Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2018


SEMESTER 2 TAHUN 4

KOD KURSUS : KKWK 3013

NAMA KURSUS :

KEUPAYAAN KEWANGAN

TUGASAN 2 :

PORTFOLIO KEWANGAN

Nama Pelajar : NOR SYAHIDAH BINTI ANUAR


Angka Giliran : 2018312340008
No. Kad Pengenalan : 991004-12-6840
Kumpulan/Unit : PISMPPI 1618
Nama Pensyarah : ENCIK ABDUL RAHIM BIN ROSLIE
Tarikh Hantar : 07 DISEMBER 2021

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan dimaklumkan tentang
kerja kursus oleh pensyarah.

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

1
1.0PENGENALAN ................................................................................................................ 3
2.0 PENGENALAN PERNIAGAAN ...................................................................................... 4
2.1 PENGENALAN SALON KECANTIKAN “ AZS HAIR SALON” ....................................... 4
4.0 PENILAIAN TRENDA ..................................................................................................... 6
5.0 DESKRIPSI PERNIAGAAN ............................................................................................ 7
5.1 NAMA PERNIAGAAN .............................................................................................................. 7
5.2 LOKASI ....................................................................................................................................... 7
5.3 SASARAN PELANGGAN ....................................................................................................... 8
5.4 WAKTU OPERASI .................................................................................................................... 8
5.5 JENIS PERNIAGAAN .............................................................................................................. 9
5.6 ALAMAT PERNIAGAAN, OBJEKTIF, JENIS PERNIAGAAN,PEKERJA DAN
PERKHIDMATAN ............................................................................................................................ 9
5.7 MOTTO AZS HAIR STYLISH.................................................................................................. 9
5.8 JUSTIFIKASI PEMILIHAN SALON KECANTIKAN RAMBUT........................................ 10
5.9 PENILAIAN PERNIAGAAN .................................................................................................. 10
6.0 LATAR BELAKANG PEMILIK PERNIAGAAN AZS HAIR STYLISH ........................... 11
6.1 LATAR BELAKANG PEKERJA AZS HAIR STYLISH ..................................................... 12
7.0 RANCANGAN PENGURUSAN PERNIAGAAN ............................................................ 13
7.1 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB .................................................................................... 13
7.2 CARTA ALIR PENGURUSAN PEMBUKAAN AZS HAIR STYLISH ........................ 14
8.0 RANCANGAN OPERASI.............................................................................................. 14
8.1 CARTA ALIRAN PROSES PERKHIDMATAN AZS HAIR STYLIST ............................. 14
8.2 SENARAI ASET TETAP (MESIN, PERABOT DAN ALAT KELENGKAPAN)............. 15
8.3 UTILITI ...................................................................................................................................... 15
9.0 RANCANGAN PERMASARAN PERNIAGAAN............................................................ 16
9.1 STRATEGI PEMASARAN................................................................................................ 16
9.2 PERKHIDMATAN DAN HARGA .......................................................................................... 17
10.0 RANCANGAN KEWANGAN PERNIAGAAN .............................................................. 18
10.1 MODAL DAN SUMBER PEMBIAYAAN ........................................................................... 18
10.2 KOS PELAKSANAAN ......................................................................................................... 18
10.3 INSURANS............................................................................................................................ 21
11.0 ANGGARAN JUMLAH UNTUNG PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ....................... 21
13.0 KESIMPULAN ............................................................................................................ 29
14.0 RUJUKAN .................................................................................................................. 30

2
1.0 PENGENALAN

Pengurusan kewangan merupakan aspek yang penting yang mana dengan kewujudannya ia
dapat membantu untuk memenuhi keperluan serta kehendak seharian kita. Bukan sahaja itu,
ia juga sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan masing-
masing tidak kira sama ada kaya atau miskin. Seperti yang kita sedia maklum, pengurusan
kewangan membawa maksud perancangan dan pengawalan aset-aset serta hal ehwal
kewangan yang merangkumi perbelanjaan,pendapatan dan risiko. Namun, rancangan
kewangan yang tidak dilaksanakan dengan baik akan mengundang kegagalan dalam
menguruskan kewangan. Oleh itu, berdasarkan penyataan ini, pengurusan kewangan
merupakan salah satu aspek yang penting terutamanya dalam menjayakan perniagaan yang
kita jalankan. Malah, kemahiran dalam menguruskan perniagaan juga merupakan aspek yang
penting bagi memastikan perniagaan yang kita jalankan sentiasa berada di tahap yang baik
dan maju. Hal ini kerana Mohd Faizal ( 2019), pengurusan kewangan merupakan satu aspek
penting dalam perniagaan. Transaksi kewangan seharusnya dilakukan secara tersusun dan
efektif bagi mencapai matlamat kewangan sesebuah perniagaan. Tanpa sistem pengurusan
kewangan yang baik, segala keputusan perniagaan tidak dapat dilakukan dengan tepat
kerana banyak proses pembuatan keputusan dalam perniagaan ditentukan melalui maklumat
dan data-data kewangan.dunia perniagaan sememangnya suatu bidang yang mencabar.Oleh
itu,untuk mengekalkan kejayaan setiap perniagaan, peniaga atau usahawan seharusnya terus
mewujudkan motivasi dan disiplin diri yang tinggi, mencari sebanyak mungkin pengalaman
atau selok belok perniagaan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan perniagaan.
Dengan ini, perniagaan yang kita jalankan dapat membantu kita kecapi matlamat yang telah
kita tetapkan.

3
2.0 PENGENALAN PERNIAGAAN

Perniagaan bukanlah sesuatu yang janggal lagi di mata masyarakat sekeliling.


