Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KURSUS

SKBL2013 SOSIOLINGUISTIK

NAMA
SHARIFAH NURUL SYAHADAH BINTI SYED AHMAD

NO MATRIKS A180384

TAJUK
DIGLOSIA

NAMA PENSYARAH
DR MOHAMAD AZLAN MIS
Diglosia
Istilah diglosia diperkenalkan oleh Ferguson (1959) iaitu istilah yang menerangkan situasi
tentang wujudnya variasi bahasa dalamsesebuah komuniti dan variasi ini memainkan fungsi yang
ditetapkan oleh penggunanya. Terdapat sesuatu bahasa atau dialek yang digunakan dalam
kehidupan seharian yang lebih berbentuk santai manakala terdapat bahasa yang berlainan
standard digunakan bagi tujuan rasmi atau formal. Hal ini menunjukkan bahawa diglossia
merupakan dua kelainan atau variasi bahasa yang digunakan, dengan satu bahasa lebih tinggi
statusnya berbanding dengan yang kedua. Bahasa yang diguna pakai bagi aktiviti harian
masyarakat dikenali sebagai bahasa rendah (L) manakala bahasa yang digunakan bagi tujuan
formal atau rasmi dipanggil sebagai bahasa tinggi (H).

Bahasa rendah merupakan bahasa yang tidak dipelajari secara formal di sekolah atau
mana-mana institusi pengajian. Penutur bahasa rendah tidak mempelajari tatabahasa atau
bagaimana hendak menulis bahasa rendah. Secara amnya, bahasa rendah digunakan sebagai
bahasa pertuturan dalam kelompok masyarakat dalam kehidupan seharian. Kebanyakan penutur
di Malaysia menggunakan bahasa rendah (L) semasa menjalankan perniagaan dan
berkomunikasi. Malaysia merupakan sebuah negara berbilangan kaum yang terdiri daripada tiga
kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun berbeza kaum, majoriti masyarakat
Malaysia menggunakan bahasa rendah (L) iaitu bahasa ibunda ataupun dialek negeri untuk
berkomunikasi.

Bahasa rendah (L) lebih fleksibel dan akan berubah-ubah mengiku peredaran masa juga
kesesuaian bahasa itu sendiri. Terdapat beberapa istilah atau perkataan dalam bahasa rendah (L)
yang dikatakan tidak releven diucapkan oleh golongan remaja kini. Hal ini dapat dibuktikan
dengan adanya penambahan perkataan slanga juga bahasa rojak dalam kalangan generasi baru.
Peningkatan penggunaan bahasa rojak atau slanga ini mungkin mampu mengganggu objektif
negara dalam memastikan masyarakat Malaysia dapat menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi.

Bahasa basahan, kreol, bahasa pijin dan dialek merupakan antara sub-sub dalam bahasa
rendah (L) yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia. Hal ini dapat dilihat golongan baba
nyonya di Malaysia. Pada awalnya, golongan baba nyonya menggunakan bahasa ibunda sebagai
alat pertuturan iaitu bahasa cina. Namun disebabkan golongan baba nyonya ini dipengaruhi oleh
budaya masyarakat Melayu dan penjajah di Tanah Melayu berlakunya percampuran bahasa tanpa
adanya penambahan suku kata. Bahasa pertuturan kelompok ini campuran bahasa Melayu dan
bahasa Hokkien tetapi strukturnya lebih kepada bahasa Hokkien.

Selain itu, bahasa yang digunakan bagi tujuan rasmi atau formal dikenali sebagai bahasa
tinggi (H). Bahasa tinggi (H) dipelajari di sekolah atau pusat pengajian dari aspek bagaimana
henda menulis dan mempelajari nahu atau tatabahasa yang telag ditetapkan. Terdapat beberapa
pengkaji bahasa menyatakan bahasa tinggi (H) merupakan bentuk bahasa yang tulen atau pun
asli. Mereka juga berpendapat bahawa bahasa tinggi (H) tidak perlu diubah dan perlu
mengekalkan bentuk bahasanya. Pembentukan kosa kata bagi bahasa tinggi (H) akan diperbaiki
jika adanya perkembangan ilmu pengetahuan moden. Hal ini dapat dilihat adanya pewujudan
istilah baru seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada penyebaran wabak
Covid-19 yang berlaku di Malaysia.

Oleh kerana struktur bahasa tinggi (H) tidak berubah-ubah, urusan-urusan formal atau
rasmi mudah dijalankan kerananya struktur tatabahasa yang stabil. difahami oleh kelompok
generasi lama yang tinggal di kawasan pedalaman. Kebanyakan pemberitahuan sama ada dalam
bentuk lisan atau infografik berkenaan isu-isu membimbangkan negara daripada pihak kerajaan,
penggunaan bahasa tinggi (H) kerap digunakan atas faktor urusan formal. Akan tetapi terdapat
juga kelemahan dalam bahasa tinggi (H) yang digunakan dalam berkongsi maklumat terutama
penggunaan istilah moden sukar difahami oleh kelompok generasi lama yang tinggal di kawasan
luar bandar.

Kesimpulannya, diglosia merupakan satu situasi di mana berlakunya pemeringkatan


bahasa yang dinaik taraf menajdi bahasa atau kelainan H atau L. Kehadiran bahasa tinggi (H)
dan bahasa rendah (L) sememangnya berkait rapat dengan perubahan zaman juga budaya
masyarakat yang berbilang kaum melalui aktiviti harian. Walau bagaimanapun, pemeringatan
umum berlaku ini dapat dilihat dari taraf luaran sahaja. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan
berlakunya pertindihan peranan antara H dan L, dan terdapat satu bahasa atau kelainan
mengambil alih fungsi atau kelain yang berbeza.
Rujukan

What is Diglossia? 2016. Langfocus Youtube Channel.

Mohamad Zaki Abdul Halim dan Melor Fauzita Md. Yusoff. 2016. Diglosia Dalam Salina: Satu
Kajian Sosiolinguistik. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara
Malaysia.

Ahmad Fuad Bin Ramdan. 2018. Keunikan dijaga: Baba Nyonya Identiti Melaka. MelakaKini,
05 Jun.

You might also like