Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan bahagian permulaan novel
tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat bahagian _________________ yang menarik dalam novel tersebut.

Pada peringkat permulaan, pembaca diperkenalkan dengan watak Lili yang diminta
oleh ibunya untuk pulang ke kampung neneknya di _______________________. Lili
berpura-pura ________________ kerana terpaksa mengorbankan _____________
__________________. Lili berhasrat memanfaatkan masa cuti bersama-sama dengan
rakan sekelasnya di _____________________. Namun demikian, Lili begitu taat akan
suruhan ibunya kerana dia mengikut sahaja suruhan ibunya demi menjaga hati ibunya.

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan bahagian peleraian novel
tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat bahagian peleraian yang menarik dalam novel tersebut.

Pada bahagian peleraian, Rashid memaklumkan bahawa abang kandungnya, Sugi


tidak bersubahat dengan __________________________________ yang memujuk orang
kampung untuk menjual tanah mereka. Che Jah telah berjaya membuat laporan polis
tentang _____________________________________________________. Danel
mempertahankan bahawa _________________ tidak bersalah dalam pembelian tanah
orang kampung. Lili dan Danel berasa gembira kerana penduduk kampung bersetuju untuk
membina _______________. Lili juga berasa gembira apabila melihat ________________
sedang berbual mesra dengan datuk dan neneknya. Nenek Lili memberitahu sebab
____________________________ menghadap ke jalan. Lili menerima surat daripada
_______________ dan tidak sabar untuk kembali ke _____________________________ .
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (PERMULAAN)

Novel yang saya pelajari ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat bahagian permulaan yang menarik dalam novel tersebut.

Pada peringkat permulaan, pembaca diperkenalkan dengan watak Lili yang diminta
oleh ibunya untuk pulang ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu. Lili berpura-
pura gembira kerana terpaksa mengorbankan cuti persekolahannya. Lili berhasrat
memanfaatkan masa cuti bersama-sama dengan rakan sekelasnya di Kuala Lumpur.
Namun demikian, Lili begitu taat akan suruhan ibunya kerana dia mengikut sahaja suruhan
ibunya demi menjaga hati ibunya.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (PELERAIAN)

Novel yang saya pelajari ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin .
Terdapat bahagian peleraian yang menarik dalam novel tersebut. Pada bahagian peleraian,
Rashid memaklumkan bahawa abang kandungnya, Sugi tidak bersubahat dengan wakil
pemaju perumahan yang memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Che Jah
telah berjaya membuat laporan polis tentang kes keganasan rumah tangga. Danel
mempertahankan bahawa Sugi tidak bersalah dalam pembelian tanah orang kampung. Lili
dan Danel berasa gembira kerana penduduk kampung bersetuju untuk membina masjid. Lili
juga berasa gembira apabila melihat ibunya sedang berbual mesra dengan datuk dan
neneknya. Nenek Lili memberitahu sebab jendela dibina menghadap ke jalan. Lili menerima
surat daripada Danel dan tidak sabar untuk kembali ke Kampung Sentosa.

You might also like