NMK V MFD (2019) 2 SHLR 84

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Date and Time: Sunday, 7 June, 2020 3:04:00 PM MYT

Job Number: 118449469

Document (1)

1. NMK v MFD [2019] 2 SHLR 84


Client/Matter: -None-
Search Terms: Talaq
Search Type: Natural Language
Narrowed by:
Content Type Narrowed by
MY Cases -None-

| About LexisNexis | Privacy Policy | Terms & Conditions | Copyright © 2020 LexisNexis
NMK v MFD [2019] 2 SHLR 84
Shariah Law Reports (ShLR)

SHARIAH SUBORDINATE COURT (SELANGOR)


NORHAZLI RAHIM ShSubCJ
SHARIAH CASE SUMMONS NO 10010–055–0557 OF 2018
31 July 2018

Case Summary
Islamic Law — Divorce — ‘Talak’ divorce — Whether pronouncement of ‘Talak’ by defendant fulfilled
‘rukun-rukun Talak’ — Whether pronouncement of ‘Talak Sepuluh’ in one occasion had to be convicted as
‘Talak 1’, ‘Talak 2’ or ‘Talak 3’ — Islamic Family Law Enactment (State of Selangor) 2003 ss 47 & 57

This was an application for a fast track divorce pursuant to s 47 of the Islamic Family Law Enactment (State of
Selangor) 2003 (‘the Enactment’), wherein the parties were married on 4 September 2005. During the proceedings,
the plaintiff confirmed that the plaintiff was not undergoing her menstrual cycle and was not pregnant. The parties
also have not previously divorced/ the parties confirmed that they willingly agreed to divorce on the said day. When
the court was satisfied with the plaintiff’s reasons as well as upon receiving an oral agreement from the defendant
to divorce the plaintiff on the said day, the court had allowed and instructed the defendant to pronounce a ‘talak
satu’ divorce. However, the defendant had changed the reading of the text of the ‘lafaz cerai talak satu’ by
pronouncing the said lafaz as ‘Bahawa saya MFD menceraikan isteri saya NMK dengan talaq sepuluh’. The said
lafaz was recorded by the court at 10.20am.

Held, dismissing the application under s 47 of the Enactment, amending the application to one under s 57 of the
Enactment and pronouncing that parties be divorced for the first time with ‘talak tiga’:

(1) Based on the pronouncement made by the defendant, it was a clear pronouncement based on the ‘lafaz
cerai talak satu’ teks which was given and recorded by the court. The pronouncement made by the
defendant was also sufficient to reflect the intention of the defendant to divorce the plaintiff. The defendant
when uttering the pronouncement was also of sane mind as well as of age and understood the implication
of the pronouncement of divorce and willingly uttered it. Therefore, the court was satisfied that the precepts
of divorce was met by both parties and the divorce that happened was the first one that had happened to
these parties (see paras 13–17).
(2) Based on ‘Hukum Syarak’, if a talaq is in the thousands or based on as many stars in the sky, it will only
be regarded as three being the maximum allowed (see para 19).

Ini merupakan satu permohonan untuk penceraian ‘fast track’ selaras dengan s 47 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (‘Enakmen tersebut’), yang mana pihak-pihak telah berkahwin pada 4
September 2005. Sewaktu prosiding, plaintif mengesahkan bahawa plaintif tidak dalam haid dan tidak
mengandung. Pihak-pihak juga tidak pernah bercerai / pihak-pihak mengesahkan bahawa mereka dengan sukerala
bersetuju untuk bercerai pada hari tersebut. Apabila mahkamah berpuas hati dengan alasan plaintif dan juga
selepas menerima perjanjian lisan daripada defendan untuk menceraikan plaintif pada hari tersebut, mahkamah
telah membenarkan dan mengarahkan defendan untuk melafazkan cerai talak satu. Namun, defendan telah
menukar pembacaan teks lafaz cerai talak satu dengan melafazkan lafaz tersebut sebagai ‘bahawa saya MFD
menceraikan isteri saya dengan talaq sepuluh’. Lafaz tersebut telah direkodkan oleh mahkamah pada 10.20 pagi.

