Peperiksaan Ptpo BHGN III Sept.2016

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

SULIT

LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN
PEMBANTU TADBIR
(PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
BILANGAN 2 TAHUN 2016

KOD BAHAGIAN SEKSYEN

7101C III -

PERINTAH AM,
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM DAN
ARAHAN PERBENDAHARAAN

(SOALAN ANEKA PILIHAN)

TARIKH 20 SEPTEMBER 2016 (SELASA)


MASA 1 JAM

Buku soalan ini mengandungi 15 muka surat


Jangan buka buku soalan ini sebelum diarahkan

SULIT
7101C

LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM


PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR
(PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 BILANGAN 2 TAHUN 2016

BAHAGIAN III – PERINTAH AM, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM


DAN ARAHAN PERBENDAHARAAN

JANGAN BUKA BUKU INI SEHINGGA DIARAHKAN

1. Buku ini mengandungi 40 soalan Aneka Pilihan.

2. Tiap-tiap soalan mempunyai empat pilihan jawapan berhuruf A, B, C dan D.


Pilih satu jawapan sahaja bagi tiap-tiap soalan. Tanda semua jawapan anda
dalam kertas jawapan soalan aneka pilihan (borang komputer) yang diedarkan
berasingan oleh Ketua Pengawas. Untuk menandakan kertas jawapan anda
ikutilah contoh di bawah ini:-

Contoh Soalan: Peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Arahan


Perbendaharaan adalah berkaitan dengan urusan
pengendalian:
A. pencen.
B. kewangan.
C. cuti.
D. tatatertib.
Contoh jawapan: A  C D

Dalam contoh ini, jawapannya ialah ‘kewangan’ yang berhuruf ‘B’. Oleh yang
demikian, untuk soalan ini ruang pada huruf ‘B’ perlu dihitamkan seperti dalam
contoh jawapan di atas dengan menggunakan pensil 2B atau BB.

3. Anda hendaklah memikirkan dengan teliti ketika memilih jawapan anda. Jika
anda hendak menukarkan sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih tanda
yang tidak dikehendaki itu dan kemudian hitamkan pilihan anda yang baru.

4. Sila ambil ingatan kepada perkataan-perkataan yang dihitamkan seperti


kecuali, tidak dll. yang digunakan dalam soalan, oleh sebab perkataan-
perkataan ini digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.

5. Calon dibenarkan merujuk kepada buku Perintah Am, Peraturan-Peraturan


Pegawai Awam dan Arahan Perbendaharaan. (buku-buku panduan, slaid dan
nota-nota tidak dibenarkan)

6. Calon diminta mematuhi semua peraturan peperiksaan.

7. Calon tidak dibenarkan meniru atau berbincang di antara satu dengan yang
lain. Calon yang melanggar peraturan boleh DIKENAKAN salah satu daripada
TINDAKAN di bawah atau ketiga-tiganya sekali:
a) DISINGKIRKAN daripada peperiksaan;
b) Kertas jawapan calon tersebut dianggap GAGAL ; dan
c) Diambil TINDAKAN TATATERTIB berdasarkan perbekalan-perbekalan
di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.

8. Pastikan kertas jawapan calon dan buku soalan diserahkan kepada Ketua
Pengawas/Pengawas sebelum meninggalkan dewan peperiksaan.

“SELAMAT MAJU JAYA”


SULIT 7101C

1. Kemudahan berikut hanya diberikan kepada pegawai yang baru


pertama kali dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

A. Elaun Makan dan Elaun Harian

B. Bayaran sewa hotel

C. Tambang perjalanan dari rumah ke tempat melapor diri


bertugas

D. Semua elaun dan kemudahan pegawai yang menjalankan


tugas rasmi

2. Berikut adalah jenis-jenis rumah Kerajaan KECUALI

A. Rumah Khas Jabatan

B. Rumah Khas Jawatan

C. Rumah Khas Kerajaan

D. Rumah Biasa Kerajaan

3. Berapakah maksimum Cuti Sakit yang boleh diluluskan oleh


seseorang ketua jabatan dalam satu-satu tahun?

