Touch 'N Go Adalah Sejenis Kad Pintar Tanpa Sentuh Dan Sistem Pembayaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

8.

0 Touch 'n Go Sdn Bhd

a. Touch 'n Go adalah sejenis kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran
elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama di Malaysia. Dalam pada
itu ia juga merupakan pengasas kepada permulaan kad kredit Visa Wave
dan MasterCard  PayPass di Malaysia. Ia juga boleh digunakan
bersama SmartTAG, yang merupakan sejenis alat dan sistem pembayaran
elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan. Selain itu, syarikat ini juga ialah
dompet elektronik kebangsaan bersaiz kad kredit bagi industri pengangkutan dan
boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo Touch ‘n Go. Ia dirintis
oleh kerajaan Malaysia bagi memperkenalkan sistem pembayaran elektronik
bersepadu dan sistem tiket tunggal bagi bayaran tambang tol di lebuh raya, tambang
pengangkutan awam, bayaran memakir kenderaan dan bayaran masuk taman tema.
Touch 'n Go dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 1997.

Kad dan sistem Touch 'n Go ditubuhkan sepenuhnya oleh Teras Teknologi Sdn Bhd
menggunakan teknologi MIFARE, teknologi kad pintar tanpa sentuh terulung di
dunia. Ia dipasarkan kepada orang ramai oleh Rangkaian Segar Sdn Bhd. Alat
pengimbas Touch 'n Go pula dihasilkan oleh sebuah syarikat Malaysia iaitu Cipher
Tec (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Subang, Selangor, Malaysia.Secara amnya,
Touch 'n Go adalah teknologi berasaskan sistem pembayaran elektronik
menggunakan kad pintar tanpa sentuh. Dari segi teknikal pula, MIFARE adalah
teknologi komunikasi radio frekuensi pemancar data antara kad pintar tanpa sentuh
dan alat pemgimbas. Transaksi berlaku apabila kad Touch 'n Go diimbas pada alat
pengimbas untuk pembayaran atau tambah nilai.Pada tahun 2005, Rangkaian Segar
Sdn Bhd memperkenalkan kad Touch 'n Go yang baru dengan ciri-ciri keselamatan
terkini seperti kemaskini kunci keselamatan pada cip kad pintar bagi mengantikan
semua kad Touch 'n Go yang lama.

Kemudahan Touch 'n Go yang pertama dilancarkan secara rasmi pada 18


Mac 1997 di Plaza Tol Jalan Pahang dan Plaza Tol Jalan Cheras. Kemudian,
pada 15 April 1997 kemudahan yang sama disediakan di Plaza Tol Salak dan Plaza
Tol Bandar Tun Razak. Touch 'n Go mula mendapat perhatian orang ramai apabila
pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressways Berhad memperluaskan
kemudahan tersebut di kesemua 65 plaza tol sepanjang lebuh raya 848 kilometer
kendalian syarikat berkenaan pada 15 November 1998.

