Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGKA

PETI SURAT 319


89058 KUDAT

KERTAS KERJA

MEMOHON BAHAN MENTAH BAGI


MEMBINA PENTAS MINI
SK NANGKA
1.0
1.0 Rasional
1.0 LATAR BELAKANG
Kelengkapan prasarana sekolah banyak menyumbang ke arah kemajuan
sekolah. Prasarana yang lengkap memudahkan warga sekolah menjalankan
pelbagai aktiviti di samping memberi kepuasan kerjaya kepada guru-guru dan
staf sokongan. Namun demikian penyediaan prasarana yang lengkap
tersebut memerlukan peruntukan kewangan yang besar. Dengan peruntukan
yang terhad sudah pasti pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tidak
mampu menyediakan semua prasarana tersebut. Justeru sekolah amat
mengharapkan bantuan daripada pihak luar untuk memohon peruntukan bagi
membina pentas mini untuk kegunaan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan
persembahan murid dan menggalakkan mereka merangsang kreativiti dan
menaikkan semangat mereka.

2.0 RASIONAL
SK Nangka belum mempunyai dewan yang mempunyai pentas yang
selayaknya. Oleh itu pihak sekolah ingin memiliki pentas terbuka yang
mempunyai keluasan yang agak kecil (8 ft x 12 ft).

3.0 OBJEKTIF
i) Memohon peruntukan bagi membina Pentas Mini Terbuka untuk
kegunaan murid-murid Sk Nangka.

4.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

i) Menyediakan pentas untuk kegunaan persembahan murid.


ii) Menaikkan semangat/kepuasan murid-murid dalam mempamerkan
bakat dan kreativiti mereka.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Implikasi kewangan terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah:

SENARAI BAHAN DAN ANGGARAN

BIL BAHAN PROJEK ANGGARAN KOS JUMLAH


1 3 keping papan simen (cement RM200.00 x 3 keping) RM600.00
board 12mm) berukuran 4 kaki x 8
kaki dengan ketebalan 12 mm.
2 Besi galvani (Gi) 3” x 18 kaki RM 280 x 4 batang RM1120

3 Steel Rectangular 3mm 2” x 4” x RM200 x 6 batang RM1200


16ft

4 Zink spandek RM50 x 7 keping RM350

5 Purlin RM30 x 5 RM150

6. Batten RM20 x 6 RM120

7. Skru zink RM80 RM80

JUMLAH RM3620.00
6.0 RUMUSAN
Justeru pihak sekolah amat berharap agar permohonan ini dapat diangkat
untuk dipertimbangkan. Semoga dengan kelulusan projek ini dapat memberi banyak
manfaat kepada warga sekolah.

Disediakan oleh,

.................................
WOTHY BIN ROBIN
Unit Pembangunan
Sk. Nangka

Disahkan oleh,

-----------------------------------------
PUAN SERIMAH HJ. SANTIL
GURU BESAR
SK NANGKA

You might also like