Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 50

CTU 552: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TUGASAN: KERTAS KERJA

KUMPULAN: ED11

TAJUK: FEMINISME

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO PELAJAR

FARAH HANIE BINTI HAMZAH 2021859094

NURUL HIDAYAH BINTI MOHD ZAINUZI 2021609186

NUR BALQIS SYAHIRAH BINTI SYAFIIE AZAD 2021839022

NUR AMIRAHSYAFIQAH BINTI NOOR AZREIN 2021838968

QISTINA ALEESYA BINTI SHAHRUL AZAHAR 2021887258

SITI NUR FAEZAH BINTI MOHAMAD SALLEH 2021809238

DISEDIAKAN UNTUK:

MOHD NORAZRI MOHAMAD ZAINI


PERAKUAN PELAJAR
PENGESAHAN PENSYARAH

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO PELAJAR
FARAH HANIE BINTI HAMZAH 2021859094

NURUL HIDAYAH BINTI MOHD ZAINUZI  2021609186

NUR BALQIS SYAHIRAH BINTI SYAFIIE AZAD 2021839022

NUR AMIRAHSYAFIQAH BINTI NOOR AZREIN 2021838968

QISTINA ALEESYA BINTI SHAHRUL AZAHAR 2021887258

SITI NUR FAEZAH BINTI MOHAMAD SALLEH 2021809238

Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian
Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 (Falsafah dan Isu Semasa), khusus bagi
pelajar dari Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, Semester 1, Universiti Teknologi
MARA Cawangan Kampus Puncak Alam.

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan
yang diserahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-
mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat
boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.

Disahkan oleh:

______________________

Mohd Norazri Mohamad Zaini Pensyarah ACIS

Tarikh:
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN                                                                                                   4

Objektif Kajian                                                6


2.0 ANALISA DAN PERBINCANGAN                                                            7

2.1 Pengertian Feminisme                                                                                                7


2.2 Sejarah Feminisme                                                             13
2.3 Pandangan Tokoh Terhadap Feminisme                                               13
      2.3.1 Tokoh Barat                                                                                                      15
      2.3.2 Tokoh Islam                                                                                                      17
2.4 Teori Feminisme                                                                                                        18
2.4.1 Aliran Feminisme                                                                                   23
2.5 Penerimaan Masyarakat Terhadap Feminisme                                                          27
2.6 Kesan Kewujudan Feminisme                                                                                   28
     2.6.1 Kebaikan                                                                                                            30
     2.6.2 Keburukan                                                                                                          33
2.7 Cara Penyebaran Gerakan Feminisme                                                                       38
2.8 Punca Wujudnya Gerakan Feminisme 40
3.0 KESIMPULAN                                                                                                             44

4.0 LAMPIRAN                                                                                                      45
Nurul Hidayah binti Mohd Zainuzi

      Tajuk: Pengenalan 

1.0 PENGENALAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, setinggi-tinggi kesyukuran kami


panjatkan kepada ilahi kerana dengan izinNya, kami mampu dan telah dapat menyiapkan
tugasan kertas kerja berkumpulan bagi subjek CTU552 ini iaitu Falsafah dan Isu Semasa.
Kumpulan ini terdiri daripada 6 orang pelajar dari Fakulti Pendidikan TESL, Semester 1 dan
tajuk yang kumpulan kami pilih untuk tugasan ini ialah ‘Feminisme’. Semua perbincangan
yang telah kami ketengahkan atau perbahaskan ialah berautoriti dan hasil kerja tangan kami
sendiri.

Sehingga hari ini, dapat kita lihat masih lagi wujud isu-isu berkenaan diskriminasi
jantina terutamanya yang dihadapi oleh kaum wanita. Kaum wanita masih lagi menerima
penindasan dari kaum lelaki di kebanyakan negara-negara di dunia. Sesetengah masyarakat
dunia masih lagi terperangkap dengan pemikiran kolot dan mempercayai bahawa kaum
wanita tidak layak mendapat layanan yang sama seperti kaum lelaki. Seperti yang kita sedia
maklum, telah wujud fahaman feminisme yang berfungsi sebagai sebuah gerakan dalam
menegakkan hak wanita.

Feminisme adalah sebuah gerakan asas untuk kebebasan manusia (Schneir, 1996:xi).
Peranan feminisme dalam masyarakat bertujuan mengiktiraf keperluan wanita dan berusaha
ke arah mewujudkan kesaksamaan untuk semua wanita secara aktif. Fahaman ini tidak
menafikan perbezaan biologi antara jantina tetapi mereka menuntut kesaksamaan peluang
yang diberikan dalam kehidupan seharian. Ini merangkumi setiap aspek termasuklah dalam
arena sosial, politik serta ekonomi. Fenimisme menjadi gerakan yang bertujuan untuk
menyedarkan orang ramai dengan matlamat untuk meningkatkan kesaksamaan jantina dan
mengukuhkan status wanita dalam masyarakat. Malah kempen-kempen feminisme telah
menjadi sebahagian peristiwa penting dalam sejarah terutama dalam pemerkesaan wanita.
Kempen feminis abad keduapuluh telah memungkinkan hak untuk mengundi, harta awam,
pekerjaan dan pendidikan buat kaum wanita.

1
Feminisme terbahagi kepada tiga gelombang termasuklah gelombang pertama yang
berkaitan dengan hak harta dan hak untuk mengundi, gelombang kedua yang memfokuskan
kepada kesaksamaan dan anti-diskriminasi dan gelombang ketiga yang bermula pada tahun
1990-an sebagai tindak balas terhadap keistimewaan gelombang kedua yang dirasakan oleh
wanita kulit putih dan heteroseksual. Feminis masa kini dilihat terlibat dalam kempen-
kempen mengubah hidup yang menyokong pengguguran kehamilan yang tidak diingini dan
hak reproduktif. Mereka mempunyai pencapaian cemerlang dalam menuntut hak mengundi
bagi wanita, mempersoalkan patriarki dan menolak peranan berdasarkan jantina.

Feminis mempersoalkan andaian patriarki dan hierarki yang menjadi asas dalam
kehidupan seharian dan memperlihatkan penindasan dan kesukaran yang dihadapi kaum
wanita melalui ketidaksamaan jantina. Feminis menganalisis, menjelaskan dan mengubah
teori berkenaan hubungan antara kuasa jantina. Masyarakat kita dipisahkan dengan perbezaan
kuasa dan status antara dua kumpulan iaitu lelaki dan wanita. Lelaki tidak dapat mempunyai
lebih kuasa daripada wanita, ini mengakibatkan mereka memperkukuhkan kepentingan
mereka melalui patriarki. Feminis mendakwa bahawa  banyak kepercayaan dalam budaya
masyarakat kontemporari yang memberi manfaat kepada lelaki dan akhirnya merugikan
wanita. Oleh itu, matlamat asas mereka adalah untuk mengembalikan peranan wanita yang
kurang bernasib baik ini dalam masyarakat. Feminisme menjadi fahaman yang merangkumi
semua ideologi, aktiviti dan matlamatnya adalah untuk menghapuskan diskriminasi terhadap
wanita dan untuk memecahkan dominasi kaum lelaki dalam masyarakat.

Rasionalnya,  kajian ini dibuat bagi mengkaji lebih dalam dan menghuraikan apa itu
feminisme supaya dapat lebih memahami fahaman serta teori-teori yang dibawa oleh para
feminis sejak awal kewujudan fahaman ini sehinggalah sekarang. Kita juga ingin melihat
input-input yang boleh dikaitkan dengan falsafah hidup pada hari ini melalui penyebaran dan
hak-hak yang diperjuangkan oleh golongan feminis ini dalam membantu kaum wanita
mendapat layanan yang selayaknya dalam masyarakat. Kertas kerja ini akan menghuraikan
berkenaan pengertian feminisme, sejarah feminisme, pandangan tokoh terhadap feminisme,
teori-teori feminisme, penerimaan masyarakat terhadap feminisme, kesan kewujudan
feminisme, cara penyebaran gerakan feminisme dan punca berlaku gerakan feminisme.

2
RUJUKAN

All Answers Ltd. (2021). Feminism and Its Impact on Society. Ukessays.com.
https://www.ukessays.com/essays/sociology/feminism-and-its-impact-on-society-
sociology-essay.php
Cloudfare. Feminism. Toprr.com. https://www.toppr.com/guides/essays/essay-on-feminism/
Definition of Feminism. (2021). The Merriam-Webster.Com Dictionary.
https://www.merriam-webster.com/dictionary/feminism
History.com Editors. (2019). Feminism. HISTORY, A&E Television Networks.
https://www.history.com/topics/womens-history/feminism-womens-history
IWDA. (2018). What Is Feminism?. https://iwda.org.au/learn/what-is-feminism/
Kathy Caprino. (2017). What Is Feminism, And Why Do So Many Women And Men Hate It?.
Forbes. https://www.forbes.com/sites/kathycaprino/2017/03/08/what-is-feminism-
and-why-do-so-many-women-and-men-hate-it/?sh=2f7c8047e8e6
Laura Brunell, Elinor Burkett. Feminism. Encyclopaedia Britannica.
https://www.britannica.com/topic/feminism
Nurul Hidayati. (2019). TEORI FEMINISME: SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN
RELEVANSINYA DENGAN KAJIAN KEISLAMAN KONTEMPORER. Jurnal Harkat:
Media Komunikasi Gender.
http://journal.uinjkt.ac.id/index.php/psga/article/view/10403
Prasanna. (2020). Feminism Essay | Essay on Feminism for Students and Children in English.
A Plus Topper. https://www.aplustopper.com/feminism-essay/
What is Feminism Essay. 123 Help Me.
https://www.123helpme.com/essay/What-Is-Feminism-Essay-776290

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini, kami dapat:

i. Menghuraikan pengertian feminisme dari segi etimologi dan terminologi

ii. Menjelaskan sejarah atau latar belakang feminisme

iii. Membahaskan pandangan tokoh Islam dan tokoh Barat terhadap feminisme 

3
iv. Mengkaji teori dan aliran gerakan feminisme 

v. Mengenal pasti penerimaan masyarakat terhadap feminisme di Malaysia dan negara


luar.

vi. Mengenal pasti kesan-kesan kewujudan feminisme

vii. Mengkaji cara penyebaran gerakan feminisme

viii. Mengesan punca wujudnya gerakan feminisme.

2.0 ANALISA & PERBINCANGAN

Farah Hanie binti Hamzah


Tajuk: Pengertian Feminisme

2.1 PENGERTIAN FEMINISME

         Feminisme merupakan sebuah gerakan untuk membela hak-hak wanita atas lelaki dan
mempunyai latar belakang yang panjang. Gerakan itu muncul sejak beberapa ratus tahun
yang lalu tetapi dapat dikatakan bahawa istilah itu baru digunakan secara rasmi pada abad
pertengahan sembilan belas Masihi. Istilah feminisme wujud pada abad yang ke-18 merujuk
kepada perjuangan hak-hak wanita dalam politik dengan membawa slogan ‘wanita juga
adalah manusia’. Feminisme digunakan sebagai nama untuk sebuah gerakan sosial yang
memperjuangkan hak-hak perempuan di Seneca Falls, New York, pada tahun 1848 oleh
Elizabeth Cady Stanton dan rakannya, Susan B. Anthony. Mereka adalah duo pertama yang
dirakam sejarah melakukan pengorganisasian gerakan sosial wanita yang berjuang di
Amerika Syarikat dan hak perempuan untuk memilih. Sebelum perkataan feminisme wujud
mereka menggunakan perkataan ‘Womanisme’, ‘Women Movement’ dan ‘Women Question’.

Feminisme adalah ideologi atau satu fahaman yang menyatakan tentang persamaan
hak antara lelaki dengan wanita. Feminisme secara etimologi berasal dari perkataan Latin
‘femina’ yang bermaksud memiliki sifat keperempuan. Dalam bahasa Perancis, kata ‘femme’
bermakna perempuan. Dalam hal ini, istilah feminisme terasa lebih dekat dengan feminin,

4
sehingga tidak jarang feminisme seringkali membawa erti sebuah gerakan sosial bagi kaum
feminin. Menurut Kamus Oxford, feminisme juga bermakna kepercayaan bahawa wanita
harus mempunyai hak dan peluang yang sama seperti lelaki. Umum kita mengetahui bahawa
kedudukan atau darjat golongan wanita dalam masyarakat lebih rendah berbanding
kedudukan kaum lelaki. Tambahan lagi, kaum wanita dianggap sebagai ‘the second sex’. Hal
ini telah menunjukkan wujudnya diskriminasi atau pilih kasih jantina yang membandingkan
antara lelaki dan perempuan.

Menurut William Outhwaite, seorang Profesor Emeritus dalam bidang Sosiologi di


Universiti Newcastle, mendefinisikan feminisme ini sebagai advokasi atau dukungan
terhadap kesetaraan wanita dan lelaki, diiringi dengan komitmen untuk meningkatkan posisi
wanita dalam masyarakat. Istilah ini menunjukkan wujudnya keadaan yang tidak setara antara
lelaki dan wanita, baik dalam bentuk dominasi lelaki (patriarki), ketimpangan gender, atau
kesan sosial akibat perbezaan jenis kelamin manakala Nicholas Abercrombie, ahli sosiologi
British dan Profesor Sosiologi di Universiti Lancaster, berpendapat feminisme adalah suatu
kefahaman yang membela kesetaraan peluang bagi lelaki dan perempuan. Perempuan
diperlemah secara sistematik dalam masyarakat moden, feminisme merupakan satu gerakan
sosial yang secara bertahap telah memperbaiki posisi golongan wanita dalam kalangan
masyarakat Barat.

Wanita merupakan setengah daripada bangsa ini. Mereka adalah elemen terpenting
dalam hidup sesebuah bangsa kerana mereka merupakan institusi pertama yang melahirkan
generasi muda. Nasib sesebuah bangsa dan hala tuju ummah bergantung kepada sejauh mana
didikan yang diterima oleh seorang anak daripada ibunya. Wanita juga merupakan faktor
utama yang mempengaruhi kehidupan pemuda dan kaum lelaki (Hasan al-Banna, 2003).
Agama Islam tidak pernah mengabaikan peranan dan kedudukan wanita yang begitu murni
dan mulia. Islam adalah agama yang membawa petunjuk dan cahaya kepada manusia. Islam
telah mengatur seluruh aspek kehidupan manusia dengan meletakkan dasar dan sistem hidup
yang lengkap dan sempurna. Islam tidak pernah mengabaikan kaum wanita dan membiarkan
mereka terumbang-ambing mencari nilai dan harga diri. Islam telah mengangkat darjat wanita
dan menjadikannya setaraf dengan kaum lelaki dari segi hak dan tanggungjawab (Norsaleha,
2015).

