Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

KAJIAN KES INDIVIDU

TAJUK: RASUAH DALAM INDUSTRI HIBURAN (LUAR NEGARA)

PENSYARAH: 1)PM DR FAZILAH IDRIS


2) TUAN TARMIZE ABDUL MANAF
3) TUAN MOHD NUR LOKMAN BIN
SAMINGHAN

TAJUK INDIVIDU: RASUAH DALAM KALANGAN ARTIS(PENYANYI)


ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN KEPADA RASUAH .......................................................................................... 3
2.0 KES RASUAH DALAM KALANGAN ARTIS (PENYANYI) ........................................................... 4
• 2.1 artis penyanyi korea ........................................................................................................ 4
• 2.2 artis penyanyi hong kong ................................................................................................ 5
• 2.3 rasuah di amerika syarikat.............................................................................................. 6
3.0 ULASAN DAN KESIMPULAN.................................................................................................. 7
4.0 KERATAN AKHBAR ................................................................................................................ 8
4.1 Seungri Big Bang didakwa terlibat ‘rasuah seks’ ......................................................................... 8
4.2 Penyanyi HK didakwa rasuah kerana nyanyi 2 lagu dalam himpunan pilihan raya ..................... 9
4.3 R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun ..................................................... 11
5.0 RUJUKAN ............................................................................................................................ 12
1.0 PENGENALAN KEPADA RASUAH

Rasuah adalah Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau


dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu
perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah,
bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.
Rasuah bukan sahaja berlaku dalam bidang politik, namun turut berlaku dalam
golongan bawahan mahupun pekerja ataupun orang yang berjawatan. Secara ringkas
rasuah boleh berlaku kepada semua lapisan masyarakat.
Rasuah juga terbahagi kepada empat bahagian. Antaranya ialah:
• meminta atau menerima rasuah
• menawar atau memberi rasuah
• membuat tuntutan palsu
• menyalahguna jawatan atau kedudukan
Kes rasuah luar negara agak tinggi dan hangat diperkatakan. Ini adalah kerana kes
mereka bukanlah biasa-biasa. Kes rasuah di sana banyak dikateragorikan dalam
senarai kes rasuah besar dunia.
2.0 KES RASUAH DALAM KALANGAN ARTIS (PENYANYI)

• 2.1 ARTIS PENYANYI KOREA

Siapa tidak kenal dengan


Seungri, anggota kumpulan K-
Pop, Big bang yang terlibat
dalam rasuah yang dipanggil
‘rasuah seks’. Dia didakwa
kerana menyediakan pelacur
untuk pelabur asing di kelab
peribadi miliknya, lapor media
tempatan.
Kes ini dinamakan
Skandal Burning sun.
Skandal ini merupakan
skandal seks dan hiburan
yang berlaku pada tahun 2019
Muktamad! Terlibat Dalam Skandal Burning Sun, Seungri
yang melibatkan beberapa
Dikenakan Hukuman
selebriti. Sifat skandal ini yang
serius, termasuk tuduhan penggunaan dadah haram, keganasan seksual dan rasuah
polis berlaku di Burning Sun. Seungri telah mengatur perkhidmatan seksual untuk
bakal pelabur dari luar negara bagi meningkatkan saham syarikatnya.
Selepas Seungri didapati bersalah. Kesannya YG Entertainment,iaitu salah satu
daripada agensi pencarian bakat terbesar K-Pop mengalami kejatuhan saham yang
mendadak. Ia dikatakan menurun sebanyak 14.2 peratus kepada tahap terendah
mereka sejak November 2018.
Seungri dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan mengatur
pelacuran dan perjudian di sebuah kelab malam di Gangnam(Burning Sun). Dia
didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan ke atasnya. Seungri, 30 disabitkan
kerana mengatur perkhidmatan seks untuk bakal pelabur dalam perniagaannya,
menurut South China Morning Post. Hakim turut memerintahkan penyanyi itu
membayar denda sebanyak RM4.23 juta dan dipenjara selama 3 tahun akibat terlibat
dalam kes ‘rasuah seks’.
• 2.2 ARTIS PENYANYI HONG KONG

