Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

INSTITUT KEMAHIRAN MARA JASIN MELAKA

DIESEL ENGINE

SEMESTER 2 SESI : JAN - JUN 2023

DATE: 18.1.2023 COURSE: DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF KOMERSIAL

KUMPULAN

NAME OF GROUP NAQIUDDIN BIN SALMAN


MEMBERS
SYED MUHAMAD AIDIL HAZLAM BIN SYED
MAHAMAD NASIR

MOHAMAD DANISH IRFAN BIN ABDULLAH

MUHAMMAD HAFIZ HAKIM BIN MOHD RIZAL


COOLING SYSTEM (SISTEM PENYEJUKAN)

Sistem penyejukan enjin iaitu sistem sokongan bagi


menyelenggara suhu kendalian enjin agar mencukupi
pada sebarang kendalian dan pacuan. Apabila kuasa
dihasilkan oleh proses dinamik haba dalam enjin ,
sebahagian besar haba juga turut dihasilkan. Sebahagian
haba tadi diperlukan untuk mengendali enjin dengan
sempurna dan yang selebihnya dilesapkan ke atmosfrera
.
TUJUAN SISTEM PENYEJUKAN

-Menyelenggara enjin pada suhu kendalian terbaik.


-Memindahkan haba yang tidak diperlukan.
-Mengekalkan suhu kendalian enjin.
-Memastikan suhu bahagian-bahagian bergerak pada
enjin tidak meningkat pada suhu yang boleh
menjejaskan keberkesanan minyak pelincir.

KAEDAH SISTEM PENYEJUKAN DALAM


ENJIN

SISTEM SISTEM
PENYEJUKAN PENYEJUKAN
CECAIR UDARA

1. Sistem penyejukan cecair


- menggunakan cecair sebagai media utama
penyejukan.

2. Sistem ini menggunakan air dan campuran bahan kimia


sebagai medium penyejukan udara digunakan iaitu dengan
menggunakan kipas yang menghembuskan udara melalui
ruang blok enjin yang mempunyai kepingan aluminium yang
nipis untuk menyahkan haba yang terhasil dari enjin.

3. Sistem ini membolehkan cecair melalui beberapa laluan


liang pada bahagian blok enjin bermula daripada unit
penukar / penyah haba iaitu radiator, melalui salur paip masuk
ke enjin dan akan berkitar semula ke radiator untuk proses
penyahan haba.

4. Apabila air panas yang masuk ke radiator, haba akan di


lepaskan melalui kepingan jejari liang halus yang terdapat
pada struktur radiator.

5. Udara akan melalui ruang kepingan ini, ia akan menyahkan


sekali haba yang ada pada kepingan tersebut dan dengan cara
ini air di dalam liang tersebut akan dapat diturunkan habanya.

6. Kebanyakan sistem baru akan mempunyai kipas penyedut


yang akan menyedut atau menolak udara secara deras ke
radiator untuk tahap penyejukan yang lebih cekap dan
berkesan.
KOMPONEN UTAMA SISTEM PENYEJUKAN
CECAIR

1.TANGKI AIR (RADIATOR)


•Tempat untuk melakukan pertukaran haba.

•Bahan penyejuk yang panas setelah melalui bahagian


enjin akan disejukkan semula disini melalui bantuan
aliran udara daripada kipas penyejuk

•Binaan atas radiator ialah tangki atas dan tangki bawah.


Kedua-dua tangki dihubungkan melalui teras yang
diperbuat daripada tiub logam yang nipis
JENIS SIRIP RADIATOR
A. SIRIP PLAT RATA
-TERDIRI DARIPADA TIUB TEMBAGA BERBENTUK BUJUR YANG
MEMPUNYAI KAWASAN PERMUKAAN PENYEJUKAN LUAS. IA
DISUSUN TEGAK DAN DIPATERI SEKATA KE SIRIP PLAT RATA.
B. SIRIP BEROMBAK
-BENTUK INI MEMBERIKAN SATU KAWASAN PERMUKAAN YANG
LUAS MENGURANGKAN BERAT DAN MUDAH UNTUK MENYILANG
BERBANDING DENGAN JENIS SIRIP PLAT.

2. PENUTUP TEKANAN (PRESSURE CAP)


 MENGHALANG PENYEJUK MENDIDIH
WALAUPUN PADA SUHU 100 C.
 MEMPUNYAI INJAP PELARAS TEKANAN
DAN INJAP VAKUM.
 MENGURANGKAN KADAR PEMELUWAPAN
AIR PADA TEKANAN UDARA YANG TINGGI
SUPAYA PAM AIR BERFUNGSI DENGAN
BAIK.
 MELINDUNGI HOS RADIATOR.

•Penutup khas yang digunakan untuk menutup


leher radiator dan dalam masa yang sama
mengawal tekanan radiator.

•Mempunyai 2 injap iaitu injap pelega tekanan dan


injap pelega vakum.
•Injap pelega tekanan digunakan untuk
mengelakkan tekanan berlebihan wujud dalam
radiator dan sistem penyejukan.