Touch 'n Go ialah asas kepada transformasi digital dalam ekosistem mobiliti
Malaysia, merintis pengalaman pengguna yang lancar untuk berjuta-juta orang di
seluruh Malaysia. Di barisan hadapan revolusi Fintech, setiap inisiatif meningkatkan
cara negara bekerja, hidup dan bermain.Selama lebih dua dekad, Touch 'n Go telah
menerajui transformasi digital kemajuan Malaysia ke arah masyarakat tanpa tunai.
Apa yang bermula dengan kemudahan komuter telah berkembang menjadi
penyelesaian Fintech yang tidak lagi terikat dengan lebuh raya, tetapi kini menjadi
aspek kehidupan lebih separuh negara. Dibina berdasarkan prinsip peningkatan
rangkuman kewangan di seluruh Malaysia, Touch 'n Go telah berusaha untuk
mentakrifkan semula peranan Fintech dalam kehidupan kita di seluruh negara.
Dengan setiap pelancaran produk, kumpulan itu membawa matlamatnya untuk
pengalaman pengguna yang bersatu dan lancar lebih dekat kepada realiti. Visi
syarikat ini adalah untuk menjadi nombor 1 dalam system pembayaran elektronik
untuk pembayaran mikro kea rah merealisasikan masyarakat tanpa tunai. Misinya
untuk menyediakan mod pembayaran tanpa tunai yang selamat, pantas dan mudah
buat semua.
Terdapat lima jenis kad Touch 'n Go dengan tiga variasi komersil dipasaran.
Pembelian kad Touch 'n Go boleh dilakukan di kaunter jualan dan perkhidmatan
pelanggan serta agen peruncit Touch 'n Go yang terlibat dengan jaminan selama
satu tahun untuk setiap pembelian kad baru. Kad Touch 'n Go adalah kad keluaran
pertama dan projek perintis Rangkaian Segar Sdn Bhd. Ia dijual kepada orang ramai
dan setiap kumpulan pengguna pada harga RM10. Walaubagaimanapun,
kegunaannya di lebuh raya terhad untuk pemandu kenderaan kelas 1 iaitu
kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda. Pada
bulan Mac 2007, Rangkaian Segar Sdn Bhd telah memperkenalkan tiga rekaanbaru
kad prabayar Touch 'n Go disamping rekaan asal sempena dengan ulang tahun ke-
10 kad Touch 'n Go.

Kad tambah nilai automatik Touch 'n Go atau lebih dikenali sebagai Touch 'n Go
Zing dikeluarkan oleh kebanyakkan bank-bank utama tempatan. Ia ditawarkan
kepada pemegang kad ahli Visa atau MasterCard sebagai kad sampingan kepada
kad kredit. Kegunaannya di lebuh raya terhad kepada pemandu kenderaan kelas 1
iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.
Kad Touch 'n Go Fleet Xs adalah kad pascabayar khusus untuk warga korporat. Ia
ditawarkan kepada pihak majikan untuk kegunaan kakitangannya. Penggunaan kad
Touch 'n Go Fleet Xs terhad untuk pembayaran tambang tol di lebuh raya sahaja.
Butiran lanjut seperti nama syarikat, nombor pendaftaran kenderaan dan kelas
kenderaan disimpan di dalam cip kad. Ia bagi memantau rekod penggunaan kad dan
pergerakan kenderaan di lebuh raya melalui penyata elektronik. Penggunaan kad
terbuka kepada semua kelas kenderaan di lebuh raya. Kad Touch 'n Go Biz Xs mirip
seperti kad Touch 'n Go Fleet Xs dengan kemudahan sampingan. Ia sesuai untuk
kakitangan syarikat dan warga korporat yang kerap menggunakan rangkaian lebuh
raya bertol, berurusan di kompleks perniagaan dan memakir kenderaan di premis
meletak kenderaan. Penggunaan kad terbuka kepada semua kelas kenderaan di
lebuh raya.

Selain daripada kad pengenalan diri, kad pelbagai guna kerajaan Malaysia
atau MyKad yang mempunyai logo Touch 'n Go di bahagian belakang kad adalah
kad Touch 'n Go dan boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo
Touch 'n Go sebagai kaedah pembayaran elektronik di Malaysia. Touch 'n Go
adalah satu daripada 8 aplikasi MyKad. Kegunaan MyKad Touch 'n Go di lebuh raya
terhad untuk pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang
mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda. Kad ganjaran Buy N Fly
diperkenalkan pada bulan Disember 1999 oleh Malaysia Airlines Golden Boutique
Sdn Bhd. Ia merupakan kad ganjaran pelbagai fungsi yang dilengkapi dengan
kemudahan Touch 'n Go. Walaubagaimanapun, program kad ganjaran Buy N Fly
ditamatkan pada 16 Julai 2002. Bagi pemegang kad tersebut, kemudahan Touch 'n
Go masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini adalah di lebuhraya.