Anthony Wong Yiu Ming, merupakan


penyanyi dari Hong Kong didapati bersalah
kerana terlibat dalam rasuah yang
melibatkan politik. Bekas penggubal
undang-undang, Au Nok Hin juga didapati
bersekongkong dengan menyediakan
hiburan untuk mendorong orang lain
mengundi calon itu.
Dalam himpunan itu, Anthony Wong
menyanyikan dua lagu di pentas. Namun,
pada akhir persembahan, dia merayu agar
semua peserta himpunan di sana
mengundi calon tersebut dalam pilihan
raya nanti.
Jika disabitkan bersalah, Anthony
Wong akan dipenjara sehingga tiga tahun
dan denda maksimum HK$200,000.
HONG KONG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong
Kong menahan penyanyi, Anthony Wong atas Wong dan Au akan hadir di
dakwaan rasuah sekitar tiga tahun lalu.
mahkamah pada Khamis untuk rayuan.
Namun, media tempatan melaporkan
bahawa Wong telah dibebaskan dengan ikat jamin.
Anthony meraih populariti sekitar tahun 1980 ketika menyertai kumpulan Tat
Ming Pair sebelum bergerak solo pada tahun seterusnya.

Beliau adalah penyokong tegar gerakan demokrasi dan merupakan antara peserta
protes 2019 serta protes revolusi umbrella yang hampir melumpuhkan Hong Kong
pada 2014.
• 2.3 RASUAH DI AMERIKA SYARIKAT

Aaliyah pada ketika itu hanya berusia 15 tahun, namun dibenarkan berkahwin dengan Kelly kerana kad
pengenalan palsu itu dipercayai digunakan untuk mendapat lesen perkahwinan .

Penyanyi R. Kelly telah didapati bersalah kerana membayar rasuah untuk


membuat kad pengenalan palsu buat penyanyi terkenal 90-an, Aaliyah. Tujuan dia
untuk bertindak sedemikian adalah kerana untuk berkahwin dengan Aaliyah. Namun
pada masa itu, Aaliyah masih berumur 15 tahun iaitu masih berada di bawah umur
untuk berkahwin dengan R. Kelly. Jadi, dia membuat keputusan untuk membayar
rasuah kepada seorang pegawai untuk menghasilkan satu dokumen pengenalan diri
palsu untuk Aaliyah.
Pada masa itu, Aaliyah yang berumur 15 tahun telah dibuatkan kad
pengenalan palsu yang menunjukkan dia berumur 18 tahun, di mana umur itu
merupakan had umur minimum untuk seseorang itu berkahwin.
Perkahwinan mereka dibubarkan pada Februari 1995. Selain jenayah rasuah,
Kelly turut menghadapi tuduhan di tiga wilayah. Pada Oktober, hakim
memerintahnya menghadiri perbicaraan atas tuduhan mengadakan hubungan seks
dengan wanita dan perempuan bawah umur selain mendera mereka.
3.0 ULASAN DAN KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, ketiga-tiga penyanyi tersebut terlibat dalam gejala


rasuah kerana sebab-sebab yang tertentu. Namun membawa kepada akibat yang
sama iaitu kemudaratan kepada diri sendiri. Mereka sebagai selebriti sudah
semestinya dipandang enteng oleh penyokong-penyokong mereka. Kerjaya dan
karier mereka sebagai seorang penyanyi telah musnah akibat RASUAH.
Antara faktor utama mereka terlibat dalam gejala rasuah ini mungkin kerana
kesempitan wang. Ini adalah kerana kita boleh lihat dua daripada tiga kes yang
dibincangkan melibatkan wang. Sebagai contoh Seungri menyediakan perkhidmatan
seks bagi menarik pelabur asing. Selain itu, Anthony Wong juga pasti mengambil
habuan daripada pihak politik yang menyuruh beliau untuk mengajak penyokongnya
mengundi ahli politik tersebut. Kalau kita lihat pon, kebanyakan kes rasuah ini
berlaku kerana terdapatnya habuan menarik seperti wang dan benda berharga.
Sebagai pengajaran, kita hendaklah berfikir dahulu sebelum memberi atau
menerima rasuah. Ini adalah kerana sekali kita terlibat dengan rasuah, segala karier
atau kerjaya kita yang sedia ada pasti akan hancur. Kita boleh lihat terhadap Seungri
yang dahulunya merupakan penyanyi K-pop yang terkenal dalam
kumpulannya(BigBang). Sekarang kariernya telah hancur dan dibenci oleh
penyokongnya yang dahulu. Bukan sahaja kariernya musnah, kumpulannya turut
dibubarkan disebabkan jenayah individu dalam kumpulan tersebut. Selain itu, orang
sekeliling juga turut terkena tempias individu yang terlibat dalam gejala rasuah
tersebut. Sebagai contoh, maruah keluarga akan tercalar kerana penjenayah
merupakan orang yang dikenali ramai, jadi orang awam akan pandang enteng
terhadap mereka. Pelbagai persoalan akan timbul seperti “kesian anak bini makan
makanan haram selama ni”, mak bapak tak didik ke anak dia elok-elok?” dan
pelbagai persoalan negatif dan panas yang ditujukan kepada mereka.
4.0 KERATAN AKHBAR
4.1 Seungri Big Bang didakwa terlibat ‘rasuah seks’

