Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1103/1

Bahagian A
[30 markah]

Baca e-mel daripada rakan anda dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab e-mel tersebut. Tulis e-mel
anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Daripada : Johari_diah@gmail.com
Kepada : nurul_hanania@yahoo.com
Perkara : Sukan tahunan di Kawasan kediaman

Sahabatku, Hanania.
Apa khabar? Semoga awak berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga.

Saya mendapat tahu bahawa sukan tahunan telah diadakan di kawasan kediaman awak baru-baru
ini.

Oleh itu, saya ingin mengetahui kesan-kesan positif daripada penganjuran hari sukan tersebut.

Saya berharap awak dapat menjelaskannya kepada saya.

Yang benar,
Johari Diah

Memupuk Mencungkil
Semangat bakat baharu
Hari Sukan
kesukanan dalam sukan

Memupuk perpaduan
kaum
1103/1

Bahagian A
[30 markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga
500 patah perkataan

Domain Awam
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia haruslah kukuh supaya negara dapat pergi lebih
jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia merupakan
masyarakat yang berbilang kaum. Oleh itu, harus ada satu aktiviti yang berfaedah untuk
merapatkan persefahaman antara kaum. Antaranya, aktiviti gotong royong kerana mampu
membentuk masyarakat yang Bersatu padu dan semangat bantu-membantu semasa
membersihkan taman permainan, longkang ataupun rumah ibadat.

Sumber: BH, 01 September 2017,


Wujudkan Perpaduan dengan sehati sejiwa.

Petikan di atas menyatakan bahawa rakyat Malaysia seharusnya mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Pelbagai usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk
semangat perpaduan.
Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana bagi mengalakkan masyarakat
mengukuhkan perpaduan. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Langkah-langkah Memperkukuh Perpaduan
dalam Masyarakat Berbilang Kaum’.

“Statistik ini menunjukkan kita harus prihatin terhadap murid-murid yang bakal meninggalkan
sekolah kerana mereka ialah golongan yang sering menjadi mangsa kemalangan selepas
memasuki alam pekerjaan. Saya melihat pelbagai pengisian termasuk penerangan titik buta
kenderaan berat dan bahaya terlalu dekat dengan kenderaan berat amat penting untuk
diketahui oleh pengguna jalan raya, sekali gus dapat mengelak sebarang risiko,” katanya

Sumber: BH Online, 21 Ogos 2019

Domain Peribadi
Sebagai respons terhadap keterangan di atas, setiap individu perlu memainkan peranan untuk
menjaga keselamatan diri di jalan raya.
Jelaskan peranan-peranan tersebut.
1103/1

Domain Pendidikan

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mengatakan bahawa kesedaran generasi baharu terhadap
kepentingan sejarah boleh disifatkan hanya bermusim kerana kebiasaannya ramai akan mula mengambil
kisah mengenainya hanya menjelang tarikh penting tertentu seperti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Kesannya, generasi muda yang diharapkan menjadi pewaris masa depan dikatakan mempunyai
pengetahuan yang amat cetek mengenai negara sendiri lantaran kurangnya minat untuk menghayati
sejarah tanah air.

(Sumber: BHarian.com.my, 3 Oktober 2018)

Berdasarkan pendapat tersebut, pihak sekolah khususnya guru sejarah perlu mengajarkan mata
pelajaran ini dengan lebih berfokus kerana banyak kemaslahatannya.
Huraikan kepentingan mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam kalangan murid di sekolah.

Domain Kerjaya
Kementerian Pembangunan Usahawan menyediakan pelbagai sokongan dan bantuan kepada usahawan
Bumiputera berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Walau bagaimanapun tiada lagi pemberian
geran percuma sepenuhnya akan diberikan. Usahawan terbabit dilatih dan diberi bimbingan ketika
kursus untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan mereka.

(Dipetik dan diubah suai daripada, “Kerajaan Sedia Pelbagai Sokongan,


Bantuan untuk Uahawan B40”, www.brhrian.com.my. 5 Disember 2019.

Petikan di atas menyatakan komitmen kerajaan menghulurkan bantuan kepada usahawan tempatan
agar dapat menggalakkan lebih ramai warga Malaysia menceburi bidang keusahawanan dari semasa
ke semasa.
Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seorang usahawan untuk berjaya.

You might also like