5
Wanita adalah ciptaan Allah SWT yang paling istimewa kerana sifat seseorang wanita
yang penuh dengan kelembutan, keayuan dan kesopanan. Keistimewaan yang terdapat pada
wanita telah menjadikan mereka umpama tiang dalam sesebuah institusi keluarga,
masyarakat dan negara kerana wanita menjadi model dalam membentuk sebuah generasi
yang cemerlang. Dari perspektif agama, Islam telah mengangkat darjat wanita kepada
kehormatan, kemajuan dan perlindungan. Islam telah memberi perhatian yang optimum
dalam isu pembentukan jati diri wanita dari segi individu, rumah tangga dan sosial agar
mereka menjadi wanita yang hebat dan layak menjadi khalifah di muka bumi ini. Kini, wanita
semakin mengorak langkah ke hadapan dan kecemerlangan mereka dalam pelbagai lapangan
semakin diakui.

Islam dan perempuan merupakan dua kata yang tidak terpisahkan. Kemuliaan
perempuan dan pengakuan terhadap hak-hak perempuan muncul dan berkembang selaras
dengan era kejayaan Islam hingga masa ini. Al-Quran mengkhususkan surah Annisa’ sebagai
pemuliaan terhadap perempuan, yang menggambarkan tentang hak dan kewajipan, kenyataan
sosial dalam berumah tangga, bermasyarakat dan bernegara. Di sini perempuan memainkan
peranannya. Peranan wanita begitu penting dalam kehidupan sosial kerana ada banyak beban
berat yang harus dihadapi. Beban yang semestinya dipikul oleh golongan lelaki juga diambil
alih oleh wanita. Oleh kerana itu, secara khusus pula, Islam memuliakan perempuan tiga kali
dibandingkan para lelaki. Hal ini dapat dibuktikan dengan kewajipan kita untuk berbakti
kepada ibu, juga bersikap santun kepadanya.

Al-Quran juga ada menegaskan bahawa lelaki-lelaki beriman dan wanita-wanita


beriman adalah saling bergantung dan tolong-menolong antara satu sama lain dalam
melakukan amar makruf dan nahi mungkar (al-Taubah 9:71). Islam mengiktiraf sepenuhnya
hak-hak asasi wanita, hak-hak mereka dalam aspek kemasyarakatan dan politik. Islam
melayan wanita sebagai manusia yang sempurna, manusia yang mempunyai hak dan
tanggungjawab. Sekiranya mereka menunaikan hak dan tanggungjawab tersebut mereka akan
diberi ganjaran dan balasan yang sama dengan kaum lelaki (al-Nahl 16: 97).

Kesimpulannya, feminisme adalah satu perkataan yang diwujudkan daripada pelbagai


perkataan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Perancis dan Latin, yang membawa maksud
perempuan atau memiliki sifat keperempuanan. Terdapat banyak istilah atau maksud
perkataan ‘feminisme’ yang berbeza atau berlainan dari pelbagai sumber dan tokoh seperti di

6
dalam Al-Quran dan dari pandangan tokoh barat seperti William Outhwaite. Kini, umum kita
ketahui bahawa sebenarnya, peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat adalah sangat
tinggi dan mereka tidak patut didiskriminasi atau dibandingkan dengan golongan lelaki.
RUJUKAN

Abdul Halim Ali, (2018). PERWATAKAN WANITA MELAYU MUSLIM DALAM NOVEL
‘DIARI SEORANG JURURAWAT’ KARYA AMINAH MOKHTAR. JOURNAL OF
NUSANTARA STUDIES.
https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonus/article/view/277
Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim. (2018). Punca Muslimah kita menjauhi misi feminisme.
BH
Online.https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/
muka10/2018/03/400768/punca-muslimah-kita-menjauhi-misi-feminisme
Dawam Mahfud, Nafatya Nazmi, Nikmatul Maula. (2015). RELEVANSI PEMIKIRAN
FEMINIS MUSLIM DENGAN FEMINIS BARAT. Researchgate.
https://www.researchgate.net/publication/319563502_RELEVANSI_PEMIKIRAN_F
EMINIS_MUSLIM_DENGAN_FEMINIS_BARAT
Eni Zulaiha. (2016). TAFSIR FEMINIS: SEJARAH, PARADIGMA DAN STANDAR
VALIDITAS TAFSIR FEMINIS. Al-Bayan Jurnal Studi Al-Qur’an dan Tafsir. Vol 1,
No 1. https://journal.uinsgd.ac.id/index.php/Al-Bayan/article/view/1671/1421
Haideh Moghissi. (1999). FEMINISME DAN FUNDAMENTALISME ISLAM. LKiS.
https://books.google.com.my/books?
hl=en&lr=&id=8L4aEAAAQBAJ&oi=fnd&pg=PR5&dq=feminisme+barat+dan+neg
ara+islam&ots=897-y1wEii&sig=yemQ_P-
inIYadfzepfZrR8DfL1E#v=onepage&q=feminisme%20barat%20dan%20negara
%20islam&f=false
Hamidah Hanim. (2020). Peranan wanita dalam Islam dan feminisme barat. At-Tarbawi:
Jurnal
Pendidikan, Sosial dan Kebudayaan Volume 12 Nomor 2.
https://journal.iainlangsa.ac.id/index.php/tarbawi/article/view/1846
Huquq Dan Ahkam. (2011). Apakah Feminisme (fahaman kewanitaan) itu?.
ISLAMQUEST.NET.  http://www.islamquest.net/ms/archive/fa295
Jaya, D. (2019). Gender dan Feminisme: Sebuah Kajian dari Perspektif Ajaran Islam. Jurnal

7
At-Tatbiq: Jurnal Ahwal Al-Syakhsiyyah , 4(01), 19-40. Retrieved from
https://ejournal.staisyamsululum.ac.id/index.php/Attatbiq/article/view/18
Ni Komang Arie Suwastini. (16 January 2019). PERKEMBANGAN FEMINISME BARAT
DARI ABAD KEDELAPAN BELAS HINGGA POSTFEMINISME: SEBUAH
TINJAUAN TEORETIS. Jurnal Ilmu Sosial dan Humaniora. Vol 2, No 1.
https://ejournal.undiksha.ac.id/index.php/JISH/article/view/1408/1269
(2013). KAJIAN TENTANG FEMINISME: PENGERTIAN, SEJARAH, TEOLOGI DAN
ALIRAN-ALIRAN DALAM FEMINISME. Perpustakaan STAINKEDIRI.
http://etheses.iainkediri.ac.id/578/3/903101009-bab2.pdf

Nur Balqis Syahirah binti Syafiie Azad


Tajuk: Sejarah Feminisme

2.2 SEJARAH FEMINISME

Gerakan feminis bermula pada akhir abad ke-18, tetapi berakhir pada abad ke-20,
suara wanita dalam bidang undang-undang, terutama teori undang-undang, muncul dan
penting. Undang-undang feminis berdasarkan sosiologi feminis, falsafah feminis dan sejarah
feminis adalah lanjutan perhatian wanita pada masa akan datang. Pada akhir abad ke-20,
gerakan feminis dilihat secara meluas sebagai serpihan gerakan Kajian Undang-undang
Kritikal, yang pada dasarnya memberikan banyak kritikan kepada logik undang-undang yang
telah digunakan, sifat manipulasi dan pergantungan undang-undang mengenai politik,
ekonomi, peranan undang-undang dalam membentuk corak hubungan sosial, dan
pembentukan hierarki oleh peruntukan undang-undang tidak asas.

Walaupun pendapat feminis adalah pluralistik, satu perkara yang menyatukan mereka
adalah kepercayaan mereka bahawa masyarakat dan perintah undang-undang adalah patriarki.
Kedaulatan undang-undang yang dikatakan neutral dan objektif sering kali hanya meliputi
pertimbangan politik dan sosial yang didorong oleh ideologi membuat keputusan, dan
ideologi bukan untuk kepentingan wanita. Sifat patriarki dalam masyarakat dan peruntukan
undang-undang adalah punca ketidakadilan, dominasi dan subordinasi terhadap wanita, jadi
akibatnya adalah permintaan untuk kesaksamaan jantina. Kesaksamaan jantina tidak dapat
dicapai dalam struktur institusi ideologi yang sedang berlaku.

8
Feminis memberi tumpuan kepada analisis peranan undang-undang mengenai
kelangsungan hidup hegemoni patriarchal. Semua analisis dan teori yang kemudiannya
dikemukakan oleh feminis dijangka akan digubal, kerana semua usaha feminis bukan sahaja
untuk menghiasi halaman sejarah pembangunan manusia, tetapi lebih kepada usaha manusia
untuk terus hidup. Kebangkitan gerakan feminis adalah gambaran bahawa peruntukan abstrak
tidak dapat menyelesaikan ketidaksamaan.
Gelombang feminisme di Amerika Syarikat mula bergema lebih kuat dalam era
perubahan dengan penerbitan buku The Feminine Mystique yang ditulis oleh Betty Friedan
pada tahun 1963. Buku ini ternyata mempunyai kesan yang luas, terutamanya selepas Betty
Friedan membentuk organisasi wanita yang dipanggil Pertubuhan Kebangsaan untuk Wanita
(NOW) pada tahun 1966 bergema kemudian menjalar ke dalam semua bidang kehidupan.
Dalam bidang perundangan, tulisan Betty Fredman berjaya menggalakkan pengeluaran Equal
Pay Right (1963) supaya wanita dapat menikmati keadaan kerja yang lebih baik dan
mendapat gaji yang sama dengan lelaki untuk kerja yang sama, dan Akta Hak Sama Rata
(1964) di mana wanita mempunyai kecelainan penuh dalam semua bidang.

Gerakan feminis yang mendapat momentum sejarah pada tahun 1960-an


menunjukkan bahawa sistem sosial masyarakat moden mempunyai struktur yang lembab
kerana budaya patriarki yang sangat tebal. Meminggirkan peranan wanita dalam pelbagai
aspek kehidupan, terutamanya ekonomi dan politik, adalah bukti konkrit yang disediakan
oleh feminis.

Pergerakan wanita atau feminisme berterusan, walaupun terdapat peningkatan,


kemajuan yang dibuat oleh pergerakan ini seolah-olah mengalami banyak halangan. Pada
tahun 1967, Pelajar untuk Persatuan Demokratik (SDS) telah mengadakan konvensyen
kebangsaan di Ann Arbor dan kemudian diteruskan di Chicago pada tahun yang sama, di
mana bermula kumpulan "feminisme radikal" dengan menubuhkan Bengkel Pembebasan
Wanita yang lebih dikenali dengan singkatan "Women ś Lib". Lib Wanita berkata, peranan
wanita berhubung dengan lelaki dalam masyarakat kapitalis terutamanya Amerika Syarikat
tidak lebih seperti hubungan penjajah yang dijajah dan dijajah. Pada tahun 1968, kumpulan
itu secara terbuka membantah penahanan "Miss America Pageant" di Atlantic City yang
mereka anggap sebagai "gangguan wanita dan pengkomersialan badan wanita". Gema "pout
wanita" wanita ini kemudian diterima di mana-mana di seluruh dunia.

9
Pada tahun 1975, "Jantina, pembangunan, dan kesaksamaan" ditubuhkan sejak
Persidangan Wanita Dunia Pertama di Mexico City pada tahun 1975. Hasil penyelidikan oleh
feminis sosialis telah membuka pandangan jantina untuk dipertimbangkan dalam
pembangunan negara. Sejak itu, arus perdana jantina telah melanda dunia.

Memasuki tahun 1990-an, kritikan terhadap feminisme memasuki institusi sains yang
merupakan salah satu struktur penting dalam masyarakat moden. Peminggiran peranan
wanita dalam institusi sains dianggap sebagai hasil daripada ciri-ciri patriarki yang berkait
rapat dengan institusi sains. Namun kritikan feminis terhadap institusi sains tidak berhenti
dalam isu meminggirkan peranan wanita. Feminis berani memasuki wilayah epistemologi
sains untuk membongkar ideologi sains yang sangat patriarchal. Dalam eko-feminisme, sains
moden adalah perwakilan lelaki yang dipenuhi dengan eksploitasi alam semula jadi. Alam
adalah perwakilan wanita yang lemah, pasif, dan tidak berdaya. Dengan hubungan patriarchal
sedemikian, sains moden adalah refleksi sifat maskuliniti dalam menghasilkan pengetahuan
yang cenderung untuk dieksploitasi dan merosakkan.

Bertolak dari kritikan, feminis seperti Hilary Rose, Evelyn Fox Keller, Sandra
Harding, dan Donna Haraway menawarkan kemungkinan membentuk genre sains
berdasarkan nilai-nilai wanita yang anti-eksploitasi dan egalitarian. Idea ini dipanggil sains
feminis.

Kesimpulannya, feminisme dipenuhi dengan radikal, progresif, liberal dan sentris. Ia


dipenuhi dengan pergerakan dan pertentangan pendapat. Itu adalah sebahagian daripada
maksud menjadi tradisi intelektual dan pergerakan sosial.Kini feminisme berfungsi sebagai
kedua-duanya dengan daya hidup yang menarik dan monumental. Selain daripada memakan
diri mereka sendiri, feminis harus menghayati dan mengenang jasa-jasa yang telah dilakukan
oleh setiap tokoh dalam pergerakan feminisme ini, dan bersedia untuk terus memberikan
lebih banyak sumbangan.

