Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Harun al-rasyid

Harun Ar-Rasyid merupakan salah seorang negarawan yang terulung di dunia. Beliau adalah khalifah kelima kerajaan Abbassiyah yang juga merupakan kemuncak kegemilangan pemerintahan Abbasiyah. Zaman pemerintahan Abbasiyah juga dikatakan sebagai zaman yang paling gemilang dalam sejarah Islam dunia atau zaman keemasan Islam. Pada zaman inilah bermulanya era pembangunan dan perkembangan ilmu pengetahuan di Kota Baghdad. beliau telah berjaya menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu pengetahuan dunia. Usaha yang dilakukan oleh beliau untuk membangunkan Kota Baghdad sebegitu maju dan membangun tidak mampu ditandingi oleh khalifah-khalifah pada pemerintahan yang lain dalam semua termasuklah dari segi kemajuan, pembangunan, ilmu pengetahuan, kemakmuran dan lain-lain lagi. Nama penuh Harun ar-Rasyid ialah Harun ar-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi. Beliau dilahirkan di Ar-Rayy pada bulan Zulhijjah tahun 145 H bersamaan 756 M. Beliau telah menggantikan saudaranya iaitu al-Hadi sebagai khalifah Baghdad yang kelima dalam pemerintahan Abbasiyah. Beliau merupakan anak yang ketiga dalam keluarga. Sejak dari awal lagi, beliau dikenali sebagai seorang yang pintar dan sukakan ilmu pengetahuan. Tidak hairanlah jika beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta banyak pengalaman sama ada dalam bidang politik, ketenteraan mahupun dalam bidang pentadbiran awam. Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling besar dalam dunia penyebaran ilmu pengetahuan di Kota Baghdad.. Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Seseorang khalifah sememangnya seorang yang bijak dan berpengetahuan. Dalam mentadbir sesebuah negara, beliau harus tahu bagaimana caranya untuk mentadbir sebuah negara agar dapat menjadi sebuah negara yang aman dan makmur. Disamping itu juga, seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik mahupun sosial. Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri seorang khalifah. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun. Keberanian seseorang khalifah juga amat penting untuk mentadbir sebuah negara agar menjadi sebuah negara yang aman. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, seorang khalifah tidak akan mampu membawa tentera-tenteranya dalam memerangi musuh untuk mendapatkan keamanan dan kemakmuran. Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara. Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah berjaya dalam peperaangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya. Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan

intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya. Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun ar-Rasyid. Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagangpedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. Disebabkan usaha inilah, ramai pedagangpedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja pedagang-pedagang asing yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka. Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. Hubungan yang baik dengan Kristian- Peranchis adalah kerana mereka sama-sama mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah. Keduadua buah kerajaan ini sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri dan Charlemange. Malah, kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri. Manakala keluarga al- Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka memegang banyak jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah. Disebabkan itu, hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga al-Barmaki. Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan. Sebagai kesimpulannya, Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan seorang khalifah yang begitu gigih berusaha untuk keamanan dan kemakmuran Kota Baghdad. Beliau telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan dan yang paling disebut-sebut ialah sebagai Zaman Keemasan Islam. Jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbilang ini, terutama dalam bidang ilmu pengetahuan serta perubahan-perubahan yang telah dilakukan menggambarkan bahawa beliau seorang khalifah yang amat prihatin dengan keamanan Negara yang tiada tolok bandingnya. Beliau juga disifatkan sebagai seorang pemerintah yang paling berwibawa dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pentadbiran. Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling bermakna kerana ianya merupakan kombinasi perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.

