Format Kuiz Pengakap 2019 - Draft 5

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Pertandingan Kuiz Pengakap 2019

Peringkat Negeri W. P. Labuan

1. Objektif

I. Untuk meningkatkan minat dan penguasaan Skim Latihan Pengakap dalam kalangan
ahli pengakap Sekolah Rendah dan Menengah.

II. Menggalakkan ahli-ahli pengakap untuk membaca bahan-bahan bacaan umum.

III. Untuk mengeratkan hubungan di antara pengakap Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah.

IV. Menyahut seruan “Memartabatkan ilmu Kepengakapan” di peringkat Negeri WP


Labuan

2. Kelayakan/Syarat-syarat

I. Terbuka kepada pengakap sekolah rendah (UPKK) dan Sekolah Menengah (UPM/R).

II. Sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan Kuiz Pengakap hendaklah
berdaftar dengan PPMWPL.

III. Hanya ahli pengakap yang berdaftar dengan PPMWPL adalah layak menyertai
pertandingan ini.

3. Jumlah Peserta

I. Setiap sekolah diwajibkan untuk menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 3
orang peserta tetap dan 1 orang peserta simpanan. Pasukan hendaklah terdiri
daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

II. Peserta adalah terdiri daripada murid Tahun 5 hingga Tahun 6 bagi kategori Pengakap
Kanak-Kanak dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi kategori Pengakap
Muda/Remaja
4. Carta Pertandingan / Sesi undi

I. Pihak penganjur akan mengadakan sesi undi untuk menentukan carta pertandingan
bagi setiap pasukan. Pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan carta
pertandingan adalah berbentuk “Bracket” atau “kalah-mati” dalam proses
penyingkiran. Contoh adalah seperti berikut:

a. Sekiranya penyertaan untuk setiap kategori yang diperolehi adalah ganjil,


maka carta pertandingan ialah seperti di bawah :

Gambar 1 : Carta penyingkiran kumpulan berangka ganjil

b. Sekiranya penyertaan untuk setiap kategori yang diperolehi adalah genap,


maka carta pertandingan ialah seperti di bawah :

Gambar 2 : Carta penyingkiran kumpulan berangka genap

I. Sesi undi akan diadakan 2 minggu sebelum pertandingan dijalankan dan proses
mencabut undi akan dibuat oleh pihak penganjur. Pemimpin kumpulan adalah
dijemput untuk turut serta dalam sesi tersebut. Lokasi mengundi akan diumumkan
kemudian.

II. Carta pertandingan akan dihebahkan kepada sekolah-sekolah yang mengambil


bahagian dalam pertandingan ini.
5. Format Pertandingan

I. Setiap kumpulan hendaklah melaporkan diri kepada pihak penganjur sejam sebelum
giliran mereka untuk bertanding.

II. Pihak penganjur memberi tempoh masa 5 minit waktu menunggu dan sekiranya
kumpulan tersebut tidak dapat melaporkan diri dalam tempoh tersebut, kumpulan
tersebut akan kalah tanpa bertanding.

III. Pertandingan ini akan dijalankan dalam 3 pusingan iaitu 2 pusingan untuk soalan
aneka pilihan dan 1 pusingan untuk soalan subjektif.

IV. Setiap pusingan akan melibatkan kesemua peserta.

V. Setiap sesi pertandingan akan melibatkan 2 buah sekolah di dalam satu bilik kelas yang
sama.

VI. Soalan akan dikemukakan secara lisan oleh Juruacara pertandingan. Peserta juga
dikehendaki menjawab soalan tersebut secara lisan.

VII. Soalan yang dikemukakan akan dipaparkan pada skrin.

VIII. Pertandingan ini dijalankan dalam dua peringkat iaitu peringkat saringan dan
peringkat akhir. Dua pasukan yang mendapat markah tertinggi di peringkat saringan
akan bertanding di peringkat akhir untuk menentukan Johan Pertandingan Kuiz
Pengakap. Sila rujuk Fasal 4 untuk carta pertandingan.

6. Format Soalan

I. Soalan-soalan kuiz pertandingan PKK dan PM/R akan dibuat oleh panel yang dilantik
oleh Pengerusi Pertandingan Kuiz Pengakap 2019.

II. Corak soalan adalah berbentuk soalan aneka pilihan (objektif) dan soalan subjektif.

III. Skop soalan meliputi:

a. Skim Latihan Pengakap / Ilmu Kepengakapan

b. Hal ehwal semasaSoalan-soalan untuk PKK dan PM/R akan diadakan oleh satu
panel yang dilantik oleh Pengerusi Pertandingan Kuiz

IV. Jumlah soalan yang diperlukan bagi satu sesi pertandingan adalah seperti berikut :

a. Dalam 1 sesi pertandingan yang melibatkan 2 buah sekolah, ada 3 pusingan yang
merangkumi sejumlah 2 pusingan soalan objektif dan 1 pusingan soalan subjektif.
b. Sebagai contoh, dalam pusingan pertama, sejumlah 6 soalan objektif akan
dikemukan kepada para peserta. Ianya akan berterusan sehingga pusingan kedua.

c. Untuk pusingan ketiga, 6 soalan subjektif akan dikemukakan kepada para peserta.

