Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 47

TEMA TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP

TINGKATAN 2
BAB 8 DAYA DAN GERAKAN
STANDARD 8.1 Daya
KANDUNGAN
STANDARD 8.1. Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai daya.
PEMBELAJARAN 1
8.1. Menerangkan daya mempunyai magnitud, arah dan titik
2 aplikasi.
8.1. Mengukur daya dalam unit S.I.
3
8.1. Menjelaskan dengan contoh setiap daya tindakan terdapat
4 daya tindak balas yang sama magnitud tetapi bertentangan
arah.
OBJEKTIF Murid dapat :
PEMBELAJARAN 1. Menyatakan maksud daya.

2. Menyenaraikan 6 jenis daya.

3. Menerangkan 3 ciri daya iaitu mempunyai magnitud, arah


dan titik aplikasi.
4. Menjalankan 1 aktiviti bagi mengukur daya dalam unit S.I.

5. Menjelaskan dengan 4 contoh setiap daya tindakan terdapat


daya tindak balas yang sama magnitud tetapi bertentangan
arah.

1
8.1 Daya
1 Apakah Daya?
. Daya ditakrifkan sebagai tolakan atau tarikan yang dikenakan ke atas objek

2 Jenis – jenis daya


.

2
Bil Jenis – jenis Rajah Penerangan
daya

a. Daya graviti Daya graviti ialah daya


mengarah ke pusat bumi.
Daya ini menyebabkan
semua benda yang
dilambung akan jatuh
semula ke tanah.

b. Daya normal Daya normal ialah daya


yang dihasilkan apabila
suatu objek bersentuhan
dengan suatu permukaan.

c. Daya geseran Daya geseran ialah daya


yang menentang gerakan
dan bertindak di antara dua
permukaan yang saling
bersentuhan.

d. Daya apungan Daya apungan ialah daya


tujah yang bertindak pada
sesuatu objek yang
terapung di dalam sesuatu
bendalir.

e. Daya elastik Daya elastik wujud apabila


sesuatu bahan
diregangkan atau
dimampatkan.

f. Berat Berat suatu objek


ditakrifkan sebagai daya

3
graviti yang bertindak ke
atasnya.

3 Ciri-ciri daya
.
Ciri-ciri daya

Daya ialah kuantiti Magnitud Titik aplikasi ialah


vektor yang merupakan kuantiti titik tindakan daya
mempunyai atau nilai sesuatu ke atas objek.
magnitud dan arah ukuran.

Magnitud daya Daya yang Titik aplikasi


diukur dalam bertindak diwakili bulatan
newton (N) dan mempunyai kecil (daya
arah diwakili oleh magnitud 80N. tertumpu)
anak panah

4 Pengukuran Daya
.

a. Magnitud daya boleh diukur menggunakan NERACA SPRING atau NERACA

4
NEWTON
b. Unit SI daya adalah newton (N)

1 kg = 10 N
5 Daya Tindakan dan Daya Tindakbalas
. a. Daya sentiasa wujud dalam pasangan daya TINDAKAN dan daya TINDAK
BALAS
b. Bagi setiap daya tindakan, terdapat daya tindakbalas SAMA MAGNITUD dan
BERTENTANGAN ARAH

Hukum Newton Ketiga


Menyatakan bahawa bagi setiap daya tindakan terdapat daya tindak balas
yang sama magnitud tetapi bertentangan arah.

CONTOH
a. Mengangkat objek b. Menolak objek

Daya angkat = daya tindakan Tujahan = daya tindakan

Berat =daya tindak balas Daya geseran =daya tindak balas

d. Jasad kekal di atas meja e. Jasad terapung di dalam air

Berat cawan= daya tindakan


Berat penyelam = daya tindakan

5
Daya normal =daya tindak balas Daya apungan = daya tindak balas

Soalan Objektif

1. Antara penyataan berikut, manakah benar tentang daya?


A. Daya ditakrifkan sebagai tolakan atau tarikan yang dikenakan ke atas
sesuatu objek.
B. Daya ditakrifkan sebagai tolakan yang dikenakan ke atas sesuatu objek.
C. Daya ditakrifkan sebagai tarikan yang dikenakan ke atas sesuatu objek.
D. Daya ditakrifkan sebagai geseran yang dikenakan ke atas sesuatu objek.

2.

