Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

BAB IV

 
DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa
Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan di daerah Jempol, Negeri Sembilan dalam PdP
Bahasa Melayu iaitu untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam proses
PdP pasca pandemik Covid-19. Kajian ini dijalankan juga bagi mengenal pasti tahap motivasi
murid terhadap PdP Bahasa Melayu pasca pandemik.
Selain itu, kajian juga berfokus untuk meneroka strategi yang diambil oleh guru
Bahasa Melayu terhadap masalah yang dihadapi untuk meningkatkan motivasi murid pasca
pandemik Covid-19. Bab ini akan membincangkan secara terperinci tentang dapatan dan
analisis data kajian dalam bentuk jadual berdasarkan instrumen temu bual yang telah
digunakan.

4.2 ANALISIS DAPATAN DEMOGRAFI GURU

Kod Peserta GBM1 GBM2 GBM3 GBM 4


Kajian
Jantina Perempuan Lelaki Perempuan Perempuan
Umur 41 hingga 50 31 hingga 40 21 hingga 30 31 hingga 40
tahun tahun tahun tahun
Tempoh 11 hingga 20 6 hingga 10 Bawah 5 tahun 6 hingga 10
Perkhidmatan tahun tahun tahun
Lokasi Sekolah Luar bandar Luar bandar Luar bandar Luar bandar
Kelayakan Ijazah Sarjana Ijazah Sarjana Ijazah Sarjana Ijazah Sarjana
Akademik Muda Muda Muda
Jadual 4.1 Profil Peserta Kajian

Berdasarkan jadual di atas, peserta kajian ini terdiri daripada empat orang guru Bahasa
Melayu sekolah rendah jenis kebangsaan iaitu melibatkan tiga orang guru perempuan dan
seorang guru lelaki. Setiap peserta kajian telah dilabelkan dengan kod bagi mewakili Guru
Bahasa Melayu 1(GBM1), Guru Bahasa Melayu 2 (GBM2), Guru Bahasa Melayu 3 (GBM3)
dan Guru Bahasa Melayu 4 (GBM4). Setiap peserta kajian mempunyai lingkungan umur
yang berlainan. GBM1 berumur dalam lingkungan 41 hingga 50 tahun, GBM2 dan GBM4
pula dalam lingkungan umur 31 hingga 40 tahun manakala GBM3 berumur dalam
lingkungan 21 hingga 30 tahun. Setiap peserta kajian mempunyai tempoh perkhidmatan yang
berbeza. GBM1 mempunyai tempoh perkhidmatan paling lama iaitu dalam lingkungan 11
hingga 20 tahun, GBM2 dan GBM4 pula mempunyai tempoh perkhidmatan dalam
lingkungan 6 hingga 10 tahun manakala GBM3 mempunyai tempoh perkhidmatan paling
singkat iaitu bawah 5 tahun. GBM3 merupakan seorang guru novis berbanding dengan tiga
orang peserta kajian yang lain. Keempat-empat orang peserta kajian mengajar di sekolah luar
bandar. GBM1, GBM2 dan GBM4 memiliki tahap kelayakan akademik yang sama iaitu
Ijazah Sarjana Muda manakala GBM3 pula memiliki tahap kelayakan akademik di peringkat
Ijazah Sarjana Pendidikan.

4.3 ANALISIS KUALITATIF DAPATAN TEMU BUAL

Fokus kajian ini adalah untuk meneroka masalah, mengenal pasti tahap motivasi dan
meneroka cara mengatasi masalah penguasaan Bahasa Melayu yang dihadapi oleh guru
Bahasa Melayu dalam PdP Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan pasca pandemik Covid-19.
Protokol temu bual telah direka sendiri oleh pengkaji berdasarkan objektif-objektif kajian
dengan merujuk beberapa kajian lepas bagi menyokong datanya. Kesemua item yang ditemu
bual akan dihuraikan secara terperinci dalam bahagian ini.

Bagi memastikan temu bual dilaksanakan dalam keadaan selesa untuk kedua-dua
pihak iaitu antara pengkaji dan peserta kajian, Item 1 dan Item 2 telah digunakan bagi
memulakan sesi temu bual dalam kajian ini. Dapatan kajian dapat dihuraikan dalam jadual di
bawah.

Item 1: Bolehkah cikgu ceritakan sedikit latar belakang diri?

Guru Jawapan

GBM1 Saya berasal dari Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan
sejak tahun 2014. Sekolah pertama saya dipostingkan ialah di Johor Bahru.

Pada tahun 1995, saya menduduki SPM di SMA Dato Haji Mustafa. Pada
tahun 1997 pula saya mengambil STPM di SMA Dato Haji Mohd Said,
Seremban. Pada tahun 2002 – 2004, saya mengambil Diploma Perguruan
Opsyen Prasekolah (MPI), 2012 hingga 2014 saya belajar di Unirazak Johor
Bahru dalam Degree Early Childhood Education-BPG)

GBM2 Berasal dari Kelantan dan telah menetap di Jempol sejak tahun 2016. Saya
mula mengajar pada tahun 2014 dan ditempatkan di Sandakan, Sabah. Saya
merupakan pelajar keluaran dari IPG KDA (Institut Pendidikan Guru Kampus
Darul Aman) bagi opsyen Pendidikan Matematik Pendidikan Rendah.