Isi kandungan Isi kandungan TOC o " 1-3" h z u Penghargaan PAGEREF _Toc237755354 h 3Pendahuluan PAGEREF _Toc237755355 h 4FAKTORFAKTOR TERDIRINYA KERAJAAN BANI ABBASIYAH PAGEREF _Toc237755356 h 9Sumbangan kerajaan bani abbassiyah kepada tamadun islam PAGEREF _Toc237755357 h 11kesimpulan PAGEREF _Toc237755359 h 16 Penghargaan Assalammualaikum Terlebih dahulu bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaan nya dapat juga kumpulan kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Terima kasih kepada ustad paiz kerana banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kumpulan kami . kami juga berasa amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat menyiapkan kerjan tepat pada masanya. Kami juga berterima kasih kepada ahli kumpulan kerana banyak member pandangan dalam proses menyiakan kerja ini. Saya juga ingin berterima kasih dengan kepada kawan sekuliah yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan.. kepada keluarga juga yang banyak memberi semangat terutama kepada ibu dan bapa. Pendahuluan Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab: al-Abbasidin) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad. Keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Saidina Abbas bin Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraish yang berlainan daripada keturunan nabi. Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik sebagai khalifah. KERAJAAN BANI ABBASIYAH (132-656H / 750-1258M) KEARAH PEMBENTUKKAN KERAJAAN BANI ABBSIYAH Cita-cita untuk menubuhkan kerajaan Bani Abbasiyah bukanlah satu perkara baru, kerana cita-cita dan fikiran untuk mengekalkan kekhalifahan Islam ditangan keturunan Bani Hasyim sudah bermula sejak Nabi mulai gering lagi, yang mana Abbas bin Abdul Mutalib telah memerintahkan kepada Sayyidina Ali bertanyakan kepada Nabi tentang siapa bakal khalifah Islam selepas Rasulullah.s.a.w. Tetapi Sayyidina Ali enggan melakukannya sehinggalah Rasulullah.s.a.w wafat. Sebab itu Nabi Muhammad s.a.w wafat tanpa sebarang wasiat mengenai bakal penggantinya. Orang ramai membuat pemilihan khalifah secara demokrasi iaitu membuat pilihan ramai. Dan akhirnya terpilih Sayyidina Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama kemudian Sayyidina Omar Kemudian Sayyidina Osman dan Sayyidina Ali. Setelah Muawiyah berjaya merampas kuasa jawatan khalifah daripada Sayyidina Ali, maka telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan orang-orang Syiah lalu mereka melantik Hassan bin Ali menjadi khalifah (Kufah). Pada tahun 41 Hijrah Sayyidina Hassan telah meletak jawatan dan menyerahkannya kepada Muawiyah dan akibatnya tertubuhlah Kerajaan Bani Umaiyah yang telah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian. GERAKKAN BANI ABBASIYAH Ada dua cara gerakkan Bani Abbasiyah 1-Gerakkan secara sulit a-Tertubuh pada awal kurun kedua Hijrah (98H) pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abd.Aziz. b-Pengasasnya ialah Ali bin Abdullah yang kemudiannya digantikan oleh anaknya Muhammad bin Ali. c-Gerakkan ini berselindung dibawah nama Bani Hasyim (Alawiyeen dan Ahlil Bait). Pada masa ini mereka tidak melahirkan nama Abbasiyah dengan tujuan untuk menarik sokongan Syiah dan mengelakkan berlakunya perpecahan. d-Setelah Pemimpin pemberontakkan Syiah Hasyim bin Muhammad menyerahkan kuasanya kepada Ali bin Abdullah pada tahun 98 Hijrah maka Humaimah telah dijadikan sebagai pusat gerakkan dan cawangannya ialah Kufah dan Khurasan. Di Kufah masih terdapat fikiran untuk mengembalikan hak khalifah kepada keturunan Rasulullah / Bani Hayhim. Dan Khurasan letaknya jauh dari Damsyik (Pusat pemerintahan Kerajaan Umaiyah, dan lebih mudah mendapat pengaruh kerana penduduknya pernah menerima layanan buruk dari Kerajaan Umaiyah. e-Gerakkan pemberontakkan ini lebih giat dan aktif di zaman pemerintahan Khalifah Omar bin Abd.Aziz kerana sikap Khalifah yang sangat berlemah lembut. f- Setelah Ali bin Abdullah meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya Muhammad bin Ali pada tahun 117 Hijrah. Kemudian diganti oleh Ibrahim bin Muhammad pada tahun125 Hijrah. 2-Gerakkan secara terbuka a-Pada tahun 747M / 129H Ibrahim bin Muhammad menaikkan bendera hitam di Khurasan sebagai cabaran kepada kerajaan Bani Umaiyah (pada ketika itu menggunakan bendera putih). b-Abu Muslim al Khurasani, pemimpin utama dalam rangka mendirikan Kerajaan Bani Abbasiyah: i. telah berjaya menakluki Meru (ibu kota Khurasan). Pada ketika itu Nassar bin Saiyar (gabenor Umaiyah di Khurasan)