Rajah 2.1
Rajah 2.1 menunjukkan sebiji buku di atas meja. Nyatakan jenis daya yang
bertindak ke atas buku tersebut.
A. Daya geseran
B. Daya normal
C. Daya graviti
D. Daya apungan

3. Berikut merupakan ciri-ciri daya.


i. Daya ialah kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah
ii. Titik aplikasi ialah tindakan daya terhadap sesuatu objek
iii. Magnitud merupakan kuantiti atau nilai sesuatu ukuran
iv. Magnitud daya diukur dalam unit meter.
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. i, ii dan iii
D. ii, iii dan iv

6
4. Manakah pernyataan berikut yang betul tentang Hukum Newton Ketiga
A. Menyatakan bahawa bagi setiap daya tindakan terdapat daya tindak balas
yang sama magnitud dan arah.
B. Menyatakan bahawa bagi setiap daya tindakan terdapat daya tindak balas
yang sama magnitud tetapi bertentangan arah.
C. Menyatakan bahawa bagi setiap daya tindakan terdapat daya tindak balas
yang sama arah tetapi bertentangan magnitud
D. Menyatakan bahawa bagi setiap daya tindakan terdapat daya tindak balas
yang sama magnitud

5. Rajah 5.1 menunjukkan penyelam di dalam laut.

A
C

Rajah 5.1

Antara anak panah berikut yang manakah menunjukkan daya apungan yang betul

7
Soalan Struktur

1. Tandakan (/) pada pernyataaan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah
a) Daya mempunyai magnitud dan arah
b) Daya diukur dalam unit Joule (J)
c) Objek yang mempunyai jisim sebanyak 10g mempunyai berat 0.1 N
d) Neraca spring ialah suatu alat yang digunakan untuk mengukur daya
dan berat suatu objek dalam unit Newton (N)

[4 markah]

2. Padankan aktiviti berikut dengan daya yang terlibat

8
Aktiviti Jenis daya

i) Daya apungan

ii) Daya geseran

iii) Daya normal

iv) Daya elastik

v) Daya graviti

[4 markah]

3. a) Rajah 3.1 menunjukkan sebuah bongkah konkrit terapung di permukaan air.

9
Rajah 3.1

i) Labelkan daya P dan Q dalam Rajah 3.1 dengan menggunakan perkataan


yang diberi di bawah.

Daya apungan Daya normal Berat

[2 markah]

ii) Mengapakah bongkah konkrit tersebut terapung di permukaan air?

………………………………………………………………………………………
[1 markah]

b) Rajah 3.2 menunjukkan dua buah troli yang sama jisim didekatkan antara satu
sama lain

Rajah 3.2

i) Apakah yang diperhatikan apabila kedua dua troli tersebut dilepaskan

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
[1 markah]

ii) Apakah hukum yang diaplikasikan dalam situasi di atas? Terangkan.

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………..
[2 markah]

4. a) Rajah 4.1 menunjukkan buah tomato yang masih tergantung di atas pokok
tomato itu. Selepas beberapa minggu, tomato itu terjatuh ke atas lantai.

10
Rajah 4.1
i) Namakan daya yang menyebabkan tomato itu jatuh.

………………………………………………………………………………………
[1 markah]

ii) Sekiranya tomato itu jatuh, adakah daya normal itu sama dengan daya yang
anda nyatakan dalam (a)?

………………………………………………………………………………………..
[1 markah]
iii) Gariskan jawapan yang betul
Daya gravity (lebih daripada/ kurang daripada/ sama dengan) daya normal
sekiranya tomato itu tidak jatuh ke lantai tetapi bergantung di atas pokok.

[1 markah]
b) Setiap daya Tindakan terdapat daya tindakbalas yang sama magnitud tetapi
bertentangan arah. Rajah 4.2 menunjukkan sebuah buku yang diletakkan di atas
meja.

11
Rajah 4.2
i) Apakah hukum yang menjelaskan situasi di atas?

………………………………………………………………………………………
[1 markah]
ii) Apakah N dan M?