GBM3 Saya mula berkhidmat di sekolah sekarang pada tahun 2020. Bidang
pengkhususan saya ialah Sejarah Sekolah Rendah dari IPG Raja Melewar.

GBM4 Saya merupakan anak sulung dari tiga orang adik- beradik. Saya telah
berkhidmat selama 8 tahun sepanjang dalam perkhidmatan. Saya adalah
pelajar keluaran dari IPGM. Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Pemulihan Khas.

Jadual 4.2 Dapatan Kajian Item 1

Berdasarkan Jadual 4.2, keempat-empat orang peserta kajian telah menceritakan tentang latar
belakang diri masing-masing dari sebelum bergelar seorang guru. GBM1 berasal dari Negeri
Sembilan dan telah terjebak dalam bidang pendidikan pada tahun 2002 ketika melanjutkan
pelajaran di peringkat Diploma Perguruan Ospyen Prasekolah dan seterusnya menyambung
ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Unirazak Johor Bharu pada tahun 2012. GBM2 pula
berasal dari negeri Kelantan dan telah menetap di Jempol pada tahun 2016. GBM2
merupakan pelajar lepasan IPG KDA dan pernah berkhidmat di Sandakan, Sabah pada tahun
2014. GBM2 merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik Pendidikan
Rendah.

Seterusnya, GBM3 adalah merupakan seorang guru novis yang mula berkhidmat pada
tahun 2020. Bidang pengkhususannya ialah Sejarah Sekolah Rendah dari IPG Raja Melewar.
Bagi GBM4, peserta kajian merupakan anak sulung dari tiga orang adik-beradik dan telah
berkhidmat dengan KPM selama lapan tahun sejak tahun 2015. GBM4 juga merupakan
pelajar dari IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Pemulihan Khas.

Item 2: Bolehkah cikgu berkongsi tentang pengalaman cikgu mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu?
Guru Jawapan

GBM1 Saya mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu di peringkat


prasekolah selama 17 tahun.

GBM2 Saya mula mengajar Bahasa Melayu Tahap 1 dan Tahap 2 sejak tahun 2014
lagi dan hingga kini masih mengajar mata pelajaran ini walaupun tidak
berkaitan dengan opsyen asal saya.

GBM3 Saya telah mengajar Bahasa Melayu selama tiga tahun. Sepanjang dalam
perkhidmatan, pelbagai ilmu yang saya dapat terutamanya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Antaranya cara menggunakan strategi yang sesuai
serta cara menangani murid yang tidak suka mata pelajaran Bahasa Melayu.

GBM4 Saya mempunyai lapan tahun pengalaman mengajar Bahasa Melayu Tahap 1
dengan berfokuskan kepada murid-murid pemulihan khas, murid-murid yang
keciciran menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira).

Jadual 4.3 Dapatan Kajian Item 2

Berdasarkan jadual di atas, Item 2 telah mengetengahkan tentang pengalaman mengajar


setiap peserta kajian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. GBM1 mempunyai pengalaman
mengajar Bahasa Melayu paling lama berbanding dengan peserta kajian yang lain kerana
mempunyai pengalaman mengajar Bahsa Melayu di peringkat prasekolah selama 17 tahun.
Bagi GBM2 pula, pengalaman mengajar Bahasa Melayunya adalah selama sembilan tahun
bagi Tahap 1 dan Tahap 2 sejak di sekolah pertamanya di Sabah hinggalah kini. GBM3 pula
mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu selama tiga tahun semenjak ditempatkan
di sekolah sekarang. GBM4 pula mempunyai sebanyak lapan tahun pengalaman mengajar
Bahasa Melayu Tahap 1 dengan memberikan fokus kepada murid-murid pemulihan khas iaitu
murid yang keciciran menguasai kemahiran asas 3M.

4.3.1 Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) pasca pandemik Covid-19

Proses pengajaran dan pembelajaran pasca pandemik Covid-19 adalah isu utama yang
dihadapi oleh semua guru di sekolah rendah dan tidak terkecuali bagi guru-guru Bahasa
Melayu. Bagi memastikan tahap penguasaan Bahasa Melayu murid-murid tercapai setanding
dengan umurnya, guru pasti berdepan dengan bermacam-macam masalah. Oleh itu, terdapat
dua item yang disediakan untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh guru dalam PdP pasca
pandemik Covid-19. Berikut adalah dapatan kajian yang dipersembahkan dalam bentuk
jadual.

Item/ Item 3: Apakah cikgu menghadapi Item 4: Adakah faktor persekitaran


masalah ketika mengajar Bahasa kelas merupakan salah satu masalah
Guru
Melayu pasca pandemik? ketika mengajar Bahasa Melayu pasca
pandemik Covid-19?

GBM1  Murid lambat menguasai sesuatu Tidak mempengaruhi


kemahiran.
 Murid tidak berkomunikasi secara
dua hala.

