Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

14 Syariah Reports [2013] 1 CLJ (Sya)

JUMADI PATOMDANG A

v.

KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN

SYARIAH COURT OF APPEAL, WILAYAH PERSEKUTUAN B


IBRAHIM LEMBUT CJS
MD YUSUP CHE TEH AJ
HUSSIN HARUN AJ
[CRIMINAL APPEAL NO: 14000-142-0024-2010]
5 AUGUST 2011 C

CRIMINAL PROCEDURE: Sentence - Adequacy - Khalwat - Appeal


against sentence - Fine of RM3,000 and four strokes of whipping -
Whether excessive - Syariah Court Criminal Procedure (Federal
Territories) Act 1997, s. 136 D

The appellant was charged by the Wilayah Persekutuan Syarie


Prosecutor for the offence of committing adultery with a Muslim
woman pursuant to s. 23 of the Syariah Criminal Offences
(Federal Territories) Act 1997. The said charge was heard before
E
the Putrajaya Syariah High Court on 25 October 2010 wherein
the appellant pleaded guilty. On the basis of the appellant’s guilty
plea and his admission of the facts of the case presented by the
Syarie Prosecutor and after having heard the prosecutor's
submissions, the Syariah High Court convicted the appellant for
F
the offences as per the charge. On 1 September 2010, the
appellant was afforded an opportunity to mitigate the sentence
wherein upon hearing the appellant’s mitigation and the
prosecutor’s submission to enhance the sentence, the Syariah
High Court had sentenced the appellant to RM3,000 fine, in
G
default three months’ imprisonment and four lashes of the rotan.
The appellant disagreed with the Syariah High Court’s decision
and thus had appealed to the Syariah Court of Appeal. There was
only one issue before the Syariah Court of Appeal for
consideration ie, whether the sentence thus imposed by the
H
Syariah High Court was too excessive.

Held (dismissing appeal; setting aside whipping order):

(1) The conviction and sentence of the learned trial judge were
based on a guilty plea whereby according to the laws, the I
appellant is only allowed to appeal against the degree of the
sentence and not against the conviction. This is clearly stated
in s. 136 of the Syariah Criminal Procedure Act (Federal
Territories) 1997. (para 1)
Jumadi Patomdang v. Ketua Pendakwa
[2013] 1 CLJ (Sya) Syarie Wilayah Persekutuan 15

A (2) The appellant should not use grounds of appeal except to the
extent as stated in the appellant’s petition of appeal as
prescribed under s. 155(2) of the Syariah Criminal Procedure
Act (Federal Territories) 1997. The appellant did not obtain
leave of this court to include any new grounds at any stage
B of the proceeding of this case. Thus, in deciding this appeal,
the appellant’s three new grounds will not be considered. (para
1)

(3) The issue rampancy of adultery and that many children were
C born as a result of adulterous relationship constituted a factor
for enhancement of sentence. The appellant’s act could cause
disaster to the society as a whole. In the context of takzir
sentence one of the purpose is to act as a warning (inzar) to
others not to commit a similar offence, so that it will not
D deteriorate given that the effect and the result of a crime is
against the society as whole. (paras 9 & 10)

(4) The learned judge did not err in imposing the sentence on the
appellant. Nonetheless, on the facts and in the circumstances,
the whipping order ought to be set aside. (para 17)
E
Headnotes in Bahasa Malaysia

PROSEDUR JENAYAH: Hukuman - Kesetimpalan - Khalwat -


Rayuan terhadap hukuman - Denda RM3,000 dan empat sebatan -
F Sama ada terlalu berat - Sama ada wajar diringankan - Akta Tatacara
Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, s. 136

Perayu telah dituduh oleh pihak Pendakwa Syarie Wilayah


Persekutuan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah
G
dengan seorang perempuan Islam menurut s. 23 Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Pertuduhan
tersebut telah dibicarakan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi
Syariah Putrajaya pada 25 Oktober 2010 dengan kehadiran perayu
di mana perayu telah mengaku bersalah. Atas pengakuan bersalah
H
perayu dan persetujuan perayu dengan fakta kes yang telah
dikemukakan oleh pendakwa Syarie serta setelah mendengar hujah-
hujah pendakwaan, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah
mensabitkan kesalahan perayu sebagaimana yang dipertuduhkan.
Pada 1 September 2010, perayu telah diberikan peluang untuk
I
membuat mitigasi meringankan hukuman di mana setelah mendengar
mitigasi perayu dan hujah pemberatan hukuman oleh pihak
pendakwaan, Mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan
hukuman terhadap perayu dengan didenda RM3,000, tiga bulan
penjara dan empat kali sebatan. Perayu tidak bersetuju terhadap
16 Syariah Reports [2013] 1 CLJ (Sya)

keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut dan telah merayu A


kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Hanya terdapat satu isu
sahaja di hadapan Mahkamah Rayuan Syariah untuk dipertimbangkan
iaitu sama ada hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah
Tinggi adalah berat berlebihan.
B
Diputuskan (menolak rayuan; mengenepikan hukuman
sebat):