RUJUKAN

History.com Editors. (2021, February 9). Feminism. HISTORY.


https://www.history.com/topics/womens-history/feminism-womens-history

10
Yao, P. (2021). Women, Gender, and Sexuality in China: A Brief History (1st ed.). Routledge.
Soeyono, N. N. (1996). Sejarah wanita dan perkembangan feminisme di Amerika. Fakultas
Sastra UI.
P., Schrupp, A., & Lewis, S. (2017). A Brief History of Feminism (The MIT Press)
(Illustrated
ed.). The MIT Press.
Hidayati, N. (2019). TEORI FEMINISME: SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN
RELEVANSINYA DENGAN KAJIAN KEISLAMAN KONTEMPORER. Jurnal
Harkat : Media Komunikasi Gender, 15(1), 21–29.
https://doi.org/10.15408/harkat.v15i1.10403
Aliyah, I. H., Komariah, S., & Chotim, E. R. (2018). Feminisme Indonesia dalam Lintasan
Sejarah. TEMALI : Jurnal Pembangunan Sosial, 1(2), 140–153.
History.com Editors. (2021, October 26). Women’s History Milestones: A Timeline.
HISTORY. https://www.history.com/topics/womens-history/womens-history-us-
timeline
Loxham, A. (2015b). Feminism, Time, and Nonlinear History. Rethinking History, 20(1),
134–136. https://doi.org/10.1080/13642529.2015.1065566
BENNETT, J. M. (1989). Feminism and History. Gender & History, 1(3), 251–272.
https://doi.org/10.1111/j.1468-0424.1989.tb00256.x
Bracke, M. A., Morris, P., & Ryder, E. (2018). Introduction. Translating Feminism: Transfer,
Transgression, Transformation (1950s-1980s). Gender & History, 30(1), 214–225.
https://doi.org/10.1111/1468-0424.12358

Siti Nur Faezah binti Mohamad Salleh


Tajuk: Pandangan Tokoh Terhadap Feminisme

2.3 PANDANGAN TOKOH TERHADAP FEMINISME

Kedudukan wanita Islam pada zaman Jahiliah iaitu kedatangan Islam adalah sangat
sadis. Wanita dianggap tiada hak dalam masyarakat serta dijadikan hamba. Malahan mereka
boleh diwaris seperti barang. Begitu juga keadaannya dengan kedudukan wanita di Eropah
sebelum zaman pencerahan di Eropah. Wanita tidak memiliki hak pemilikan harta seperti

11
lelaki. Hak perundangan untuk perempuan yang dizalimi sangat terbatas. Universiti di Eropah
pula tidak membenarkan perempuan mendapatkan pendidikan. Gereja pada zaman tersebut
turut mengamalkan patriarki yang mana merendahkan wanita.

2.3.1 TOKOH ISLAM

Gerakan feminisme sebenarnya telah lama dibawa oleh Islam. Fakta dan sejarah juga
membuktikan bahawa agama Islam merupakan suatu agama yang menerangkan tentang
kesetaraan hak antara lelaki dan wanita. Hak-hak tersebut termasuklah hak kewaijpan
melaksanakan ibadah dan juga hak untuk menanggung akibat daripada perbuatan mereka
sendiri. Ini bermakna wanita juga diwajibkan beribadah seperti solat lima waktu dan berpuasa
serta berhak untuk mendapat pahala atas perkara baik yang mereka lakukan dan mendapat
dosa untuk perkara buruk yang mereka lakukan. Islam bukan sahaja menjelaskan mengenai
kesetaraan hak antara lelaki dengan perempuan malahan turut mengembalikan wanita kepada
fitrahnya sebagai seorang wanita dan manusia. Sebagai contohnya, Allah telah menurunkan
satu surah yang membahaskan tentang wanita. Nama surah itu sendiri membawa maksud
wanita jika diterjemahkan kepada Bahasa Melayu daripada Bahasa Arab “An-Nisaa”. Nabi
Muhammad S.A.W. yang membawa ajaran agama Islam kemudiannya membahaskan
permasalahan wanita yang terdapat di dalam surah ini secara terperinci. Islam juga sangat
menghargai dan meletakkan darjat wanita pada satu tempat yang sangat tinggi. Ini dapat
dibuktikan apabila Allah S.W.T mencipta Nabi Adam dan kemudiannya mencipta Hawa
daripada tulang rusuk Nabi Adam untuk menyempurnakan hidup baginda dan menjadi
pasangan hidup baginda. Bukti lain bahawa Islam sememangnya agama yang membela
wanita ialah apabila adanya hukum lian yang menjaga maruah isteri yang dituduh berzina
oleh suami, hak menuntut perceraian secara khulu’ jika suami menganiaya isteri tetapi
enggan menceraikan isteri secara talak dan juga hak mendapat mahar. Islam juga sangat
bertimbang rasa dengan wanita di mana wanita diberikan keringanan dalam beribadah
contohnya wanita dibenarkan tidak berpuasa di bulan Ramadhan semasa haid namun wajib
mengqada’kan puasa tersebut mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Antara tokoh Islam yang membela wanita yang utama ialah Saidatina Aisyah, isteri
Rasulullah. Aisyah telah membicarakan mengenai keadilan terhadap hak-hak wanita 13 abad
sebelum ahli feminis baru yang bermula pada abad ke-18. (Lies Marcoes, 2020). Selain
daripada dikenali sebagai isteri baginda Rasulullah, Aisyah turut dikenali sebagai seorang

12
wanita yang berani dan berpendidikan tinggi kerana beliau merupakan seorang perawi hadis.
Perawi hadis ialah seseorang individu yang memiliki pengetahuan agama yang tinggi dan
memiliki penghafalan dan penulisan hadis secara dhabit. Kedudukan Aisyah sebagai perawi
hadis wanita jelas menunjukkan wanita juga berhak memiliki kedudukan yang sedarjat
dengan lelaki dalam menerima amanah. Aisyah juga terkenal sebagai seorang yang berani
menegakkan perkara yang dirasakan benar serta menolak perkahwinan secara paksa.

Tokoh feminisme moden, Yasmin Hanani, wanita turut mempunyai peranan mereka
yang kh usus dalam masyarakat. Pendirian masyarakat yang mengatakan wanita tidak perlu
berpendidikan tinggi kerana tetap akan menjadi seorang ibu dan isteri adalah salah. Justeru
menjadi seorang ibu itu perlu untuk memiliki ilmu pengetahuan kerana anak-anak akan
bertanya kepada ibu mereka semua perkara. Jadi sudah tentu ibu-ibu perlu mempunyai
jawapan yang berilmu dan tepat untuk persoalan anak-anak mereka. Walaupun wanita sering
dilabel sebagai makhluk yang lemah kerana lebih emosi dan lemah-lembut berbanding lelaki
namun ada sebab disebalik penciptaan wanita ayng bersifat sedemikian. Menjadi seorang ibu
memerlukan wanita memiliki sifat kasih sayang yang tinggi untuk menjaga dan mendidik
anak-anak mereka. Sungguhpun begitu, wanita diciptakan mempunyai sifat tabah dan kuat
sebagai contohnya mereka mampu mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik
anak-anak. Oleh sebab itulah mengapa Islam sangat memandang tinggi kepada wanita kerana
pergorbanan mereka yang begitu besar.

Qasim Amin (1899), seorang modenis di dalam Taḥrīr al-Mar’ah, beliau mengatakan
bahawa perempuan dan lelaki sebenarnya adalah sama dari segi kekuatan fizikal, yang
menjadikan mereka berbeza adalah kerana perempuan tidak menggunakan potensi jasad dan
akal mereka secara optimum. Kerana itu menurutnya perempuan perlu membebaskan diri
mereka daripada segala kongkongan yang membelenggu dirinya, termasuklah hijab. Hijab
yang dipaksakan ke atas wanita, menurut beliau, hanya menghalang wanita dan masyarakat
Islam daripada kemajuan dan pendidikan wanita hanya sempurna apabila mereka membuang
hijab. Qasim, sebagai seorang modenis, mempunyai kepercayaan yang mendalam terhadap
idea-idea Barat. Beliau tidak sedar bahawa apa yang dilakukannya boleh membawa natijah
yang buruk kepada masyarakat Islam. Dengan tujuan islah, beliau tanpa segan silu
mencanangkan idea-idea Barat. Qasim melihat masyarakat Barat, khususnya bangsa Anglo-
saxon sebagai model kemajuan. 

13
Fazlur Rahman (1919-1988)mengatakan bahawa lelaki dan wanita adalah setara, iaitu
suami tidak lebih berkuasa ke atas isterinya. Golongan feminis pada umumnya tidak
menerima ayat al-Qur’an yang menegaskan kepimpinan lelaki dalam rumahtangga. Mereka
lebih cenderung untuk menterjemah ‘qawwāmūn’ sebagai pencari nafkah (breadwinners).
Istilah ‘breadwinner’ ini bermasalah kerana ia telah menyempitkan peranan suami kepada
fungsi ekonomi. Perlu ditegaskan bahawa perkataan ‘qawwām’ tidak terhad kepada
pemberian nafkah, sebagaimana akan dijelaskan di bawah, lelaki menjadi pemimpin bukan
hanya kerana lelaki memberi nafkah, tetapi kerana lelaki diberi amanah dan tanggungjawab
untuk memastikan rumahtangga termasuk isterinya, dijaga dan dipelihara dengan baik
mengikut kehendak Allah. Maka ketika isteri tidak memerlukan nafkah material lelaki, tidak
bermakna isteri tidak perlu taat pada suami. Di sini jelas bahawa Fazlur Rahman telah
melakukan kesilapan apabila mengatakan bahawa ketika seorang isteri berhasil mandiri dan
memberi sumbangan kepada rumah tangga maka kuasa suami ke atasnya berkurangan.

Dalam buku Beyond the Veil (1975), Fatima Mernissi mengatakan bahawa hijab
adalah simbol penindasan ke atas kaum wanita (the veil as a tool and symbol of oppression
and subservience). Dalam bukunya yang lain, The Veil and the Male Elite, beliau
mengatakan bahawa kewajipan hijab bukan daripada Nabi, tetapi merupakan pandangan para
sahabat yang memiliki sifat membenci kaum wanita (misogynists) yang tidak ingin wanita
menjadi pemimpin masyarakat. Malah amalan hijab menurutnya adalah tradisi Arab
jahiliyyah. Sebagaimana Qasim Amin, beliau membuat kesimpulan bahawa pembebasan
wanita Islam tidak akan berlaku tanpa penolakan terhadap hijab.

Pandangan sekular terhadap hukum Islam juga terlihat dalam wacana yang
diketengahkan oleh Amina Wadud. Di dalam bukunya Qur’an and Woman (1992), Wadud
melihat bahawa wanita dalam Islam tertindas, dianggap sebagai manusia yang bertaraf rendah
(inferior), secara tabi’inya jahat, memiliki tahap intelektual yang rendah dan lemah beragama.
Semua pandangan negatif terhadap perempuan ini berpunca daripada tafsiran terhadap al-
Qur’an yang dikuasai oleh kaum lelaki. Oleh kerana itu al-Qur’an perlu ditafsirkan semula
daripada perspektif wanita, dengan mengikut kaedah hermeneutik. Beliau turut menyanggah
adanya hirarki dalam Islam. 

Sebahagian Muslim memahami agama Islam tidak secara menyeluruh. Mereka hanya
mengetahui syariat agama tetapi tidak isi kandungannya. Sebagai contohnya, masih ada

14
Muslim yang percaya wanita itu cenderung bersifat tidak baik. Hal ini adalah kerana mereka
dicipta daripada bahan yang tidak baik kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk lelaki
yang bengkok berdasarkan hadis: 

Daripada Abu Hurairah R.A:

“Saling berpesan-pesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, kerana mereka


diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok” 

(HR Imam Bukhori, Imam Muslim dan Tirmidzi)


Umat Islam keliru dalam menafsirkan hadis ini malah ada yang menggunakan dalil-
dalil sahih yang telah diseleweng maksudnya untuk membataskan gerak-geri kaum wanita
dan untuk meletakkan wanita di posisi yang lebih rendah berbanding lelaki. Oleh sebab itu,
tidak hairanlah ramai daripada kalangan umat Islam yang mempraktikkan kebiasa yang
merendahkan golongan wanita.

2.3.2 TOKOH BARAT 

Gerakan feminisme di Barat bermula pada zaman Renaissance di man ia adalah titik
tolak kepada penindasan terhadap kaum wanita pada Zaman Gelap. Penindasan terhadap
wanita sangapt membimbangkan pada waktu itu kerana pihak gereja yang berkuasa pada
waktu itu mengamalkan patriarki yang ekstrem. Bahkan pada waktu itu, wanita hanya
dianggap sebagai kelas kedua dan langsung tiada hak. Ahli falsafah Barat pada zaman ini
contohnya seperti Immanuel Kant (1724-1804) dan Jean Jacques Rousseau (1712-1778)
menyokong diskriminasi dan merendahkan martabat wanita. Sejak zaman Aristotle lagi telah
berlaku diskriminasi terhadap wanita. Menurut Aristotle, akal wanita adalah lemah dan
mereka tidak mampu untuk berfikir dengan waras dan rasional. Oleh sebab itu, Aristotle
berpendapat wanita harus dipimpin oleh lelaki. Penindasan terhadap wanita yang berlaku
pada abad pertengahan ini berakar daripada falsafah Hellenistik Barat termasuk Hellenistik
Kristian yang sememangnya memandang rendah terhadap wanita dan meneruskan
diskriminasi serta penindasan terhadap golongan wanita.

Philip J Adler (2000) menganggap wanita sebagai jelmaan syaitan dan alat syaitan
menggoda wanita. Wanita dikatakan sebagai alat syaitan untuk menggoda kerana kisah Adam

15
dan Hawa yang dihalau dari syurga kerana telah memakan buah khuldi setelah tergoda
dengan hasutan Iblis. Ada tokohyang berpendapat bahawa hanya Hawa yang memakan buah
khuldi sehingga menyebabkan semua wanita perlu menanggung dosa-dosa Hawa. Oleh sebab
itu, wanita perlu hidup dan keadaan tercalit dengan keburukan. Malahan, ada ayat-ayat dalam
kitab Bible itu sendiri merendahkan wanita. Contohnya seperti  “A man’s wickedness is
better than a woman who does good and a disgraced woman who brings shame” yang
bermaksud “Kejahatan lelaki lebih baik dari kebajikan perempuan, dan perempuanlah yang
mendatangkan malu dan nista” (Sirach, 42:14), “Sin began with a woman, and because of her
all of us die.” yang bermaksud “Permulaan dosa dari perempuan dan kerana dialah kita
semua mesti mati.” (Sirach, 25:24) dan “the women should keep silent in the churches. For
they are not permitted to speak, but should be in submission, as the Law also says.  If there is
anything they desire to learn, let them ask their husbands at home. For it is shameful for a
woman to speak in church.” yang bermaksud “Perempuan harus tutup mulut di gereja, tiada
hak untuknya bersuara dan bertanya dalam satu Jemaah. Jika harus bertanya tentang sesuatu
yang belum difahami, dia harus bertanya kepada suaminya di rumah.” (Corinthians, 14:34-
35).