GBM2 Tidak mempunyai masalah. Mempengaruhi

GBM3  Murid kurang fokus ketika Mempengaruhi


belajar.
 Guru perlu ulang pelajaran lepas.

GBM4 Murid tidak berminat untuk belajar. Mempengaruhi

Jadual 4.4 Analisis Dapatan Item 3 dan Item 4

4.3.1.1 Murid lambat menguasai sesuatu kemahiran

Merujuk Jadual 4.4, tiga orang peserta kajian menghadapi masalah mengajar Bahasa Melayu
pasca pandemik Covid-19 kecuali GBM2. Hasil dari temu bual, ketiga-tiga orang peserta
kajian memaklumkan bahawa masalah yang dihadapioleh mereka adalah berpunca daripada
murid-murid. GBM1 menghadapi masalah seperti murid tidak mempunyai asas yang kukuh
dalam pelajaran kerana sepanjang pandemik Covid-19 berlaku, kehadiran murid-murid
adalah kurang memuaskan untuk menghadiri kelas dalam talian (PdPR). Maka, murid-murid
ini keciciran dalam menguasai sesuatu kemahiran sejak pandemik lagi dan menyebabkan
murid lambat menguasai daripada murid-murid yang lain. Hal ini menyebabkan guru perlu
mengulang semula pelajaran yang lepas ketika mengajar secara bersemuka. Perkara ini
menyebabkan guru lambat menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu.
GBM1: Masalah yang dihadapi ketika mengajar Bahasa Melayu selepas pandemik ialah
murid lambat menguasai sesuatu kemahiran kerana pada awal persekolahan murid tidak
ada asas yang kukuh dan jarang hadir ke sekolah, segelintir murid juga tidak berkomunikasi
secara dua hala dan tidak memberi respon semasa PdP dilaksanakan walaupun secara
bersemuka.

4.3.1.2 Kurang interaksi murid

Merujuk Jadual 4.4, GBM1 mepunyai masalah apabila terdapat segelintir murid yang tidak
berkomunikasi secara dua hala dengan guru walaupun sesi PdP dijalankan secara bersemuka.
Murid tidak memberikan respon terhadap soalan yang diajukan oleh guru. Murid-murid
gemar memdiamkan diri dan tidak mahu bertentangan mata dengan guru. Hal ini
menyukarkan guru untuk mengukur tahap kefahaman pengajaran guru sama ada murid
memahami atau pun sebaliknya.

GBM1: Masalah yang dihadapi ketika mengajar Bahasa Melayu selepas pandemik ialah
murid lambat menguasai sesuatu kemahiran kerana pada awal persekolahan murid tidak
ada asas yang kukuh dan jarang hadir ke sekolah, segelintir murid juga tidak berkomunikasi
secara dua hala dan tidak memberi respon semasa PdP dilaksanakan walaupun secara
bersemuka.

4.3.1.3 Murid kurang tumpuan di dalam bilik darjah

Berdasarkan Jadual 4.4, GBM3 mempunyai masalah apabila murid kurang fokus belajar di
dalam kelas sewaktu PdP Bahasa Melayu. Murid-murid enggan memberikan kerjasama yang
baik apabila diminta melakukan sesuatu tugasan. Guru terpaksa mengulang semula pelajaran
yang lepas memandangkan murid telah lupa tentang kandungan pembelajaran tersebut kerana
dipelajari semasa pandemik Covid-19. Hal ini menyebabkan cikgu telah membuang masa
dengan membuat ulangan pelajaran yang lepas untuk kesemua murid walaupun terdapat
segelintir murid telah pun menguasai pelajaran tersebut.

GBM3: Masalah utama dalam kalangan murid selepas Covid-19 ialah kurangnya fokus
murid dalam pelajaran. Bagi kebanyakkan kelas, saya terpaksa mengulang kembali
pelajaran lepas memandangkan murid lupa tentang pembelajaran tersebut.

4.3.1.4 Murid tidak berminat untuk belajar


Merujuk Jadual 4.4, GBM4 menghadapi masalah murid tidak berminat belajar ketika
bersemuka. Murid mengambil sikap acuh tak acuh untuk belajar kerana mereka sebenarnya
hadir ke sekolah atas sebab arahan daripada pihak sekolah dan ibu bapa. Murid-murid tidak
mempunyai hala tuju dan sebab yang kukuh untuk belajar bersungguh-sungguh kerana tiada
kayu ukur seperti peperiksaan bertulis bagi mengukur tahap pencapaian mereka. Murid lebih
gemar bermain dan berbual-bual sewaktu belajar daripada melibatkan diri secara aktif dalam
sesi PdP.

GBM4: Antara masalah yang saya hadapi ialah murid tidak berminat untuk belajar dan
murid tidak mempunyai hala tuju untuk belajar walaupun kehadiran murid-murid ke sekolah
agak baik sewaktu pasca pandemik Covid-19.