Perniagaan merujuk kepada sebuah aktiviti yang dijalankan dengan objektif untuk menjana
keuntungan sesebuah organisasi perniagaan. Sebagaimana yang kita tahu, dunia perniagaan
sememangnya suatu bidang yang mencabar. Mereka yang menceburi bidang ini sudah
mengenali dan menempuhi pelbagai rintangan dan halangan. Sebahagian mereka berjaya
dan telah mengecapi kesenangan daripada hasil perniagaan mereka. Kejayaan mereka tidak
datang bergolek, tetapi bergelumang dengan usaha dan dugaan. Untuk mengekalkan
kejayaan setiap perniagaan, peniaga seharusnya terus mewujudkan motivasi dan disiplin diri
yang tinggi, mencari sebanyak mungkin pengalaman atau selok belok perniagaan dan
melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan perniagaan ( Sabri,2005). Tambahan pula, Pride,
Hughes dan Kapoor (2015), pula menyatakan perniagaan ialah satu usaha yang teratur dan
dijalankan oleh individu atau beberapa individu bagi mengeluar dan menjual barangan dan
perkhidmatan yang boleh memuaskan keperluan masyarakat untuk tujuan mendapatkan
keuntungan. Oleh itu,portfolio ini berkisar tentang sebuah perniagaan salon kecantikan yang
dikenali sebagai “ AZS HAIR STYLISH”. Oleh hal yang sedemikian, folio pengurusan
kewangan ini bertujuan untuk membuat perancangan yang teratur bagi menjamin
keberkesanan sesebuah perniagaan itu demi mencapai matlamat kewangan

2.1 PENGENALAN SALON KECANTIKAN “ AZS HAIR SALON”


Salon kecantikan adalah perkhidmatan yang berhubungan dengan rawatan
kecantikan untuk lelaki dan perempuan (Tria Ayu, 2012). Perniagaan yang bakal saya
jalankan menyediakan perkhidmatan gunting rambut untuk perempuan dan juga lelaki. Dalam
perniagaan ini, saya merancang untuk menyewa sebuah kedai yang memiliki dua tingkat yang
mana tingkat bawah saya gunakan untuk ruangan lelaki dan tingkat atas untuk ruangan
perempuan. Hal ini kerana, melalui pengasingan ruangan untuk lelaki dan perempuan, ia
dapat memudahkan khususnya para wanita yang bertudung untuk menggunting dan
menggayakan rambut mereka di tempat yang kondusif tanpa perlu memikirkan kehadiran
lelaki ketika membuat penataan rambut.

4
3.0 MATLAMAT PORTFOLIO KEWANGAN

Menurut Ingram ( 2019), menetapkan matlamat perancangan perniagaan amat


penting dalam merancang sesebuah perniagaan. Matlamat perancangan kewangan
membolehkan pemilik perniagaan menetapkan pelbagai objektif, termasuk objektif kewangan
untuk memberi mereka perancangan yang mantap untuk menuju ke arah kejayaan jangka
panjang. Tambahan pula , dengan adanya pelaksanaan perniagaan kecil ini, saya dapat
memperoleh pengalaman dan pengetahuan tentang ilmu perniagaan yang bakal saya
jalankan. Oleh itu,tujuan utama saya membuat perancangan perniagaan ini adalah untuk
mengumpul pendapatan sampingan, untuk menampung perbelanjaan keluarga serta untuk
membantu saya memperoleh pengalaman untuk berniaga dan mencari sumber pendapatan
sendiri. Ini akan mengajar saya cara pengurusan kewangan yang lebih sistematik dan
berkesan. Berikut merupakan matlamat kewangan yang telah saya tetapkan.

Target tahun Dalam janka masa


pertama 2 tahun ke RM 50,000.00
hadapan
RM 6,000.00

Rajah 3.1 : Carta alir matlamat kewangan

Oleh hal yang sedemikian, , untuk mencapai matlamat kewangan perniagaan seperti yang
diimpikan ini, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengurus perancangan kewangan
perniagaan ini dengan lebih efektif agar pengurusan kewangan salon saya menjadi lebih stabil

5
4.0 PENILAIAN TRENDA

Hair Salon merupakan suatu perkhidmatan yang sangat disukai oleh orang ramai. Hal ini
kerana, mereka dapat mempelbagaikan dandanan rambut mereka sesuai dengan kehendak
mereka. Perniagaan hair salon banyak ditubuhkan oleh para peniaga khususnya di bandar.
Hal ini kerana, perniagaan ini merupakan salah satu perniagaan yang memiliki permintaan
yang tinggi daripada orang ramai. Namun, sekiranya kita lihat situasi di kawasan luar bandar
pula iaitu di kawasan tempat tinggal saya iaitu Tambunan, saya mendapati bahawa hanya
satu kedai sahaja yang membuka kedai gunting rambut. Saya juga mendapati perniagaan ini
jarang dikunjungi kerana lokasi kedai gunting ini sangat jauh dari pekan Tambunan ,
kekurangan peralatan dan mesin gunting rambut serta menawarkan harga yang mahal.
Justeru, saya telah pun membuat keputusan untuk menubuhkan perniagaan AZS HAIR
STYLISH dengan menawarkan harga yang berpatutan dan sesuai untuk penduduk tempatan
di daerah Tambunan serta menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan
perniagaan yang bakal saya laksanakan mendapat sambutan yang tinggi daripada penduduk
setempat. Bukan sahaja itu, salah satu sebab mengapa saya membuat keputusan untuk
menubuhkan perniagaan AZS HAIR STYLISH selain daripada matlamat yang saya nyatakan
adalah disebabkan kerana saya simpati dengan pelanggan yang datang ke kedai gunting
rambut yang mana mereka terpaksa berjalan jauh semata-mata untuk memotong rambut
yang mereka ingini. Selain itu, saya mendapati kedai gunting rambut ini memiliki 2 orang
pekerja sahaja yang mana pelanggan terpaksa menunggu lama sehingga giliran mereka
dipanggil. Bukan sahaja itu, saya juga mendapati, ruangan tempat gunting rambut ini memiliki
persekitaran yang sempit serta memiliki satu ruangan sahaja yang mana perempuan dan
lelaki terpaksa berkongsi ruangan tersebut untuk gunting rambut. Oleh itu, penubuhan AZS
HAIR STYLISH sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penduduk tempatan
serta menjimatkan masa mereka kerana pemilihan lokasi perniagaan ini adalah dekat serta
dapat memelihara maruah perempuan yang berhijab daripada pandangan orang bukan
mahram dengannya.