Kegunaan utama kad Touch 'n Go ialah untuk membayar tambang tol di lebuh raya
melalui sistem kutipan tol elektronik. Lebuh raya dan sistem kutipan tol di Malaysia
terbahagi kepada dua sistem iaitu sistem tol terbuka dan tertutup. Sistem tol terbuka
memerlukan pengguna lebuh raya membayar tambang tol di setiap plaza tol yang
dilalui pengguna. Kadar bayaran tambang tol adalah kadar tetap yang ditentukan
oleh pengendali lebuh raya dengan persetujuan kerajaan Malaysia. Bagi pengguna
lebuh raya yang menggunakan kemudahan Touch 'n Go di lebuh raya sistem tol
terbuka, pengguna hanya perlu mengimbas kad Touch 'n Go pada alat pengimbas di
setiap plaza tol yang dilalui pengguna. Bagi sistem tol tertutup pula, ia memerlukan
pengguna lebuh raya mengambil tiket transit di plaza tol masuk dan membuat
bayaran tambang tol di plaza tol berikutnya (plaza tol keluar). Kadar bayaran
tambang tol pula ditentukan oleh pengendali lebuh raya dengan persetujuaan
kerajaan Malaysia mengikut jarak pemanduan pengguna di lebuh raya. Bagi
pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan Touch 'n Go, pengguna
hanya perlu membuat imbasan masuk dan keluar kad Touch 'n Go di plaza tol yang
berkenaan. Tujuh lebuh raya mempunyai ciri ini, yang paling ketara
adalah Lebuhraya Utara-Selatan.

Selain itu, perkhidmatan Touch 'n Go turut disediakan kepada pengguna


pengangkutan awam terutamanya di Lembah Klang. Ia diperkenalkan bagi
melaksanakan sistem pembayaran elektronik bersepadu dan intergrasi sistem tiket
tunggal pangangkutan awam di Lembah Klang bagi memudahkan orang ramai.
Pengguna hanya perlu mengimbas masuk dan keluar kad Touch 'n Go pada alat
pengimbas di pintu keluar masuk atau pagar tiket automatik sebagai ganti kepada
tiket atau bayaran tambang perjalanan. Kad Touch 'n Go juga boleh digunakan di
premis-premis memakir kenderaan yang terlibat di sekitar Lembah Klang. Pengguna
hanya perlu mengimbas masuk dan keluar kad Touch 'n Go pada alat pengimbas
untuk melakukan pembayaran sebagai ganti kepada tiket pakir kenderaan.

Tambahan lagi, perkhidmatan yang disediakan juga adalah pembayaran melalui


atas talian. Aplikasi Touch 'n Go eWallet membolehkan pelanggan memenuhi semua
keperluan atas talian. Mereka boleh memesan penghantaran makanan, membeli tiket
percutian atau tiket buat aktiviti hujung minggu. Pengalaman membeli-belah atas talian
kini lebih baik dengan proses pembelian yang mudah dan selamat. Mereka tidak
perlu lagi untuk meninggalkan rumah atau menghadapi orang ramai apabila
semuanya boleh dilakukan melalui telefon sahaja. Mereka juga boleh dapatkan
akses kepada beberapa jenama dan kedai yang paling popular di Malaysia apabila
anda membeli-belah melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet. Mereka juga boleh
membuat pembayaran untuk langganan, tambah nilai mudah alih, utiliti dan banyak lagi
melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet. Di samping itu, mereka juga boleh menghantar wang
dengan mudah melalui DuitNow Transfer, hanya dengan nombor telefon bimbit atau nombor
akaun penerima Touch 'n Go eWallet, anda boleh menghantar wang dengan segera dari
bank-bank yang mengambil bahagian iaitu lebih 30 bank di Malaysia terus ke eWallet anda.
Mereka boleh menghantar wang dengan mudah kepada ibu bapa & anak-anak dengan
pemindahan masa nyata dengan hanya pendaftaran sekali sahaja.

Akhir sekali, mereka juga menyediakan perkhidmatan di luar talian. Pelanggan boleh
menaikkan pengalaman runcit mereka dengan menemui lebih daripada 360,000 kedai rakan
niaga di seluruh negara di mana mereka boleh membayar dengan pantas dengan aplikasi
Touch 'n Go eWallet. Mereka tidak lagi perlu risau jika tertinggal dompet di rumah,
yang mereka perlukan hanyalah telefon. Mereka boleh menikmati ganjaran dan
pulangan tunai apabila membayar dengan eWallet.

You might also like