denda yang dikenakan sebab saya
mempunyai 2 orang anak dan seorang isteri. Pendapatan angkatan
346 Syariah Reports [2012] 1 CLJ (Sya)

tentera RM1500, gaji bersih dalam RM50. Mohon saya tidak A


dikenakan hukuman penjara dan sebatan. Cukup sekadar denda.
Saya perlu menanggung anak dan isteri. Jika saya dipenjarakan
perkhidmatan saya dalam angkatan tentera terjejas. Saya menyesal
dengan perbuatan yang telah saya lakukan dan berjanji tidak akan
mengulangi perbuatan yang sama.
B
Mitigasi Responden Kedua:

Saya benar-benar insaf dan mohon dikurangkan denda. Anak kecil


masih menyusu badan. Saya tidak bekerja. Pendidikan saya
setakat SPM. Saya tiada kesalahan lampau berkaitan jenayah
C
Syariah.

[17] Berdasarkan hal keadaan dan latar belakang kedua-dua


responden yang memerlukan hukuman diringankan dan hal keadaan
kesalahan kedua-dua responden yang memerlukan hukuman
diberatkan, maka saya berpendapat hukuman pertengahan adalah D
paling wajar selaras dengan otoriti-otoriti yang saya telah rujuk
sebelum ini. Apakah kadar dan jenis hukuman yang boleh disifatkan
sebagai hukuman pertengahan tersebut. Ia adalah soal ijtihadiah.
Hukuman denda yang tidak mencapai tahap maksimum iaitu
RM5000 beserta penjara yang tidak mencapai had maksimumnya E
iaitu tiga tahun penjara masih boleh ditafsirkan sebagai hukuman
pertengahan.

[18] Dalam kes terbaru di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah


Persekutuan di Putrajaya yang diputuskan pada 5 Ogos 2011, iaitu F
Kes Jenayah (Rayuan) No. 14000-142-0024-2010 (Jumadi b.
Patomdang lwn. Ketua Pendakwa Syarie). Dalam kes ini, rayuan
pihak perayu ditolak dan Mahkamah Rayuan Syariah berpendapat
hukuman Mahkamah Bicara iaitu denda RM3000 dan penjara
selama 30 hari bagi kesalahan persetubuhan luar nikah, masih lagi G
dalam kategori hukuman pertengahan.

[19] Perayu dalam kes tersebut juga seorang kakitangan awam


dan mempunyai tanggungan anak dan isteri yang mana hukuman
tersebut terutamanya pemenjaraan boleh menjejaskan pekerjaannya.
H
Hal keaadaanya sama seperti dalam kes yang hendak diputuskan
oleh Mahkamah Rayuan Syariah ini.

[20] Walaubagaimanapun saya berpendapat hukuman pemenjaraan


dalam kes di hadapan saya ini tidak sesuai memandangkan dalam
kes ini, kedua-dua pihak didakwa di bawah s. 23 Akta 559 ini I
setelah mereka hadir di Jabatan Agama Islam kerana mahu
berkahwin akibat perbuatan terlanjur mereka. Berbeza dengan kes
Ketua Pendakwa Syarie
Wilayah Persekutuan v.
[2012] 1 CLJ (Sya) Junaizulhisham Juhari & Anor 347

A Jumadi Patomdang lwn. Ketua Pendakwa Syarie tersebut yang mana


tidak ada fakta menunjukkan beliau telah berkahwin dengan
pasangan perempuannya itu. Fakta bahawa kedua-dua pihak
responden didakwa setelah hadir di JAWI kerana mahu berkahwin
terdapat di dalam rekod rayuan ms. 1 yang tercatat seperti berikut:
B
Peguam OKT: OKT hadir pada bulan April 2008, pada masa itu
OKT perempuan mengandung 5 bulan, mohon kebenaran untuk
berkahwin dan pada tarikh tersebut Pegawai JAWI mengambil
keterangan ...

C [21] Berhubung dengan kenyataan peguam kedua-dua responden


ini, pihak pendakwaan tidak menafikan fakta tersebut. Ia adalah
berdasarkan catatan Mahkamah Bicara di ms. 1 rekod rayuan,
iaitu:

D Pendakwa: ... saya tidak menafikan peguam OKT ...

[22] Berdasarkan fakta ini, saya berpendapat, jika hukuman


pemenjaraan dikenakan, maka ia akan menakutkan mereka yang
telah terlanjur untuk bernikah. Ianya bersandarkan amalan biasa
yang saya boleh beri pengiktirafan kehakiman (judicial notice),
E
bahawa Jabatan Agama Islam akan mengambil tindakan
pendakwaan ke atas pasangan yang memohon untuk berkahwin
yang telah mengandung anak hasil persetubuhan luar nikah. Jika
hukuman pemenjaraan dalam kes-kes sebegini dipilih, sudah tentu
ia akan menakutkan mereka yang bersedia mengambil
F
tanggungjawab dengan berkahwin.

Keputusan

[23] Setelah meneliti alasan rayuan perayu, rekod rayuan serta


G hujah kedua-dua belah pihak, maka kami sebulat suara memutuskan
seperti berikut:

(a) Rayuan perayu diterima.

(b) Keputusan YA hakim bicara yang melepaskan kedua-dua


H responden dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik adalah
diketepikan.

(c) Kedua-dua responden dihukum dengan didenda sebanyak


RM1,500 setiap seorang dan jika gagal membayar denda
I dipenjarakan selama tiga bulan.

You might also like