………………………………………………………………………………………
[1 markah]
iii) Mengapakah buku tersebut kekal di atas meja dalam situasi dan posisi yang
sama?
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
[1 markah]

SOALAN OBJEKTIF
BIL JAWAPAN
1. A
2. B
3. C
4. B
5. D

SOALAN STRUKTUR

12
BIL SKEMA JAWAPAN MARKAH
1. a) / 1
b) X 1
c) X 1
d) / 1

2. i) d = daya apungan
ii) a = daya geseran
iii) e = daya normal
iv) b = daya elastik
v) c = daya graviti 4

3. a) i) P = berat 1
Q = daya apungan 1
ii) Hal ini kerana berat bongkah konkrit adalah sama dengan daya 1
apungan
b) i) Kedua-dua troli bergerak pada jarak yang sama tetapi dalam 1
arah bertentangan
ii) Hukum Newton Ketiga 1
Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap daya Tindakan
terdapat daya tindakbalas yang sama magnitude tetapi
berlawanan arah. 1

4. a) i) Daya graviti 1
ii) tidak 1
iii) Sama dengan 1
b) i) Hukum Newton Ketiga 1
ii) N = Daya normal
M = Berat/ daya tarikan graviti 1
iii) Maginitud berat/ daya Tindakan adalah sama dengan daya
normal/ daya tindakbala 1

Disediakan oleh :
NORIZAM BINTI ABDULLAH

13
SMK PENGKALAN HULU

TEMA TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP


TINGKATAN 2
BAB 8 DAYA DAN GERAKAN
STANDARD 8.2 Kesan Daya
KANDUNGAN
STANDARD 8.2. Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai kesan tindakan
PEMBELAJARAN 1 daya.
8.2. Menerangkan dan berkomunikasi mengenai perkaitan antara
2 perbezaan ketumpatan dengan kesan keapungan dalam
kehidupan harian.
8.2. Mengelas dan menyelesaikan masalah tuas berdasarkan

14
3 kedudukan fulkrum, beban dan daya.
8.2. Menerangkan dan berkomunikasi mengenai momen daya.
4
8.2. Menjalankan eksperimen dan berkomunikasi mengenai
5 tekanan serta aplikasinya dalam kehidupan harian.
8.2. Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai tekanan gas
6 dengan merujuk kepada teori kinetik gas.
8.2. Menerangkan dan berkomunikasi mengenai kewujudan
7 tekanan atmosfera dan kesan altitud kepada tekanan
atmosfera.
8.2. Menerangkan kesan kedalaman terhadap tekanan cecair.
8
OBJEKTIF Murid dapat :
PEMBELAJARAN a) Menghuraikan 3 kesan tindakan daya.
b) Menerangkan mengenai perkaitan antara perbezaan
ketumpatan dengan kesan keapungan dalam kehidupan
harian.
c) Mengelaskan 3 jenis kelas tuas.
d) Menyelesaikan 3 masalah tuas berdasarkan kedudukan
fulkrum, beban dan daya.
e) Menjalankan 1 eksperimen dan menjelaskan mengenai
tekanan serta 6 aplikasinya dalam kehidupan harian.
f) Menjelaskan tekanan gas dengan merujuk kepada teori
kinetik gas
g) Menerangkan mengenai kewujudan tekanan atmosfera dan
kesan altitud kepada tekanan atmosfera.
h) Menjelaskan kesan kedalaman terhadap tekanan cecair.

8.2 KESAN DAYA


1. Daya tidak dapat dilihat tetapi kesannya boleh diperhatikan.
2. Apabila suatu daya dikenakan pada suatu jasad,daya boleh mengubah:
a. Bentuk
b. Saiz
c. Gerakan

15
3.

4 Daya apungan
• Sesuatu objek akan terapung jika daya apungan cukup untuk menampung
beratnya.
Daya apungan = berat objek

• Sebaliknya, suatu objek tenggelam jika daya apungan tidak cukup


menampung beratnya

Daya apungan kurang dari berat objek

Daya:
A= daya
apungan
B = berat

Magnitud daya Daya apungan Daya apungan Daya apungan


lebih besar sama dengan lebih kecil daripada
daripada berat berat berat
Ketumpatan Objek kurang Objek sama Objek lebih tumpat

16
objek tumpat daripada tumpat dengan air daripada air
air
Keapungan objek Objek terapung di Objek pegun Objek tenggelam
atas air dalam air dalam air

5
Daya apungan = Berat sebenar – Berat ketara

6 Tuas
• Tuas merupakan mesin ringkas.
• Tuas ialah sebuah palang yang berputar pada suatu titik tetap.
• Tuas terdiri daripada tiga bahagian iaitu:
a. Daya - tolakan dan tarikan yang dikenakan pada palang
b. Beban – objek yang hendak digerakkan
c. Fulkrum – titik sokongan yang tetap

7 Pengelasan tuas
Jenis tuas Contoh

17
(a) Tuas kelas pertama

Fulkrum berada di antara


beban dan daya

(b) Tuas kelas kedua

Beban berada di antara


fulkrum dan daya

(c) Tuas kelas ketiga

Daya berada di antara fulcrum


dan beban

18
8 Momen daya
• Daya boleh menyebabkan tuas berputar pada pangsi.
• Kesan putaran daya ini dipanggil momen daya.
• Magnitud momen daya bergantung pada:
a) Magnitud daya
b) Panjang tuas (jarak tegak dari pangsi ke daya)

• Formula untuk momen daya:


Momen Daya (Nm) = Daya x Jarak tegak dari pangsi ke daya (m)

• Unit untuk momen daya ialah Newton-meter (Nm).