A. 30 hari.

B. 60 hari.

C. 90 hari.

D. 120 hari.

1
SULIT
SULIT 7101C

4. Dato’ Azizah mendapati seorang pegawainya, Puan Halina telah


mengambil cuti sakit melebihi empat puluh lima (45) hari setiap tahun
selama tiga (3) tahun berturut-turut. Mengikut peraturan yang berkuat
kuasa, Dato’ Azizah boleh

A. melaporkannya kepada Lembaga Tatatertib.

B. melaporkannya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

C. membersarakan pegawai atas sebab-sebab kesihatan.

D. mengarahkan pegawai diperiksa oleh Lembaga Perubatan.

5. Tempoh yang dibenarkan untuk pegawai yang tinggal di Rumah Khas


Jabatan dikehendaki mengosongkan rumah tersebut di akhir pegawai
bekerja ialah

A. selama 7 hari sahaja.

B. tidak lebih daripada 20 hari.

C. selama 25 hari sahaja.

D. tidak lebih daripada 30 hari.

6. Jenis hukuman tatatertib yang TIADA dalam Peraturan-peraturan


Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ialah

A. amaran.

B. denda.

C. surcaj.

D. lucut hak emolumen.

2
SULIT
SULIT 7101C

7. Encik Shazmin yang ditawarkan jawatan Pembantu Tadbir


(Perkeranian/Operasi) dikehendaki membuat Akuan Berkanun di
hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Tujuannya adalah untuk memastikan
beliau

A. tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

B. sanggup bekerja lebih masa apabila keadaan memerlukan.

C. sanggup berkhidmat dengan kerajaan secara sepenuh masa.

D. tidak membocorkan rahsia kerajaan kepada musuh negara.

8. Dalam tuntutan lebih masa, takrif ‘Kerja Siang’ bermaksud giliran


bertugas tambahan yang dibuat antara waktu

A. 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

B. 7.00 pagi hingga 10.00 malam.

C. 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

D. 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

9. Cuti yang tidak melayakkan pegawai dibayar gaji penuh adalah

A. Cuti Rehat.

B. Cuti Haji kali kedua.

C. Cuti sakit barah melebihi 24 bulan

D. Cuti Bersalin tidak melebihi 300 hari sepanjang perkhidmatan.

3
SULIT
SULIT 7101C

10. Pilih kenyataan yang tidak benar di bawah ini mengenai tuntutan
Elaun Makan iaitu

A. elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan


disediakan.

B. menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabat bagi tempoh 24


jam atau lebih layak menuntut Elaun Makan.

C. elaun makan boleh dituntut untuk masa bertugas yang


melebihi empat (4) bulan terus menerus.

D. sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan,


pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak
disediakan.

11. Bapa mentua Encik Hafizal telah meninggal dunia pada pukul 6
petang hari Jumaat. Kenyataan yang benar berkenaan kemudahan
Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian bapa mentua Encik Hafizal
ialah beliau

A. tidak layak mendapat Cuti Tanpa Rekod.

B. layak mendapat Cuti Tanpa Rekod bermula pada hari Jumaat.

C. layak mendapat Cuti Tanpa Rekod pada hari Sabtu, Ahad dan
Isnin.

D. perlu membuat permohonan dengan Ketua Jabatan sebaik


sahaja menerima berita kematian.

4
SULIT
SULIT 7101C

12. Pegawai perlu mengemukakan bukti kepada Ketua Jabatan


sekiranya jatuh sakit dan tidak dapat hadir ke pejabat. Salinan bukti
tersebut merupakan

A. Sijil Sakit.

B. Sijil Rehat.

C. Cuti Rehat.

D. Resit Bayaran Hospital.

13. Elaun-elaun berikut layak dituntut oleh pegawai apabila pegawai


yang berkhidmat di Semenanjung menghadiri mesyuarat selama dua
(2) hari di Sabah KECUALI

A. Elaun Lojing

B. Elaun Makan

C. Elaun Wilayah

D. Bayaran Sewa Hotel

14. Seseorang pegawai awam perlu mengisytiharkan perolehan atau


pelupusan harta pegawai dan keluarganya, KECUALI

A. Suami

B. Isteri

C. Anak

D. Ibu Bapa

5
SULIT
SULIT 7101C

15. Seseorang pegawai yang akan menjalankan tugas rasmi diluar ibu
pejabat layak membuat permohonan wang pendahuluan diri tidak
melebihi

A. tuntutan hitungan kilometer yang layak dituntut.

B. Elaun Makan dan Elaun Harian yang layak dituntut.

C. Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Harian yang layak dituntut.

D. Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel yang layak dituntut.

16. Encik Rashid yang mendiami rumah Kerajaan enggan


mengosongkan rumah tersebut walaupun rumah yang dibelinya
melalui Pinjaman Perumahan Kerajaan yang jaraknya kurang
daripada dua puluh lima (25) kilometer telah siap dibina. Encik
Rashid boleh dikenakan

A. sekali ganda sewa bulanan.

B. 2 kali ganda sewa bulanan.

C. 3 kali ganda sewa bulanan.

D. 4 kali ganda sewa bulanan.

17. Cik Rozalin baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir


(Perkeranian/Operasi) Gred N19 pada 31 Julai 2016. Bilakah tarikh
pergerakan gaji tahunan beliau?