6
5.0 DESKRIPSI PERNIAGAAN

5.1 NAMA PERNIAGAAN

5.2 LOKASI

Saya telah memilih kawasan yang berdekatan dengan pekan Tambunan kerana ia dekat
dengan kawasan perumahan penduduk setempat,serta berdekatan dengan lokasi-lokasi dan
tempat yang menjadi kunjungan ramai seperti pasar raya, sekolah – sekolah dan sebagainya.
Jadi, pemilihan lokasi yang telah saya tetapkan adalah sesuai untuk melakukan perniagaan
saya kerana kawasan ini adalah kawasan tumpuan orang ramai. Nuraini ( 2017) jelas
menyatakan bahawa pemilihan lokasi perniagaan merupakan perkara penting bagi semua
jenis perniagaan. Lokasi yang strategik dilihat sebagai salah satu faktor penting menentukan
sama ada perniagaan gunting rambut akan mendapat sambutan ramai ataupun tidak.
Kawasan tersebut hendaklah cenderung kepada tumpuan dan laluan orang ramai serta
mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Lokasi perniagaan

Lokasi Perniagaan AZS HAIR STYLISH

7
5.3 SASARAN PELANGGAN

Sasaran pelanggan bagi perniagaan saya adalah penduduk tempatan, pelajar sekolah dan
guru-guru. Hal ini kerana, lokasi perniagaan saya adalah dekat dengan kawasan perumahan
penduduk setempat, kawasan sekolah-sekolah berasrama serta tempat tinggal guru-guru.

Penduduk tempatan

Pelajar sekolah

Guru-guru
5.3 Sasaran pelanggan
5.4 WAKTU OPERASI

Disebabkan saya merupakan seorang wanita bekerjaya yang mempunyai komitmen lain,
perniagaan ini dibuat hanyalah sebagai kerja sampingan sahaja untuk menjana pendapatan
sampingan saya bagi tujuan mencapai matlamat kewangan yang telah saya tetapkan sebelum
ini. Maka, pengurusan yang sistematik amat penting supaya saya sentiasa mempunyai masa
yang terluang untuk melaksanakan perniagaan ini. Jadual berikut menunjukkan cara
pengurusan

Isnin – Khamis:
8.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat:
8.00 pagi – 12.00 tengahari
Masa Operasi
Sabtu
9.00 pagi – 5.00 petang

Ahad
9.00 pagi – 3.00 petang

8
5.5 JENIS PERNIAGAAN

Perniagaan AZS HAIR STYLISH ini menawarkan perkhidmatan penataan rambut seperti
menggunting, mencuci, mewarna, meluruskan dan keritingkan rambut (rebonding, smoothing
dan perming) kepada pelanggan.

5.6 ALAMAT PERNIAGAAN, OBJEKTIF, JENIS PERNIAGAAN,PEKERJA DAN


PERKHIDMATAN

Alamat Lot 7, Blok A, gerai majlis tepi sungai tondulu, 89650,


Tambunan,Sabah.

Objektif Menyediakan perkhidmatan salon kecantikan rambut yang cekap,


terbaik serta berkualiti yang mampu membantu memberikan
penampilan rambut yang kemas, cantik dan stylish kepada
pelanggan di samping memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan.

Jenis Perniagaan Berbentuk perkongsian dengan seorang rakan kongsi

Pekerja 6 orang ( 3 Lelaki, 3 Perempuan)

Perkhidmatan Menggunting, mencuci, mewarna, inai rambut, rebonding,


smoothing dan perming)

5.7 MOTTO AZS HAIR STYLISH

“ KETERAMPILAN MENAWAN BERMULA DARI RAMBUT”

9
5.8 JUSTIFIKASI PEMILIHAN SALON KECANTIKAN RAMBUT

Perniagaan salon kecantikan rambut adalah salah satu perniagaan yang sangat digemari
orang ramai malah sangat menguntungkan pada masa kini. Hal ini demikian kerana pada era
ini, dunia fesyen rambut mengalami transformasi yang sangat jelas dan berlainan dengan
zaman dahulu kerana wujudnya pelbagai alat dan mesin untuk membuat penataan rambut
yang pelbagai. Di samping itu, pada zaman moden dan penuh dengan keglamoran untuk
menampilkan diri agar kelihatan cantik di media sosial dan dikhalayak umum membuatkan
tingginya permintaan dan keinginan para lelaki dan perempuan untuk tampil
cantik,menawan,kemas dan stylish dengan mencuba pelbagai jenis gaya rambut yang
pelbagai. Selain itu, saya memilih untuk melaksanakan perniagaan salon kecantikan rambut
kerana zaman sekarang terutamanya golongan remaja ramai yang tergila-gilakan akan
design rambut seperti artis K-pop. Dengan melihat situasi ini, saya bercadang untuk
menubuhkan perniagaan salon kecantikan rambut iaitu AZS STYLISH HAIR

