Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KARANGAN RANGSANGAN – KITAR SEMULA

Kerajaan telah melancarkan program kitar semula sebagai salah satu usaha untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Udara kita semakin tercemar disebabkan oleh
perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Mereka membuang sampah merata-rata
tempat tanpa rasa bersalah. Mereka masih tidak menyedari kepentingan kitar semula. (41
pp)
Banyak barangan yang boleh dikitar semula. Antaranya ialah botol kaca dan botol
plastik. Botol-botol ini boleh dikitar semula menjadi barangan baharu seperti bekas pensel
atau bekas bunga. Selain itu, kertas surat khabar dan kotak boleh diproses semula menjadi
kertas dan kotak baharu. Dengan cara ini, sampah yang kita buang dapat dikurangkan. (51
pp)
Seterusnya, kepentingan kitar semula dapat menjana pendapatan kita.
- Menjual barangan terpakai di pusat kitar semula
- Walaupun wang yang diperoleh tidaklah lumayan namun boleh disimpan untuk masa
depan bak kata pepatah sedikit-sedikit lama menjadi bukit.
- Jelaslah di sini bahawa barangan terpakai boleh dijual untuk mendapatkan wang
sampingan
- program kitar semula yang diadakan di sekolah dapat mewujudkan suasana dan
keadaan sekolah yang kondusif
- kawasan sekolah bebas daripada sampah sarap
- dapat menghirup udara segar
- mampu menyihatkan tubuh badan persisi kata mutiara badan sihat otak cergas
- konklusinya, program kita semula di sekolah mampu mewujudkan kawasan sekolah
yang kondusif
Kesimpulannya, program kitar semula sewajarnya dipraktikkan oleh semua pihak.
Dengan mengamalkan amalan kitar semula, pencemaran alam sekitar akan dapat
dikurangkan dan rakyat hidup sihat.

You might also like