Minit Mesyuarat Ajk Pibg Kali Ke 46

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA

Tahun 2022/2023
TARIKH : 29 JUN 2022
HARI : Rabu
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKKD
Masa : 1.30 petang

1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS


1.1 Cikgu Syed Mohamad Mahaimin bin Saedin selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran
semua pihak ke mesyuarat AJK PIBG kali pertama.

2. UCAPAN GURU BESAR


2.1 Pn Nor Hayati bt Bahsin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
yang hadir dan juga tahniah kerana telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa PIBG.
2.2 Berharap semua ahli jawankuasa dapat bekerjasama dengan baik dalam menjayakan
program-program sekolah.
2.3 Berharap segala program yang dirancang Berjaya dijalankan.

3. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


3.1 Berharap ibu bapa dapat membantu memberikan pendapat tentang cadangan program
yang dapat dijalankan untuk merapatkan lagi hubungan ibu bapa dan guru.

4. UCAPAN YDP PIBG ( En Maslan bin Napiah)


4.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang merancang dan melaksanakan
mesyuarat PIBG bagi tahun ini.
4.2 Menyatakan bahawa kecemerlangan sekolah bergantung kepada komitmen semua
pihak.
4.3 Pihak ibubapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani permasalahan
yang dihadapi.
4.4 Mengucapkan selamat bermesyuarat buat semua.
5. AGENDA MESYUARAT
5.1 EDARAN SURAT PELANTIKAN AJK PIBG
5.1.1 Pn Hafidzotuddiniah bt Abd Rahman mengedarkan surat pelantikan sebagai ahli
jawatan kuasa PIBG bagi tahun 2022/2023.

5.2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN BERKAHIR 31 DISEMBER


i) Puan Normah bt Sulaiman ( Bendahari) membentangkan penyata kewangan
PIBG berakhir 31.12.2022. Pn Saharina bt Othman mencadangkan agar penyata
disahkan dan disokong oleh Puan Zaleha bt Umar.

5.3 PERBAHASAN USUL


5.3.1 Pembinaan bumbung untuk ibu bapa menunggu dan mengambil anak-anak :
Projek ini tidak dapat dijalankan kerana sukar dilaksanakan dan perlu mendapat
kelulusan daripada JKKK kerana ia berada di luar kawasan sekolah .
5.3.2 Pembinaan pemegang tangga sedang dijalankan dan akan dapat digunakan
dalam masa terdekat.
5.3.3 Kutipan bayaran tambahan PIBG dan kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2022/
2023 boleh dibuat memandangkan telah mendapat kelulusan daripada pihak
JPN.
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1.1 Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Rezzal Affandi bin Zainoldin memohon
pihak PIBG menampung yuran penyertaan bagi aktiviti kokurikulum. Jumlah
yang diminta adalah sebanyak RM890. Mesyuarat bersetuju dengan
permohonan beliau.
6.1.2 Beliau juga meminta pihak PIBG supaya pihak PIBG menampung kos
pembinaan tiang gol bola sepak yang berjumlah sebanyak RM3000.
Mesyuarat juga bersetuju dengan permintaan beliau.
6.1.3 EnciK Syed Mohamad Mahaimin bin Saedin iaitu selaku jurulatih kriket
memaklumkan beliau telah memohon peruntukan daripada YB Mohamad
Noor bin Dawoo untuk menampung kos pembinaan jaring untuk latihan
kriket.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.


Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh
…………………………………………….. ………………………………………. ………………………………………..
(HAFIDZOTUDDINIAH BINTI (MASLAN BIN NAPIAH)
ABD RAHMAN) YDP PIBG SKKD
Setiausaha PIBG SKKD 2022/23 2022/23

You might also like