5.9 PENILAIAN PERNIAGAAN

Dalam era perkembangan dunia fesyen ini terutamanya dalam bidang kecantikan rambut,
wajah, badan dan sebagainya membuatkan perkhidmatan salon kecantikan rambut menjadi
salah satu perniagaan yang dapat membawa keuntungan yang banyak di samping dapat
membantu pelanggan untuk mendapatkan penataan rambut yang diingini. Bukan sahaja itu,
terdapat beberapa orang pekerja serta rakan kongsi saya yang sangat mahir dalam bidang
salon dan stylish. Dengan ini, saya mengambil peluang ini untuk menubuhkan perniagaan ini
kerana saya dapat memanfaatkan kemahiran mereka untuk mendapatkan keuntungan yang
tinggi. Di samping itu, perniagaan kecantikan rambut ini juga dilihat sebagai salah satu trend
dan pilihan bagi kebanyakan usahawan masa kini kerana ia mendatangkan untung yang
lumayan walaupun pada mulanya ia memerlukan modal yang tinggi dalam membeli aset tetap
dan kos pemasangan (Siti Nuraini Abu Bakar, 2017). Justeru itu, saya telah membuat
keputusan untuk membuat perniagaan salon kecantikan rambut ini kerana saya yakin bahawa
salon ini dapat memberi pulangan dan keuntungan yang tinggi sekiranya perkhidmatan yang
saya jalankan diurus dengan baik dan sistematik.

10
6.0 LATAR BELAKANG PEMILIK PERNIAGAAN AZS HAIR STYLISH

Nama Penuh NOR SYAHIDAH ANUAR

Tarikh Lahir 04 OKT 1999

Umur 22 Tahun

Asal TAMBUNAN

Bangsa DUSUN

Pekerjaan Semasa Guru Pelatih

Nama Penuh NUR AFIFAH BINTI SAIFUL

Tarikh Lahir 19 sept 2002

Umur 19 Tahun

Asal TAMBUNAN

Bangsa DUSUN

Pekerjaan Semasa Tiada

11
6.1 LATAR BELAKANG PEKERJA AZS HAIR STYLISH

Jonathan Augustus Fiqri bin Abdul Saiful Mohd Ikram Bin Sadiq

Nur Kamalia Binti Zahari Nur Emilia Binti Zakri Nur Farhana Binti Kadir

Nama Penuh Umur Jantina Bangsa

Jonathan Augustus 19 tahun Lelaki Dusun

Fiqri bin Abdul Saiful 24 tahun Lelaki Dusun

Mohd Ikram Bin Sadiq 21 tahun Lelaki Dusun

Nur Kamalia Binti Zahari 23 tahun Perempuan Dusun

Nur Emilia Binti Zakri 22 tahun Perempuan Sungai

Nur Farhana Binti Kadir 21 tahun Perempuan Dusun

12
7.0 RANCANGAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

Secara keseluruhannya,struktur organisasi adalah seperti rajah 8.0 di bawah

Pengurus salon
( syahidah)

Pengurus eksekutif
salon
( Afifah)

Juru wang Hair Stylish ( L) Hair Stylish ( P)


( 1 orang) 3 orang 2 orang

Rajah 7.0 : Struktur Organisasi


7.1 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

7.1.1 Pengurus Salon

• Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perniagaan

7.1.2 Pengurusan Eksekutif Salon


• Mengawal ,rancang dan uruskan kewangan perniagaan
• Memantau dan menyemak akaun harian,bulanan dan tahunan
• Mengurus,mengawal,menyelia urusan operasi perniagaan
• Membuat pengurusan pemasaran seperti pengiklanan,promosi

7.1.3 Juru Wang


• Menguruskan kutipan jualan harian
• Membantu menguruskan pemasaran
• Menyediakan akaun harian,bulanan

7.1.4 Hair Stylist


• Gunting rambut, Cuci rambut
• Mewarna,rebonding,kerinting
• Smooting dan perming
• Kemas peralatan dan kelengkapan salon

13
7.2 CARTA ALIR PENGURUSAN PEMBUKAAN AZS HAIR STYLISH

Permohonan Penetapan Mencari Tapak Kedai


Lesen Modal dan dan Analisa Pasaran
Perniagaan Sumber
Pembiayaan serta Peluang

Pembelian Aset Penyewaan Kedai


Kelulusan Lesen
Tetap, Bahan & Perniagaan
Mentah dan
Insurans Pelantikan
Pekerja

Pendawaian,
pemasangan Promosi Kedai Pembukaan Kedai
paip, elektrik,
air, mesin dan
interior design

8.0 RANCANGAN OPERASI

Perniagaan AZS HAIR STYLIST ini akan dioperasi bersama dengan rakan kongsi serta
pertolongan daripada beberapa pekerja yang terdiri daripada enam orang pekerja. Pada
seksyen ini, senarai keperluan telah disenaraikan bagi rujukan kuantiti aset tetap serta utiliti
yang diperlukan.