• Momen daya boleh ikut arah jam atau lawan arah jam

MOMEN DAYA

19
Momen daya yang lebih besar dihasilkan apabila daya dikenakan pada
9 jarak yang lebih jauh dari titik putaran

Contoh

Momen daya = 10 N × 0.2 m Momen daya = 10 N × 0.1 m


= 2 Nm = 1 Nm

10 Dalam tuas yang seimbang, hubungan antara daya dengan beban adalah seperti
berikut:
Daya (N) × Jarak daya dr fulkrum (m) = Beban (N) × Jarak beban dr fulkrum (m)

Contoh:

Pak Aris memikul dua bakul, P dan


Q, yang diisi dengan beban berbeza.
Apakah jarak bakul Q dari bahu Pak
Aris jika tuas itu seimbang? Jawapan:
(Andaikan 1 kg = 10 N)
Berat P × jarak P dari fulkrum =
berat Q × jarak Q dari fulkrum

Jarak Q dari fulkrum


= Berat P × jarak P dari fulkrum
berat Q

= 140 N × 1.2 m
80 N
= 2.1 m

20
11 Tekanan
• Daya yang bertindak secara serenjang ke atas seunit luas permukaan.

• Tekanan ditakrifkan sebagai daya per unit luas permukaan.

Tekanan (N m-2) = Daya (N)_______


Luas permukaan (m2)

• Unit S.I. untuk tekanan ialah pascal (Pa).


1 Pa bersamaan dengan 1 newton per meter persegi ( N m-2 )

Luas permukaan
yang lebih kecil

12 Aplikasi tekanan dalam kehidupan harian


Mengurangkan luas permukaan untuk meningkatkan tekanan

21
Pisau dan gunting mempunyai bilah yang nipis
supaya dapat memeotong dengan mudah

Kasut peluncur ais mempunyai jalur besi nipis


untuk memudahkan peluncur menggelongsor di
atas permukaan ais

Hujung skru dan paku tajam supaya dapat


membenam ke dalam permukaan yang keras

Aplikasi tekanan dalam kehidupan harian


Menambah luas permukaan untuk mengurangkan tekanan
Kaki gajah mempunyai tapak besar supaya ia
dapat bergerak di atas tanah lembut dan lumpur
tanpa tenggelam

Kasut salji mempunyai tapak luas supaya pemakai


tidak mudah terbenam ke dalam salji lembut

Tapak bangunan luas dapat mengelakkan


bangunan daripada terbenam ke dalam tanah

22
13 Tekanan gas

• Tekanan udara menyebabkan belon mengembang dan mengempis.


TEORI KINETIK GAS

Teori kinetik gas menyatakan bahawa molekul-molekul udara sentiasa


bergerak bebas dan berlanggar pada dinding bekasnya.
Kekerapan perlanggaran akan menghasilkan daya yang dikenali tekanan
udara

14 Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara

Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan


udara

Isipadu Suhu

Isipadu tinggi = tekanan rendah suhu rendah = tekanan rendah

Isipadu rendah = tekanan tinggi suhu tinggi = tekanan tinggi

23
15 Tekanan atmosfera

- Apabila air di dalam sebuah kotak


minuman disedut keluar, kotak itu
akan kemik.

- Hal ini kerana, tekanan udara di


dalamnya berkurang, tekanan
udara di luar yang lebih tinggi akan
menekan permukaan kotak
menyebabkannya kemik.

- Tekanan udara di luar kotak disebut


sebagai tekanan atmosfera.

16. Aplikasi tekanan udara dalam kehidupan harian


a) Hemisfera Magdeburg b) Pelocok

c) Penyedut minuman d) Sifon

24
e) Picagari f) Pembersih vakum

17 Kesan altitud terhadap tekanan atmosfera


• Tekanan atmosfera berkurang dengan altitud.
• Altitud ialah ketinggian dari paras laut.

