BMK Latihan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

NAMA :
KELAS :
ARAHAN :
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan.

Sabah Negeri di Bawah Bayu

Negeri Sabah merupakan negeri yang terletak di Kepulauan Borneo dengan


keluasan hampir 72,500 kilometer persegi. Sabah dibahagikan kepada lima
bahagian pentadbiran iaitu Bahagian Kudat, Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan
dan Tawau. Terdapat juga 25 buah daerah di negeri Sabah.
Tahukah anda jumlah etnik yang terdapat di Sabah? Ya, Sabah mempunyai
lebih kurang 33 etnik. Walaupun terdapat lebih 50 bahasa dan 80 dialek yang
berbeza, namun mereka hidup dengan penuh harmoni di negeri ini. Hal ini
disebabkan oleh penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas di negeri ini.
Etnik Kadazandusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di sabah
dengan 27 suku kaum kecil di dalamnya. Etnik ini membentuk hampir 30%
daripada keseluruhan jumlah penduduk Sabah. Selain Kadazandusun, etnik yang
tidak kurang besar jumlahnya di Sabah ialah Bajau dan Murut. Oleh itu tidak
hairanlah jika penduduk Sabah memiliki pelbagai bahasa, dialek dan adat resam
yang berbeza.
Daya tarikan utama negeri Sabah ialah Gunung Kinabalu dengan ketinggian
puncaknya mencecah 4,095 meter. Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi
di Asia Tenggara. Oleh itu, negeri Sabah juga dikenali sebagai Negeri di Bawah
Bayu.
Soalan :
1. Di manakah letaknya negeri Sabah ?

2. Nyatakan 5 bahagian pentadbiran di negeri Sabah.

3. Berapakah jumlah etnik yang terdapat di negeri Sabah ?

4. Apakah etnik yang membentuk hampir 30% daripada jumlah keseluruhan


penduduk negeri Sabah ?

5. Mengapakah Gunung Kinabalu digelar sebagai gunung tertinggi di Asia


Tenggara ?
6. Pada pendapat kamu, bagaimanakah semua etnik di negeri Sabah boleh
hidup dengan penuh harmoni ?

You might also like