Kemudian muncul golongan feminis yang memperjuangkan kebebasan dan


kemerdekaan golongan wanita daripada penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh
golongan lelaki. Penulis Inggeris, Mary Astell (1666-1731) mengungkapkan kemarahannya
berkenaan ketidakadilan yang berlaku dengan katanya: “If men are born free, how is it that all
women are born slave?” yang bermaksud “Jika para lelaki dilahirkan merdeka, mengapa pula
semua wanita dilahirkan menjadi hamba?”. Ketika Maria Theresa di Austria (1740-1780) dan
Catherine the Great di Rusia (1762-1796) menjadi ratu maka masyarakat Barat mula
membuka mata terhadap keupayaan kaum wanita. Walau bagaimanapun kaum wanita di
Barat perlu berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak mereka yang dinafikan. Pada
tahun 1792, Mary Wollstonecraft (1759-1797) menulis buku A Vindication of the Rights of
Woman yang menyatakan bahawa kemampuan intelektual wanita yang dikatakan lemah itu
adalah natijah daripada pendidikan yang tidak adil dan nilai-nilai masyarakat yang tidak
sihat. Beliau menuntut agar wanita muncul sebagai manusia yang rasional dan berdikari, yang
hanya berlaku dengan memperbaiki pandangan diri sendiri untuk lebih dihormati. Usaha
beliau ini diremehkan oleh ramai orang ketika itu. Simone de Beauvoir (1908-1986) adalah
antara feminis pertama yang menegaskan hal ini apabila berkata: “one is not born, but rather
becomes woman”, yang bermaksud “seseorang itu tidak dilahirkan dan memilih untuk

16
menjadi wanita” dan “social discrimination produces in women moral and intellectual effects
so profound that they appear to be caused by nature” yang bermaksud “diskriminasi sosial
menghasilkan kesan moral dan intelek dalam diri wanita yang begitu mendalam sehinggakan
ia kelihatan disebabkan oleh alam semula jadi”. Jika perbezaan jantina dianggap sesuatu yang
datang semula jadi oleh kerananya tidak dapat diubah, perbezaan gender pula, bagi mereka,
adalah sesuatu yang dibentuk oleh masyarakat dan oleh kerananya tidak mesti diterima.

Gerakan feminisme di Barat muncul sebagai suatu bentuk falsafah dan gerakan sosial
yang menentang dominasi lelaki dalam pelbagai aspek kehidupan yang telah menjadi suatu
bentuk penindasan terhadap golongan wanita. Wanita dianggap kelas kedua dan tiada hak
dalam masyarakat dan hanya dibebani kewajipan rumah tangga serta mengasuh anak. Isu
berkaitan feminisme yang berlaku terhadap Muslimah seperti penderaan, diskriminasi dan
gangguan seksual sering dijadikan peluang oleh tokoh Barat untuk menyerang prinsip dan
hukum Islam. Antaranya seperti dalil suami boleh memukul isteri yang nusyuz. Mereka
hanya mengambil dalil itu pada bahagian yang memberi mereka kelebihan untuk menyerang
prinsip Islam. Tetapi Islam telah menjelaskan bahawa terdapat dua lagi cara yang dituntut
agama untuk suami mengajar isteri yang nusyuz sebelum memukul, iaitu yang pertama
memberi nasihat dan sekiranya tidak berhasil, asingkan tempat tidur. Jika kedua-dua cara itu
tidak berkesan, barulah suami dibolehkan memukul isteri mereka yang nusyuz. Memukul
yang dimaksudkan itu pula pukulan yang tidak mencederakan serta bukan dilakukan di alat
sulit dan muka isteri. 

RUJUKAN

Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim. (2018). Punca Muslimah kita menjauhi misi feminisme.
BH
Online. https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/muka10/
2018/03/400768/punca-muslimah-kita-menjauhi-misi-feminisme
Heri Junaidi, Abdul Hadi. (2010). GENDER DAN FEMINISME DALAM ISLAM.
MUWÂZÂH, Vol. 2, No. 2. https://media.neliti.com/media/publications/153164-ID-
gender-dan-feminisme-dalam-islam.pdf
Latifah Ariffin. (2019). Feminisme Barat hanya memporak-perandakan. BH Online.

17
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/04/557629/feminisme-barat-
hanya-memporak-perandakan
Mana Sikana. (2021). Sastera feminisme martabatkan wanita. Sinar Harian.
https://wwtaw.sinarharian.com.my/article/168479/KHAS/Pendapat/Sastera-
feminisme-martabatkan-wani
Ni Komang Arie Suwastini. (2013). PERKEMBANGAN FEMINISME BARAT DARI ABAD
KEDELAPAN BELAS HINGGA POSTFEMINISME. SEBUAH TINJAUAN
TEORETIS. Jurnal Ilmu Sosial dan Humaniora Vol. 2, No.
1.https://media.neliti.com/media/publications/22877-ID-perkembangan-feminisme-
barat-dari-abad-kedelapan-belas-hingga-postfeminisme-sebu.pd
Norsaleha Mohd. Salleh. (2015). PENOLAKAN TERHADAP AGENDA FEMINISME DAN
LIBERALISME DI MALAYSIA. ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/287232617_PENOLAKAN_TERHADAP_
AGENDA_FEMINISME_DAN_LIBERALISME_DI_MALAYSIA
R. Rizky Suganda. P. (2011). Feminisme Dalam Pandangan Islam.
http://repository.unisba.ac.id/bitstream/handle/123456789/104/
Rizky_2011_Feminisme_menurut_Islam_SV.PDF?sequence=3&isAllowed=y
YAA Haji Othman Bin Ibrahim. (2021). Tanggungjawab Lelaki Terhadap Wanita. Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Perlis. https://jksn.perlis.gov.my/index.php/tahun-
2018/131-tanggungjawab-lelaki-terhadap-wanita
Yana Ulfah Maulina. (2020). Mengenal Asma Barlas: Tokoh Feminisme Islam dan Tahap
Pemikirannya. Bincang Muslimah.
https://bincangmuslimah.com/muslimah-talk/islam-mengajarkan-pentingnya-
mencintai-diri-sendiri-36557/
Zulfahani Hasyim. (2012). PEREMPUAN DAN FEMINISME DALAM PERSPEKTIF
ISLAM.
MUWÂZÂH, Volume. 4, Nomor. 1.
https://media.neliti.com/media/publications/153204-ID-perempuan-dan-feminisme-
dalam-perspektif.pdf

Qistina Aleesya binti Shahrul Azahar


Tajuk: Teori Feminisme (Aliran Feminisme)

18
2.4 TEORI FEMINISME (ALIRAN FEMINISME)

Tujuan teori atau aliran feminisme ini adalah untuk memperkenalkan atau
memperjelaskan tentang maksud maksud sebenar feminisme. Hal ini kerana walaupun
terdapat banyak isu berkenaan feminisme yang timbul di serata dunia, feminisme masih lagi
tidak memberikan gambaran yang jelas dan telah menyebabkan salah faham antara pelbagai
pihak. Contohnya, seperti golongan rakyat Malaysia sendiri dimana feminisme dianggap
sebagai sebuah usaha atau percaturan bagi memenangkan hak asasi kepada golongan wanita
sahaja. Oleh itu, adalah penting bahawa fakta feminisme serta alirannya diperkenalkan secara
jelas kepada masyarakat agar tidak menimbulkan perselisihan faham yang berkemungkinan
akan menyebabkan perkara yang tidak diingini kelak. 

Secara umumnya, sudah sedia maklum bahawa feminisme merupakan sebuah unsur
politik dan tidak mempunyai pemimpin yang membawa sesuatu ajaran berkaitan feminisme.
Feminisme secara am, adalah perkara yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang hendak
mempraktikkan pendekatan ini. Feminisme merupakan salah sebuah langkah atau alternatif
yang diambil oleh majoriti insan yang bergelar wanita untuk berjuang menegakkan hak dan
menyuarakan pendapat tentang ketidakadilan atau penindasan yang dihadapi daripada
golongan berlainan jantina. Namun begitu, kita juga perlulah sedar bahawa feminisme
mempunyai cabang atau aliran yang banyak. Antara isu utama feminisme yang telah berlaku
di serata dunia ialah feminisme radikal, feminisme liberal, feminisme budaya, feminisme
marxis, dan feminisme Islam. 

2.4.1 Jenis-Jenis Aliran Feminisme

1. Feminisme Radikal

Antara salah satu cabang utama dalam isu feminisme ini adalah feminisme radikal.
Menurut (“Apakah itu Feminisme Radikal?”, 2020), feminisme radikal ialah sebuah ideologi
dimana golongan yang terlibat di dalam feminisme ini bertindak untuk menentang sistem
patriarki yang dianggap mewujudkan ketidaksamaan dari segi hak, kebebasan serta
kekuasaan antara lelaki dan wanita. Kebanyakan pengikut fahaman feminisme radikal
mempunyai fikiran yang tetap bahawa berlakunya penindasan terhadap golongan wanita dari

19
pelbagai segi khususnya yang melibatkan pekerjaan. Oleh itu, feminisme radikal telah
memulakan pergerakan mereka dengan menentang segala badan kerajaan atau parti politik
dan sosial kerana anggota ini merupakan perkara yang berkait rapat dengan sistem patriarki.
Tambahan lagi, gerakan feminisme radikal ini mempunyai unsur tindakan yang lebih agresif
berbanding feminism yang lain. Menurut (Dean, 2011), feminisme radikal ini mendapat
tentangan pelbagai pihak terutamanya masyarakat yang berjantina lelaki serta masyarakat
yang beragama Islam sendiri. Hal ini kerana, pemahaman yang dapat digambarkan dari
tindakan feminisme radikal adalah lebih kepada perbuatan berat sebelah terhadap golongan
wanita berbanding lelaki. Sebagai contoh, isu yang paling jelas ialah isu sistem patriarki yang
melibatkan alam pekerjaan dimana mengikut kebiasaannya, insan-insan yang bergelar
perempuan diletakkan di bawah jawatan tertinggi yang dimiliki oleh para lelaki walaupun
mereka terbukti lebih layak menyandang jawatan tersebut. Feminisme radikal memandang
hal ini sebagai perkara yang menyinggung perasaan dan menjatuhkan martabat seorang
wanita. Oleh itu, mereka melakukan gerakan dengan harapan agar dapat menggulingkan
dasar patriarki ini dengan mewujudkan sistem yang lebih adil dan tidak dimonopoli oleh
sesuatu jantina sahaja. 

2. Feminisme Liberal

Seterusnya, aliran feminisme yang kedua adalah feminisme liberal. Jenis feminisme
ini juga merupakan sebuah perkara yang menjadi buah mulut serta isu popular dikalangan
masyarakat kerana feminisme ini berkait rapat dengan kehidupan seharian. Feminisme liberal
lebih memfokuskan kepada hak individu sebagai seorang wanita. Sebagai contoh,
memperjuangkan hak wanita untuk bersuara ketika menghadapi masalah keganasan rumah
tangga atau lebih melibatkan para lelaki dalam peranan menjaga anak-anak atau keibubapaan.
Ia juga menyokong tindakan wanita menegaskan pendirian untuk menolak hubungan seksual
serta pengguguran kerana ia berkaitan dengan anatomi tubuh seseorang. Walaupun
feminisme liberal dan radikal mempunyai persamaan dari beberapa faktor, namun feminisme
liberal tidak menolak dasar patriarki sepenuhnya. Hal ini kerana, sekiranya terdapat sebarang
organisasi yang berkaitan atau bergelar sebagai sebuah badan kerajaan misalnya seperti
NOW (National Organization for Women) yang menggalakkan tindakan untuk
menghapuskan diskriminasi antara gender, golongan yang menyokong feminisme liberal ini
akan bekerjasama untuk mencapai sasaran dan matlamat mereka agar pendapat wanita ini
mendapat perhatian di mata dunia dan mewujudkan keadilan. 

20
3. Feminisme Budaya

Selain itu, aliran ketiga di dalam teori feminisme ialah feminisme budaya. Maksud
disebalik feminisme ini adalah jelas bersempena dengan nama aliran ini iaitu berkaitan
dengan budaya. Budaya yang dimaksudkan disini bukanlah budaya yang diamalkan oleh
sesetengah kaum atau etnik, tetapi budaya juga merupakan satu adab atau sifat yang dimiliki
secara semula jadi oleh seorang wanita. Pejuang feminisme budaya ini adalah berasaskan
sebuah teori dimana mereka melihat dunia atau keadaan sekeliling berbeza dengan perspektif
seorang lelaki. Sebagai contoh, mereka percaya bahawa sekiranya dunia dipimpin dan
dimonopoli oleh pemimpin wanita, ia akan mewujudkan sebuah keadaan yang lebih aman,
peperangan (yang merujuk kepada peperangan yang sering berlaku ketika zaman dahulu
disebabkan pertelagahan pemimpin lelaki dari setiap pelosok negara) dapat dielakkan dan
memupuk semangat masyarakat yang sering prihatin terhadap sesama sendiri. Hal ini kerana,
feminisme budaya ini berkait rapat dengan sifat perempuan yang lemah lembut, bertoleransi
serta mengambil berat. Menurut Jone Johnson Lewis (2019), feminisme budaya juga adalah
fahaman berasaskan feminisme radikal dan ia turut cenderung untuk menyokong dan
menghargai kualiti yang dimiliki oleh perempuan adalah lebih baik daripada kualiti atau sifat
yang dimiliki oleh lelaki.