4.3.1.5 Faktor persekitaran bilik darjah

Berdasarkan Jadual 4.4, Item 4 yang mengetengahkan tentang faktor persekitaran kelas
mempengaruhi guru ketika mengajar Bahasa Melayu pasca pandemik Covid-19. Tiga orang
peserta kajian telah memberikan respon ‘ya’ iaitu GBM2, GBM3 dan GBM4. GBM2
berpendapat persekitaran kelas amat mempengaruhi minat murid untuk belajar dan turut
mempengaruhi mood mengajar seseorang guru itu. Sekiranya kelas berada dalam keadaan
bersih dan konduksif, guru dan juga murid-murid pastinya berasa seronok untuk meneruskan
PdP dengan gembira dan selesa. Hal ini bertepatan dengan elemen yang terdapat dalam PAK
21.

GBM2: Saya rasa ‘ya’. Perkara ini mempengaruhi minat murid untuk belajar malahan
mempengaruhi mood mengajar seorang guru. Jika kelas bersih dan kondusif, semua orang
pasti seronok untuk belajar dengan gembira dan selesa.

Bagi GBM3 pula mengatakan faktor persekitaran mempengaruhi minat murid belajar
kerana murid lebih berfokus ketika belajar jika tidak mendapat gangguan di dalam kelas
ataupun dari luar kelas. Apabila kawalan disiplin murid baik, maka sesi PdP mudah
dijalankan seperti yang dirancangkan oleh guru dan sekaligus objektif PdP dapat dicapai
dengan jayanya. Faktor-faktor yang mengganggu sesuatu PdP itu berlangsung dengan
jayanya adalah faktor kebisingan daripada murid-murid lain di dalam kelas ataupun di luar
kelas serta kebisingan kerana sekolah mengendalikan sesuatu program di peringkat sekolah.
Hal ini akan mengganggu kejelasan suara guru, keberkesanan arahan yang disampaikan dan
keharmonian murid untuk belajar dengan konduksif.
GBM3: Bagi saya ‘ya’ kerana murid-murid tidak akan fokus belajar sekiranya terdapat
gangguan dari luar kelas mahupun dari dalam kelas seperti kebisingan daripada murid-
murid lain dan kebisingan kerana sekolah terlibat dengan program-program tertentu. Murid
sukar menerima arahan guru dengan berkesan.

Seterusnya, menurut GBM4 pula, faktor persekitaran sememangnya mempengaruhi


PdP memandangkan lokasi kelas murid-murid Tahap 1 berada dekat dengan padang dan
koridor kelas pula menjadi laluan utama untuk murid-murid dari kelas lain menggunakannya.
Hal ini akan menimbulkan kebisingan dan mengganggu PdP berlaku dengan sempurna.
Murid-murid lebih tertarik dengan kebisingan di luar kelas daripada berfokus untuk
mendengar ajaran daripada gurunya.

GBM4: Saya rasa ‘ya’ kerana lokasi kelas saya berada di tepi padang. Kebanyakan masa
mengajar Bahasa Melayu bagi Tahap 1 pula berlaku pada waktu sebelum rehat. Jadi,
terdapat gangguan bising daripada murid-murid lain yang menggunakan laluan koridor di
tepi kelas.

4.3.2 Mengenal pasti tahap motivasi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
(PdP) Bahasa Melayu pasca pandemik Covid-19

Tahap motivasi seseorang murid sangat penting dalam menunjukkan minat dan sikap murid
dalam PdP Bahasa Melayu pasca pandemik Covid-19. Melalui tahap motivasi murid yang
tinggi, guru dapat mengetahui keberkesanan PdP yang telah dilaksanakan. Oleh itu,
berdasarkan jadual di bawah ini dapat menunjukkan dapatan kajian bagi dua item yang telah
digunakan.

Item/ Item 5: Bagaimanakah tahap Item 6: Bagaimanakah tahap


motivasi murid sewaktu PdP semasa penglibatan murid-murid dalam PdP
Guru
pasca pandemik Covid-19? pasca pandemik?

GBM1 Tahap motivasi belajar murid lelaki Penglibatan baik untuk semua murid.
lebih tinggi daripada murid
perempuan.

GBM2 Tahap motivasi belajar murid Tahap Penglibatan murid tahap 2 lebih baik.
2 lebih baik dari murid Tahap 1.

GBM3  Tahap motivasi belajar baik tidak Penglibatan murid sangat baik.
mengiran jantina dan umur.
 Kehadiran murid ke sekolah amat
baik.

GBM4  Tahap motivasi belajar murid Penglibatan murid di tahap yang


Tahap 1 amat rendah tidak rendah.
mengira usia dan jantina.
 Kehadiran murid ke sekolah
kurang memuaskan.