25
18 Kesan Kedalaman terhadap Tekanan Cecair

• Tekanan cecair bertambah


dengan kedalaman,
kerana semakain
bertambah kedalaman
cecair, semakin berat
cecair di atasnya
• Pancutan air paling lemah
kerana tekanan cecair
paling lemah di lubang P.
• Pancutan air paling kuat
kerana tekanan cecair
paling kuat di lubang R.

19 Aplikasi kesan kedalaman dan tekanan cecair dalam kehidupan harian


Contoh Penerangan

a) Empangan • Dasar empangan mempunyai


dinding konkrit yang lebih tebal
untuk menahan tekanan air
yang lebih tinggi.

• Empangan juga mempunyai


dinding melengkung untuk
menyebarkan tekanan cecair
dengan sekata.

b) Kapal selam • Badan kapal selam berbentuk


silinder untuk menyebarkan
tekanan cecair dengan sekata.

• Badan kapal diperbuat


daripada keluli gred tinggi

26
yang tebal dengan kekuatan
tegangan tinggi untuk
menahan tekanan cecair yang
amat tinggi

K
eratan melintang kapal selam

c) Penyelam • Penyelam laut memakai


peralatan khas pada pakaian
supaya dapat menahan
tekanan air yang tinggi.

27
Soalan Objektif

1. Rajah 1.1 menunjukkan sebuah tayar kereta sebelum dan selepas 5 bulan
digunakan.

Sebelum Selepas
Manakah yang betul tentang kesan daya ke atas tayar kereta tersebut.
A. Mengubah saiz
B. Memberhentikan objek bergerak
C. Mengubah arah objek
D. Mengubah rupa

2.

Rajah 2.1
Rajah 2.1 menunjukkan berus yang digunakan untuk mewarna. Berus tersebut
boleh dikelaskan sebagai
A. Tuas kelas pertama
B. Tuas kelas kedua
C. Tuas kelas ketiga
D. Tuas kelas pertama dan ketiga

3. Antara penyataan berikut, manakah yang memberi kesan kepada tekanan udara?
i. Isipadu udara
ii. Suhu udara
iii. Perlanggaran antara molekul dalam udara dan dinding bekas
iv. Jisim udara

28
A. i dan ii
B. ii dan iv
C. i, ii dan iii
D. i, ii dan iv

4. Rajah 4.1 menunjukkan sebuah empangan.

Rajah 4.1
Mengapakah dinding konkrit empangan dibina lebih tebal pada bahagian dasar?
A. Dasar empangan mempunyai dinding konkrit yang lebih tebal untuk
menahan tekanan air yang lebih tinggi.
B. Dasar empangan mempunyai dinding konkrit yang lebih tebal untuk
menambahkan keunikan
C. Dasar empangan mempunyai dinding konkrit yang lebih tebal untuk
menahan tekanan udara yang lebih tinggi.
D. Dasar empangan mempunyai dinding konkrit yang lebih tebal untuk
memudahkan pengaliran air

5. Rajah 5.1 menunjukkan pembaris meter dalam keadaan mendatar semasa daya

29
4N dan 6N dikenakan.

Rajah 5.1

Dimanakah sepatutnya fulrum perlu diletakkan supaya pembaris meter tersebut


berada dalam keadaan seimbang.
A. 25 cm
B. 45 cm
C. 50 cm
D. 55 cm

Soalan Struktur

1. Tandakan (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah
a Apabila suatu daya dikenakan pada suatu jasad, daya itu boleh
) mengubah bentuk jasad itu sahaja.
b Apabila daya apungan melebihi berat sesuatu objek, maka objek
) itu akan terapung
c) Tekanan atmosfera di altitud yang tinggi adalah lebih tinggi
berbanding dengan altitud rendah
d Dinding empangan air adalah lebih tebal di bahagian bawah
) berbanding dengan bahagian di atas kerana kesan tekanan air
pada bahagian dasar empangan adalah lebih tinggi.
[4 markah]

2. Padankan masalah harian yang berkaitan dengan tekanan udara dengan


penyelesaiannya.

30
Masalah Penyelesaian
a) Membersihkan Kawasan Picagari
rumah dengan segala
habuk yang ada.

b) Menyuntik ubat dalam Pembersih vakum


bentuk cecair ke dalam
badan pesakit.

c) Menolak kotoran yang Sifon


tersumbat dalam salur
paip.

d) Membersihkan kolam Pam sedut


ikan dengan menyalurkan
air kotor dari kolam ikan.