(1) Sabitan dan hukuman yang arif hakim bicara adalah


berdasarkan pengakuan bersalah yang mana menurut undang-
C
undang, perayu hanya dibenarkan untuk merayu terhadap takat
hukuman sahaja dan tidak boleh merayu terhadap sabitan
kesalahan. Ia jelas sebagaimana yang diperuntukkan oleh
s. 136 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997. (perenggan 1)
D
(2) Perayu tidak boleh menggunakan alasan-alasan rayuan kecuali
setakat alasan yang dinyatakan dalam Petisyen Rayuan
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah s. 155(2) Akta
Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997. Perayu tidak pernah mendapatkan kebenaran Mahkamah E
Rayuan Syariah ini untuk menambah apa-apa alasan baru pada
mana-mana peringkat prosiding kes ini. Justeru itu dalam
memutuskan rayuan ini, tiga alasan baru pihak perayu tidak
akan diambil kira. (perenggan 1)
F
(3) Persoalannya sama ada berleluasanya perzinaan dan banyaknya
anak hasil perzinaan boleh menjadi faktor hukuman diberatkan.
Perbuatan perayu ini boleh mendatangkan bala bencana kepada
masyarakat seluruhnya. Jadi dalam konteks hukuman takzir
yang mana antara tujuannya adalah sebagai suatu bentuk G
ancaman (inzar) supaya orang lain tidak melakukan kesalahan
yang sama agar ia tidak menjadi berleluasa kerana kesan atau
akibat jenayah adalah ke atas seluruh masyarakat. (perenggan
9 & 10)
H
(4) Yang arif hakim tidak khilaf dalam menjatuhkan hukuman.
Namun, hukuman empat sebatan yang diperintahkan wajar
diketepikan. (perenggan 17)

I
Jumadi Patomdang v. Ketua Pendakwa
[2013] 1 CLJ (Sya) Syarie Wilayah Persekutuan 17

A Case(s) referred to:


Nur Ashida Abu Hanifah lwn. Ketua Pendakwa Syarie JH 27 (refd)

Legislation referred to:


Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 1993, regs. 33, 38
Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997, s. 23(1)
B Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997, ss. 136,
155(2)

Other source(s) referred to:


Dr Abdul Kadir Audah, al-Tasyri’ al-Jinaie al-Islami, 4th edn (1998),
vol 1, pp 84, 354, 615
C
Dr Fathi al-Tayyib al-Khumasi, Fiqh al-Jinaie al-Islami, p 431
Imam Ahmad ibn Hanbal, Al-Musnad, 2nd edn, vol 10, p 246

For the appellant - Muhammad Nur Hafiz Roslan


For the respondent - Ibrahim Denis; Chief Syarie Prosecutor
D
Reported by Thirunavakarasu Vijayan

PENGHAKIMAN
E
Ibrahim Lembut KHS:

[1] Sebelum saya mengulas isu utama kes rayuan ini, saya
terlebih dahulu ingin menyentuh mengenai dua isu tatacara yang
terbit daripada perjalanan kes rayuan ini, iaitu:
F
(i) Rayuan pihak perayu ini adalah terhadap keseluruhan
keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang dibuat pada
1 September 2010 di dalam kes persetubuhan haram yang
dipertuduhkan ke atas perayu mengikut s. 23(1) Akta
G Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997, Akta 559 yang mana perayu sendiri telah mengaku
bersalah. Rayuan terhadap keseluruhan keputusan ini terdapat
dalam notis rayuan pihak perayu. Ini menjadikan pihak perayu
bukan sahaja merayu terhadap takat hukuman, tetapi juga
H merayu terhadap sabitan kesalahan oleh YAA hakim bicara
kerana keputusan YAA hakim meliputi sabitan dan hukuman.
Tetapi dalam kes ini, faktanya adalah sabitan dan hukuman
YA hakim bicara adalah berdasarkan pengakuan bersalah yang
mana menurut undang-undang, perayu hanya dibenarkan untuk
I merayu terhadap takat hukuman sahaja dan tidak boleh
merayu terhadap sabitan kesalahan. Ia jelas sebagaimana yang
diperuntukkan oleh s. 136 Akta Tatacara Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Akta 560:
18 Syariah Reports [2013] 1 CLJ (Sya)

Apabila seseorang tertuduh telah mengaku salah dan A


disabitkan oleh Hakim atas akuan itu, maka tiada rayuan
boleh dibuat kecuali tentang takat atau kesahan hukuman
itu.

