Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

)

" ;!",I

I
UNIVERSITI KEBANGSMN MALAYSIA
The National University ofMalaysia

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER I SESI AKADEMIK 2017-2018

IJAZAH SARJANA MUD A DENGAN KEPUJIAN

DISEMBERIJANUARI 2018 MASA: 2JAMI

KODKURSUS UUUK3013

TAJUK KURSUS UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA AWAM I

ARAHAN 1. Kertas ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B. Terdapat EMP AT


(4) soalan kesemuanya.

2. Jawab SATU (1) soalan daripada Bahagian A dan SATU (1) soalan
daripada Bahagian B.

3. Jawab SATU (1) soalan dalam Bahasa Melayu dan SATU (1) soalan
dalam Bahasa Inggeris.

4. Soalan Bahagian A hendaklah dijawab dalam buku jawapan warna


HIJAU dan Bahagian B dalam buku warna BIRU.

6. Jumlah markah keseluruhan kertas ini ialah 40 markah.

7. Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar daripada Dewan


Peperiksaan.

8. Akta yang dibekalkan untuk rujukan ialah:


(a) Blackstone's International Law Documents

No. Pendaftaran: II I I I
(dengan perkataan)

Set: - - - - - - - - - - - - - - - -

Kertas soalan ini mengandungi 2 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.

~1·"·Nt·
\i;;I
MS ISO 9001 REG NO. AR 2845
UUUK3013

BAHAGIAN A

1. Jawab (a) DAN (b).

(a) Jelaskan konsep kepelbagaian dalam maksud "prinsip umum undang-undang yang
diiktiraf oleh negara-negara bertamadun" yang merupakan salah satu sumber
undang-undang antarabangsa.
(15 markah)

DAN

(b) Terangkan dua (2) kesan jika sesuatu triti tidak sah (invalid) di sisi Konvensyen
Vienna tentang Undang-undang Triti.
(5 markah)

2. Jawab (a) DAN (b).

(a) Bincangkan dan bezakan teori dualisme dan monisme.


(5 markah)

DAN

(b) Bingo ialah sebuah kapal menangkap ikan yang berdaftar di negara Kupuland.
Ketika dalam perjalanan dari perairan antarabangsa pulang ke pelabuhan
perikanan di Kupuland, Bingo terpaksa melalui Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE)
Negara Boromir. Ketika berada di sana, Bingo ditahan dan digeledah.

Sejumlah besar ikan dijumpai di dalam kapal tersebut. Kapten dan anak kapal
Bingo pun ditahan dan didakwa di Mahkamah Boromir kerana menangkap ikan
secara haram. Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas
mereka.

Boromir ialah negara anggota Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan


Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1982 (UNCLOS 1982). UNCLOS 1982 melarang
negara anggota daripada menggunakan penjara sebagai hukuman kepada
pelanggaran undang-undang perikanan negara masing-masing. Boromir tidak
mempunyai apa-apa statut yang memasukkan UNCLOS 1982 dan peruntukan-
peruntukan triti tersebut. Sebagai bekas tanah jajahan British, Boromir
menggunakan sistem perundangan common law.

Bincangkan pemakaian triti tersebut dalam Mahkamah Boromir.

(15 markah)
I

UUUK3013
BAHAGIANB

3. Bilakah tanggungjawab negara timbul dalam undang-undang antarabangsa? lelaskan


asas-asas teori tanggungjawab negara.
(20 markah)

4. Syarikat Razon Berhad (SRB) ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan di negara Britland.
SRB memiliki beberapa buah anak syarikat, termasuklah Syarikat Monus Berhad (SMB)
yang beroperasi di negara Goodland dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat
Goodland. Namun, majoriti daripada pemegang sahamnya ialah warganegara Britland.
5MB telah berjaya mendapatkan satu projek pembinaan empangan air di negara Zooland.
Oleh itu, sekumpulan tenaga pakar dan pekerja dari 5MB telah dihantar ke negara
Zooland untuk melaksanakan projek terse but.

Majoriti penduduk setempat membantah pembinaan empangan air tersebut. Akibatnya,


mereka telah bangun memberontak serta mengganggu kerja-kerja pembinaan empangan
dengan mencuri sebahagian bahan-bahan binaan seperti simen, pasir dan lain-lain. Bagi
mengatasi masalah ini, kerajaan Zooland telah menghantar lima ribu orang tentera dan
polis untuk berkawal di kawasan kejadian. Namun, terdapat segelintir tentera dan polis
yang berpihak kepada penduduk setempat dengan bertindak di luar bidang kuasa dengan
mencederakan pakar dan pekerja-pekerja 5MB. Akibatnya, kerja-kerja pembinaan
empangan terpaksa dihentikan.

Negara Goodland telah mendakwa bahawa negara Zoo land bertanggungjawab terhadap
dua insiden yang telah menimpa 5MB, iaitu kecurian bahan binaan serta kecederaan yang
dialami oleh para pakar dan pekerja 5MB. Sementara itu, negara Britland pula ingin
membuat tuntutan terhadap negara Zooland di atas kerugian yang dialami oleh 5MB,
anak syarikat SRB.

Nasihatkan pihak-pihak yang terlibat.

(20 markah)

'SELAMAT MAJU JAYA'

You might also like