[4 markah]

3. a Nyatakan kelas tuas dengan alat-alat berikut menggunakan perkataan yang


) diberikan.

Tuas kelas pertama Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga

i) ii)

[2 markah]

b Padankan tuas dengan kedudukan fulkrum, beban dan daya dengan betul.
)

31
Tuas kelas pertama
i) Daya terletak di antara fulkrum dan
Tuas kelas kedua bebn

ii) Fulkrum terletak di antara daya dan


Tuas kelas ketiga
beban

[2 markah]

4. Rajah 4.1 menunjukkan situasi seekor ayam dan seekor itik yang berjalan di atas
jalan yang berlumpur. Berat dan jisim kedua dua ayam dan itik adalah sama.

Rajah 4.1
a Mengapa itik itu boleh bergerak dengan lancar berbanding dengan ayam?
)
Berikan alasan anda.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[2 markah]
b Apakah hubungan antara luas permukaan dengan tekanan yang dikenakan pada
)
permukaan itu?

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[1 markah]
c) Nyatakan unit S.I yang digunakan untuk mengukur tekanan.

…………………………………………………………………………………………
[1 markah]

d Diberi jumlah keluasan tapak kaki ayam ialah 7.0 cm2 dan berat ayam itu ialah

32
) 3.5kg. Kirakan tekanan yang dikenakan oleh ayam tersebut pada permukaan
yang berlumpur itu.

[2 markah]
5. a Rajah 5.1 menunjukkan John dan Ben sedang duduk di atas sebuah jongkang
) jongket. John mempunyai berat badan sebanyak 40kg, dan berat badan bagi
Ben ialah 30kg.

Rajah 5.1
i) Sekiranya John dan Ben hendak mengimbangkan jongkang-jongket, apakah
yang boleh dibuat oleh John untuk mengimbangkan jongkang-jongket
tersebut?
………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
[2 markah]

ii) Sekiranya jongkang-jongket itu berjaya diseimbangkan, dan jarak antara


Ben dengan fulkrum atau pangsi jongkang-jongket ialah 3m. Hitungkan jarak
antara John dengan pangsi jongkang-jongket.

[2 markah]
b Rajah 5.2 menunjukkan alat yang menggunakan aplikasi prinsip tuas.
)

33
Rajah 5.2
i) Nyatakan jenis tuas bagi alat tersebut.

………………………………………………………………………………………
[1 markah]

ii) Zarif menggunakan playar tersebut untuk mengetatkan skru. Daya yang
dikenakan oleh zarif ialah 15N, dan jarak tehak dari pangsi (fulkrum) ke daya
ialah 15cm. hitungkan momen daya, Nm yang dihasilkan.

[3 markah]

6. a Rajah 6.1 menunjukkan seorang pemain besbol sedang memegang kayu besbol
)

34
Rajah 6.1

i) Nyatakan kelas tuas yang terlibat dalam rajah 6.1.

………………………………………………………………………………………
[1 markah]

ii) Labelkan kedudukan beban dan daya dalam rajah tersebut.


[2 markah]

b Rajah 6.2 menunjukkan Rakesh dan Nizarif sedang memancing ikan di tasik.
)

Rajah 6.2

i) Berdasarkan Rajah 6.2, siapakah yang menggunakan daya yang banyak


untuk mengangkat ikan dari tasik tersebut?

………………………………………………………………………………………
[1 markah]

c) Rajah 6.3 berikut menunjukkan seorang budak lelaki menggunakan pembuka

35
botol untuk membuka penutup botol minuman.

Rajah 6.3

i) Hitungkan daya yang diperlukan oleh budak lelaki tersebut untuk membuka
penutup botol itu jika beban yang dikenakan oleh penutup botol ialah 15N.

Beban X Jarak beban dari fulkrum = Daya X Jarak daya dari fulkrum

[2 markah]

7. a Gariskan jawapan yang betul dalam kurungan yang disediakan.


)
Tekanan ditakrifkan sebagai daya per unit ( isipadu, luas permukaan, jisim)

[1 markah]

b Sebuah bongkah kayu mempunyai ukuran 0.08m x 0.10 m x 0.15 m. Bongkah


)
kayu tersebut diletakkan di atas permukaan yang mengufuk. Jisim bongkah kayu
tersebut ialah 0.6kg, berapah tekanan minimum yang dikenakan ke atas
permukaan tersebut?

[2 markah]

c) Rajah 7.1 berikut menunjukkan dua jenis kasut Y dan Z.