Berhubung sabitan atas pengakuan salah, pihak perayu telah


B
merujuk kepada teguran Rasulullah s.a.w ke atas Abdullah
b Unai yang melempar tulang unta kepada Maiz yang melarikan diri
kerana merasa sakit akibat daripada hukuman rejam yang sedang
dilaksanakan ke atasnya. Nabi s.a.w bersabda (maksudnya):
“kenapa kamu tidak membiarkannya sahaja, mungkin dia telah
C
bertaubat dan diampun oleh Allah”. Berpandukan kepada kisah
Maiz ini, perayu berhujah bahawa keinsafan perayu boleh memberi
kesan kepada sabitan hukuman walaupun beliau telah mengaku
salah.

Saya percaya pihak perayu telah tidak merujuk kepada pendapat D


fuqaha mengenai sama ada dalam kes selain kes rompakan, taubat
atau keinsafan penjenayah boleh menyebabkan digugurkan
hukuman. Saya dengan hormatnya merujuk kepada penulisan Dr
Abdul Kadir Audah dalam al-Tasyri’ al-Jinaie al-Islami edisi
ke 4 (1998), al-Resalah Publisher: Beirut Lubnan, jilid 1 hlm. 354 E
yang menyebutkan jumhur fuqaha yang terdiri daripada Imam Malik,
Abu Hanifah dan sebahagian fuqaha Mazhab Shafie dan
sebahagian fuqaha Hanbali berpendapat bahawa taubat tidak
mengugurkan hukuman melainkan dalam kes jenayah rompakan.
Antara hujah jumhur fuqaha adalah bersandarkan kepada kisah Maiz F
iaitu seperti berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah
memerintahkan Maiz dan al-Ghamidiyyah direjam dan
memerintahkan dipotong tangan pencuri yang mengaku
G
mencuri. Semua mereka itu telah hadir di hadapan
Rasulullah dalam keadaan bertaubat dan mengaku kesalahan
mereka dan meminta supaya mereka dibersihkan daripada
dosa-dosa mereka dengan pelaksanaan hukuman hudud ke
atas mereka. Sesunguhnya Rasulullah menamakan tindakan
mereka sebagai taubat. Justeru itu Rasulullah bersabda H
untuk menghormati perempuan itu (al-Ghamidiyyah):
((Sesungguhnya engkau telah bertaubat dengan suatu taubat
yang jika dibahagi-bahagikan taubat itu ke atas 70 puluh
penduduk Madinah, nescaya ia dapat menghapuskan dosa
mereka semua)).
I
Jumadi Patomdang v. Ketua Pendakwa
[2013] 1 CLJ (Sya) Syarie Wilayah Persekutuan 19

A Saya juga tidak bersetuju dengan hujah perayu bahawa pengakuan


(iqrar) pihak perayu adalah lemah yang menurut perayu bahawa
pengakuan tersebut dibuat dua kali sahaja berbanding dalam kes
Maiz yang dibuat sebanyak empat kali. Hujah pihak perayu ini
tidak tepat kerana iqrar yang dibuat sebanyak empat kali itu
B adalah mewakili atau sebagai ganti kesaksian empat orang saksi
lelaki bagi mensabitkan kesalahan hudud zina tetapi dalam kes
perayu ini yang hendak disabitkan adalah kesalahan takzir yang
mana menurut pendapat fuqaha ia boleh disabitkan dengan
kesaksian seorang lelaki sebagaimana yang disebut oleh Dr Abdul
C Kadir Audah, dalam kitabnya itu, ms. 84 iaitu seperti berikut:
Maksudnya: Adapun jenayah-jenayah takzir, maka ia
disabitkan dengan shahadat seorang saksi.

Oleh itu saya berpendapat iqrar untuk kesalahan takzir memadai


D sekali sahaja iaitu sebagai ganti kesaksian seorang lelaki. Malah
dalam kes ini, pengakuan salah pihak perayu dibuat sebanyak tiga
kali dan bukan dua kali sebagaimana yang terdapat di dalam nota
keterangan di ms. 7 rekod rayuan.