•Injap pelega vakum pula membenarkan udara dan


bahan penyejuk masuk ke dalam sistem
penyejukan apabila enjin sejuk dan sistem
penyejukan mengecut.

3. TANGKI TAKUNGAN (RESERVE TANK)


•Tangki ini disambungkan dari tiub limpah di bahagian leher radiator.

•Tangki ini digunakan untuk menyimpan bahan penyejuk yang


melimpah keluar daripada radiator.

•Apabila enjin telah sejuk bahan penyejuk akan mengecut dan disedut
semula dari tangki takungan ke dalam sisyem penyejukan.

4. HOS BAWAH (LOWER HOSE)


- MENGHUBUNGKAN TANGKI BAWAH
RADIATOR KE WATERPUMP

5. HOS BAWAH (UPPER HOSE)


- MENGHUBUNGKAN TANGKI ATAS RADIATOR
KE ENJIN

6. KIPAS RADIATOR
- MENGALIRKAN LEBIHAN UDARA MELALUI
RADIATOR
-  KIPAS AKAN MENARIK UDARA DARI
HADAPAN ENJIN KE BELAKANG KE ARAH
RADIATOR BAGI MENYEJUKKAN CECAIR
DIDALAM TANGKI AIR(RADIATOR).
7. PAM AIR (WATER PUMP)

•Bertindak menghasilkan tekanan terhadap bendalir agar dapat


bergerak melalui kesemua laluan di dalam enjin serta masuk
semula ke radiator.

•Berfungsi untuk mengedarkan cecair penyejuk ke seluruh


sistem penyejukkan.

•Pam air dipacu oleh tali sawat enjin.

•Pam akan mengepam air daripada tangki bawah radiator,


masuk kedalam jaket air yang mengelilingi bahagian enjin dan
kemudian menyalurkannya kembali semula ke tangki radiator.

8. LARAS SUHU (THERMOSTAT)

•Sebagai pintu yang akan terbuka dan tutup mengikut tahap


kepanasan enjin.

•Terletak dalam laluan alur keluar bahan penyejuk dari enjin

•Digunakan untuk menutup laluan bahan penyejuk ke radiator


apabila enjin sejuk

•Selepas enjin dipanaskan termostat akan mengawal kuantiti


pengaliran bahan penyejuk bergantung kepada tahap operasi
dan suhu semasa enjin

•Termostat penting untuk mengawak keseimbangan suhu


kendalian enjin.
9. PENDERIA RADIATOR FAN (RADIATOR FAN
SENSOR)
- Bertindak sebagai suis kepada kipas radiator. Sensor
ini akan berfungsi bila cecair telah mencapai suhu
kendalian tertentu dan akan menhidupkan kipas
radiator. Akan 'off' bila suhu cecair mencapai suhu
kendalian yang minimum.

10. PENUNJUK SUHU


- Penunjuk memberi amaran kepada pemandu jika
terdapat keadaan luar biasa yang terjadi dalam sistem
penyejukan. Terdapat tiga jenis penunjuk iaitu jenis
tekanan wap , elektrik dan penunjuk lampu.

ADA 3 JENIS PENUNJUK SUHU:


1.PENUNJUK SUHU TEKANAN WAP
2.PENUNJUK ELEKTRIK
3.PENUNJUK LAMPU

*Bahan Penyejuk

•Penggunaan air biasa sebagai ajen penyejuk akan


menyebabkan blok dan kepala silinder mudah untuk berkarat.

•Oleh yang demikian bahan tambahan perlu dicampurkan


mengikut kuantiti yang tertentu

a.Bahan antisejuk beku

•sejenis bahan alkohol yang mudah meruap


•boleh meninggikan takat didih dan merendahkan takat beku air
biasa
•diwarnakan dengan pewarna bagi tujuan untuk mengesan
kebocoran

b.Bahan antikarat

•akan menjadikan cecair penyejuk yang telah lama digunakan


bertukar menjadi warna karat untuk menunjukkan bahawa
cecair penyejuk tersebut perlu ditukar
2.SISTEM PENYEJUKAN UDARA
1.Menggunakan udara sebagai medium penyejukan.

2.Peredaran udara sekeliling permukaan blok enjin digunakan


secara langsung untuk menyejukkan enjin.

3.Digunakan pada motosikal dan mesin-mesin kecil.

4.Enjin yang menggunakan sistem penyejukan udara akan


dilengkapi dengan sirip-sirip penyejuk bertujuan untuk
menambah luas permukaan yeng bersentuhan dengan udara.

5.Banyak diaplikasikan pada kereta-kereta lama.

6.Sirip logam pada permukaan enjin direka bentuk lebih tirus


pada bahagian luar (yang terdedah kepada udara).

7.Haba akan mengalir dari bahagian sirip yang tebal ke


bahagian sirip yang nipis sebelum hilang bersama aliran udara.

8.Kelemahan bagi sistem penyejukan udara ialah tidak mampu


memberikan pemindahan haba yang seragam pada seluruh
bahagian enjin (terutama kawasan yang terlindung dari aliran
udara).

9.Untuk mengatasi masalah tersebut kipas digunakan untuk


menolak aliran udara supaya melalui seluruh permukaan
enjin.

You might also like