Jadual 4.5 Analisis Dapatan Item 5 dan Item 6

4.3.2.1 Motivasi murid berdasarkan jantina

Berdasarkan Jadual 4.5, Item 5 adalah berkaitan dengan tahap motivasi murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pasca pandemik Covid-19. GBM1
memberikan respon bahawasanya tahap motivasi murid lelaki adalah lebih tinggi berbanding
dengan murid perpempuan sewaktu pasca pandemik Covid-19. Murid-murid lelaki bersikap
lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar kerana menunjukkan sikap proaktif ketika
menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru ketika mengajar. Bagi murid-murid
perempuan pula, gemar mendiamkan diri dari memberikan respon lisan terhadap pertanyaan
guru walaupun namanya telah berkali-kali dipanggil. Hal ini menyebabkan sesi PdP tidak
mempunyai komunikasi dua hala antara guru dan murid perempuan. Guru menjadi sukar
untuk mengukur tahap kefahaman murid apabila murid tidak memberikan kerjasama dengan
baik.

GBM1: Tahap motivasi belajar bagi murid lelaki adalah lebih tinggi daripada murid
perempuan semasa pasca pandemik. Perkara ini dapat dilihat apabila murid lelaki lebih
bersedia dan bersemangat menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru berbanding
murid perempuan yang lebih mendiamkan diri walaupun dipanggil namanya berkali-kali
oleh guru.

Merujuk Jadual 4.5, GBM3 pula memberikan respon bahawa tahap motivasi murid-murid
adalah baik tidak mengira jantina mahupun umur di sekolahnya semasa pasca pandemik.
Kehadiran murid-murid ke sekolah adalah amat baik dan perkara ini menunjukkan murid-
murid berminat untuk datang ke sekolah bagi meneruskan sesi PdP secara bersemuka. Maka,
secara tidak langsung menujukkan tahap motivasi murid-murid berada di tahap yang tinggi.
GBM3: Tahap motivasi murid-murid adalah baik tidak mengira jantina dan umur di sekolah
ini. Kehadiran murid-murid ke sekolah amat baik pada pasca pandemik, hal ini telah
menampakkan peningkatan peratus kehadiran dan menjurus kepada tahap motivasi murid-
murid itu sendiri yang berminat belajar secara bersemuka.

4.3.2.2 Motivasi murid berdasarkan umur

Selain itu, merujuk Jadual 4.5, bagi GBM2 memberikan pandangan bahawa tahap motivasi
dalam kalangan murid Tahap 2 adalah jauh lebih baik daripada murid Tahap 1 semasa pasca
pandemik. Hal ini berkemungkinan kerana murid Tahap 1 tidak pernah mengalami sesi
persekolahan secara bersemuka selama dua tahun sejak di prasekolah lagi berbanding dengan
murid Tahap 2 yang telah mempunyai pengalaman bersekolah secara bersemuka sebelum
berlakunya pandemik Covid-19. Murid-murid Tahap 2 lebih teuja untuk belajar secara
bersemuka kerana rindu suasana belajar di dalam kelas bersama-sama dengan rakan-rakan
yang lain.

GBM2: Tahap motivasi bagi murid Tahap 2 adalah berada di tahap baik berbanding
dengan murid Tahap 1 yang mempunyai tahap motivasi yang rendah. Perkara ini
berkemungkinan disebabkan murid Tahap 1 tidak pernah menjalani proses PdP secara
bersemuka pada sebelum ini.

Merujuk Jadual 4.5, GBM4 pula mengatakan tahap motivasi murid Tahap 1 berada di tahap
yang amat rendah tidak mengira usia dan jantina kerana setiap hari pastinya terdapat ada
sahaja murid yang tidak hadir ke sekolah dengan memberikan alasan yang tidak munasabah
kepada guru seperti sakit kepala, hari hujan, rasa malas dan tiada orang yang boleh
menguruskannya ke sekolah. Murid memgambil sikap tidak endah ini kerana murid
menganggap hadir ke sekolah adalah sebagai rutin dalam kehidupannya dan kehadirannya ke
sekolah juga adalah tanpa tujuan yang kukuh.

GBM4: Keseluruhannya, tahap motivasi belajar bagi murid Tahap 1 amat rendah, tidak
mengira usia dan jantina. Setiap hari pasti ada sahaja murid yang tidak hadir ke sekolah
dengan alasan-alasan seperti sakit kepala, hari hujan, malas dan tiada orang nak hantar.

4.3.2.3 Kehadiran murid ke sekolah


Berdasarkan Jadual 4.5, GBM3 mengatakan kehadiran murid ke sekolah berada di tahap yang
amat baik semasa pasca pandemik tidak mengira usia dan jantina. Perkara ini dilihat terdapat
peningkatan peratus saban hari dan ini membuktikan tahap motivasi murid-murid untuk hadir
ke sekolah adalah tinggi. Hal ini disebabkan oleh mendapat pengaruh positif daripada pihak
ibu bapa dan sekolah yang menggalakkan murid-murid untuk sentiasa hadir ke sekolah jika
tiada alasan yang tidak munasabah.

GBM3: Tahap motivasi murid-murid adalah baik tidak mengira jantina dan umur di sekolah
ini. Kehadiran murid-murid ke sekolah amat baik pada pasca pandemik, hal ini telah
menampakkan peningkatan peratus kehadiran dan menjurus kepada tahap motivasi murid-
murid itu sendiri yang berminat belajar secara bersemuka.