4. Feminisme Marxis

Di samping itu, feminisme Marxis juga memainkan peranan yang besar di dalam
aliran feminisme. Sekiranya sebelum ini kita diperkenalkan dengan teori feminisme radikal
dimana feminisme tersebut menentang dasar patriarki, feminisme Marxis pula merupakan
sebuah teori pergerakan menentang kapitalisme. Berdasarkan feminisme ini, perkara yang
dapat dinilai ialah golongan feminisme Marxis percaya bahawa perempuan yang tergolong
dalam golongan borjuis, iaitu golongan bangsawan atau atasan adalah lebih bernasib baik dan
tidak ditindas seperti para wanita dari golongan proletar (golongan orang yang mengambil
upah atau bekerja sebagai tenaga buruh). Hal ini demikian kerana, terdapat jurang yang besar
antara perbezaan taraf antara borjuis dan proletar, malah ia juga turut melibatkan isu isu
berkaitan politik, struktur sosial dan ekonomi yang berkait rapat dengan kapitalisme. Selain
itu, feminisme Marxis adalah seiring dengan penglibatan wanita di dalam perkembangan
ekonomi dimana wanita dilihat sebagai pekerja yang boleh dibayar dengan gaji rendah dan

21
sistem sosial ini menghalang kemajuan serta perkembangan potensi wanita kerana stereotaip
yang ditetapkan adalah sentiasa berkaitan dengan lelaki. Mereka juga berpendapat bahawa
melalui peranan wanita yang penting dalam ekonomi, ia telah membantu dalam
menguntungkan kapitalisme yakni tidak adil bagi wanita yang bergelar pekerja buruh di
bawah kapitalis tersebut.

  Menurut Karl Thompson (2017), feminist Marxis ini menekankan terhadap


kedudukan wanita yang kurang bernasib baik dalam faktor ekonomi adalah disebabkan dari
segi kewujudan harta persendirian serta kekurangan pemilikan alat pengeluaran mereka.
Manakala menurut Christine De Stefano (2014), tujuan feminisme Marxis adalah untuk
menghapuskan segala kategori status yang dimiliki oleh wanita sama ada yang istimewa atau
berasingan di samping menggulingkan kapitalisme. Oleh itu, feminisme Marxis ini juga
adalah jelas berpihak kepada perempuan dari golongan proletar kerana ia menunjukkan
kesetiaan terhadap perlindungan hak wanita dari golongan pekerja dan miskin. Pejuang
feminisme Marxis juga berharap agar perkembangan diri wanita secara optimum dapat
dicapai melalui kejatuhan kapitalisme serta diskriminasi antara taraf dan gender juga dapat
dihapuskan. 

5. Feminisme Islam

Akhir sekali, aliran feminisme juga terdapat dalam segi feminisme yang dikenalpasti
sebagai feminisme Islam. Mengikut Rachelle Fawcett (2013), feminisme Islam bukan
merujuk kepada feminisme yang dijalankan atau dipraktikkan oleh masyarakat Muslim
sahaja, tetapi fahaman feminisme Islam adalah berasaskan dari perkara yang melibatkan
teologi Islam sama ada secara teks atau tradisi. Ia juga menggunakan Al-Quran sebagai
sumber untuk mencapai kesaksamaan dari segenap lapisan masyarakat serta penerapan
teologi ini perlu dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, antara perbahasan
yang wujud adalah keganasan rumah tangga dimana seorang suami telah memukul isterinya.
Menurut Azizah (2018), Islam hanya membenarkan seorang suami untuk memukul isterinya
dengan syarat tidak mendatangkan kecederaan, menjatuhkan maruah dan hanya bertujuan
untuk mendidik. Hukum bagi seorang suami yang melakukan keganasan rumah tangga ialah
dayus serta boleh menjadi ikutan tidak bermoral kepada anak-anak. Berdasarkan definisi asas
ini, feminisme dengan pelbagai wajah telah dihasilkan dari pelbagai tafsiran, sukan, projek
dan personaliti.

22
Perkara yang dapat dikaitkan dengan feminisme Islam adalah Islamophobia. Hal ini
demikian kerana, walaupun terdapat sebahagian jumlah penduduk Muslim di luar negara, di
mana negara tersebut bukanlah negara Islam seperti Eropah, masalah Islamofobia masih lagi
menjadi salah satu isu utama. Menurut Mustafa (2020), Islamofobia telah dinormalisasikan
dan wanita Muslim terpaksa berhadapan dengan diskriminasi dan penyisihan sebagai cara
hidup. Mereka juga seringkali dipandang enteng oleh masyarakat kerana cara berpakaian
untuk menutup aurat iaitu tudung, purdah dan sebagainya. Namun begitu, sebagai seorang
Muslim kita perlulah tabah dalam menghadapi ujian kehidupan dan tidak melanggar perintah
Allah SWT kerana menutup aurat itu adalah perkara yang wajib. Oleh itu, jelaslah bahawa
feminisme Islam adalah gerakan feminisme yang berasaskan Al-Quran dan bertujuan untuk
memberikan keadilan kepada kaum wanita yang ditindas dari segi agama mahupun sosial.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan dan kebaikan dalam mempelajari teori


berkenaan aliran feminisme ini. Walaupun menerima banyak tentangan dari pelbagai pihak,
feminisme juga dapat mengemukakan beberapa faedah dalam kehidupan masa kini. Hal ini
kerana, walaupun dengan kehidupan di era moden, kita sebagai golongan masyarakat juga
tidak dapat menidakkan hakikat bahawa isu pembiasan gender masih lagi berlaku. Oleh itu,
melalui teori feminisme, ia dapat memberikan gambaran serta membantu untuk menghasilkan
idea bagi mengatasi masalah ketidakadilan ini terhadap generasi akan datang. 
RUJUKAN

Apa itu feminisme liberal?. (2019). Greelane.


https://www.greelane.com/ms/kemanusiaan/sejarah--kebudayaan/liberal-feminism-
3529177/
Azizah, I. (2018). Bila suami ‘angkat tangan’, ini yang perlu isteri buat. Wanista.
https://wanista.com/2018/164806/bila-suami-angkat-tangan-ini-yang-perlu-isteri-buat/ 
Dean, J. (2011). Radical feminism: what it is and why are we afraid of it. The Guardian.
https://www.theguardian.com/commentisfree/2011/feb/09/radical-feminism-assange-
case 
Fawcett, R. (2014). The reality and future of Islamic feminism. AlJazeera.
https://www.aljazeera.com/opinions/2013/3/28/the-reality-and-future-of-islamic-
feminism 
Lewis, J. J. (2019). Cultural Feminism What is the Essence of Being a Woman? .

23
ThoughtCo.  https://www.thoughtco.com/cultural-feminism-definition-3528996 
Mustafa, N. (2020). Muslim women don’t need saving. Transitional Institute. 14.
https://www.tni.org/files/publication-downloads/gendered_islamophobia_online.pdf 
Stefano, C. D. (2014). Marxist Feminism. Wiley Online Library.
https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1002/9781118474396.wbept0653 
Thompson, K. (2017). Feminist Theory: A Summary for A-level Sociology. ReviseSociology.
https://revisesociology.com/2017/02/03/feminist-theory-summary-sociology/ 

Nur Amirahsyafiqah binti Noor Azrein


Tajuk: Penerimaan Masyarakat Terhadap Feminisme 

2.5 PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP FEMINISME

Fahaman Feminisme sebenarnya sudah lama wujud dan semakin berkembang di


seluruh dunia termasuk di Indonesia dan Malaysia. Gerakan Feminisme ini merupakan salah
satu agenda musuh bagi merosakkan jatidiri dan identiti wanita muslimah dalam bentuk
serangan pemikiran mahupun seruan kebebasan. Namun begitu, gerakan Feminisme ini
sentiasa disalahfahamkan. Hal ini dikatakan demikian kerana para feminis mempunyai
pendapat yang berbeza-beza mengenai feminisme. Oleh sebab itu, definisi feminisme sentiasa
berubah-ubah sesuai dengan tindakan yang dilakukan oleh feminis itu sendiri. Sesetengah
pihak mendefinasikan gerakan feminisme sebagai aktiviti yang tidak sihat dan hanya kan
mencetuskan permusuhan di antara kaum lelaki dan wanita. Namun ada juga yang melihat
gerakan feminisme ini serupa seperti sosialisme yang tidak mengenal warna kulit dan bangsa.

Seperti di Malaysia, terdapat beberapa golongan wanita disini menolak gerakan


feminisme dan tidak menggelar diri mereka sebagai ‘feminis’ kerana menganggap konsep
feminisme ini sangat asing serta mempunyai unsur-unsur kebaratan. Gerakan Feminisme ini
dapat dilihat pada perhimpunan Hari Wanita Sedunia yang melihat pelbagai lapisan golongan
wanita berjalan dan berhimpun bagi menyuarakan isu wanita. Namun begitu, terdapat
penurunan penyertaan wanita yang bertudung berbanding pada tahun-tahun yang lalu. Hal ini

24
berlaku mungkin kerana Institusi Keagamaan di Malaysia yang menyebabkan wanita yang
bertudung tidak berani menyuarakan mengenai isu wanita.

Oleh sebab kerangka sosial dan politik Malaysia yang bersifatkan patriarki (Patriarki
adalah sebuah sistem di mana lelaki memegang tampuk kekuasan dan dominan dalam
pentadbiran manakala wanita ialah orang bawahan) dan paternalistik (Paternalistik adalah
sistem kepimpinan yang berdasarkan hubungan antara pemimpin dan yang dipimpin)
perbincangan mengenai seksualiti wanita ini telah disekat bagi sensitiviti rakyat Malaysia
sendiri. Terdapat beberapa buah buku yang telah disenarai hitamkan oleh Kementerian Dalam
Negeri Malaysia (kebanyakan daripada buku-buku tersebut adalah daripada Amerika
Syarikat) contohnya buku dari terbitan Sisters In Islam yang mengkritik mengenai poligami
serta kebebasan berpakaian bagi wanita. 

Namun jika diperhatikan keadaan semasa di Malaysia, kita sudah melantik Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Besar Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan dan
Rayuan di kalangan perempuan. Sebagai contoh, Timbalan perdana menteri perempuan.
Bahkan ramai perempuan-perempuan Muslim yang memegang jawatan-jawatan penting dan
mewakili negara di peringkat antarabangsa. Di universiti, bilangan mahasiswi lebih ramai
daripada mahasiswa dan ramai juga antara mereka yang pencapaian akademiknya lebih baik
jika dibandingkan dengan mahasiswa. Malaysia juga telah meratifikasi konvensyen
penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap perempuan (Cedaw) bahkan perkara 8
perlembagaan persekutuan menyatakan setiap orang adalah sama rata di sisi undang-undang
dan berhak mendapat perlindungan yang sama tanpa mengira kaum, agama atau jantina. Oleh
itu dapat disimpulkan bahawa penerimaan di kalangan Muslim, khususnya di Malaysia masih
pelbagai. Ada yang dengan senang hati merangkul feminisme sebagai sebahagian dari tubuh
Islam dan tidak kurang juga yang bersikap sebaliknya.

Tidak seperti di Malaysia, gerakan feminisme ini masih tetap kukuh berjuang di
beberapa buah negara seperti di negara-negara timur tengah contohnya di Iraq dan Mesir. Hal
ini berlaku kerana diskriminasi terhadap wanita di negara-negara tersebut amat berleluasa.
Terdapat separuh daripada penduduk Iraq adalah terdiri daripada kaum wanita. Bagi
masyarakat Iraq, tempat kaum wanita adalah bukan di sekolah, tempat kerja atau tempat
awam namun hanya di rumah. Namun, terdapat beberapa kaum wanita Iraq yang sudah
berani memutuskan untuk menghapuskan tradisi ini walaupun tidak ramai yang menyokong

25
konsep gerakan ini. Oleh sebab yang demikian, gerakan feminisme ini masih tetap berjuang
di Iraq walaupun kaum wanita di negara tersebut merupakan antara yang paling lemah di
dunia, dengan ketidaksamaan jantina merangkumi semua peringkat masyarakat Iraq. 

Gerakan Feminisme di Mesir juga masih berjuang. Mesir menentang sekeras-kerasnya


mengenai imperialisme dan feminisme, namun gerakan ini telah menunjukkan penglibatan
beberapa kumpulan sosial dan politik di negara itu. Perubahan kedudukan kaum wanita di
Mesir ini dipandang negatif oleh beberapa orang pihak. Contohnya Talaat Harb, seorang
Nasionalis terkemuka pada zamannya. Dalam” Tarbiyat al-mar’a wa-al-hijab 1905, beliau
mengatakan bahawa pembebasan wanita hanyalah satu plot untuk melemahkan negara Mesir
serta akan menyebarkan maksiat dan kemerosotan dalam masyarakatnya. Beliau juga
mengkritik rakyat Mesir yang mengikuti gerakan feminisme ini serta mendakwa terdapat
unsur-unsur kebaratan yang memaparkan imej negatif kedudukan wanita islam. 

Namun bukan semua pengkritik menentang sepenuhnya gerakan feminisme ini di


Mesir. Ahmad as-Sayyid iaitu merupakan salah seorang para pemimpin Nasionalis mencuba
untuk meyakinkan para pemimpin Nasionalisnya bahawa walaupun terdapat peristiwa yang
telah berlaku di Eropah di mana “akibat daripada gerakan feminisme ini, kaum wanita telah
mula berani bersaing dengan kaum lelaki dalam isu politik”, namun di Mesir kaum wanita
mereka tidak menuntut hak mereka yang akan mengganggu ketenteraman awam yang
melibatkan politik atau negara. Kaum wanita di Mesir hanyalah menuntut hak mereka untuk
pendidikan dan pengajaran bagi memenuhi keperluan masyarakat di sana. 