meminta bantuan Khalifah Marwan tetapi gagal mendapat apa-apa bantuan dan beliau meninggal tidak lama kemudian. ii. Beliau berjaya menakluki Kufah pada tahun 749M / 131H. c-Ibrahim bin Muhammad terbunuh dalam peperangan lalu digantikan oleh saudaranya Abdullah bin Muhammad (Abu al Abbas al Saffah). d-Abu al Abbas mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah Kerajaan Bani Abbasiyah pada tahun 750M / 132H. e-Khalifah Marwan tidak putus asa, lalu bergerak dengan 12,000 tentera dari Harrah, manakala tentera Abbasiyah dipimpin oleh Abdullah bin Ali (bapa saudara al Abbas). Kedua-dua tentera ini bertemu ditebing kiri sungai Zab pada tahun 750M. Tentera Marwan mengalami kekalahan dan Khalifah Marwan lari ke Mesir. f-Pada 25 April 750M Damsyik berjaya ditawan oleh tentera Bani Abbasiyah. g-Khalifah Marwan lari ke Mesir tetapi diburu oleh tentera Abbasiyah dan beliau berjaya dibunuh di satu daerah bernama Bousir / Busir pada 5 Ogos 750M. Kepalanya dihantar ke Kufah FAKTOR-FAKTOR TERDIRINYA KERAJAAN BANI ABBASIYAH 1- Terdirinya Kerajaan Bani Umaiyah itu secara kekerasan, merampas kuasa hingga mengakibatkan pertumpahan darah sesama Islam (Peperangan Ali dan Muawiyah). Sebab itu golongan umat Islam yang bersikap sebagai orang tengah berasa simpati terhadap pihak yang gagal disamping mengutuk pihak yang menang. 2- Terdapatnya Khalifah-khalifah dalam Kerajaan Bani Umaiyah yang tidak berminat dalam politik. Contohnya Yazid bin Muawiyah lebih mementingkan diri dari soal negara. Ia hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya. 3- Penghinaan yang keterlaluan Bani Umaiyah ke atas Syiah Ali adalah satu daripada sebab yang membangkitkan kebencian orang-orang Islam terhadap mereka. Antaranya pembunuhan Sayyidina Hussain bin Ali di Karbala dan cacian terhadap keturunan Ali di atas mimbar dalam khutbah Jumaat. 4- Keburukkan yang terbit dari cara perlantikan Khalifah Bani Umaiyah iaitu menentukan bakal khalifah dimana terdapat dua orang putera mahkota dalam satu masa. Ini telah membangkitkan pergaduhan sesama sendiri dalam keluarga Bani Umaiyah kerana khalifah yang dilantik kemudiannya cuba menyingkirkan bakal khalifah yang sudah terlantik dan menggantikan anaknya atau orang pilihannya sendiri. Dalam suasana inilah pihak Bani Hasyim melancarkan gerakkan mereka merebut pemerintahan. 5- Kezaliman setengah daripada khalifah-khalifah Bani Umaiyah yang bukan sahaja terhadap Syiah Ali tetapi juga terhadap orang-orang yang pernah berjasa besar terhadap kerajaan. Muhammad bin al Qasim dan Qutaibah bin Muslim adalah dua orang panglima perang yang berjasa dalam bidang pertahanan dan penaklukkan tetapi telah dibunuh oleh Khalifah Sulaiman bin Abd.Malik kerana kesalahan yang sedikit. Hajaj bin Yusof dipenjarakan dan harta bendanya dirampas. Begitu juga Musa bin Nusair yang mati dalam penjara. Hal yang demikian menyebabkan rakyat memberi sokongan kepada sebarang gerakkan untuk menggulingkan Kerajaan Bani Umaiyah. Sumbangan kerajaan bani abbassiyah kepada tamadun islam Zaman kegemilangan kerajaan ini adalah pada abad kesembilan masihi, semasa pemerintahan kalifah Harun Al-Rasyid dan puteranya al-makmun. Pada masa itu kota baghdad telah memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu. Perkembangan keilmuan ini telah berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa arab. Di baghdad telah dibina baitulhikmah, iaitu sebuah institusi keilmuan yang telah diasaskan oleh khalifah Harun al-rasyid. Tetapi intitusi ini berkembang luas pada zaman pemerintahan khalifah al-makmun. Kegiatan utamanya ialah penterjemahan karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa yunani. Oleh itu jelas kepada kita bahawa usaha mempelajari bahasa asing perlu untuk membolehkan kita menambah seberapa banyak maklumat daripada tamadun berkenaan untuk membina kekuatan tamadun kita sendiri. Kegiatan penulisan pula dilakukan mengikut tiga tahap, iaitu yang pertama mencatat segala idea atau percakapan; yang kedua, mengumpul segala idea yang serupa atau mengumpulkan hadis nabi Muhammad s.a.w. kedalam sebuah buku; dan yang ketiga mengarang. Usaha terakhir ini lebih telitikerana segala yang dicatatkan itu diatur ke dalam bahagian dan bab tertentu, serta berbeza antara satu sama lain. Sumbangan dan Memerintahkan al-qadhi abu yusuf supaya menulis kitab tentang percukaian hingga terhasilnya kitab al-kharaj dan Mewujudkan jawatan qahdi al-qudha ( ketua hakim ) dan Menubuhkan baitul hikmah ( pusat perkembangan ilmu pengetahuan ) dan Menjadikan baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan dan Membina banyak prasarana seperti rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian . Sumbangan Pembelajaran semasa zaman Abbasiyyah Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya menandakan bermulanya perkembangan ilmu pengetahuan. Istana Abbasiyyah. Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat Kristian Eropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal di Eropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu geografi, matematik, dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti Al-Biruni dan sebagainya. Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya. Sarjanasarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung dengan kajian yang mereka lakukan. Avicenna telah mengenal pasti sifat berjangkit pada penyakit batuk kering, menggambarkan pleurisy, dan pelbagai jenis penyakit saraf yang lain. Beliau turut menjelaskan bahawa penyakit boleh tersebar dengan pencemaran air dan tanah. Kitab perubatannya yang paling utama 'Canon' telah diterima pakai di Europah sebagai buku teks rasmi sehingga abad ke tujuh belas. Rhazes (865-925)