Berdasarkan Jadual 4.5, GBM4 memberikan respon bahawa tahap motivasi belajar Tahap 1
amatlah rendah tidak mengira jantina dan usia di sekolahnya. Setiap hari persekolahan yang
berlangsung, pastinya terdapat sebilangan murid yang tidak hadir ke sekolah dengan alasan
yang tidak munasabah. Hal ini berlaku kerana tiada kesedaran diri dalam diri murid dan
untuk hadir ke sekolah setiap hari bagi menimba ilmu. Malahan, ibu bapa juga ambil sikap
tidak endah apabila anaknya tidak mahu hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah
kerana pihak ibu bapa menganggap hadir ke sekolah itu sekadar untuk merekod kehadiran
sahaja.

GBM4: Keseluruhannya, tahap motivasi belajar bagi murid Tahap 1 amat rendah, tidak
mengira usia dan jantina. Setiap hari pasti ada sahaja murid yang tidak hadir ke sekolah
dengan alasan-alasan seperti sakit kepala, hari hujan, malas dan tiada orang nak hantar.

4.3.2.3 Penglibatan murid

Berdasarkan Jadual 4.5, Item 6 adalah berkaitan dengan dapatan kajian mengenai tahap
penglibatan murid-murid dalam PdP pasca pandemik. Bagi GBM1 dan GBM3, respon yang
diberikan adalah positif. Respon GBM1 tentang tahap penglibatan murid-murid berada di
tahap yang baik dan menyeluruh sewaktu pasca pandemik. Semua murid mampu menyiapkan
tugasan yang diberi oleh guru di dalam kelas sama ada sesuatu tugasan itu perlu dilakukan
secara individu mahupun berkumpulan.

GBM1: Semua murid dapat menyiapkan tugasan yang diberi di dalam kelas walaupun kerja
individu mahupun kerja berkumpulan. Ini menunjukkan tahap penglibatan yang menyeluruh
dan baik daripada semua murid ketika belajar secara bersemuka.
Seterusnya, respon yang diperkatakan oleh GBM2 dalam Jadual 4.5 pula, tahap penglibatan
murid Tahap 2 adalah lebih baik berbanding dengan murid Tahap 1 yang amat rendah. Murid
Tahap 1 sukar memberikan respon yang diharapkan oleh guru dan enggan memberikan
kerjasama apabila melakukan aktiviti berkumpulan. Hal ini disebabkan oleh murid Tahap 1
berasa sukar untuk membuat sesuatu tugasan dalam masa yang ditetapkan kerana tidak
mempunyai pengalaman lalu dan tidak berminat untuk melakukannya.

GBM2: Tahap penglibatan bagi murid Tahap 2 baik manakala bagi murid Tahap 1 amat
rendah. Mereka tiada keyakinan untuk memberikan respon dan enggan memberikan
kerjasama apabila membuat kerja secara berkumpulan.

Merujuk Jadual 4.5, GBM3 pula mengatakan tahap penglibatan murid-murid di sekolahnya
adalah sangat baik kerana murid-muridnya mampu menyiapkan tugasan yang diamanahkan
dengan baik, menepati kriteria tugasan dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam aktiviti
berkumpulan. Hal ini menunjukkan penglibatan murid adalah menyeluruh tidak mengira
jantina dan usia.

GBM3: Saya rasa tahap penglibatan murid adalah sangat baik. Murid-murid boleh
menyiapkan tugasan dengan baik, menepati kriteria tugasan dan mampu berkomunikasi
dengan baik dengan semua kawan-kawannya (aktiviti berkumpulan).

Bagi GBM4 pula berdasarkan Jadual 4.5, penglibatan murid-murid berada di tahap yang
rendah kerana murid kurang memberikan respon lisan sewaktu PdP dilaksanakan. Murid-
murid cuba untuk tidak memberikan respon kepada soalan guru dengan bertingkah laku
seperti menundukkan kepala dan tidak mahu bertentangan mata dengan guru. Hal ini
menjadikan komunikasi dua hala tidak berkesan dan menyukarkan guru mengukur tahap
kefahaman seseorang murid itu.

GBM4: Bagi saya, penglibatan murid-murid berada di tahap rendah kerana murid-murid
dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru namun murid kurang memberi respon
secara lisan semasa PdP. Murid seolah-olah tidak mahu menjawab dengan cuba
menundukkan kepala dan tidak mahu mempunyai ‘eye-contact’dengan guru.

4.3.3 Mengenal pasti strategi guru Bahasa Melayu untuk meningkatkan motivasi murid
pasca pandemik Covid-19

Bagi mendepani sesuatu masalah yang berlaku, pastinya setiap guru mempunyai cara yang
tersendiri untuk mengatasinya. Apabila klien seseorang guru itu bermasalah, sebagai seorang
guru yang profesional dan beretika terhadap tugas yang diamanahkan, guru perlu mengatur
strategi bagi meningkatkan motivasi murid belajar di dalam kelas ketika pasca pandemik
Covid-19. Terdapat dua item yang digunakan untuk meneroka strategi guru dan dihuraikan
dalam jadual dapatan kajian di bawah.