7. Tempoh Menjawab

I. Setiap meja peserta akan diberikan “Buzzer”, bertujuan untuk ditekan sebelum
menjawab soalan.

II. Cara menjawab soalan objektif dan subjektif adalah seperti berikut :

a. Pada peringat saringan, para peserta nombor satu untuk setiap kumpulan akan
diberikan satu soalan dan sesiapa yang menekan “Buzzer” dahulu akan dibenarkan
menjawab. Peserta diberikan tempoh masa 10 saat untuk menjawab soalan
tersebut.

b. Sekiranya peserta tersebut tidak dapat menjawab soalan dengan betul, soalan
tersebut akan dibuka kepada peserta nombor dua dan tiga daripada setiap
kumpulan. Peserta yang terlebih dahulu tekan “Buzzer” akan dibenarkan jawab
dan diberikan tempoh masa 5 saat untuk menjawab soalan.

c. Cara menjawab soalan adalah sama untuk peserta kedua dan ketiga untuk setiap
kumpulan.

III. Loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda waktu untuk menjawab bermula.

IV. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila tempoh untuk menjawab telah tamat.

V. Setiap peserta hanya boleh menjawab sekali. Peserta tidak boleh menukar jawapan.

8. Cara Pengadilan

Penentuan Pemenang Pasukan Kuiz Peringkat Saringan

I. Setiap jawapan yang tepat dan dijawab dalam tempoh 10 saat akan diberikan 2
markah.

II. Bagi peserta bantuan dalam pasukan yang memberikan jawapan yang tepat, akan
diberikan 1 markah.

III. Markah-markah yang diperolehi oleh setiap pasukan yang mengambil bahagian akan
dikumpulkan.
IV. Dua pasukan yang mendapat jumlah markah terkumpul tertinggi akan melayakkan
mereka untuk memasuki peringkat akhir. Rujuk Fasal 4 untuk perincian mengenai
pembahagian pasukan.

V. Sekiranya jumlah markah masih sama, pasukan yang dapat menjawab lebih banyak
soalan subjektif dengan tepat akan dikira sebagai pemenang.

VI. Sekiranya jumlah markah masih sama, pasukan yang paling kurang menggunakan
khidmat pembantu semasa menjawab soalan objektif akan dipilih sebagai pemenang.

VII. Seandainya masih ada persamaan, pasukan yang lebih awal dapat menjawab soalan
dengan tepat akan dipilih sebagai pemenang.

VIII. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

9. Format Pertandingan Separuh Akhir & Akhir

I. Pertandingan Separuh Akhir & Akhir akan dijalankan mengikut format "Siapa Cepat,
Dia Jawab".

II. Setiap pasukan akan diberi “Buzzer” untuk menjawab soalan. Peserta terpantas
menekan “Buzzer” akan diberikan kebenaran untuk menjawab soalan dalam tempoh
5 saat. Sekiranya jawapan yang diberikan betul, pasukan tersebut akan mendapat 2
markah. Sekiranya jawapan yang diberikan salah, tiada pembantu dibenarkan dan 2
markah ditolak daripada markah pasukan tersebut.

III. Corak soalan adalah berbentuk sama ada soalan aneka pilihan (objektif) sahaja atau
soalan aneka pilihan (objektif) dan subjektif.

IV. Skop soalan meliputi :

a. Skim Latihan Pengakap / Ilmu Kepengakapan

b. Hal ehwal semasa

V. Sekiranya kedua-dua pasukan tersebut mendapat markah yang sama setelah tamat
pertandingan, soalan tambahan akan dikemukakan kepada pasukan-pasukan yang
terlibat untuk menentukan Johan Pertandingan.

10. Pakaian
Setiap peserta hendaklah berpakaian seragam pengakap yang lengkap.
11. Peralatan
Peserta tidak dibenarkan membawa apa-apa bahan rujukan semasa pertandingan.

12. Hadiah
Hadiah Pertandingan Kuiz Pengakap 2019 akan diberikan kepada :
a. Johan
b. Naib Johan

13. Tarikh Pertandingan


6 Julai 2019 (Sabtu)

14. Tempat Pertandingan


SK Pekan 1

15. Masa Pertandingan


Jam 1.00 petang sehingga 5.00 petang

16. Yuran Penyertaan dan Tarikh Tutup Penyertaan


Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 30.00 untuk setiap pasukan. Borang penyertaan
dan yuran hendaklah dihantar kepada Pihak penganjur pertandingan Kuiz Pengakap pada
atau sebelum 14 Jun 2019.

Sila hantar borang dan yuran penyertaan kepada Pengerusi atau Setiausaha Program:

Hasanuddin Beddu (Pengerusi Program)


Whatsapp – 0198315866
Email – hasanbeddu@yahoo.com

Nurfatihah Ismar (Setiausaha Program)


Whatsapp – 01125244585
Email – nurfatihah.ismar@gmail.com

You might also like