 Manakala di Amerika Syarikat pula, gerakan feminisme ini mempunyai pengaruh


yang sangat besar. Feminisme di Amerika Syarikat sering dibahagikan mengikut kronologi
gelombang pertama, gelombang kedua, gelombang ketiga dan gelombang feminisme
keempat.  Berbicara mengenai perempuan, Amerika Syarikat tentunya tidak dapat terlepas
dari feminisme yang berusaha memperbaiki kedudukan kaum perempuan di dalam kehidupan
masyarakat mereka. Amerika merupakan tempat lahir gerakan perempuan yang lebih dikenal
dengan feminisme. Gerakan ini diawali dengan pandangan mengenai jurang kedudukan
diantara lelaki dan perempuan. Oleh itu, terdapat berbagai-bagai cara untuk mengkaji jurang
kedudukan tersebut di sana. Terdapat sekitar enam daripada sepuluh kaum wanita di Amerika
Syarikat hari ini mengatakan bahawa gerakan feminisme ini adalah satu konsep yang baik
dan menggambarkan diri mereka yang sebenar. Secara keseluruhannya, majoriti masyarakat

26
di negara tersebut menyokong gerakan feminisme kerana menganggap gerakan ini telah
menyumbang kepada kemajuan hak kaum wanita di Amerika Syarikat. 

Kesimpulannya, masih terdapat pandangan berbeza mengenai gerakan feminisme


pada hari ini. Terdapat segelintir masyarakat yang menentang sekeras-kerasnya, ada juga
yang menyokong gerakan ini bagi memajukan kaum wanita dan ada juga yang masih tidak
berani menyuarakan pendapat mengenai gerakan feminisme ini.

RUJUKAN

Arifin, L. (2019, April 27). Feminisme Barat hanya memporak-perandakan. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/04/557629/feminisme-barat-
hanya-memporak-perandakan
Astro Awani. (2019, March 11). Menyedarkan kaum lelaki, memperkasakan kaum wanita.
Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/menyedarkan-kaum-
lelaki-memperkasakan-kaum-wanita-200747
BBC News Indonesia. (2020, October 26). “Revolusi feminis”, kaum perempuan Mesir yang
menjadi korban kekerasan seksual mulai melawan balik.
https://www.bbc.com/indonesia/dunia-54687195
Hakim, C. P. A. M. (2018, March 18). Punca Muslimah kita menjauhi misi feminisme. Berita
Harian.https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/03/400768/punca-
muslimah-kita-menjauhi-misi-feminisme
Iswara, M. A., & Susanty, F. (2021, June 16). Survei Feminisme: Tolak Label Feminis, tapi
Mendukung Isu Perempuan. tirto.id. https://tirto.id/survei-feminisme-tolak-label-
feminis-tapi-mendukung-isu-perempuan-ggLF
Khairi, N. F. (2019, March 11). “Jangan guna istilah feminisme perjuangkan hak wanita.”
Sinarharian.
https://www.sinarharian.com.my/article/17353/BERITA/Nasional/Jangan-
guna-istilah-feminisme-perjuangkan-hak-wanita
Liloia, A. (2019, August 27). Perempuan Arab Saudi sedang berjuang untuk kebebasan -
dan
kesuksesan mereka terus bertambah. The Conversation.
https://theconversation.com/perempuan-arab-saudi-sedang-berjuang-untuk-
kebebasan-dan-kesuksesan-mereka-terus-bertambah-122269

27
R. (2021, June 10). The Five Main Issues Facing Modern Feminism. New Statesman.
https://www.newstatesman.com/politics/2013/05/five-main-issues-facing-modern-
feminism
republika.co.id, berita terpopuler, berita terkini, berita terbaru, berita hari ini,. (2016, April
25).
Gerak Feminisme Awal Abad ke-20 di Dunia Islam. Republika Online.
https://republika.co.id/berita/o66jk713/gerak-feminisme-awal-abad-ke20-di-dunia-
islam
Sikana, M. (2021, October 24). Sastera feminisme martabatkan wanita. Sinarharian.
https://www.sinarharian.com.my/article/168479/KHAS/Pendapat/Sastera-feminisme-
martabatkan-wanita

Nurul Hidayah binti Hamzah & Farah Hanie binti Hamzah


Tajuk: Kesan Kewujudan Feminisme

2.6 KESAN KEWUJUDAN FEMINISME

Feminisme adalah ideologi yang bertujuan untuk mewujudkan kesaksamaan lelaki


dan wanita dalam pelbagai bidang kehidupan seharian kita. Ini termasuk perspektif politik,
sosial serta ekonomi. Feminisme telah menjadi agak popular sejak sedekad yang lalu. 

Feminisme merupakan ideologi yang bertujuan untuk mewujudkan hak yang saksama
antara lelaki dan wanita dalam pelbagai bidang kehidupan seharian kita. Hak-hak ini
termasuklah dari segi politik, sosial serta ekonomi. Fahaman ini telah berkembang luas sejak
sedekad yang lalu. Walaubagaimanapun, fahaman ini telah membawa pelbagai kesan kepada

28
individu, masyarakat dan negara. Kesan-kesan ini boleh dilihat dari segi kebaikan dan
keburukan.

Nurul Hidayah Binti Mohd Zainuzi


Tajuk : Kesan Kewujudan Feminisme (Kebaikan Feminisme)

2.6.1 KEBAIKAN

Kebaikan-kebaikan yang dibawa oleh feminisme termasuklah boleh mengukuhkan


hak asasi manusia, mengurangkan isu diskriminasi jantina, wanita mempunyai akses yang
lebih baik dalam pendidikan dan kebebasan mengundi untuk wanita.

Salah satu kebaikan yang paling penting dibawa oleh feminism adalah boleh
mengukuhkan hak asasi manusia. Hak asasi sepatutnya memberi layanan terhadap lelaki dan
wanita seadil mungkin supaya semua individu dapat menikmati peluang yang sama dalam
kehidupan tidak kira individu tersebut lahir sebagai seorang lelaki mahupun perempuan.
Gerakan feminis bertujuan untuk mencapai matlamat dalam memberi hak asasi yang
seimbang antara lelaki dan wanita dan juga memberi kesedaran tentang kepentingan isu ini.
Hal ini amat penting terutama di negara-negara yang masih mempunyai jurang yang besar di
antara kaum lelaki dan wanita di dalam setiap aspek kehidupan untuk meningkatkan peluang
yang lebih luas diberikan terhadap golongan wanita. Oleh itu, feminism dilihat sebagai satu
medium yang berkesan dalam mencapai tahap kesaksamaan yang lebih tinggi dalam
kehidupan.

               Seterusnya, kebaikan kedua yang dibawa oleh feminism termasuklah mengurangkan


isu diskriminasi jantina. Diskriminasi jantina secara amnya membawa maksud golongan
wanita dikecualikan atau kurang bernasib dalam  membuat keputusan dan kekurangan akses
kepada sumber ekonomi dan sosial. Diskriminasi jantina masih menjadi satu isu yang besar
dalam kebanyakan negara di dunia. Golongan wanita selalunya tidak dibenarkan untuk
bekerja dalam sesebuah bidang pekerjaan atau menyertai mana-mana aktiviti sosial yang
hanya dikhaskan untuk lelaki. Tambahan pula, hak keseluruhan mereka mungkin agak terhad
secara umumnya. Demi mengukuhkan hak kaum wanita, gerakan feminisme dilihat mampu
membuat perubahan yang besar memandangkan masyarakat mendapat kesedaran mengenai

29
isu diskriminasi jantina ini dan wujud toleransi yang menyeluruh dalam masyarakat kita hari
ini terhadap wanita akan meningkat dengan ketara.

Selain itu, kebaikan yang dibawa oleh feminisme termasuklah memberikan akses
yang lebih baik dalam pendidikan kepada kaum wanita. Di kebanyakan negara di seluruh
dunia, kaum wanita mendapat peluang pendidikan yang terhad . Ramai pasangan yang
mempunyai anak yang ramai tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah terutamanya dia kawasan-kawasan yang mana
masyarakatnya hidup dalam kemiskinan. Hasilnya, mereka kan membuat keputusan dalam
memilih siapa ahli keluarga yang akan diberikan peluang pendidikan dan siapa yang tidak
akan diberikan peluang ini. Di kebanyakan negara miskin, mereka tiada keselamatan sosial
dan ibu bapa akan bergantung kepada anak-anak untuk menjaga mereka apabila sudah tua.
Pada kebiasaannya, anak lelaki akan mendapat peluang untuk menerima pendidikan di
sekolah kerana mereka mampu  untuk menyara keluarga berbanding anak perempuan yang
akan merana kerana kerana tidak menerima peluang pendidikan yang sempurna. Hal ini
sangat penting untuk memberi kesedaran mengenai isu ini supaya kaum wanita juga
diberikan hak dan peluang yang sama dalam mendapatkan pendidikan untuk keluar dari
jurang kemiskinan dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

                Di samping itu, kebaikan yang terakhir dibawa oleh feminisme termasuklah
kebebasan mengundi untuk kaum wanita. Hari ini masih banyak negara yang tidak
membenarkan kaum wanita untuk turut sama mengundi dalam pilihan raya. Walhal mengundi
adalah salah satu cara yang penting untuk mencerminkan sikap politik dan mempunyai
kemampuan untuk mempengaruhi masa depan populasi tempatan dalam sesebuah negara.
Oleh hal yang demikian, amatlah penting supaya seramai mungkin individu mendapat
peluang untuk mengundi. Hal ini agar pendapat dan keperluan majoriti penduduk secara
umunya dapat dibentangkan oleh parlimen dan suara setiap individu tidak kira jantina dapat
didengari. Feminisme juga telah membantu golongan wanita dalam mendapatkan hak untuk
mengundi memandangkan mereka mempromosi kesaksamaan antara kaum lelaki dan wanita
dan peningkatan penerimaan peranan wanita dalam masyarakat. Hasilnya, kaum lelaki akan
lebih memberi peluang kepada kaum wanita untuk turut serta dalam pilihan raya.

RUJUKAN 

30
Andreas. (2021). 28 Key Pros & Cons Of Feminism. Global Awareness UG, E&C. 
https://environmental-conscience.com/feminism-pros-cons/

Farah Hanie binti Hamzah


Tajuk: Kesan Kewujudan Feminisme (Keburukan Feminisme)

2.6.2 KEBURUKAN

Jika adanya kebaikan, tentu ada juga keburukannya. Antara keburukan atau
kelemahannya ialah wanita mungkin diberi kelebihan yang tidak wajar dari pelbagai segi atau
aspek, wanita mungkin lebih diutamakan terutamanya seperti dalam kes penceraian,
ketidakpuasan hati golongan lelaki mungkin timbul dan lebih banyak wanita berkerjaya
bermakna sedikit kuantiti kanak-kanak atau generasi baharu.

Salah satu keburukan dominan feminisme ialah wanita mungkin diberi kelebihan yang
tidak wajar. Satu isu dengan feminisme adalah bahawa ia boleh membawa kepada manfaat
yang luar biasa bagi wanita, mengakibatkan keadaan di mana wanita mempunyai semua
kelebihan manakala lelaki mempunyai semua kelemahan. Sebagai contoh, jika kuota jantina
dilaksanakan, wanita boleh dinaikkan pangkat walaupun mereka kurang kompeten hanya
untuk memenuhi kuota. Terdapat kes-kes lain seperti di mana wanita mungkin disukai
manakala lelaki menderita akibatnya, dan sebagainya, feminisme menawarkan risiko bahawa
wanita mungkin mendapat kelebihan yang tidak adil dalam masyarakat kita akibat pergerakan
feminis.

Seterusnya, wanita mungkin lebih diutamakan dalam kes penceraian. Satu lagi
kelemahan atau keburukan feminisme adalah bahawa wanita sering mempunyai semua
kelebihan ketika bercerai. Lelaki sering dikehendaki membayar tunjangan bukan sahaja untuk
menyokong anak-anak mereka, tetapi juga untuk menyokong bekas isteri mereka. Tambahan
pula, sekiranya berlaku perceraian, wanita sering menerima hak penjagaan penuh anak-anak
mereka, sementara lelaki biasanya hanya dibenarkan melawat anak-anak mereka beberapa
kali setiap bulan. Dari perspektif seorang lelaki, semua ini sangat tidak adil, dan kesan politik
dan sosial perceraian mungkin berkait rapat dengan feminisme.

31
Di samping itu, ketidakpuasan hati golongan lelaki mungkin timbul, wujud, atau
muncul. Dalam bidang-bidang di mana feminisme meluas dan lelaki telah mengalami banyak
ketidakadilan akibatnya, lelaki mungkin menjadi tidak berpuas hati dengan falsafah ini.
Andaikan anda baru sahaja menceraikan isteri anda dan mesti membayar sejumlah besar
wang dalam tunjangan, sementara bekas isteri anda mungkin menjauhkan anak-anak anda
dari anda. Anda mungkin akan menjadi marah akibat ketidakadilan umum situasi, bukan?
Kesannya, feminisme dan akibatnya boleh membawa kepada tahap kerengsaan yang ketara di
kalangan lelaki yang tertakluk kepada rawatan yang tidak adil dalam banyak aspek kehidupan
mereka.

Akhir sekali ialah kurang kanak-kanak akibat lebih ramai wanita berkerjaya. Hal ini
dikatakan demikian kerana sekiranya lebih ramai wanita mengikuti kerjaya korporat, ada
besar kemungkinan masyarakat kita mungkin mempunyai anak yang lebih sedikit. Selain itu,
jika wanita diharuskan bekerja berjam-jam lamanya dalam pekerjaan yang keras, anak-anak
mereka mungkin tidak dijaga dengan efektif dan kurang mendapat perhatian atau kasih
sayang. Akibatnya, feminisme boleh membawa kepada keadaan di mana terdapat kanak-
kanak yang tidak mencukupi untuk menjaga kelangsungan sistem berfungsi semula jadi
manusia dan kanak-kanak mungkin mengalami kualiti hidup yang kurang baik kerana ibu
mereka mempunyai masa yang sedikit untuk menjaga dan mendidik mereka. Kesan ini juga
akhirnya akan membawa kepada pembantutan atau keterjejasan perkembangan generasi
baharu akibat daripada kurangnya bilangan kanak-kanak atau anak kecil. 

Kesimpulannya, adakah kita memerlukan feminisme? Kita boleh membuat satu


kesimpulan dari penjelasan sebelumnya bahawa feminisme mewujudkan beberapa kebaikan
atau faedah penting. Namun begitu, feminisme, sebaliknya, juga menunjukkan sebilangan
besar keburukan atau kelemahan utama. Secara umum, saya percaya bahawa meningkatkan
hak wanita adalah satu perkara yang positif. Walau bagaimanapun, kita mesti berhati-hati
untuk tidak pergi terlalu jauh kerana jika tidak, lelaki akan menghadapi diskriminasi yang
hebat kelak, yang tidak sepatutnya menjadi tujuan.

