Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2022

HARI : JUMAAT
TARIKH : 09 DISEMBER 2022
MASA : 8.30 PAGI – 12.20 TGH HARI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH
KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2022

SJK(T) NILAI, NEGERI SEMBILAN.

1.0 PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959,
setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak
Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai “ Satu Hari  Bagi
Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak ”. Malaysia adalah
salah satu negara di antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak-kanak
Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak
peringkat sekolah dijalankan bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak
supaya mereka rasa dihargai. Justeru, Unit Hal Ehwal Murid SJK(T) Nilai akan
menganjurkan satu Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah bagi
meraikan murid-muridnya.

2.0 RASIONAL

Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan


kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab
untuk menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak kanak-kanak
sentiasa dipelihara.

3.0 OBJEKTIF

3.1      Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia melalui


hiburan.
3.2      Melahirkan murid yang kritis dan kreatif.
3.3      Mencungkil bakat dan keyakinan murid melalui aktiviti dan pertandingan.
3.4      Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.5      Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
4.0 MATLAMAT

4.1 Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjadi seorang


kanak-kanak yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
4.2 Memberikan kesedaran dan kefahaman tentang tanggungjawab seorang kanak-
kanak.

5.0 SASARAN DAN PENGLIBATAN

5.1 Murid-murid Prasekolah SJK(T) Nilai


5.2 Murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Enam SJK(T) Nilai
5.3 Semua Guru dan Kakitangan SJK(T) Nilai

6.0 KETETAPAN

Tarikh : 09 Disember 2022


Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan Sekolah

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Tajaan
7.2 Sumbangan Ikhlas

8.0 ANJURAN

8.1 Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SJK(T) Nilai


9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Pengerusi : Pn. Letchumy a/p Kunjiraman


(Guru Besar SJKT Nilai)

Naib Pengerusi : Pn. Vijia Kumari a/p Thanja Goundan


(GPK Hal Ehwal Murid)

: Pn. Puspah a/p Kandasamy


(GPK Pentadbiran)

Pn. Mohana a/p Machap


(GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Pn. Elizabeth a/p Soosai

Setiausaha : Pn. Yuvaneswary a/p Thambiraja

Bendahari : Pn. Shamini a/p Purushothaman

AJK : Semua Guru dan Kakitangan SJK(T) Nilai


10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Lampiran disertakan

11.0 JADUAL PELAKSANAAN

7.30 pagi : Guru kelas mengambil kehadiran


7.45 pagi : Murid berkumpul di tapak perhimpunan
8.00 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis
: Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah
: Bacaan Thevaram
: Aktiviti Permainan
9.30 pagi : REHAT – JAMUAN MAKAN MURID & GURU
10.30 pagi : Murid-murid berkumpul di dewan sekolah
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Tetamu Jemputan
: Persembahan Murid
: Penyampaian Goodies Bag
: Sesi Bergambar

12.20 tgh. : Bersurai


12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH


SEUNIT (RM)
1 Makanan RM 5.00 590 2 950.00
(Nasi Ayam – Murid)
2 Makanan RM 6.00 50 300.00
(Nasi Ayam – Guru)
3 Kek Muffin RM 1.80 590 1 062.00
4 Air Minuman Kotak RM 20.00 24 480.00
(24 x 250ml Soya)
5 Clown Service RM 850 - 850.00
JUMLAH 5642.00

13.0 PENUTUP

Diharapkan Sambutan Hari Kanak-kanak ini dapat melahirkan murid-murid yang sedar
tentang kasih-sayang dan penghargaan guru-guru terhadap mereka. Di samping itu juga
diharapkan murid-murid sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang kanak-kanak
dan murid apabila mereka berada di rumah atau di sekolah. Semoga mereka sedar dengan
perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka yang sentiasa dipelihara di
sekolah ini akan menjadikan mereka seorang individu yang berguna kepada agama, bangsa
dan negara.
Disediakan oleh,

……………………………………….……
(YUVANESWARY A/P THAMBIRAJA)
Setiausaha Hari Kanak-Kanak
SJK(T) Nilai

Disemak oleh,

……………………………………….………….
(VIJIA KUMARI A/P THANJA GOUNDAN)
GPK Hal Ehwal Murid (HEM)
SJK(T) Nilai

Disahkan oleh,

………………………………………..
(LETCHUMY A/P KUNJIRAMAN)
Guru Besar
SJK(T) Nilai

You might also like