36
Rajah 7.1

Awadi ingin membeli sepasang kasut bola untuk perlawanan bola sepak
persahabatan. Cadangkan kasut yang paling sesuai dipakai oleh Awadi semasa
perlawanan tersebut. Terangkan jawapan anda.
…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[3 markah]

8. Rajah 8.1 menunjukkan satu situasi di mana Ammar menggunakan joran untuk
memancing.

37
Rajah 8.1
a i) Berdasarkan Rajah 9.1, tandakan (/) pada petak bagi alat yang sama kelas
)
tuas dengan joran

[1 markah]

ii) Amar cuba untuk menarik ikan di dalam air. Tandakan (/) pada petak di
bawah bagi situasi di mana joran ditarik dengan daya yang paling kecil.

Gerakkan tangan kiri ke K tanpa alihkan tangan kanan


Gerakkan tangan kanan ke J tanpa alihkan tangan kiri
Gerakkan tangan kiri ke L tanpa alihkan tangan kanan
[1 markah]

iii) Berikan alasan bagi jawapan anda di (a)(ii)


……………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………..
[2 markah]

b Ammar hendak mengapit ais kiub dengan penyepit ais.


)

38
Kedudukan yang manakah menggunakan daya yang paling besar untuk
mengepit kiub ais itu? Berikan alas an bagi jawapan kamu.
…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[2 markah]

9. a Rajah 9.1 menunjukkan Rohana sedang menyedut jus oren dengan


)
menggunakan penyedut minuman semasa makan tengah hari. Dia mengalami
kesukaran menyedut minuman tersebut.

Rajah 9.1
i) Mengapakah dia gagal menyedut jus oren tersebut?

…………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………….
[1 markah]

ii) Cadangkan satu cara untuk mengatasi masalah tersebut. Berikan sebab

39
bagi cadangan anda.
……………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………….
[2 markah]

b Rajah 9.2 menunjukkan sebuah sifon. Sifon digunakan untuk memindahkan


)
cecair dari paras tinggi ke paras yang rendah.

Rajah 9.2
Dengan menggunakan konsep tekanan udara, terangkan secara ringkas
bagaimana sifon tersebut berfungsi.
…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[3 markah]

c) Rajah 9.3 menunjukkan dua pelekap getah lutsinar, J dan K yang digunakan
untuk menggantung sarung tangan ketuhar.

40
Rajah 9.3
Pada pendapat anda, pelekap getah yang manakah lebih sesuai digunakan
untuk menggantung tuala mandi? Terangkan jawapan anda.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[4 markah]

10 Rajah 10.1 menunjukkan bagaimana Vijay menarik beban 30kg di atas dua
permukaan yang berbeza.

41
Rajah 10.1
a Berdasarkan Rajah 10.1, nyatakan perbezaan geseran yang dihadapi oleh Vijay
) dalam situasi A dan situasi B.
…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[1 markah]
b Apakah inferen yang boleh dibuat berdasarkan situasi A dan situasi B dalam
)
Rajah 10.1.
…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[1 markah]
c) Nyatakan satu cara bagaimana Vijay dapat mengatasi masalah dalam situasi A.
…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………
[1 markah]
d Rajah 10.2 menunjukkan seorang pekerja menyapu lantai.
)

Rajah 10.2
Lukis satu sistem tuas bagi penyapu dan labelkan kedudukan beban, daya dan
fulkrum.
[2 markah]

e Rajah 10.3 menunjukkan sebuah penebuk lubang.


)

42
Rajah 10.3
i) Apakah kelas tuas bagi penebuk lubang?

…………………………………………………………………………………….
[1 markah]
ii) Nyatakan sebab bagi jawapan anda di (e)(i)

………………………………………………………………………………………
[1 markah]
iii) Berdasarkan Rajah10.3, mengapakah lebih mudah untuk menggunakan
penebuk lubang dengan memegangnya di W berbanding di X?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
[1 markah]

iv) Berdasarkan Rajah 10.3, hitung daya apabila beban adalah 1N dan system
itu berada dalam keseimbangan. Gunakan formula berikut:

Beban x Jarak beban dari fulkrum = Daya x Jarak daya dari fulkrum

[2 markah]