Diputuskan, mengetepikan permohonan di bawah s 47 Enakmen, meminda kepada satu permohonan di bawah s
57 Enakmen dengan mengisytiharkan bahawa pihak-pihak diceraikan pada kali pertama dengan talak tiga:

(1) Berdasarkan dengan lafaz yang dibuat oleh defendan, ianya adalah satu lafaz yang jelas berdasarkan teks
lafaz cerai talak satu yang diberikan dan direkodkan oleh Mahkamah. Pengisytiharan yang dibuat oleh
Page 2 of 8
NMK v MFD [2019] 2 SHLR 84

defendan adalah mencukupi untuk mencerminkan niat defendan untuk menceraikan plaintif. Defendan
apabila mengatakan pengisytiharan tersebut adalah waras, baligh dan memahami kesan pengisytiharan
cerai dan secara sukarela menyatakannya. Oleh itu, mahkamah berpuas hati bahawa rukun cerai telah
dipenuhi oleh kedua-dua pihak dan penceraian yang berlaku adalah yang pertama untuk kedua-dua pihak
(lihat perenggan 13–17).
(2) Berdasarkan Hukum Syarak, sekiranya talak dalam ribuan atau berdasarkan seberapa banyak bintang di
langit, ianya hanya akan dikira sebagai tiga yakni jumlah maksima yang dibenarkan (lihat perenggan 19).

Notes

For cases on ‘Talak’ divorce , see 8(1) Mallal’s Digest (5th Ed, 2017 Reissue) paras 717–721.

Cases referred to

Zainuddin Kamaruzzaman v Khairuzita Khairuddin, [2006] 1 CLJ (Sya) 366 (refd)

Legislation referred to

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 ss 61(3)(b)(i), 62(2)(b)

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ss 4, 47

Quranic verses referred to

Surah Al-Baqarah ayat 229.

Surah Al-Ahzab ayat 28.

Books referred to

Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuh Dr. Wahbah Az-Zuhaili, (Juz 9, ms 6927–6935 Dar Al-Fikr 1997).

Al-Mufassol Fi Ahkam al-Mar’ah wal-Baitil Muslim Fi al-Syariah al-Islamiyyah Dr Abdul Karem Zaidan (Juz 8 ,
Terbitan 1997 oleh Muassasah Al-Risalah).

Al-Muwattha, Jild 2, hlm 79

Al-Umm, Jld 5, hlm 138

Muhammad bin Muhammad al-Khoteb al-Syarbini, Imam. 1994. Mughni al-Muhtaj ila Macrifati Maacni alfaz al-
Minhaj Juz 4. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Nizhom al-Usrah fi al-Islam Dr Muhammah Uqlah Juzuk ketiga, Maktabah Al-Hadithah 1990).

Syarah Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah Ust Dr Mahmud Ali As-Sarthowi, (Darul Fikr 1997).

Tafsir Ayat al-Ahkam min Al-Quran-Muhammad Ali al-Sobuni (Juz pertama, Terbitan Dar Ihya al-Turath al-
Arabi)

Taqiyuddin Abi Bakr bin Muhammad, Imam. 199. Kifayah al-Akhyar fi Hilli Ghayah al-Ikhtisor. Juz 2. Beirut: Dar
al-Khair.

Both parties not represented.

Norhazli Rahim ShSubCJ:


Page 3 of 8
NMK v MFD [2019] 2 SHLR 84

FAKTA KES

[1]Plaintif, NMK dan defendan, MFD telah bernikah pada 4 September 2005. Sepanjang tempoh perkahwinan
plaintif dan defendan tidak dikurniakan cahayamata.

[2]Pada 31 Julai 2018 plaintif telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
bagi memfailkan satu tuntutan cerai secara fast track di bawah peruntukan s 47 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (2003) Negeri Selangor.

[3]Sewaktu prosiding fast track dijalankan, plaintif telah mengesahkan bahawa plaintif berada di dalam keadaan
suci daripada haid, tidak mengandung. Plaintif dan defendan juga tidak pernah bercerai sama ada di luar atau di
dalam mana-mana Mahkamah Syariah sebelum ini. Plaintif dan defendan dengan rela dan suci hati serta tiada
sebarang paksaan daripada mana-mana pihak bersetuju untuk bercerai pada hari tersebut.

[4]Setelah mahkamah berpuas hati dengan alasan-alasan plaintif untuk bercerai serta setelah mendapat
persetujuan secara lisan daripada defendan untuk menceraikan plaintif pada hari tersebut, mahkamah telah
membenarkan dan mengarahkan defendan untuk melafazkan cerai talak satu.

[5]Satu salinan teks ‘lafaz cerai talak satu’ telah diberikan kepada defendan sebagai panduan bagi defendan
melafazkan cerai. Walau bagaimanapun, defendan telah mengubah lafaz bacaan teks ‘lafaz cerai talak satu’
tersebut dengan melafazkan ‘Bahawa saya MFD menceraikan isteri saya NMK dengan talaq sepuluh’. Lafaz
tersebut telah direkodkan oleh mahkamah pada jam 10.20 pagi.

