Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LATIHAN PEMAHAMAN NOVEL DI SEBALIK DINARA (TINGKATAN 4)

Praktis 1

Mikrocip yang tertanam di dalam tubuh Farisha telah direka khas oleh Karl bagi membolehkan
dia menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Dengan itu, Farisha boleh melaksanakan setiap
tugasan yang di arah oleh Karl.

Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkannya kepada arahan dan
seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Mikrocip itu merupakan hasil
daripada kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun.

Soalan: Nyatakan unsur-unsur khas mikrocip yang tertanam di dalam tubuh Farisha. [4 markah]

***********************************************************************************

Praktis 2

Akhirnya, Farisha memasuki perut pesawat kira-kira sepuluh minit sebelum masa berlepas. Dia
menyimpan beg beroda di ruang simpanan, mengambil tempat, memasang tali pinggang keselamatan,
dan terus memejamkan mata. Seluruh sendi dan ototnya terasa lenguh. Dia bangun jam 4:30 pagi tadi.
Dia mengambil penerbangan paling awal dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan kini berada dalam
penerbangan paling akhir untuk pulang. Untung juga mesyuarat di Nusa Jaya berjalan lancar, jika tidak
mungkin dia terpaksa menginap di hotel untuk beberapa hari.

"Maafkan saya." Suara lelaki itu mengejutkan Farisha yang hampir terlelap. Sudah beberapa
kali dia mendengar perkataan ‘maaf’ hari ini.

Soalan : Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan Farisha setelah memasuki perut pesawat. [4
markah]

***********************************************************************************

Praktis 3

"Apa yang sebenarnya berlaku, Aqram? Aku perlu tahu!" pinta Farisha sebaik-baik sahaja
kereta bergerak meninggalkan Cyberjaya.

Tiada apa-apa yang perlu diselindungkan lagi. Aqram mula bercerita. Tentang virus yang
disusup masuk ke sistem Dinara. Tentang kehilangan dokumen-dokumen dan program-program
penting yang disimpan di dalam Dinara akibat virus itu. Tentang dendam Medina terhadap Karl yang
berpunca daripada sikap Karl angkuh sendiri.

Setelah Medina bersusah payah membantunya menjadi penyelidik terkenal, Karl telah
mensabotaj Medina semasa menjalankan satu ujian. Ketika itu, Karl telah cuba memindahkan ingatan
seorang bekas banduan yang ditemuinya di pinggir kota ke dalam minda Medina.
Soalan: Nyatakan perkara-perkara yang diceritakan oleh Aqram kepada Farisha setelah kereta yang
dinaiki oleh mereka bergerak meninggalkan Cyberjaya. [4 markah]

***********************************************************************************

Praktis 4

Tiada apa-apa yang perlu diselindungkan lagi. Aqram mula bercerita. Tentang virus yang
disusup masuk ke sistem Dinara. Tentang kehilangan dokumen-dokumen dan program-program
penting yang disimpan di dalam Dinara akibat virus itu. Tentang dendam Medina terhadap Karl yang
berpunca daripada sikap Karl angkuh sendiri.

Setelah Medina bersusah payah membantunya menjadi penyelidik terkenal, Karl telah
mensabotaj Medina semasa menjalankan satu ujian. Ketika itu, Karl telah cuba memindahkan ingatan
seorang bekas banduan yang ditemuinya di pinggir kota ke dalam minda Medina. Ujian itu digagalkan
oleh Karl dengan sengaja. Akibatnya, Medina menjadi separuh gila. Dia hilang pertimbangan dan
hampir mencekik Farisha yang ketika itu masih kecil.

Soalan: Nyatakan sebab-sebab Medina berkonflik. [4 markah]

***********************************************************************************

Praktis 5

"Apa yang sedang berlaku Dr. Maxi? Farisha tidak pernah menunjukkan tindak balas sebegitu."
Akram menyuarakan kerisauannya. Dr. Maxi hanya berpeluk tubuh.

Situasi yang mereka saksikan adalah aneh. Pergerakan tubuh Shida menggambarkan seolah-
olah dia sedang mengalami mimpi ngeri. Tidak lama kemudian, bibirnya mulai menggeletar, giginya
terketap-ketap dan seluruh tubuhnya juga kelihatan menggigil. Nafasnya mula tersekat-sekat.

"Mungkin kita patut tamatkan sesi ini, Dr. Maxi." Khairul Anuar memberikan cadangan. Dia
sendiri sudah mula cemas melihat keadaan yang sedang berlaku kepada Shida.

Soalan: Senaraikan situasi aneh yang disaksikan oleh mereka. [4 markah]

***********************************************************************************

Praktis 6:

Setelah Medina bersusah payah membantunya menjadi penyelidik terkenal, Karl telah
mensabotaj Medina semasa menjalankan satu ujian. Ketika itu, Karl telah cuba memindahkan ingatan
seorang bekas banduan yang ditemuinya di pinggir kota ke dalam minda Medina. Ujian itu digagalkan
oleh Karl secara sengaja. Akibatnya Medina menjadi separuh gila. Dia hilang pertimbangan dan
hampir. mencekik Farisha yang ketika itu masih kecil.

Dr. Maxi dan Aqram telah melarikan Farisha untuk menyelamatkannya.

"Jadi, awak yang menyerahkan saya kepada arwah ibu dan ayah dulu?" Farisha tidak percaya.

Soalan: Bagaimanakah Karl mensabotaj Medina? [4 markah]

***********************************************************************************

Praktis 7

Mikrocip yang tertanam di dalam tubuh Farisha telah direka khas oleh Karl bagi membolehkan
dia menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Dengan itu, Farisha boleh melaksanakan setiap
tugasan yang diarah oleh Karl.

Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkannya kepada arahan dan
seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Mikrocip itu merupakan hasil
daripada kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun.

Itu ialah ciptaan Karl yang agung dan tidak pernah diumumkan kepada media. Pihak
pengurusan Soft Lab tidak mahu ciptaan sebegitu menjadi kontroversi. Teknologi sebegitu mungkin
hanya boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan ataupun pada waktu darurat. Karl menggunakan
teknologi itu sebagai satu kaedah mirip kepada telepati supaya dia boleh berhubung dengan Farisha.

Soalan: Berdasarkan petikan, nyatakan kepentingan mikrocip tersebut kepada Karl. [4 markah]

Soalan Tamat

You might also like