8.1 CARTA ALIRAN PROSES PERKHIDMATAN AZS HAIR STYLIST

Ke kaunter perkhidmatan

Dapatkan nombor giliran

Angka giliran dipanggil

Ke " zon stylish"

Ke kaunter bayaran

Rajah 8.0 : Carta aliran proses perkhidmatan perniagaan

14
8.2 SENARAI ASET TETAP (MESIN, PERABOT DAN ALAT KELENGKAPAN)

Bil Butiran Kuantiti


1. Hair brushes/ sisir rambut (set) 5
2. Hair Clip 15
3. Pengering Rambut/ Hair Dryer 5
2. Flat Iron 5
3. Hair Curler 5
4. Hot Roller(set) 5
5. Gunting Rambut 6
6. Hair Trimmer 5
7. Backwash unit 3
8.3 8. Kerusi Panjang 2
9. Hair styling station/ desk 5
10. Hair styling chair 5
11. Hair steamer 3
12. Hood Dryer 3
13. Tong Sampah 2
14. Penghawa dingin 3
15. Televisyen 2
16. Tuala 40
17. Mop 1
18. Penyapu 2
19. Pencuci lantai 1

20. Detergent 4
21. Syampu 80
22. Perapi rambut 80
23. Minyak rambut 60
24. Serum rambut 80

UTILITI

Butiran Bayaran kepada


Wifi Unifi
Elektrik SESB
Air Agro Best Enterprise
Penyelenggaran JC Enterprise

15
9.0 RANCANGAN PERMASARAN PERNIAGAAN

Perniagaan AZS HAIR STYLIST setakat ini mempunyai 1 pesaing sahaja. Namun, lokasi
kedai pesaing yang sedia ada terletak jauh dari pekan Tambunan yang jauhnya lebih kurang
20 km yang mana ia terletak di kawasan pedalaman. Keadaan ini menguntungkan saya
kerana, pemilihan lokasi yang telah saya pilih adalah dekat dengan pekan Tambunan serta
dekat dengan tempat-tempat yang sentiasa dikunjungi ramai seperti GTEA, sekolah-sekolah
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya perlu merancang strategi penjualan yang lain
untuk memastikan bahawa ia sesuai dengan keadaan semasa dan ekonomi penduduk
setempat supaya mereka lebih tertarik untuk mendapatkan perkhidmatan di kedai ini. Jadual
berikut menunjukkan maklumat berkenaan pesaing yang berkaitan:

Alamat Pesaing Kekuatan Kelemahan

• Menyediakan • Menawarkan harga yang


DORICE HAIR AND perkhidmatan gunting terlalu mahal.
BEAUTY SALON rambut dan rawatan • Terletak di kawasan
muka pedalaman dan jauh.
• Persekitaran yang agak
sempit

Jadual 9.0 : Maklumat tentang pesaing

9.1 STRATEGI PEMASARAN

9.1.1 Promosi

• Papan Iklan
Penggunaan papan yang menarik akan menarik perhatian pelanggan. Oleh itu, untuk menarik
pelanggan saya, saya akan menggunakan papan iklan yang trendy dan kreatif dengan fon,
gambar dan warna yang menarik.

• Pengiklanan melalui laman web

Pengiklanan melalui laman web perniagaan online atau pengiklanan melalui internet yang
semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus
berkembang. Laman web bagi perniagaan dobi perlu dibangunkan bagi menyampaikan
maklumat tentang perniagaan saya seperti waktu operasi, info perniagaan, perkhidmatan

16
yang disediakan, kelebihan kedai ini dan lain-lain. Maka, saya akan menggunakan alternatif
media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp,Twitter dan Tik Tok untuk
memperluaskan lagi perniagaan ini. Di samping itu, saya juga hendaklah memuatnaik promosi
dari semasa ke semasa bagi menarik minat pelanggan untuk ke kedai ini.

• Tawaran Diskaun

Selain itu, bagi menarik pelanggan untuk ke kedai saya adalah dengan menawarkan harga
diskaun terutamanya pada minggu pembukaan kedai gunting rambut dan diskaun kepada
pelanggan yang berulang. Promosi ini akan dapat menarik minat pelanggan untuk berulang
mengunjungi dan menggunakan perkhidmatan AZS HAIR STYLIST.

9.1.2 HARGA
Penetapan harga yang diletakkan ke atas perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan,
kompetitif dan ia berkonsepkan “price-follower” iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang
ditetapkan pesaing-pesaing lain dan mengikut kemampuan pengguna terutamanya para
pelajar. Harga yang berpatutan dengan perkhidmatan yang berkualiti adalah penting untuk
mendapatkan tarikan pengguna (SME Corp, 2018).
9.1.3 PERKHIDMATAN
Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efektif dengan menawarkan perkhidmatan
yang murah dan senang untuk digunakan. Malah, perniagaan ini akan memberikan
perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan serta memberi kepuasan kepada pelanggan
akan perkhidmatan yang ditawarkan.

9.2 PERKHIDMATAN DAN HARGA

Bil Perkhidmatan Harga


1. Gunting rambut (kanak-kanak L & P) RM6
Gunting rambut (dewasa L & P) RM15
2. Cuci rambut (Hair wash) RM 15
3. Temporary Iron RM30
4. Temporary Curl RM30
5. Treatment (Steam) RM159
6. Inai rambut RM65
7. Perming RM 159
8. Rebonding RM 200
9. Colouring RM 80
10. Blow straight RM35

17
10.0 RANCANGAN KEWANGAN PERNIAGAAN
Rancangan kewangan merupakan aspek yang penting dalam pengurusan perniagaan. Tanpa
rancangan kewangan yang baik, sesebuah perniagaan tidak akan dapat bertahan lama.
Dengan mempunyai rancangan kewangan yang teratur, para peniaga dapat
mengoptimumkan keuntungan dan memastikan wang yang ada digunakan sebaik mungkin.