ISU PERTAMA BIDANG KUASA MAHKAMAH

[6]Mahkamah berpuas hati bahawa mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan
memutuskan permohonan ini berdasarkan s 62(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun
2003 yang memperuntukkan seperti berikut:

Mahkamah Rendah Syariah, dalam bidangkuasa Mal; boleh mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding
yang Mahkamah Tinggi dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang
dipertikaikan tidak melebihi Seratus Ribu Ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang.

Seksyen ini dibaca bersama Seksyen 61(2)(b)(i) Enakmen yang sama yang memperuntukkan bahawa:

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dalam bidangkuasa Mal mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding
dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan berkaitan dengan:

(i) Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh), atau perpisahan (faraq).

[7]Selain daripada itu, berdasarkan s 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003
yang mana secara khususnya memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk memberi kebenaran kepada
pasangan yang ingin bercerai secara persetujuan bersama. Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) Tahun 2003 memperuntukan:

Perceraian dengan talaq atau dengan perintah

47. (1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk
Page 4 of 8
NMK v MFD [2019] 2 SHLR 84

perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengandungi

(a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, hasil dari perkahwinan itu;

(b) butir-butir mengenai fakta-fakta yang member bidang kuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 45;

(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu,
termasuk tempat prosiding itu;

(d) suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;

(e) suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk
mencapai perdamaian;

(f) syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak dari
perkahwinan itu, jika ada, peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada,
dan pembahagian apa-apa asset yang diperolehi melalui usaha bersama pihak-pihak itu, jika ada, atau, jika tiada,
sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan pemohon mengenai hal-hal itu; dan
(g) butir-butir mengenai perintah yang diminta.

(2) Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman
diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat
oleh pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk
membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.

(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatan yang
wajar bahawa perkahwinan itu telah pecah belah dengan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan
suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.

[8]Mahkamah juga merujuk kepada tempat tinggal plaintif dan mahkamah mendapati plaintif tinggal di alamat No
40, Jalan Telaga Tujuh 4, Taman Telaga Tujuh, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Ini berdasarkan
salinan kad pengenalan plaintif yang telah dilampirkan bersama-sama saman dan surat akuan.

[9]Oleh yang demikian permohonan plaintif adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri Selangor
berdasarkan s 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS 2003) yang
menyatakan bahawa:

kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang Islam yang
tinggal dalam negeri Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam negeri Selangor tetapi tinggal di luar
Selangor.

[10]Maka berdasarkan peruntukan-peruntukan yang telah dijelaskan diatas, mahkamah ini mempunyai
Page 5 of 8
NMK v MFD [2019] 2 SHLR 84

bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan ini.

ISU KEDUA SAMA ADA LAFAZ TALAQ DEFENDAN TERSEBUT TELAH MEMENUHI RUKUN-RUKUN TALAQ

[11]Isu seterusnya adalah bagaimana mahkamah hendak menentukan sah atau tidak sesuatu perceraian itu
sebagaimana yang telah dilafazkan oleh defendan terhadap plaintif. Untuk tujuan ini, mahkamah merujuk kepada
kitab juzuk 4, muka surat 3, terbitan Dar Al-Fikr (1998) ada menyatakan matan Fath Al-Muin yang bermaksud: ‘Dan
adapun rukun talaq itu ada lima, iaitu suami, lafaz yang digunakan, diqasadkan talaq, kepada siapa talaq itu
ditujukan ataupun isteri dan talaq dijatuhkan dengan kekuasaan suami’.

[12]Dalam kes ini, defendan telah memenuhi rukun pertama iaitu suami yang sah, Islam yang mukallaf dan aqil
baligh. Mengenai rukun talaq yang kedua pula iaitu as-sighah atau lafaz yang digunakan,sebagaimana yang
terdapat di dalam kitab juzuk kedua, muka surat 388, terbitan Dar Al-Khair 1994 ada disebutkan iaitu:

bermaksud:

Talaq itu ada dua bahagian, iaitu yang nyata (soreh) dan yang sindiran (kinayah).

Lafaz cerai dengan perkataan talaq adalah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 229:

Maksudnya:

Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu boleh ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu)
dengan cara yang makruf (sepatutnya) atau melepaskan (menceraikan) dengan cara yang baik.

Manakala lafaz cerai dengan perkataan sarahah (lepas) pula sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat
28:

Maksudnya:

Wahai nabi (Muhammad SAW) katakanlah kepada isteri-isteri mu, jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia
dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mutaah dan aku lepaskan (cerai) kamu dengan cara
yang baik.