E (ii) Keduanya, saya bersetuju bantahan pihak responden dalam


hujah bertulisnya bahawa mengikut undang-undang pihak
perayu tidak boleh menggunakan alasan-alasan rayuan kecuali
setakat alasan yang dinyatakan dalam petisyen rayuan pihak
perayu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah s. 155(2)
F Akta 560 yang menetapkan seperti berikut:
Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh
Perayu atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi
butir-butir tentang perkara-perkara undang-undang atau fakta
yang berkenaan dengannya Mahkamah perbicaraan dikatakan
G telah silap, dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah
Rayuan Syariah, Perayu tidak boleh semasa pendengaran
rayuan itu dibenarkan bergantung atas apa-apa alasan rayuan
selain daripada yang dinyatakan dalam petisyen itu.

Berdasarkan penelitian kepada rekod-rekod kes ini, saya dapati


H
pihak perayu tidak pernah mendapatkan kebenaran Mahkamah
Rayuan Syariah ini untuk menambah apa-apa alasan baru pada
mana-mana peringkat prosiding kes ini. Justeru itu dalam
memutuskan rayuan ini, saya tidak akan mengambil kira tiga alasan
baru pihak perayu ini, iaitu:
I
(i) YAA hakim bicara telah terkhilaf kerana tidak mengambil
kira sebagai kesalahan pertama perayu dan tiada kesalahan
lampau.
20 Syariah Reports [2013] 1 CLJ (Sya)

(ii) YAA hakim bicara telah terkhilaf bahawa dalam kes takzir A
perlu menggunakan budi bicara yang lemah lembut, kasih
sayang, tidak dengan kebencian, tidak sampai menghancurkan
hidup si pesalah dan hukuman dilakukan secara bertahap.

(iii) YAA hakim telah terkhilaf kerana tidak mengambil kira B


keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dalam kes
Nur Ashida Abu Hanifah lwn. Ketua Pendakwa Syarie, JH 27
Bhg. 1, Disember 2008.

[2] Seterusnya saya beralih kepada isu utama rayuan ini yang
C
mana setelah saya meneliti dan memahami kesemua alasan rayuan
pihak perayu dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua
belah pihak, maka saya berpendapat isu yang perlu saya putuskan
dalam kes rayuan ini hanya satu sahaja, iaitu:
Sama ada hukuman yang dijatuhkan oleh YAA hakim bicara adalah D
berat berlebihan.

[3] Manakala dari sudut keesahan hukuman oleh YAA hakim


bicara, ia tidak boleh dipertikaikan kerana hukuman yang
dijatuhkan adalah di dalam bidang kuasa hukuman yang boleh E
dijatuhkan oleh seseorang hakim sebagaimana yang terdapat
di bawah s. 23 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah Syariah) yang
memperuntukkan jenis dan kadar hukuman bagi persetubuhan luar
nikah adalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi F
enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi
hukuman itu.

[4] Hukuman yang dijatuhkan oleh YAA hakim bicara terhadap


perayu adalah didenda RM3,000 DAN dipenjarakan selama tiga
G
(3) bulan DAN disebat empat (4) kali iaitu masih dalam bidang
kuasa hukuman yang ditetapkan.

Isu: Sama Ada Hukuman Yang Dijatuhkan Oleh YAA Hakim


Bicara Adalah Berat Berlebihan
H
[5] Dalam memutuskan isu ini saya terlebih dahulu merujuk
kepada prinsip atau faktor-faktor yang menjadi pertimbangan bagi
seseorang hakim dalam menjatuhkan hukuman takzir di bawah
Hukum Syarak. Saya dengan hormatnya merujuk sekali lagi kepada
kitab al-Tasyri’ al-Jinaie al-Islami, jilid 1 hlm. 615 iaitu seperti I
berikut:
Jumadi Patomdang v. Ketua Pendakwa
[2013] 1 CLJ (Sya) Syarie Wilayah Persekutuan 21