Item/Guru Item 7: Apakah strategi yang cikgu Item 8: Apakah cara lain untuk
gunakan untuk meningkatkan mengekalkan motivasi belajar murid
motivasi murid belajar di dalam yang telah cikgu gunakan?
kelas cikgu sekarang?
GBM1 Berpusatkan bahan, murid dan Berikan pujian dan tampal hasil kerja
guru. murid.
GBM2 Berpusatkan murid dan bahan.  Berikan pujian.
 Membawa murid ke bilik-bilik
khas.
GBM3 Berpusatkan bahan. Berikan ganjaran dan pujian.
GBM4 Berpusatkan bahan.  Berikan pujian, cop, sticker dan
hadiah.
 Menampal hasil kerja murid di
dalam kelas.
Jadual 4.6 Analisis Dapatan Item 7 dan Item 8

4.3.3.1 Strategi berpusatkan murid

Berdasarkan Jadual 4.6, Item 7 mengetengahkan tentang strategi yang kesemua peserta kajian
gunakan untuk meningkatkan motivasi belajar murid di dalam kelas pasca pandemik Covid-
19. GBM1 menggabungjalinkan kesemua jenis strategi pengajaran dalam setiap PdPnya
ketika bersemuka dengan melibatkan strategi berpusatkan guru, berpusatkan bahan dan
berpusatkan murid. Namun, strategi berpusatkan murid adalah yang paling utama apabila
murid perlu membuat semua aktiviti dan tugasan yang diberikan guru ketika di dalam kelas.
Contohnya, guru menggunakan bahan bantu mengajar iaitu carta roda suku kata dan
kemudiannya murid diminta untuk membina suku kata yang bermakna secara berkumpulan,
seterusnya murid menulis suku kata yang bermakna tersebut ke dalam buku latihan.
GBM1: Strategi yang saya gunakan adalah melibatkan semua iaitu berpusatkan murid,
bahan dan guru. Kesemua strategi ini digabungkan bersesuaian mengikut aktiviti yang
dirancang oleh guru. Contohnya, guru menunjukkan bahan iaitu carta roda suku kata
(berpusatkan bahan). Murid diminta membina suku kata bermakna secara berkumpulan,
kemudian murid menulis suku kata bermakna (berpusatkan murid). Murid yang lemah akan
dibimbing oleh guru (berpusatkan guru).

Merujuk Jadual 4.6, GBM2 pula menggunakan strategi berpusatkan murid dan berpusatkan
bahan. Guru menerangkan konsep atau teori terlebih dahulu di awal pengajaran kemudiannya
murid akan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh guru sama ada secara individu
ataupun berkumpulan untuk disiapkan. Guru berperanan sebagai fasilitator di dalam kelas
ketika murid-murid melakukan tugasan yang diberi. Hal ini dapat melahirkan murid-murid
yang berdikari ketika melakukan sesuatu tugasan.

GBM2: Saya memilih pengajaran berpusatkan murid dan bahan. Bagi pengajaran 2 waktu
(1 jam), saya akan menerangkan konsep dan teori selama 15 -20 minit. Masa yang
selebihnya digunakan untuk melaksanakan aktiviti dan latihan secara individu atau
berkumpulan.

4.3.3.2 Strategi berpusatkan bahan

Berdasarkan Jadual 4.6, GBM3 menggunakan strategi berpusatkan bahan ketika PdP
bersemuka. Hal ini disebabkan oleh, guru dapat merancang pelbagai aktiviti berdasarkan
bahan-bahan pengajaran bagi memenuhi keperluan murid-muridnya yang kepelbagaian
ragam. Guru dapat menggunakan aktiviti yang melibatkan fizikal mahupun sensori untuk
mengekalkan minat belajar murid mengikut tempoh masa belajar yang diberikan.

GBM3: Dalam meningkatkan tahap motivasi murid dalam PdP, saya akan menggunakan
cara berpusatkan bahan di dalam kelas agar dapat melakukan pelbagai aktiviti yang
dirancang untuk murid-murid yang kepelbagaian ragam.

Merujuk Jadual 4.6, GBM4 pula menggunakan strategi berpusatkan bahan sahaja dalam
PdPnya. Dengan menggunakan kepelbagaian jenis BBM ketika mengajar secara bersemuka,
secara tidak langsung dapat melibatkan banyak aktiviti yang menggunakan sensori, digital
serta permainan. Hal ini menjadikan murid lebih teruja untuk belajar dan melibatkan diri
dengan aktif ketika belajar. Murid tidak cepat bosan dan dapat berfikir aras tinggi dalam
melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti yang dirancang oleh guru.
GBM4: Saya lebih banyak menggunakan strategi berpusatkan bahan. Saya menggunakan
pelbagai BBM ketika mengajar secara bersemuka yang melibatkan sensori, digital dan
permainan. Murid-murid lebih teruja untuk belajar dan melibatkan diri dengan aktif.