10.1 MODAL DAN SUMBER PEMBIAYAAN

Sumber RM

Modal

o Sumbangan ahli perkongsian

- Syahidah ( RM 30,000) RM 60,000


- Afifah ( RM 30,000)

o Pnjaman Bank ASNB


RM 100,000

JUMLAH KESELURUHAN RM 160,000.00

Jadual 12.0 : Modal dan sumber pembiayaan


Berdasarkan jadual di atas, jumlah keseluruhan wang modal ialah RM 160,000. Oleh itu,
jumlah ini adalah mencukupi untuk membiayai yang memerlukan kos pelaburan projek iaitu
sebanyak sebanyak RM 59,587 . Ini bermaksud, pinjaman yang saya perolehi telah digunakan
untuk tujuan berikut :

I. Membeli aset tetap


II. Modal Pusingan
III. Belanja permulaan

10.2 KOS PELAKSANAAN


Kos pelaksanaan adalah kos yang diperlukan dalam proses pembukaan dan operasi kedai
salon ini yang merangkumi kos bahan mentah dan alatan kecil, aset tetap (mesin dan
peralatan), kos utiliti dan anggaran kos utiliti bulanan. Tambahan lagi, kos permulaan
perniagaan dan pemasangan utiliti juga disenaraikan beserta harga.

18
10.2.1 KEPERLUAN BAHAN MENTAH DAN ALATAN KECIL

Bil Butiran Anggaran sebulan (RM) Anggaran Setahun (RM)

1. Syampu 80 unit x RM25 RM24,000

= RM 2,000

2. Perapi rambut / 80 unit x RM15 RM14, 400


conditioner
= RM1 200

4. Masker rambut 60 unit x RM8 RM5,760


= RM 480

5. Serum rambut 80 unit x RM11 RM10, 560


= RM 880

JUMLAH RM 4560 RM 54,720

10.2.2 KOS MESIN DAN PERALATAN

Bil Butiran Kuantiti Harga seunit Jumlah


1. Hair brushes/ sisir 5 RM 100 RM500
rambut (set)
2. Hair Clip 20 RM 2 RM40
3. Pengering Rambut/ Hair 5 RM 145 RM 725
Dryer
2. Flat Iron 5 RM 110 RM 550
3. Hair Curler 5 RM 250 RM 1 250
4. Hot Roller(set) 5 RM 300 RM 1500
5. Gunting Rambut 6 RM 15 RM 90
6. Hair Trimmer 5 RM 25 RM 120
7. Backwash unit 3 RM 1 280 RM 3 840
8. Kerusi Panjang 4 RM130 RM 520
9. Hair styling station/ desk 5 RM 840 RM 4 200
10. Hair styling chair 5 RM 550 RM 2 750
11. Hair steamer 4 RM 240 RM 960
12. Hood Dryer 3 RM 266 RM 798
13. Tong Sampah 2 RM20 RM 40
14. Penghawa dingin 2 RM 1200 RM 2400
15. Televisyen 2 RM2000 RM 4 000
16. Tuala 35 RM10 RM 350

17. Mop 2 RM 10 RM20

18. Penyapu 2 RM 5 RM10


19. Pencuci lantai 2 RM3 RM6

20. Detergent 4 RM 3 RM 12

19
JUMLAH RM 24,681

10.2.3 KOS UTILITI

Permulaan dan Pemasangan Utiliti

Bil Butiran Harga


1. Pemasangan Elektrik & Pendawaian RM 350

2. Pemasangan Air RM200


3. Pemasangan Paip RM200
4. Pemasangan Hair Station/ Desk RM 1000
5. Pemasangan Wifi RM250
8. Pendaftaran Lesen Perniagaan RM300
9. Yuran guaman RM500
10. Lesen Majlis Perbandaran RM300
JUMLAH RM3, 100

Anggaran Utiliti Bulanan

Bil Butiran Harga(sebulan)


1. Elektrik RM650

2. Air RM300
3. Pembersihan RM 100
5. Wi-fi RM 250
7. Sewa Kedai RM3,000
JUMLAH RM 4,300

20
10.3 INSURANS
Pembelian Insurans adalah salah satu perkara yang harus dilakukan dalam membuka
sesebuah perniagaan. Hal ini demikian kerana, insurans berfungsi untuk melindungi harta
benda, perniagaan, pekerja atau diri pemilik itu sendiri daripada sebarang kerosakan,
kemalangan, kemusnahan atau benda yang tidak ingini berlaku. Insurans ini bertindak
sebagai wang ganti rugi atau pampasan supaya pemilik atau penguasaha tidak mengalami
jumlah kerugian yang tinggi. Oleh itu, dalam pembukaan AZS HAIR STYLIST, insurans yang
diambil adalah:

a) Insurans Aset dan Liabiliti


b) Insurans Kebakaran

11.0 ANGGARAN JUMLAH UNTUNG PENGGUNAAN PERKHIDMATAN

Pada komponen ini, saya akan sertakan jadual-jadual anggaran jumlah untung penggunaan
perkhidmatan yang disediakan di AZS HAIR STYLIST bagi keuntungan harian, bulanan dan
tahunan.
11.1 HARIAN
Jadual dibawah menunjukkan anggaran perkhidmatan yang digunakan oleh pelanggan setiap
hari.

Bil Perkhidmatan Harga Jumlah Jumlah (RM)


Pelanggan
1. Gunting rambut (kanak-kanak L & P)
6
RM7 RM7 x 6 =RM 42
2. Gunting rambut
(dewasa L & P) RM 20 15 RM20 x 15=RM300

2. Cuci rambut (Hair wash) RM 18 15 RM18x 15=RM270


3. Temporary Iron RM30 5 RM30 x5=RM150
4. Temporary Curl RM30 4 RM30 x4=RM120
5. Treatment (Steam) RM130 3 RM130x3=RM390
6. Inai rambut RM 30 4 RM30 x4=RM120
7. Perming RM 135 3 RM135 x3=RM405
8. Rebonding RM 150 2 RM150 x2=RM300
9. Colouring RM 60 3 RM60 x3=RM180
10. Blow straight RM35 2 RM35 x2=70
JUMLAH RM 2,347

21
11.2 MINGGUAN, BULANAN DAN TAHUNAN
Jadual dibawah menunjukkan jumlah keuntungan mingguan, bulanan dan tahunan mengikut
perkhidmatan yang telah disediakan.