SEORANG anggota kumpulan K-pop


Big Bang, yang dikenali dengan nama
pentas Seungri, didakwa kerana
menyediakan pelacur untuk pelabur
asing di kelab peribadi miliknya, lapor
media tempatan, menyebabkan
saham agensi penyanyi itu, YG
Entertainment Inc, menjunam
sehingga 14 peratus.
Menurut YG Entertainment, satu
daripada tiga agensi pencarian bakat
Seungri, didakwa kerana menyediakan khidmat
pelacur kepada pelabur asing di kelab hiburan yang terbesar K-pop, mereka maklum
diusahakannya. bahawa penyanyi itu sudah didakwa
bagaimanapun mereka enggan
membe-rikan sebarang komen berhubung dakwaan itu.
Saham YG Entertainment dikatakan menurun sebanyak 14.2 peratus kepada tahap
terendah mereka sejak November 2018.
Ketika berita ini ditulis, pihak polis tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklum
balas terkini.
Penyanyi berusia 28 tahun itu, yang mempunyai nama sebenar Lee Seung-hyun, juga
gagal dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.
Seungri menafikan tuduhan itu pada bulan lalu, apabila media tempatan melaporkan
pembabitan penyanyi itu dengan ‘rasuah seks’.
Saham YG Entertainment menjunam sehingga 21.9 peratus sebaik saja laporan
media itu dikeluarkan.
Berikutan laporan media pada Februari itu, YG Entertainment dalam satu kenyataan
media menafikannya dengan mengatakan ia adalah laporan palsu.
Agensi itu pada Isnin masih tetap dengan pendirian mereka. Skandal itu berlaku
menjelang penyertaan Seungri dalam perkhidmatan ketenteraan yang wajib disertai
oleh setiap lelaki yang berkemampuan di Korea Selatan.
Menurut agensi itu, Seungri dijangka menyertai tentera pada bulan ini untuk
memenuhi tugas ketenteraannya. — Reuters
4.2 Penyanyi HK didakwa rasuah kerana nyanyi 2 lagu dalam himpunan pilihan raya