[13]Di dalam kes ini, berdasarkan lafaz yang dilafazkan oleh defendan adalah soreh, terang serta jelas. Lafaz
soreh yang dinyatakan adalah sepertimana yang telah dilafazkan oleh defendan di dalam mahkamah berpandukan
teks ‘lafaz cerai talak satu’ yang diberikan serta yang telah direkodkan oleh Mahkamah pada jam 10.20 pagi yang
berbunyi ‘Bahawa saya MFD menceraikan isteri saya NMK dengan talaq sepuluh’

Imam Taqiyuddin bin Abu Bakar ada juga menjelaskan bahawa lafaz talaq yang soreh tidak lagi berhajat kepada
Page 6 of 8
NMK v MFD [2019] 2 SHLR 84

niat, iaitu dengan memetik pendapat Syeikh Abu Sujak:

Bermaksud:

Lafaz talaq yang soreh itu ada tiga; At-Thalaq, Al-Firaq (pisah) dan As-Sarah (lepas).Talaq soreh juga tidak
berhajat kepada niat.

[14]Manakala rukun ketiga perceraian iaitu qasad, oleh kerana lafaz talaq tersebut adalah soreh, jelas dan terang
serta wujudnya perkataan ‘cerai’ dan ‘talaq’ yang dilafazkan oleh defendan, dan ianya cukup untuk membayangkan
serta mencerminkan niat defendan bagi menceraikan plaintif. Mengikut pendapat Mazhab As-Syafi'e, jika suami
melafazkan dengan terus terang (soreh) dikira jelas dan jatuh talaq walaupun tanpa niat.

[15]Mengenai rukun keempat bagi perceraian iaitu kepada siapa lafaz tersebut ditujukan. Melalui lafaz yang telah
dilafazkan oleh defendan serta panduan teks ‘lafaz cerai talak satu’ yang telah dibacakan dan dilafazkan oleh
defendan di mahkamah, adalah jelas lafaz talaq itu sememangnya ditujukan kepada plaintif, NMK iaitu isteri yang
sah kepada defendan yang ketika itu berada dalam keadaan suci daripada haid dan tidak mengandung. Tambahan
lagi ini adalah merupakan tuntutan cerai secara fast track yang mana plaintif dan defendan hadir ke mahkamah
semata-mata bertujuan untuk bercerai.

[16]Berkenaan rukun kelima, iaitu Wilayah ‘Alaih (keupayaan suami menceraikan isteri), defendan ketika
melafazkan talaq tersebut, defendan berada keadaan berakal, siuman, baligh serta faham tentang implikasi lafaz
cerai tersebut dan melafazkan dengan kerelaan sendiri.

[17]Oleh yang demikian mahkamah berpuas hati di dalam kes ini bahawa rukun-rukun perceraian telah dipenuhi
oleh kedua-dua pihak dan perceraian yang berlaku adalah kali pertama bagi pasangan ini. Seterusnya, mahkamah
mensabitkan telah berlaku dan jatuh talaq ke atas plaintif.

ISU KETIGA SAMA ADA LAFAZ TALAQ SEPULUH DI DALAM SATU MAJLIS PERLU DISABITKAN DENGAN
TALAQ 1 ATAU 2 ATAU 3

[18]Berkaitan dengan lafaz talaq yang telah dilafazkan oleh defendan, lafaz tersebut berbunyi ‘Bahawa saya MFD
menceraikan isteri saya NMK dengan talaq sepuluh’. Dalam perkara ini mahkamah merujuk kepada kitab al-Umm,
Jld 5, hlm 138:

Bermaksud:

Imam Syafi’i berkata: telah menceritakan kepada kami Sa’id dari Ibnu Juraij, bahwasannya ’Atha dan Mujahid berkata:
seorang laki-laki mendatangi Ibnu ‘Abbas dan berkata: saya telah mentalak istri saya dengan talak seratus. Ibnu ‘Abbas
berkata: ambillah tiga dan tinggalkan yang 97.

Dari pernyataan Ibnu ‘Abbas di atas dapat difahami bahwa talak seratus hanya jatuh tiga.
Page 7 of 8
NMK v MFD [2019] 2 SHLR 84

Di dalam kitab ‘Al-Muwatha’ karangan Imam Malik pada jilid II, halaman 79 diterangkan fatwa Ibnu ‘Abbas sebagai
berikut:

Bermaksud:

seorang laki-laki bertanya kepada ‘Abdullah bin ‘Abbas: saya telah mentalak istri saya dengan 100 talak, bagaimana
pendapat engkau terhadap saya? Ibnu ‘Abbas menjawab: perempuan itu telah tertalak darimu tiga kali. Dan yang 97
engkau mempermainkan ayat Allah.