Harian Mingguan Bulanan Tahunan


(sehari) ( 7 hari) (4 Minggu) (12 bulan / 365 hari)

RM 2,347 RM 2 347 x 7 hari RM16,429 x 4 RM65,716 x 12


= RM 16,429 minggu bulan
= RM 65,716 = RM 788,592

11.3 ANGGARAN KOS BAHAN MENTAH, UTILITI BULANAN DAN BAYARAN WAJIB

Bil Butiran Harga(sebulan)


1. Elektrik RM650

2. Air RM300
3. Pembersihan RM 100
5. Wi-fi RM250
7. Syampu RM 1 600
8. Perapi rambut RM 1 200
9. Serum rambut RM 880
10. Masker rambut RM 300
9. Sewa Kedai RM3,000
10. Insurans RM 1000
JUMLAH RM9,280.00

Dengan itu, jumlah anggaran kos bahan mentah, utiliti bulanan dan bayaran wajib
tahunan adalah RM 9,280 x 12= RM 111,360.00

22
11.4 PERBELANJAAN PEMASARAN

Di bawah merupakan jadual kos perbelanjaan pemasaran bagi AZS HAIR STYLIST

Belanja Pemasaran Kos


Banner RM50
Risalah/Brochure RM 55
Sosial Media -
Wallpaper kadar harga di RM 65
dalam kedai
Jumlah RM 170

11.5 PERBELANJAAN PENTADBIRAN

11.5.1 GAJI DAN GANJARAN

Anggaran Gaji dan Ganjaran pekerja untuk sebulan adalah seperti Jadual di bawah.

Bil Jawatan Bil.pekerja KWSP Gaji Jumlah


( RM) seorang ( RM )
( RM)
1 Pengurus salon 1 210 2,200 2,410.00
2 Pengurus 1 210 2,100 2,310.00
eksekutif
3 Hair Stylish 5 120 1,300 7,100.00
4 Juru wang 1 120 1,198 1,318.00
Jumlah 8 660 6798 13,138
Jumlah Sebulan 52,552
Jumlah setahun 630,624

11.6 JADUAL SUMBER PEMBIAYAAN

Modal Sendiri dan Rakan Kongsi: RM 60,000.00


Pinjaman Bank: RM 100, 000
Jumlah Modal= RM160, 000

23
PERKARA/MODEL JUMLAH ( RM) MODAL SENDIRI PINJAMAN BANK
I ) Belanja Permulaan

Deposit Sewa Kedai (3ulan) 6,000.00 6,000.00 -


Pemasangan Utiliti 2,000.00 2,000.00 -
Daftar Perniagaan 300.00 300.00 -
Lesen Majlis Perbandaran 500.00 500.00 -
Yuran Guaman 300.00 300.00 -

II ) Pembelian Aset Tetap

Hair Brushes 500.00 500.00


Hair clip 40.00 30.00
Pengering rambut 725.00 725.00
Flat iron 550.00 550.00
Hair curler 1250.00 1250.00
Hair Roller 1500.00 1500.00
Hair Trimmer 120.00 120.00
Gunting rambut 90.00 90.00
Backwash unit 3840.00 3840.00
Kerusi panjang 520.00 260.00
Hair styling desk 4200.00 4200.00
Hair styling chair 2750.00 2750.00
Televisyen 4000.00 4000.00
Hair steamer 960.00 700.00
Hood dryer 798.00 798.00
Tong sampah 40.00 40.00
Penghawa dingin 2400 2400.00
Tuala 350.00 350.00
Mop 20.00 20.00
Penyapu 10.00 10.00
Pencuci lantai 6.00 6.00
Detergent 12.00 12.00

III ) Modal Pusingan

Gaji Pekerja 13,138 13,138


KWSP/PERKESO 738.00 660.00
Sewa Kedai 3,000.00 3000.00
Air & Elektrik 950.00 950.00
250.00
Wifi 250.00
170.00
Promosi 170.00
Insurans 1000.00 500.00
Pembayaran Pinjaman Bank 2,000.00 2,000.00
4560.00
Bahan Mentah & Pembersihan 4560.00

JUMLAH KOS PELABURAN RM 59,587


PROJEK

24
Merujuk kepada jadual pembiayaan yang telah disediakan, modal pemilik dan rakan kongsi
digunakan kebanyakannya pada permulaan perniagaan untuk membeli aset tetap kedai,
pemasangan utiliti, sewa kedai, daftar perniagaan, lesen perniagaan dan yuran guaman.
Selepas itu, modal yang ada digunakan membayar sewa lot perniagaan, promosi, insurans,
bahan mentah dan pembersihan. Dengan itu, jumlah baki modal permulaan perniagaan
adalah:

Jumlah modal permulaan :

Modal sendiri: RM30,000


Modal rakan kongsi: RM30,000
Pinjaman Bank : RM 100,000
Jumlah: RM160, 000
Baki modal Perniagaan = RM160 000 - RM 59,587
= RM100,413.00
Baki modal perniagaan ini akan dijadikan sebagai simpanan dan dianggarkan untuk
digunakan membayar baki pinjaman yang masih ada.