A. 1 Januari

B. 1 April

C. 1 Julai

D. 1 Oktober

6
SULIT
SULIT 7101C

18. Encik Hussein yang menduduki sebuah Rumah Khas Jawatan akan
bersara wajib pada akhir bulan September 2016 perlu
mengosongkan rumah tersebut selepas persaraannya. Walau
bagaimanapun, beliau masih dibenarkan mendiami rumah tersebut
sehingga 30 hari lagi jika

A. beliau tidak mendapat rumah yang sesuai.

B. pegawai penggantinya belum bersedia untuk berpindah.

C. beliau berada di luar negara sebelum tamat perkhidmatannya.

D. tiada pegawai lain yang berhak mendiaminya atau pengganti


beliau belum melaporkan diri.

19. Seorang pegawai boleh mendapat Cuti Tidak Berekod dalam


keadaan berikut

i. menjaga anak yang sakit.

ii. menyertai latihan pasukan sukarela.

iii. menghadiri Peperiksaan Perkhidmatan.

iv. menghadiri Program Transformasi Minda.

A. ii dan iii

B. iii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. i, ii, iii dan iv

7
SULIT
SULIT 7101C

20. Lembaga Perubatan boleh dipanggil dalam keadaan-keadaan berikut


KECUALI

A. Kesiuman otak pegawai diragui

B. Disahkan menghidap penyakit kusta

C. Disahkan menghidap penyakit barah

D. Keluarga pegawai tercedera semasa bertugas

21. Apakah elaun yang layak dituntut oleh pegawai awam yang
diarahkan bertugas di luar Ibu Pejabat melebihi 8 jam tetapi
kurang dari 24 jam?

A. Elaun Harian

B. Elaun Makan

C. Elaun Lebih Masa

D. Elaun Tugas Luar

22. Pegawai berikut yang diarah bekerja lebih masa tidak layak untuk
mendapat Bayaran Lebih Masa iaitu Pegawai Kumpulan Sokongan
yang

A. bertugas di pejabat.

B. diberi Cuti Gantian.

C. berkelayakan diploma.

D. bertugas di luar ibu pejabat.

8
SULIT
SULIT 7101C

23. Pegawai dibenarkan mengumpul cuti rehat bagi tujuan pemberian


wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan ia adalah
tertakluk kepada had maksima

A. 60 hari.

B. 90 hari.

C. 120 hari.

D. 150 hari.

24. Kenyataan tidak benar berhubung dengan rumah bagi pegawai


perkhidmatan awam ialah

A. Kerajaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan rumah


bagi pegawai Kerajaan.

B. Kerajaan boleh mengarah pegawai mengosongkan rumah


Kerajaan pada bila-bila masa.

C. rumah Kerajaan yang diperuntukkan jika tidak diduduki dalam


tempoh 30 hari boleh ditarik balik.

D. Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai berpindah ke


rumah Kerajaan demi kepentingan perkhidmatan.

25. Pegawai dan keluarga layak mendapat rawatan dan ubat percuma di
hospital Kerajaan. Tafsiran ‘keluarga pegawai’ tidak termasuk

A. suami atau isteri.

B. ibu bapa pegawai.

C. abang dan adik pegawai.

D. anak-anak pegawai di bawah umur 18 tahun.

9
SULIT
SULIT 7101C

26. Kerja lebih masa yang layak mendapat Bayaran Lebih Masa adalah
kerja-kerja yang dijalankan apabila memenuhi syarat-syarat kerja
seperti berikut.

i. Kerja-kerja kecemasan.

ii. Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa yang tidak
terhad.

iii. Kerja-kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan kepada


hari-hari berikutnya.

iv. Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi


daripada bidang tugas biasanya.

A. i dan ii

B. iii dan iv

C. i, iii dan iv

D. i, ii, iii dan iv

27. Tempoh maksimum hukuman tangguh pergerakan gaji yang boleh


dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib adalah

A. enam (6) bulan.

B. sembilan (9) bulan.

C. dua belas (12) bulan.

D. lima belas (15) bulan.

10
SULIT
SULIT 7101C

28. Seseorang pegawai layak untuk mendapatkan kemudahan rawatan


bagi ibu bapa mereka yang sah. Ibu bapa yang sah ditakrifkan
sebagai

i. Ibu bapa kandung

ii. Ibu bapa tiri

iii. Ibu bapa mentua

iv. Ibu / bapa saudara.