[19]Berpandukan Hukum Syarak iaitu jika talaq seperti beribu atau sebanyak bintang di langit sekalipun ianya
hanya akan dikira sekadar tiga sahaja iaitu jumlah yang maksima yang dibenarkan Hukum Syarak. Mahkamah
merujuk kepada satu kes yang telah dilaporkan iaitu Zainuddin Kamaruzzaman lwn Khairuzita Khairuddin, [2006] 1
CLJ (Sya) 366, hakim bicara di dalam kes tersebut telah jelas menyebut berpandukan Hukum Syarak iaitu jika
taklik seperti beribu atau sebanyak bintang di langit sekalipun ianya hanya akan dikira sekadar tiga sahaja iaitu
jumlah yang maksimum yang dibenarkan Hukum Syarak

[20]Mengikut pendapat Jumhur Fuqaha (Imam-Imam Mazhab yang empat dan Az-Zhohiriyyah) gugur tiga talaq
sekiranya suami melafazkan cerai dengan talaq tiga, iaitu dengan satu lafaz sama ada sebelum melakukan
hubungan suami isteri atau sebaliknya dan walaupun dalam satu majlis.

[21]Dalam masa yang sama mahkamah tidak pula menafikan pendapat lain (Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim Al-
Jauziyyah dan Az-Zaidiyyah serta Az-Zhohiriyyah) yang mengatakan talaq tiga dengan sekali lafaz adalah dikira
gugur satu talaq sahaja. Mahkamah berpendapat dan berpegang bahawa setiap pendapat ada dalil-dalil dan
hujah-hujah yang tersendiri berdasarkan prinsip yang digunapakai dalam sesuatu mazhab. Oleh itu pada pendapat
mahkamah semua pendapat yang dibincangkan dan diputuskan oleh para Fuqaha adalah benar dan betul
semuanya dengan meraikan juga prinsip yang diguna pakai dalam menentukan (mengistinbatkan) sesuatu hukum
berlandaskan sama ada Al-Quran dan As-Sunnah bagi setiap Mazhab. Sebagaimana yang dimaklumi didalam kes
permohonan ini, plaintif dan defendan adalah orang Melayu dan beragama Islam. Maka dalam kes ini wajarlah
sekiranya mahkamah putuskan bahawa persoalan mengenai talaq adalah mengikut Mazhab Al-Syafie
memandangkan pernikahan pihak-pihak juga dijalankan mengikut mazhab yang sama.

[22]Setelah mahkamah merujuk dalil-dalil Hukum Syarak beserta kes yang telah diputuskan seperti yang telah
dinyatakan di atas maka, mahkamah berpuas hati di dalam kes ini bahawa rukun-rukun perceraian telah dipenuhi
oleh kedua-dua pihak dan perceraian yang berlaku adalah kali pertama bagi pasangan ini. Seterusnya, mahkamah
mensabitkan lafaz talaq yang telah dilafazkan oleh defendan dan jatuh talaq tiga keatas pihak plaintif.

KEPUTUSAN

[24]Kes ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran plaintif dan kehadiran defendan. Setelah meneliti semua
kertas kausa, keterangan dan hujahan, maka adalah dihakimkan seperti berikut:

(a) mahkamah menolak permohonan ini berdasarkan s 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003 dengan meminda permohonan ini kepada s 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003.
Page 8 of 8
NMK v MFD [2019] 2 SHLR 84

(b) mahkamah mensabitkan lafaz yang dibuat tanpa kebenaran mahkamah oleh defendan pada 31 Julai 2018
dengan lafaz ‘Bahawa saya MFD menceraikan isteri saya NMK dengan talaq sepuluh’ adalah sah dan
menjatuhkan talaq.

(c) mahkamah memutuskan mulai tarikh tersebut, jatuhlah talaq tiga kali pertama berjumlah tiga talaq secara
talaq bain kubra terhadap plaintif dengan ber’iddah selama tiga kali suci.
(d) mahkamah memerintahkan perceraian ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala
Selangor dan Surat Perakuan Nikah No XXXXXX Bilangan Daftar Nikah XX/05 Negeri Selangor
dibatalkan.

Application under s 47 of the Enactment dismissed, application amended to one under s 57 of the Enactment and
ordered that parties be divorced for the first time with ‘talak tiga’.

Reported by Izzat Fauzan

End of Document

You might also like