A Maksudnya: Adapun bagi kesalahan-kesalahan takzir, syariat


memberi kebebasan kepada hakim di dalam memilih hukuman yang
sesuai di antara sekumpulan hukuman. Sebagaimana juga diberikan
kebebasan kepada hakim di dalam menetapkan kadar hukuman
dan kebebasan menentukan pemilihan hal keadaan jenayah dan hal
keadaan penjenayah (dalam persoalan meringan atau memberatkan
B
hukuman). Sekiranya hakim berpendapat bahawa hal keadaan
jenayah dan hal keadaan penjenayah tidak menghendaki peringanan,
maka hakim hendaklah menghukum penjenayah mengikut hukuman
yang selayaknya dengan jenayah yang dilakukannya. Sekiranya
hakim berpendapat hal keadaan penjenayah menghendaki
C peringanan hukuman, maka hakim hendaklah menghukum dengan
hukuman yang sesuai dengan keperibadiannya, hal keadaannya dan
hal keadaan kehidupannya serta akhlaknya. Sekiranya pula bahawa
hal keadaan jenayah menghendaki pemberatan hukuman, sedangkan
hal keadaan penjenayah menghendaki ia diringankan, maka hakim
hendaklah menghukum dengan hukuman pertengahan, dia tidak
D
boleh memberatkan hukuman dan tidak juga boleh
meringankannya.

[6] Berpandukan prinsip ini saya akan menganalisa sama ada


hukuman yang dijatuhkan oleh YAA hakim bicara menepatinya.
E Hasil rujukan saya kepada alasan penghakiman YAA hakim bicara
yang terdapat di ms. 22 rekod rayuan saya dapati beliau telah
mengambil kira faktor-faktor berikut dalam menjatuhkan
hukumannya:

F
(i) Hukuman yang diperuntukkan;

(ii) Perihal OKT semasa kesalahan dilakukan;

(iii) Pengakuan salah OKT;

G (iv) Kesedaran atau keinsafan OKT;

(v) Kesan kesalahan terhadap OKT dan masyarakat;

(vi) Kesan hukuman terhadap OKT.

H [7] Dari sudut pemberatan hukuman, YAA hakim bicara dalam


alasan penghakimannya di ms. 16-17 rekod rayuan telah merujuk
kepada fakta kes ini iaitu akibat persetubuhan luar nikah yang
dilakukan oleh perayu dengan pasangannya secara berulang-ulang
menyebabkan lahir seorang anak dan beliau juga telah merujuk
I kepada statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran
Negara bahawa sejak tahun 2000 sehingga 2007 terdapat 257,000
kelahiran bayi yang dicatatkan tanpa bapa. Bagi YAA hakim bicara
22 Syariah Reports [2013] 1 CLJ (Sya)

angka tersebut menggambarkan betapa seriusnya perbuatan A


persetubuhan luar nikah. Angka tersebut tidak termasuk kes-kes
pembuangan bayi dalam keadaan mengeri dan tidak diterima oleh
akal. Ditambah lagi pihak perayu telah pun mempunyai isteri ketika
melakukan kesalahan tersebut.
B
[8] Manakala dari sudut faktor untuk meringankan hukuman ini,
YAA hakim bicara telah menyebut dalam alasan penghakimannya
bahawa perbicaraan kes ini telah dipercepatkan dengan pengakuan
salah oleh OKT (perayu) dan tidak dinafikan pengakuan salah ini
telah banyak menjimatkan masa dan tenaga mahkamah. C
YAA hakim bicara juga dalam alasan penghakimannya menimbang
kesan hukuman kepada OKT dari segi perkhidmatannya di dalam
PDRM yang mana boleh menyebabkan terjejas kedudukan OKT.

[9] Persoalannya sama ada berleluasanya perzinaan dan


D
banyaknya anak hasil perzinaan boleh menjadi faktor hukuman
diberatkan. Dalam hal ini saya bersetuju dengan hujah responden
bahawa perbuatan pihak perayu ini boleh mendatangkan bala
bencana kepada masyarakat seluruhnya. Ia digambarkan dalam
sebuah hadis yang terdapat dalam kitab Al-Musnad karangan Imam
E
Ahmad ibn Hanbal, edisi ke 2, Dar al-Fikr, jilid 10, hlm. 246:
Maksudnya: Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama
mana tidak tersebar luasnya anak zina. Apabila anak zina tersebar
luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azzawajalla
akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya. F

[10] Jadi dalam konteks hukuman takzir yang mana antara


tujuannya adalah sebagai suatu bentuk ancaman (inzar) supaya
orang lain tidak melakukan kesalahan yang sama agar ia tidak
menjadi berleluasa kerana kesan atau akibat jenayah adalah ke atas
G
seluruh masyarakat, maka hukuman boleh diberatkan sebagaimana
pendapat Dr Fathi bin al-Tayyib al-Khumasi dalam kitabnya Fiqh
al-Jinaie al-Islami, hlm. 431:
Maksudnya: Sesungguhnya syariat Islamiah memberatkan
hukuman terhadap sesetengah jenayah jika ia mendatangkan H
bahaya kepada hal keadaan masyarakat dan umat Islam dan
mengancam sistem Negara, kestabilan serta keamanannya.