A. i dan ii

B. ii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. i, ii, iii dan iv

29. Ketua Pembantu Tadbir yang diarah menyelia kerja lebih masa
kakitangan bawahannya

A. layak mendapat Bayaran Lebih Masa.

B. tidak layak mendapat Bayaran Lebih Masa.

C. layak mendapat Bayaran Lebih Masa setengah daripada kadar


kakitangan bawahannya.

D. tidak layak mendapat Bayaran Lebih Masa untuk tempoh 1/3


waktu kerja lebih masanya.

11
SULIT
SULIT 7101C

30. Di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan


Tatatertib) 1993, ‘GAJI’ bermaksud

A. gaji pokok seseorang pegawai.

B. gaji bersih termasuk elaun pegawai.

C. gaji pokok termasuk elaun pegawai.

D. gaji bersih tidak termasuk elaun pegawai.

31. Bagi semua bil yang tidak melebihi RM500.00, jabatan yang
melakukan perbelanjaan hendaklah membuat bayaran
menggunakan

A. panjar gaji.

B. panjar unit.

C. panjar wang runcit.

D. panjar seperdua belas

32. Encik Ihsan seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 di


Kementerian XYZ bercadang untuk bertanding jawatan Ketua
Pemuda dalam pemilihan Parti Politik di kawasan kediamannya.
Beliau hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada

A. Ketua Setiausaha Negara.

B. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

C. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya.

D. Ketua Setiausaha Kementerian XYZ.

12
SULIT
SULIT 7101C

33. Pegawai awam yang belum disahkan dalam perkhidmatan boleh


meletakkan jawatan dengan memberi

A. 30 hari notis atau membayar 1 bulan gaji sebagai ganti notis.

B. 30 hari notis atau membayar setengah bulan gaji sebagai ganti


notis.

C. 30 hari notis dan membayar 1 bulan gaji sebagai ganti notis.

D. 30 hari notis tanpa membayar 1 bulan gaji sebagai ganti notis.

34. Siapakah yang boleh menandatangan Pesanan Tempatan Kerajaan?

A. Ketua Pusat Tanggungjawab.

B. Pemegang Waran Peruntukan.

C. Pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Jabatan.

D. Pegawai yang diberi kuasa oleh Pegawai Pengawal.

35. Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai yang


telah berjaya menyelesaikan tempoh percubaan asalnya atau yang
dilanjutkan adalah pada

A. sebulan selepas tarikh pegawai itu mematuhi semua syarat


yang ditetapkan.

B. hari pertama selepas tarikh pegawai itu mematuhi semua


syarat yang ditetapkan.

C. genap setahun selepas tarikh pegawai itu mematuhi semua


syarat yang ditetapkan.

D. bila-bila masa selepas tarikh pegawai itu mematuhi semua


syarat yang ditetapkan.

13
SULIT
SULIT 7101C

36. Pembayaran-pembayaran dalam bentuk cek dan wang tunai yang


dibuat kepada Jabatan-jabatan Kerajaan hendaklah dimasukkan ke
dalam bank. Amaun tiap-tiap satu masukan hendaklah dicatatkan
dalam

A. Fail.

B. Buku Tunai.

C. Daftar Borang Hasil.

D. Borang Penyata Bulanan.

37. Semua pegawai awam dikehendaki bekerja dan hadir di pejabat


dalam waktu yang ditetapkan. Waktu tersebut dinamakan

A. Waktu Pejabat.

B. Waktu Rasmi Pejabat.

C. Waktu Urusan Rasmi.

D. Waktu Bekerja Pejabat.

38. Setiap Pemungut mestilah menyelenggara satu daftar yang


menunjukkan semua wang tunai dan cek terbuka yang dikeluarkan.
Daftar tersebut dikenali sebagai

A. Daftar Pemungut.

B. Daftar Pembayaran.

C. Daftar Borang Hasil.

D. Daftar Simpan Selamat.

14
SULIT
SULIT 7101C

39. Perkhidmatan pembersihan pejabat yang dianggarkan bernilai


RM39,000.00 untuk tempoh 2 tahun hendaklah di buat secara

A. Tender.

B. Sebut harga.

C. Tender Terhad.

D. Pembelian Terus.

40. Perkara-perkara berikut boleh menyebabkan seseorang pegawai


awam ditamatkan dalam perkhidmatan KECUALI

A. Gagal mengisytiharkan harta.

B. Gagal dalam tapisan keselamatan.

C. Menyembunyikan maklumat kesihatan.

D. Mengemukakan kelayakan akademik palsu.

EMBARGO
Tidak boleh dikeluarkan semula tanpa kebenaran
@ Hak Kerajaan Malaysia 2016

15
SULIT

You might also like