HONG KONG: Seorang penyanyi terkenal di Hong


Kong didakwa atas pertuduhan rasuah hari ini
kerana menyanyi dalam kempen pilihan raya
seorang ahli politik prodemokrasi, kata pihak
berkuasa.
Anthony Wong Yiu Ming, penyanyi Cantopop
tempatan dan salah seorang aktivis LGTBQ paling
terkenal di bandar itu, ditahan Suruhanjaya Bebas
Menentang Rasuah (ICAC).
ICAC berkata, mereka mendakwa Wong dan bekas
penggubal undang-undang, Au Nok Hin terbabit
dalam rasuah dengan menyediakan “hiburan untuk
mendorong orang lain mengundi calon itu” dalam
satu himpunan yang dianjurkan Au pada 3 Mac
2018 sempena pilihan raya badan perundangan
tempatan.
CAC berkata, Anthony Wong Yiu Ming
menyanyikan dua lagu dan merayu Tangkapan itu menyusul serbuan meluas oleh
peserta himpunan pada 3 Mac 2018
mengundi bekas penggubal undang- pihak berkuasa Hong Kong terhadap penentang
undang, Au Nok Hin dalam pilihan disebabkan protes prodemokrasi besar-besaran
raya. dua tahun lalu.
“Dalam himpunan itu, Wong menyanyikan dua lagu di pentas. Di akhir
persembahannya, beliau merayu peserta himpunan itu mengundi Au dalam pilihan
raya,” kata ICAC.
Jika sabit kesalahan, Wong boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda
maksimum HK$200,000.
Wong dan Au akan hadir di mahkamah pada Khamis untuk rayuan.
ICAC mula mengambil peranan lebih proaktif dalam melakukan pendakwaan terhadap
penentang prodemokrasi di Hong Kong.
Minggu lalu, mereka mengumumkan pendakwaan terhadap penentang Benny Tai
yang dipenjarakan serta dua individu lain atas pertuduhan rasuah berkaitan iklan
prodemokrasi disiarkan dalam akhbar lima tahun lalu.
Wong, 59, antara sebahagian selebriti Hong Kong yang bersedia mengkritik Beijing
dan menyokong demokrasi – pendirian yang bermakna beliau disenaraihitamkan oleh
China.
Wong menjadi terkenal pada 1980-an dan antara selebriti tempatan pertama
mengakui status LGBTQ beliau secara terbuka pada 2012.
Au, 34, antara berpuluh-puluh tokoh prodemokrasi ditahan di bawah undang-undang
keselamatan, yang dilaksanakan Beijing di Hong Kong tahun lalu untuk
menghapuskan penentang.
Kebanyakan aktiviti demokrasi terkenal di Hong Kong, termasuk beberapa pejuang
LGTBQ terkenal sudah ditahan, hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya
atau melarikan diri ke luar negara.
4.3 R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun

Aaliyah pada ketika itu hanya berusia 15 tahun, namun dibenarkan berkahwin dengan Kelly kerana kad
pengenalan palsu itu dipercayai digunakan untuk mendapat lesen perkahwinan.

Nama R Kelly sekali lagi tercemar apabila dilemparkan dengan tuduhan baharu.
Pada Khamis, Kelly dituduh telah membayar rasuah untuk mendapatkan kad
pengenalan palsu buat penyanyi 90-an terkenal, Aaliyah.
Pendakwa raya di Brooklyn mengemukakan tuduhan bahawa Kelly membayar
rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan “satu
dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1” pada 30 Ogos 1994.
Sumber kepada akhbar NY Times mengesahkan bahawa Jane Doe #1 merupakan
Aaliyah, yang maut dalam nahas kapal terbang pada 2001.
Aaliyah pada ketika itu hanya berusia 15 tahun, namun dibenarkan berkahwin
dengan Kelly kerana kad pengenalan palsu itu dipercayai digunakan untuk
mendapat lesen perkahwinan, menurut sumber kepada akhbar NY Times.
Lesen perkahwinan itu menyatakan bahawa Aaliyah berusia 18 tahun, iaitu had
umur minimum untuk melangsungkan perkahwinan tanpa persetujuan ibu bapa di
Illinois.
Aaliyah, atau nama penuhnya Aaliyah Dana Haughton, bertemu dengan Kelly ketika
bekerjasama dalam menghasilkan album debutnya, Age Ain’t Nothing But A
Number.
Dalam satu temubual bersama agensi berita ABC, Steven Greenberg selaku
peguam Kelly mendakwa bahawa kliennya tidak tahu Aaliyah berusia 15 tahun
ketika mereka berkahwin.
Penyanyi yang terkenal untuk lagu I Believe I Can Fly itu turut berdepan dengan 17
tuduhan lain, termasuk kesalahan mengeksploitasi gadis bawah umur secara
seksual, menculik, dan memeras ugut.

5.0 RUJUKAN

1) https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/08/02/penyanyi-hk-didakwa-
rasuah-kerana-nyanyi-2-lagu-dalam-himpunan-pilihan-raya/

2) https://www.astroawani.com/berita-hiburan/r-kelly-dituduh-rasuah-kahwini-aaliyah-pada-usia-
15-tahun-224640

3) https://www.astroawani.com/berita-hiburan/anggota-kumpulan-kpop-big-bang-sediakan-
khidmat-pelacur-200842

4) https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=478

5) https://www.beritaharian.sg/gah/selebriti-jelek

You might also like