RUJUKAN

Andreas. (4 Ogos 2021). 28 Key Pros & Cons Of Feminism. E&C.

32
https://environmental-conscience.com/feminism-pros-cons/ 

Nur Balqis Syahirah Binti Syafiie Azad 


&
 Qistina Aleesya Binti Shahrul Azahar
Tajuk: Cara Penyebaran Gerakan Feminisme

2.7 CARA PENYEBARAN GERAKAN FEMINISME

Seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan teknologi, sedia maklum bahawa
gerakan feminisme masih lagi dipraktikkan dan berleluasa sehingga kini. Feminisme juga
bukan sahaja diamalkan oleh sesetengah pihak di sesebuah negara, malah gerakan feminisme
ini merupakan gerakan popular yang telah diimplementasikan di serata dunia. Oleh itu,
pernahkah anda berfikir bahawa bagaimanakah cara gerakan feminisme ini disebarkan
sehingga menjadi antara salah satu isu yang diperjuangkan dan diperdebatkan di persada
dunia? Untuk menjawab pertanyaan tersebut, bahagian ini akan membincang dan
menerangkan tentang langkah atau metodologi yang berperanan dalam menyebarkan gerakan
feminisme. 

Menurut Abdul Jalil (2019), Rasulullah SAW pernah bersabda,

‫ض ٌة َعلَى ُك ِّل مُسْ ل ٍِم‬


َ ‫َطلَبُ ْالع ِْل ِم َف ِر ْي‬
Artinya: “Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim.” (HR. Ibnu Majah no. 224)

Langkah yang pertama ialah, dengan memperbanyakkan aktiviti membaca atau


membuat kajian berkenaan isu feminisme. Di dalam agama Islam sendiri, amalan menuntut
ilmu itu merupakan salah satu perkara yang wajib dan hendaklah dilaksanakan oleh setiap
orang Muslim. Menurut Marsden (2020), di dalam era modernisasi ini, golongan muda masih
lagi keliru dengan pengertian feminisme dan ia akan menyebabkan mereka bersikap tidak
endah akan masalah seperti keganasan rumah tangga atau ketidakadilan terhadap jantina pada
masa akan datang sekiranya tiada kesedaran yang diberikan. Melalui dengan cara membaca,
pemahaman terhadap feminisme ini dapat ditingkatkan dan seorang individu juga dapat

33
menambah ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, feminisme merupakan sebuah gerakan dan
tidak mempunyai sebarang ajaran yang tetap. Oleh itu, selain dapat memberikan kesan
positif, ia juga dapat menimbulkan kontroversi serta permasalahan yang lain kerana ia
melibatkan hak dan jantina yang berbeza. Dengan ini jelaslah bahawa membaca dan
membuat kajian dapat meningkatkan penyebaran feminisme.

Seterusnya, langkah yang kedua ialah dengan memberikan sokongan terhadap


golongan wanita. Menurut Zalis (2019), golongan wanita seringkali menghadapi cabaran
terutamanya dalam bidang kepimpinan, oleh itu adalah penting supaya frasa ‘women support
women’ ini dipegang dan dijalankan agar dapat memberikan dorongan yang sepenuhnya agar
wanita dapat bangkit dalam merebut hak sebagai pemimpin. Melalui sokongan juga, ia dapat
memperluaskan lagi platform untuk para wanita berkongsi masalah atau pandangan dengan
individu yang menghadapi perkara yang sama. Sokongan juga dapat memberikan keyakinan
sekaligus mendorong orang ramai dengan mewujudkan peluang untuk bersuara. Oleh itu,
antara cara penyebaran feminisme adalah dengan memberikan sokongan.

Langkah ketiga, feminisme juga boleh disokong dengan membahagikan tugasan di


rumah secara adil. Hal ini demikian kerana, terdapat sebahagian kaum wanita yang terbeban
dengan kerja rumah walaupun kerja rumah bukanlah perkara yang wajib untuk dilakukan
oleh perempuan sahaja, namun stereotaip masyarakat masa kini seringkali mengaitkan
bahawa perempuan hanya perlu duduk di dapur. Menurut Sanchez (2018), ramai wanita
menghadapi tekanan dan mengakibatkan kesihatan mental mereka terganggu kerana kerja
rumah dan penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada para isteri. Oleh itu, bagi mereka
yang telah mendirikan rumah tangga, kerja rumah hendaklah dibahagikan secara sama rata
agar kesaksamaan jantina dapat dicapai.

Cara penyebaran feminisme yang keempat adalah dengan melibatkan diri dengan
aktiviti berunsurkan feminisme. Antara aktiviti yang dimaksudkan adalah dengan
menganjurkan atau menyertai kempen, menceburkan diri dalam bidang politik dan
mengadakan derma bagi badan bukan kerajaan. Aktiviti yang sedemikian berkongsi tujuan
yang jelas iaitu untuk menarik lebih ramai lagi individu serta membuka mata masyarakat
terhadap kebolehan seorang perempuan. Menurut Devaney & Crockett (2020), sumbangan
juga dapat membantu dalam memperkasakan gerakan feminisme kerana ia dapat
menyumbang kepada kos untuk menjalan perkhidmatan seperti membantu golongan pelarian

34
yang terdiri dari wanita dan kanak-kanak, sokongan kepada badan amal serta menghulurkan
bantuan kepada mangsa keganasan seksual. Dengan ini, aktiviti yang berunsurkan feminisme
juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan kegiatan feminisme. 

Seterusnya, kaedah penyebaran feminisme yang kelima ialah mendidik generasi akan
datang . Aktivis belia di seluruh dunia menggunakan kaedah ini untuk kesaksamaan jantina.
Kami boleh memastikan masa depan yang lebih baik untuk semua dengan memperkasakan
penyokong muda, dan mendidik mereka tentang hak wanita. Di Kyrgyzstan, Aigul Alybaeva
menjalankan peranannya untuk memajukan hak wanita dan kesaksamaan jantina dengan
menyokong penyertaan anak perempuannya dalam program berasaskan sekolah yang
berfungsi untuk memperkasakan gadis, menjana dialog antara generasi dan mengubah
tanggapan tentang perkahwinan kanak-kanak. Anak perempuan Aigul, Aiturgan
Djoldoshbekova, telah mengetahui tentang hak undang-undang wanita di negaranya dan ingin
meneruskan kerjaya dalam bidang undang-undang. Dia juga tahu kepentingan berkongsi
pengetahuannya dengan orang lain.

Cara penyebaran feminisme yang keenam ketahui hak dan kedudukan anda sebagai
seorang wanita. Kita semua berhak mendapat hak asasi manusia. Ini termasuk hak untuk
hidup bebas daripada keganasan dan diskriminasi untuk menikmati tahap kesihatan fizikal
dan mental tertinggi yang boleh dicapai, untuk dididik, untuk memiliki harta, untuk
mengundi, dan mendapat upah yang sama rata. Tetapi di seluruh dunia ramai wanita dan
gadis masih menghadapi diskriminasi berdasarkan jantina Ketidaksamaan jantina menyokong
banyak masalah yang menjejaskan wanita dan kanak-kanak perempuan secara tidak
seimbang, seperti keganasan rumah tangga dan seksual, gaji yang lebih rendah, kekurangan
akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan yang tidak mencukupi. Charo Mina-Rojas
ialah seorang aktivis Colombia yang bekerja tanpa jemu untuk mendidik masyarakat akar
umbi keturunan Afro Colombia mengenai Undang-undang 70 tahun 1993, yang mengiktiraf
hak budaya, wilayah dan politik mereka. Berikutan perjanjian damai bersejarah pada 2016,
yang menamatkan konflik selama lebih 50 tahun antara Kerajaan Colombia dan Angkatan
Bersenjata Revolusioner Colombia (FARC), Charo menyokong keadilan dan kesaksamaan
untuk wanita keturunan afro Colombia.

Selain itu, berkongsi dan menyertai perbualan berkaitan hal-hal feminisme juga
merupakan antara kaedah yang berkesan dalam penyebaran isu ini. Pada tahun 2017, kami

35
melihat kuasa kempen media sosial dalam mengubah sikap dan meningkatkan kesedaran.
Dengan berkongsi cerita anda dan menguatkan suara orang lain yang melakukannya, anda
boleh membuat perubahan. Misalnya, pergerakan #MeToo dan #TimesUp meningkatkan
lebih kesedaran feminisme di Amerika Syarikat, manakala aktivis di negara lain mendapati
pergerakan itu mendapat tentangan. Untuk meneruskan perkongsian, enam aktivis hak wanita
di bekas Republik Yugoslav Macedonia tampil dengan hashtag mereka sendiri dan
memulakan kempen nasional.Ana Vasileva, aktivis hak wanita dan ahli kolektif feminis,
Fight Like a Woman, dan aktivis lain memulakan gerakan sosial di Republik Yugoslav
Macedonia menentang gangguan seksual, di bawah hashtag #СегаКажувам
(#ISpeakUpNow).

Kesimpulannya, tindakan kecil pun sangat dikira dan berpotensi membuat perubahan
yang besar. Satu langkah anda ke hadapan mungkin boleh memberi inspirasi kepada beberapa
orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Mari sama-sama kita teruskan mengambil
langkah dalam menyebarkan feminisme dan berani untuk membawa perubahan mulai hari ini
dan selama-lamanya.

RUJUKAN

Amnesty International. (2021, March 5) . Women’s Rights.


https://www.amnesty.org/en/what-we-do/discriminations/womens-rights
Eight ways you can be a women’s rights advocate today, and every day. (2018, May 30). UN
Women. https://www.unwomen.org/en/news/stories/2018/3/compilation-eight-ways-
you-can-be-a-womens-rights-advocate
Jalil, A. (2019). Inilah Hadits-hadits Tentang Menuntut Ilmu itu Wajib. Detiknews. Retrieved
from https://news.detik.com/berita/d-4738905/inilah-hadits-hadits-tentang-menuntut-
ilmu-itu-wajib 
Marsden, A. (2020). The feminist movement: Why is it important to young people?. We Are
Restless. Retrieved from https://wearerestless.org/2020/07/03/the-feminist-
movement/ 
Zalis, S. (2019). Power Of The Pack: Women Who Support Women Are More Successful.
Forbes. Retrieved from https://www.forbes.com/sites/shelleyzalis/2019/03/06/power-
of-the-pack
-women-who-support-women-are-more-successful/?sh=55f545ed1771 

36
Sanchez, G. R. (2018). 10 ways to promote gender equality in daily life. Believe Earth.
Retrieved from https://believe.earth/en/10-ways-to-promote-gender-equality-in-daily-
life/ 
Devaney, S. & Crockett, M. (2020). 13 simple ways to support feminist activism on
International Women’s Day. Stylist. Retrieved from https://www.stylist.co.uk/visible-
women/feminist-activism-uk-examples-ideas-intersectional-feminism-activists-
international-womens-day/194468

Nur Amirahsyafiqah & Siti Nur Faezah 


Tajuk: Punca Wujudnya Gerakan Feminisme

2.8 PUNCA WUJUDNYA GERAKAN FEMINISME

      Pada era globalisasi ini terdapat pelbagai tren pemikiran baru yang berkembang pesat di
dalam masyarakat dan ianya bukan sahaja di Malaysia namun di seluruh dunia. Antara isu
terbesar yang sering menjadi topik utama dalam media global adalah mengenai gerakan
feminisme. Keresahan sosial bagi semua pihak, khususnya penganut Islam dan pihak
berkuasa agama akan timbul seandainya isu ini tidak dikaji dengan mendalam. Bagi
menghadapi perkembangan fahaman dan idealisme baru ini, selain bergantung kepada agensi
penguatkuasaan, kita perlu menghadapinya dari segi pemikiran dengan mengkaji serta
menganalisis mengenai situasi di sekeliling kita.

Penindasan terhadap wanita adalah salah satu punca utama wujudnya gerakan wanita
dan juga dikenali sebagai gerakan feminisme. Menurut Henry Morgan, penindasan terhadap
wanita ini telah dilakukan sejak zaman memburu dahulu kala. Pada zaman ini, lelaki lebih
banyak bekerja serta mengawal tanah. Manakala wanita hanya dianggap sebagai mesin
pembiakan dan sering dipandang rendah. Pembahagian hak pewarisan juga telah wujud pada
zaman ini. Wanita akan mewarisi hak yang lebih sedikit daripada lelaki akibat daripada
pembahagian yang tidak sama rata diantara lelaki dan wanita. Ketidaksamaan pembahagian
hak warisan ini  akhirnya menyebabkan wanita terpinggir serta sering ditindas. Pada zaman
kini masih terdapat banyak penindasan terhadap wanita kerana wanita dianggap sebagai insan
yang lemah. Faktor gender memainkan peranan di mana lelaki disifatkan sebagai seorang

37
yang gagah, tidak mudah terpengaruh dengan emosi, pantang dicabar, suka sesuatu yang
ganas dan berkeinginan untuk selalu berada di tahap yang tinggi. Manakala wanita disifatkan
subordinasi kepada lelaki, tidak suka kepada keganasan, lebih beremosi dan lebih mudah
mengalah. Oleh sebab itu wanita sering ditindas serta dipandang rendah oleh lelaki. 

      Di Malaysia, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia sehingga 2014, sebanyak 2,874
kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan, sebanyak 4,123 kes berlaku dalam tahun 2013
dan sebanyak 3,488 kes dilaporkan dalam tahun 2012. Bagi tempoh yang sama, purata kes
keganasan rumah tangga yang mangsanya adalah wanita adalah sebanyak 3,103 kes setahun.
Manakala di Amerika Syarikat pula, wanita di negara tersebut sering ditindas dari
aspek gangguan seksual. Sebagai contoh, paksaan melakukan seks. Hal ini berlaku kerana
kurang keadilan dalam menangani kes rogol di negara tersebut. Satu kempen telah diadakan
oleh wanita Amerika Syarikat iaitu “#MeToo” yang telah menjadi viral apabila terdapat
beribu-ribu wanita menggunakam sosial media dan berkongsi kisah mereka menghadapi
keganasan seksual dan penderaan. Amerika Syarikat juga menjadi salah satu negara yang
berjuang dengan gerakan feminisme bagi mengelakkan penindasan terhadap wanita di negara
itu.