43
SOALAN OBJEKTIF
BIL JAWAPAN
1. D
2. C
3. C
4. A
5. D

SOALAN STRUKTUR

BIL SKEMA JAWAPAN MARKAH


1. a) X 1
b) / 1
c) X 1
d) / 1

2. a) Pembersih vakum 1
b) Picagari 1
c) Pam sedut 1
d) sifon 1

3. a) i) Tuas kelas pertama 1


ii) Tuas kelas kedua 1
b) i) Daya terletak di antara fulkrum dan beban = tuas kelas ketiga 1
ii) Fulkrum terletak di antara daya dan beban = tuas kelas 1
pertama

4. a) Keluasan kaki itik itu lebih besar berbanding ayam. Oleh itu,
tekanan yang dihasilkan oleh itik pada permukaan tanah yang
berlumpur lebih rendah berbanding dengan ayam. 1
Oleh itu, kaki itik kurang tenggelam berbanding ayam. 1
b) Semakin besar luas suatu permukaan, semakin kurang tekanan 1
yang terhasil.
c) Pascal (Pa) 1
d) 3.5 kg = 35 N
Tekanan = 35/ 7 1
= 5 Pa 1

44
5. a) i) John boleh memendekkan jarak dirinya dengan fulkrum atau 1
pangsi jongkang jongket itu dengan cara bergerak 1
menghampiri Ben
ii) 400 x d = 200 x 3 1
d = 2.25m 1
b) i) Tuas kelas pertama 1
ii) Jarak tegak dari pangsi ke daya = 0.15m
Momen daya = 15 x 0.15 1
= 2.25 Nm 1

6. a) i) Tuas kelas ketiga 1


ii) R = Beban 1
S = Daya 1
b) i) Nizarif 1
c) 15 N x 30mm = y x 120mm 1
y = 15N x 30mm
120mm
y = 3.75mm 1

7. a) Luas permukaan 1
b) Tekanan = Daya
Luas permukaan
= 0.6kg x 10N 1
0.10 m x 0.15 m
= 400Nm-2 1
c) Kasut Z. 1
Hal ini kerana tapak kasut berpaku mempunyai luas permukaan 1
bersentuhan yang kecil pada permukaan padang. Maka, tekanan 1
yang tinggi dihasilkan pada kasut dan ini memberi cengkaman yang
lebih pada tanah.

8. a) i) 1

45
ii) Gerakkan tangan kiri ke L tanpa alihkan tangan kanan 1
iii) Joran adalah tuas kelas ketiga 1
Gerakan kecil digunakan untuk menghasilkan Gerakan yang 1
besar
b) Kedudukan C 1
Hal ini keranan kedudukan beban (kiub ais) lebih jauh dari daya 1
(tangan) dan fulcrum (hujung penyepit ais)

9. a) i) Tekanan udara dalam penyedut minuman adalah sama 1


dengan tekanan atmosfera di luar.
ii) Menutup lubang tersebut dengan pita selofan atau jari. 1
Dengan cara ini, tekanan atmosfera yang tinggi di luar 1
penyedut minuman akan menolak jus oren masuk ke dalam
penyedut minuman tersebut.
b) Hujung tiub getah B diletakkan lebih rendah daripada hujung tiub
getah A untuk membolehkan air mengalir. Apabila air mengalir 1
keluardari tiub getah ke dalam bekas B, tekanan udara yang rendah
terhasil di dalam tiub getah. Tekanan atmosfera yang lebih tinggi 1
akan menolak air di dalam bekas A masuk ke dalam tiub getah dan
mengalir ke bekas B secara berterusan. 1
c) Pelekap getah K 1
Apabila pelekap getah yang besar digunakan, luas permukaannya
akan bertambah. Tekanan udara yang lebih tinggi dikenakan pada 1
permukaan tersebut. Hal ini menyebabkan pelekap getah melekat 1
dengan kuat pada dinding. 1

10. a) Geseran pada lantai Jubin lebih rendah berbanding geseran pada 1
permukaan yang kasar
b) Geseran pada lantai Jubin adalah rendah kerana permukaan yang 1
licin mempunyai geseran yang rendah dengan beban
c) Beban tersebut diletakkan di atas srtuktur beroda 1
d)
1
1

46
e) i) Tuas kelas kedua 1
ii) Beban terletak di antara fulkrum dan daya 1
iii) Pada W, jarak daya lebih jauh daripada fulcrum, maka daya 1
yang kecil diperlukan.
iv) 1N x 1cm = daya x 5cm
Daya = 1/5 1
W = 0.2N 1

Disediakan oleh :
NORIZAM BINTI ABDULLAH
SMK Pengkalan Hulu

47

You might also like