4.3.3.3 Strategi berpusatkan guru

Berdasarkan Jadual 4.6, GBM1 sahaja yang menggunakan srategi berpusatkan murid kerana
kliennya adalah murid-murid prasekolah. Bagi murid yang lemah akan diberi bimbingan oleh
guru secara individu agar murid dapat lebih fokus kepada isi pembelajaran pada hari tersebut.
Guru akan menggunakan kaedah latih tubi untuk membantu murid yang lemah menguasai isi
pembelajaran. Hal ini dapat menunjukkan komunikasi dua hala berlaku secara tidak langsung
dan murid dapat mempelajari sesuatu ilmu baharu dalam sesi PdP tersebut.

GBM1: Strategi yang saya gunakan adalah melibatkan semua iaitu berpusatkan murid,
bahan dan guru. Kesemua strategi ini digabungkan bersesuaian mengikut aktiviti yang
dirancang oleh guru. Contohnya, guru menunjukkan bahan iaitu carta roda suku kata
(berpusatkan bahan). Murid diminta membina suku kata bermakna secara berkumpulan,
kemudian murid menulis suku kata bermakna (berpusatkan murid). Murid yang lemah akan
dibimbing oleh guru (berpusatkan guru).

4.3.3.4 Kaedah lain meningkatkan dan mengekalkan motivasi murid

4.3.3.4.1 Pemberian insentif

Berdasarkan Jadual 4.6, Item 8 adalah berkaitan dengan kaedah lain yang digunakan oleh
setiap peserta kajian bagi mengekalkan motivasi belajar murid-murid pasca pandemik Covid-
19. Keempat-empat orang peserta kajian telah menggunakan pelbagai kaedah yang tersendiri
untuk mengekalkan motivasi belajar murid-murid. GBM1 memberikan pujian ketika
mengajar di dalam kelas serta menampal hasil kerja murid di ruangan hasil kerja murid bagi
menghargai murid. Hal ini dapat menjimatkan kos guru kerana memberikan pujian ini adalah
ucapan lisan dan dapat diucapkan beberapa kali kepada kesemua murid. Apabila menampal
hasil kerja murid yang terbaik di papan kenyataan kelas, murid akan berasa bangga kerana
guru menghargai hasil kerjanya dan murid tersebut dapat menjadi ‘role-model’ untuk murid-
murid lain di kelasnya.

GBM1: Saya memberikan pujian di dalam kelas secara tidak langsung serta menampal hasil
kerja murid di ruangan hasil kerja murid bagi menghargai murid.

Merujuk Jadual 4.6, GBM2 pula memberikan peneguhan positif seperti pujian kepada murid
yang aktif dalam PdP. Murid-murid akan berasa dihargai oleh guru dan akan sentiasa
memberikan hasil yang terbaik dalam sesi PdP yang seterusnya. Hal ini akan memberikan
dorongan kepada murid-murid lainjuga agar cuba untuk melakukan sesuatu tugasan itu
dengan sehabis baik dan menepati kehendak guru agar boleh mendapat pujian daripada
gurunya.

GBM2: Memberi peneguhan positif seperti pujian kepada murid yang aktif dalam PdP.

Seterusnya bagi GBM3 berdasarkan Jadual 4.6, pada kebiasaannya GBM2 akan memberikan
ganjaran atau pujian kepada murid-murid agar murid kekal bersemangat belajar di dalam
kelasnya. Murid-murid secara tidak langsung dapat memastikan dirinya sentiasa fokus ketika
belajar dan belajar bersungguh-sungguh.

GBM3: Kebiasaannya saya memberikan ganjaran atau pujian menjadi meningkatkan


motivasi belajar untuk murid kekal bersemangat dalam PdP.

Berdasarkan Jadual 4.6, GBM4 pula mengatakan bahawasanya beliau memberikan pujian,
mengecop hasil kerja murid, menampal hasil kerja murid pada papan kenyataan kelas serta
memberikan hadiah pada penghujung tahun untuk menghargai murid-murid yang menguasai
kemahiran asas 3M. Perkara ini akan menjadikan murid berasa teruja untuk belajar
bersungguh-sungguh dan berdaya saing dengan rakan-rakannya yang lain bagi menonjolkan
pencapaian masing-masing dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

GBM4: Saya memberikan pujian, memberikan cop pada hasil kerja murid, menampal hasil
kerja murid pada papan kenyataan kelas dan memberikan hadiah pada penghujung tahun
untuk menghargai murid-murid yang menguasai dalam pelajaran.

4.3.3.4.2 Persekitaran pembelajaran yang berbeza

Merujuk Jadual 4.6, GBM2 sering membawa murid-murid ke bilik-bilik khas seperti
perpustakaan dan makmal komputer bagi meningkatkan motivasi belajar murid melalui
mengubah suasana belajar yang sedia ada. Perkara ini menjadikan murid tidak bosan dengan
persekitaran yang sama untuk belajar dan secara tidak langsung strategi pengajaran guru juga
dapat dipelbagaikan apabila berada di bilik-bilik khas.

GBM2: Membawa murid-murid ke bilik-bilik khas seperti makmal komputer dan


perpustakaan untuk meningkatkan motivasi belajar murid.

You might also like