      Selain itu, ketidaksamaan hak di antara lelaki dan wanita juga menjadi salah satu faktor
wujudnya gerakan ini. Hari Wanita Antarabangsa disambut bagi memberi satu peringatan
yang tepat pada masanya bahawa perbezaan jantina masih wujud di setiap negara, baik kaya
mahupun miskin, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa. Terdapat
hampir 90 peratus lelaki dan wanita memiliki semacam diskriminasi terhadap kaum hawa.
Indeks itu mengukur bagaimana kepercayaan sosial menghalang kesamarataan jantina atau
berat sebelah dalam bidang politik, pekerjaan dan pendidikan di 75 negara atau 80 peratus
penduduk dunia. Berdasarkan sumber Jabatan Perangkaan, hanya 54.7 peratus penyertaan
wanita dalam sektor pekerjaan berbanding 80.7 peratus lelaki di Malaysia. Walaupun ada
kemajuan dalam merapatkan jurang ketidaksamaan jantina dalam bidang-bidang asas seperti
pendidikan dan kesihatan namun jurang kuasa yang besar masih wujud antara lelaki dengan
wanita di Malaysia. 

      Terdapat juga diskriminasi gender di tempat kerja. Diskriminasi gender ini wujud apabila
majikan memberi layanan yang berbeza terhadap pekerja lelaki dan pekerja wanita. Isu
diskriminasi dalam dunia pekerjaan ini semakin lama semakin menjadi-jadi dan antara isu

38
diskriminasi yang menjadi tarikan utama masa kini adalah diskriminasi gender yang
membawa kepada diskriminasi terhadap wanita. Kesedaran wanita terhadap isu-isu ini
akhirnya membawa kepada kemunculan golongan feminis yang memperjuangkan hak dan
kesamarataan wanita dalam pelbagai aspek termasuk aspek pekerjaan. 

RUJUKAN

BBC News Indonesia. (2020, October 26). “Revolusi feminis”, kaum perempuan Mesir yang
menjadi korban kekerasan seksual mulai melawan balik.
https://www.bbc.com/indonesia/dunia-54687195
Diskriminasi gender di tempat kerja, Amerika Serikat. (2018, July 5). Https://Lokadata.
Beritagar.Id/.https://lokadata.beritagar.id/chart/preview/diskriminasi-gender-di-
tempat-kerja-amerika-serikat-1530695794
Liloia, A. (2019, August 27). Perempuan Arab Saudi sedang berjuang untuk kebebasan - dan
kesuksesan mereka terus bertambah. The Conversation.
https://theconversation.com/perempuan-arab-saudi-sedang-berjuang-untuk-
kebebasan-dan-kesuksesan-mereka-terus-bertambah-122269
Muhiudeen, S. (2021, March 8). Diskriminasi gender hadkan 'sokongan' wanita dalam
kerjaya.
Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2021/03/793792/diskriminasi-gender-
hadkan-sokongan-wanita-dalam-kerjaya
Zakaria, K. M. B. F. (2019, November 12). Islam kembalikan martabat wanita. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/11/516365/islam-kembalikan-martabat-
wanita
Di samping itu, gerakan feminisme juga berpunca daripada tradisi patriarki yang
ekstrem di dalam gereja pada era gelap di Eropah pada sekitar tahun 476-1050 Masihi.
Patriarki ditakrifkan sebagai satu sistem struktur dan amalan sosial di mana lelaki
mendominasi, menindas dan mengeksploitasi wanita (Walby,1990). Pada era gelap, institusi
gereja sangat berkuasa dan mereka mengamalkan tradisi patriarki ini. Era ini digelar sebagai
era gelap kerana pada waktu tersebut, tamadun Rom di Eropah mengalami kejatuhan di mana
masyarakatnya berada dalam keadaan yang mundur dan mengalami kemerosotan politik,
ekonomi dan sosial. Institusi gereja mengongkong kehidupan manusia dengan agama Kristian
dan perkara ini menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi, politik dan sosial masyarakat

39
pada era itu kerana pihak gereja hanya memfokuskan kepada kegiatan keagamaan dan ilmu
akhirat. Masyarakat tidak merasai kebebasan dan ilmu juga tidak berkembang pada masa itu.
Tradisi patriarki yang diamalkan pada era ini sangat ekstrem sehingga pihak gereja
merendahkan martabat wanita pada masa itu menyebabkan penindasan terhadap wanita
semakin buruk. Wanita pada zaman itu bahkan tidak diberikan hak dalam keluarga. Hal ini
dikatakan demikian kerana terdapat ayat-ayat dalam Bible yang merendahkan dan menindas
wanita. Sebagai  contohnya kejahatan lelaki adalah lebih baik daripada kebajikan perempuan,
dan perempuanlah yang mendatangkan malu dan nista (Sirach 42:14), permulaan dosa dari
perempuan dan kerana dialah kita semua mesti mati (Sirach 25:24) dan perempuan harus
tutup mulut di gereja, tiada hak untuknya bersuara dan bertanya dalam satu Jemaah. Jika
harus bertanya tentang sesuatu yang belum difahami, dia harus bertanya kepada suaminya di
rumah (Corinthians 14:34-35). Menurut tokoh sejarat Barat, Philip J Adller (2000), wanita itu
jelmaan syaitan dan alat syaitan untuk menggoda.
 
Akhir sekali, gerakan feminisme ini juga didorong oleh penyiasatan dan hukuman
kejam yang berlaku di dalam agama Kristian terhadap golongan Heretic. Golongan Heretic
ini ialah golongan yang sesat ataupun golongan bidaah yang mana kepercayaan agama
mereka adalah bertentangan dengan doktrin Gereja Orthodoks. Mereka turut menolak mana-
mana bahagian dogma atau kepercayaan gereja malahan pendapat mereka mengenai falsafah
dan politik juga bertentangan dengan doktrin rasmi gereja. Penyiasatan berbentuk hukuman
ini jelas menunjukkan unsur penindasan terhadap wanita di mana terdapat alat-alat hukuman
yang dicipta khas untuk menghukum dan mencederakan wanita yang mana sejarah
merekodkan kebanyakkan yang dihukum adalah golongan wanita. Antara alat yang
digunakan untuk meghukum tersebut seperti kerusi besi, dibakar di unggun api, buah pir
kesengsaraan dan pengoyak payudara. Penindasan yang melampau terhadap mereka
membuatkan golongan wanita bangkit untuk membela diri mereka daripada cengkaman pihak
gereja yang kejam. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah golongan wanita banyak yang
menyimpang dari ajaran yang dibawa gereja pada waktu itu dan ada yang menolak Bible
secara keseluruhannya kerana institusi gereja itu sendiri menyokong penindasan terhadap
mereka. Golongan wanita mula menafsir semula kitab Bible dan mengambil ayat-ayat Bible
yang tidak mendiskriminasikan golongan wanita. Golongan wanita ini kemudiannya
menerbitkan “Women Bible” untuk menuntut hak mereka yang selama ini ditindas oleh
gereja dan golongan lelaki.
 

40
Gerakan feminisme mempunyai banyak lagi aliran namun begitu ia masih berfokus
kepada satu matlamat iaitu membebaskan wanita daripada apa-apa bentuk penindasan dan
kongkongan. Namun begitu, terdapat juga ahli feminis yang bertindak ekstrem seperti
mempersoalkan ajaran dan tuntutan agama Islam kepada para Muslimah. Sebagai contohnya
pemakaian tudung yang dianggap sebagai mengongkong wanita dalam aspek pemakaian dam
membuatkan wanita Islam rimas. Golongan feminis tersebut beranggapan batas pergaulan
dalam Islam menyekat golongan wanita untuk bersosial dan menjalankan aktiviti
kemasyarakatan. Namun begitu, penindasan terhadap wanita bukanlah disebabkan oleh Islam
namun disebabkan oleh kegagalan penganut itu sendiri dalam memahami dan menjalankan
syariat agama. Jika mereka memahami syariat agama, sudah tentu mereka tidak akan rasa
terbeban untuk melaksanakannya. Sebagai contohnya jika Muslimah memahami dengan baik
hikmah disebalik syariat menutup aurat yakni seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
untuk mereka adalah bertujuan untuk melindungi mereka daripada pandangan lelaki, sudah
tentu dia tidak akan berasa rimas menutup aurat.
 
Dapat disimpulkan disini bahawa feminisme berlaku berpunca daripada penindasan
yang mereka hadapi. Namun begitu, pendapat sesetengah feminis yang ekstremis yang
mendakwa Islam menindas wanita dapat disangkal. Hal ini adalah kerana ajaran Islam itu
sendiri memartabatkan golongan wanita. Sebagai contohnya, wanita itu ditanggung oleh
bapanya semasa dia belum berkahwin dan akan ditanggung oleh suaminya setelah berkahwin,
diberikan pengecualian beribadah, bahkan apabila mereka meninggal dunia ketika melahirkan
anak, mereka dikira syahid. Sejarah turut membuktikan Islam sangat menghargai dan
memuliakan wanita contohnya seperti Ratu Arwa yang pernah memerintah Yaman. Baginda
merupakan seorang wanita yang bijaksana dan telah mendapat kepercayaan daripada
suaminya untuk memerintah setelah suaminya lumpuh. 
 
RUJUKAN

Amir MS. (2017). 15 Seksaan Dan Hukuman Zaman Dahulu Yang Sangat Kejam Terhadap
Wanita. ILUMINASI. https://iluminasi.com/bm/15-jenis-penyeksaan-paling-kejam-
pernah-dilakukan-terhadap-wanita.html
Mohammad Danial Ramli. (2018). ERA PERUBAHAN EROPAH DARI ZAMAN GELAP:
RENAISSANCE. HIJJAZ RECORDS.
https://www.popularonline.com.my/malay/catalog/
product/view/_ignore_category/1/id/101907/s/9789675391521/?did=1996
41
Mohd Roslan Mohd Nor. (2011). MENANGANI CABARAN UMAT ISLAM ERA MODEN.
Jurnal Al-Tamaddun Bil. 6.  http://eprints.um.edu.my/2650/1/JAT_Bil6_DrRoslan.pdf
Muhammad Ariffin bin Ismail. (2021). Implikasi Fahaman Persamaan Gender Terhadap
Agama: GERAKAN FEMINISME, PERSAMAAN  GENDER DAN PEMAHAMAN 
AGAMA (BAHAGIAN II). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://www.muftiwp.gov.my/en/media-menu/penerbitan/suara-pemikir/2155-
gerakan-feminisme-persamaan-gender-dan-pemahaman-agama-bahagian-1
Nadya Karima Melati. (2019). Apa yang Perlu Diketahui Tentang Dasar-Dasar Feminisme.
Bakti News, Perempuan dan Perlindungan Anak Edisi 159.
https://baktinews.bakti.or.id/artikel/apa-yang-perlu-diketahui-tentang-dasar-dasar-
feminisme 
Norsaleha Mohd. Salleh. (2015). PENOLAKAN TERHADAP AGENDA FEMINISME DAN
LIBERALISME DI MALAYSIA. ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/287232617_PENOLAKAN_TERHADAP_
AGENDA_FEMINISME_DAN_LIBERALISME_DI_MALAYSIA
Queency Christie Wauran. (2016). Teologi Feminis Kristen. ResearchGate
https://www.researchgate.net/publication/291830685_Teologi_Feminis_Kristen
Redaksi Dalam Islam. (2021). 12 Bukti Islam Memuliakan Wanita Berdasarkan Sudut
Pandang Al-Qur’an dan Hadist. Kajian islam, kemuliaan wanita, wanita dalam
islam. https://dalamislam.com/hukum-islam/wanita/bukti-islam-memuliakan-wanita
Sejarah Tingkatan 4. (2009). Ciri-Ciri Zaman Gelap.
http://sejarahform4.blogspot.com/2009/05/ciri.html 
Umar Mokhtar. (2021). Kemunculan gerakan Feminisme: Harakah Daily.
https://harakahdaily.net/index.php/2021/03/16/kemunculan-gerakan-feminisme/

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, fahaman feminisme telah berkembang luas dan mempunyai pengaruh


yang besar di seluruh dunia. Fahaman ini telah berkembang kepada pelbagai aliran dan
melalui beberapa gelombang seiring dengan peredaran zaman. Feminisme dilihat mempunyai
matlamat yang jelas dalam menegakkan hak-hak wanita dan menghapuskan diskriminasi
jantina dalam masyarakat. Fahaman ini juga telah menerima banyak pandangan dan kritikan

42
dari pelbagai pihak termasuklah para tokoh falsafah memandangkan ia berkait rapat dengan
falsafah hidup manusia pada hari ini. Walaubagaimanapun, fahaman ini juga membawa kesan
yang besar termasuklah membawa banyak kebaikan serta keburukan kepada individu, negara
dan masyarakat. Melalui kertas kerja ini, kita dapat menghuraikan dan melihat lebih jauh
cabang-cabang serta perkembangan fahaman feminisme dalam masyarakat kita pada hari ini.

4.0 LAMPIRAN

Immanuel Kant, 2 December 2021


Tokoh Feminisme Barat

43
Jacques Rousseau, 2 December 2021
Tokoh Feminisme Barat

Aristotle, 2 December 2021


Tokoh Feminisme Barat

Catherine The Great, 2 December 2021


Tokoh Feminisme Barat

Maria Theresa, 2 December 2021


Tokoh Feminisme Barat

44
Mary Astell, 2 December 2021
Tokoh Feminisme Barat

Mary Wollstonecraft, 2 December 2021


Tokoh Feminisme Barat

Simone de Beauvoir, 2 December 2021

45
Tokoh Feminisme Barat

Yasmin Hanani, 2 December 2021


Tokoh Feminisme Islam

Qasim Amin, 2 December 2021


Tokoh Feminisme Islam

Fazlur Rahman, 2 December 2021


Tokoh Feminisme Islam

46
Fatima Mernissi, 2 December 2021
Tokoh Feminisme Islam
 

Amina Wadud, 2 December 2021


Tokoh Feminisme Islam

47

You might also like