Pada dasarnya ia adalah sebab-sebab yang mendorong kepada


pemberatan hukuman yang dikenakan ke atas setiap orang yang
cuba menggoncang sistem masyarakat dan orang yang I
menyebarkan ketakutan di dalam had penduduk ...
Jumadi Patomdang v. Ketua Pendakwa
[2013] 1 CLJ (Sya) Syarie Wilayah Persekutuan 23

A [11] Persoalannya seterusnya apakah hal keadaan pihak perayu


yang mana faktanya adalah bahawa beliau seorang penjawat awam
(anggota PDRM) dan sudah mempunyai anak dan isteri yang
mana hukuman pemenjaraan akan menyebabkan tindakan tatatertib
akan diambil oleh pihak kerajaan boleh menjadi faktor peringanan
B hukuman. Dalam hal ini saya bersetuju dengan hujah pihak perayu
bahawa hukuman pemenjaraan tiga bulan dan empat sebatan boleh
menyebabkan perayu dibuang kerja dan/atau hilang mata pencarian
berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 P.U (A) 395/1993 di bawah peraturan 33
C bahawa seseorang yang disabitkan kesalahan jenayah (termasuk
sabitan di Mahkamah Syariah) boleh sama ada dikenakan hukuman
buang kerja atau turun pangkat atau selain dari hukuman buang
kerja atau turun pangkat yang ditetapkan di bawah peraturan 38
iaitu amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji
D dan turun gaji. Hukuman tersebut adalah budi bicara Pihak
Berkuasa Tatatertib bergantung kepada jenis kesalahan dan
keseriusannya telah memburukkan imej perkhidmatan awam.

[12] Jadi berdasarkan Peraturan Pegawai Awam tersebut, sabitan


E sahaja sudah memadai untuk menjadi faktor kepada Pihak Berkuasa
Tatatertib untuk mengambil tindakan buang kerja atau turun
pangkat atau lain-lain hukuman bergantung kepada sama ada ia
telah mencemarkan imej perkhidmatan awam.

[13] Berdasarkan fakta tersebut, maka saya berpendapat telah


F
wujud pertembungan antara hal keadaan jenayah yang dilakukan
oleh perayu yang memerlukan hukuman berat dan hal keadaan
perayu sebagai pesalah yang memerlukan hukuman diringankan
yang mana menurut pendapat fuqaha pertembungan sebegini
menghendaki hukuman pertengahan.
G
[14] Jadi analisa saya yang seterusnya adalah sama ada hukuman
yang dijatuhkan oleh YAA hakim bicara adalah suatu hukuman
yang pertengahan.

H [15] Secara jelasnya hukuman yang dijatuhkan oleh YAA hakim


iaitu denda RM3,000 DAN dipenjarakan selama tiga (3) bulan
DAN disebat empat (4) kali adalah hukuman pertengahan jika
dibandingkan dengan hukuman maksimum di bawah s. 23 iaitu
denda RM5,000 dan dipenjarakan selama tempoh tiga tahun dan
I disebat enam sebatan berdasarkan perkiraan mahkamah bicara
boleh menjatuhkan secara kombinasi ketiga-tiga hukuman tersebut.
24 Syariah Reports [2013] 1 CLJ (Sya)

[16] Berdasarkan penelitian tersebut, maka adalah tidak betul A


hujah perayu bahawa YAA hakim bicara terkhilaf kerana tidak
mengambil kira pengakuan salah perayu dan latar belakang perayu
dan hanya mengambil kira kepentingan umum semata-mata. Ia telah
diambil kira oleh YAA hakim bicara dengan menghukum secara
pertengahan. B

[17] Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa hukuman


yang dijatuhkan oleh YAA hakim bicara adalah suatu hukuman
yang setimpal.
C
Keputusan

[18] Setelah meneliti alasan rayuan perayu, rekod rayuan serta


hujah kedua-dua belah pihak, maka kami sebulat suara memutuskan
seperti berikut:
D
(i) Rayuan perayu untuk meringankan hukuman yang dijatuhkan
oleh YAA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya dalam
Kes Jenayah Bil: 14400-142-00073-2010 pada 1 September
2010 adalah ditolak.
E
(ii) Walau bagaimanapun hukuman sebat sebanyak empat sebatan
kami ketepikan.

You might also like