merupakan pakar perubatan klinikal pada zaman medieval. Pencapaiannya yang utama adalah jumpaan mengenai perbezaan antara measles dan smallpox. Pakar sains Islam yang lain telah mengetahui mengenai kebaikan penyucian (cauterization), dan agen jangkitan (styptic), mengenal pasti barah perut, memberikan penawar racun, dan mencapai kemajuan cemerlang dalam merawat penyakit mata. Selain itu mereka mengenal pasti ciri-ciri jangkitan wabak bubonic, dengan menyatakan bahawa ia boleh disebarkan melalui pakaian. Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentakbiran hospital dan pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar utama Persia, Syria, dan Mesir, yang diatur sebagaimana hosital moden. Setiap hospital mempunyai wad menurut jenis penyakit, dispensari, dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka, memberikan lesen untuk berkhidmat. Malah pemilik lintah, dalam kebanyakan kes juga juga merupakan tukang gunting rambut, terpaksa menyerahkannya bagi pemeriksaan menurut tempoh masa berkala. Pencapaian bidang saintifik Islam yang lain adalah dalam bidang optik, kimia, dan methematik. Pakar sains Islam mengasaskan bidang optik dan menyatakan beberapa kesimpulan penting berkenaan teori kanta pembesar, kepantasan, pengaliran, dan biasan cahaya. Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi, rekaan Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama, dengan itu logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya perkakasan yang betul (batu falsafah) dapat dijumpai. Hasil ujian pakar kimia Islam, sesetengahnya menolak teori penukaran logam sepenuhnya. Selain itu,mereka turut menjumpai pelbagai jenis unsur dan sebatian baru, antara lain soda karbonat, tawas, borax, silver nitrat (larutan ion perak), saltpeter, nitrik dan asid sulfrik. Selain itu,ahli sains Islam merupakan yang pertama menggambarkan proses kimia penyulingan, penapisan dan sublimation. Dalam bidang methmetik, pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar mathematik Islam telah berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dengan asas geometri Yunani kepada rujukan pergerakan bintang-bintang, pakar methematik Islam mencapai kemajuan pesat dalam trigometri sphere. Dengan itu mereka menyatukan dan memajukan kesemua bidang pengatahuan methematik. Dalam bidang astrologi, kajian teliti dilakukan mengenai perubahan kedudukan bintang, malah terdapat dari mereka yang menimbangkan kemungkinan bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Tetapi teori ini ditinggalkan kerana ia tidak selaras dengan pemikiran silam masa itu seperti orbit planet yang berbentuk bulat. Dalam bidang perdagangan, perkembangan perdagangan tidak mungkin wujud tanpa perkembang perindustrian. Hampir setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus, Mosul di Syria merupakn pusat kapas, dan kain; Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera; Morocco dalam penghasilan barangan kulit; Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik.Selain itu terdapat pelbagai bandar lain yang turut menghasilkan dadah, minyak wangi, karpet, tapestries, brocades, satin, barangan logam, kertas dan lain-lain. Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah abad ke dua belas, apabila negara barat maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru, penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic, tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup, dan musk. Dalam bidang sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali, soda, dan almanac. Kesimpulan Secara keseluruhannya, setiap sumbangan mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebut menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Ada sumbangan dikaitkan dengan politik, ada sumbangan dikaitkan dengan ekonomi dan ada sumbangan yang dikaitkan dengan social. Satu hal yang penting ialah memperkatakan sumbangan dalam sesebuah kerajaan, kita tidak lari daripada membicarakan tentang kearah pembentukan kerajaan bani abbassiah. Ini merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana kerajaan didunia ini. Rujukan http://www.princeton.edu/~batke/itl/denise/abbasids.htmy http://www.deremilitari.org/RESOURCES/sources/baghdad.htmy http//www.wikipedia.kerajaan.bani.abbasiah.y

You might also like