12.8 Anggaran Keuntungan Tahunan

Tahunan
Jualan RM 788,592

Tolak:
Kos Utiliti RM 4,300.00
Kos Bahan Mentah RM 54,720.00
Kos Penyelenggaraan RM1000

Untung Kasar RM 728,572.00

Tolak: Perbelanjaan
Perbelanjaan pemasaran RM170
Perbelanjaan pentadbiran RM 104 400
Insurans RM6,000
Pinjaman Bank RM50, 000

25
Jumlah Untung Rugi sebelum Cukai RM 160,570
(15%)

Tolak:
15% cukai perniagaan RM24,085.5

Untung Bersih RM 136,484.5

Konklusinya, untung bersih tahunan perniagaan AZS HAIR STYLIST adalah berjumlah
RM 136,484.5

Dengan itu, keuntungan bersih ini akan dibahagikan kepada rakan kongsi sebanyak 50%

50% x RM 136,484.5 =RM 68,242.25

Jumlah pemberian kepada rakan kongsi= RM 68,242.25

Jumlah keuntungan yang akan kembali kepada pemilik iaitu saya sendiri adalah sebanyak:

RM 136,484.5 – RM 68,242.25 = RM 68,242.25

26
12.0 POTENSI MENCAPAI MATLAMAT KEWANGAN

12.1 RISIKO

Dalam pembukaan sesebuah perniagaan, risiko adalah perkara yang perlu diambil perhatian
kerana ia boleh mengancam peluang perniagaan. Tambahan pula, ketika menceburi bidang
perniagaan, setiapa peniaga sudah pasti akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko
yang tidak dapat dijangka. Oleh hal yang sedemikian, saya hendaklah sentiasa berfikiran ke
hadapan dan bersedia untuk menghadapi sebarang masalah bagi memastikan matlamat saya
tercapai. Rajah 13.1 merupakan contoh-vontoh risiko yang mungkin akan berlaku ketika
menceburi bidang perniagaan AZS HAIR STYLISH.

Saingan
ramai

Pelanggan
tidak
Kerosakan
berpuas hati
mesin
dan minta
ganti rugi

Risiko-
risiko
Ketiadaan
Pekerja
air dan
sakit/cuti
elektirk

Kurang
mendapat
sambutan

27
12.2 PENAMBAHBAIKAN PELUANG PERNIAGAAN

Penambahbaikan peluang perniagaan adalah merujuk kepada penambahbaikan yang


dilakukan oleh pemilik kepada perniagaan daripada segi perkhidmatan dan pemasaran.
Penambahbaikan haruslah dilakukan untuk meningkatkan potensi perniagaan untuk
berkembang di kawasan pasaran. Antara penambahbaikan yang dijangka untuk dilaksanakan
dalam tempoh perniaagaan adalah:

•Bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan


mengekalkan pelanggan yang sedia ada.
Wujudkan kad keahlian •Para pelanggan boleh membuat keahlian yang berharga
kepada pengguna RM 30 setahun dan akan mendapat pulangan yang
berpatutan seperti diskaun dan promosi harga.

•Penambahan aset tetap seperti backwash unit, hair


steamer, hood dryer dan hair dryer untuk menambah
Penambahan Aset Tetap keuntungan dan pendapatan serta memenuhi kehendak
pelanggan salon dengan lebih elektif.

• Para pengguna dapat membeli makanan dan minuman


Menyediakan mesin vendor sementara menunggu giliran untuk membuat mana-mana
makanan dan minuman perkhidmatan di salon AZS HAIR STYLISH.

• Menyediakan 2 ruangan yang luas dan selesa untuk


tempat pelanggan menunggu sehingga giliran mereka
Menyediakan ruangan dipanggil.
menunggu giliran
• Ruangan menunggu khas untuk lelaki dan perempuan

• Sementara menunggu giliran pelanggan, mereka boleh


Menyediakan mini library membaca bahan-bahan bacaan yang telah disediakan
seperti majalah,komik,novel dan sebagainya.

28
13.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemahiran pengurusan kewangan adalah amat penting bagi setiap individu
untuk memulakan sebarang perniagaan sama ada perniagaan yang berskala kecil atau besar.
Nazrolnizah Mohamad Noorzeli dan Muhammad Nubli Abdul Wahab (2017) mengibaratkan
peniaga kecil sebagai anak benih kepada usahawan dan kelahiran para usahawan berskala
kecil pada mulanya adalah berpunca daripada adanya mereka yang berazam ingin
memajukan diri melalui aktiviti yang boleh memberikan pulangan yang lumayan ekoran
daripada perkembangan aktiviti ekonomi.

Kegagalan perniagaan di peringkat awal penubuhan sesuatu perniagaan antaranya


adalah disebabkan oleh peniaga yang tidak memahami risiko dalam perniagaan mereka. Ini
mengakibatkan mereka kerugian besar terutamanya dalam aspek kewangan. Secara amnya,
para peniaga yang berkeupayaan mengenal pasti risiko dan tidak mengabaikan risiko yang
mungkin wujud adalah amat penting agar perniagaan tidak terdedah kepada kegagalan di
peringkat awal. Malah, ada segelintir sikap peniaga beranggapan peluang perniagaan yang
mereka ceburi adalah berisiko rendah. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor
antaranya tidak memahami risiko-risiko yang ada dalam perniagaan yang diceburi, tidak
meletakkan keutamaan ke atas objektif yang dibuat, mengambil langkah-langkah yang terlalu
mudah bagi mencapai matlamat dan objektikf perniagaan serta terlalu selesa dengan proses
dan keadaan semasa. Setiap peniaga adalah digalakkan memahami risiko yang boleh
berlaku dalam perniagaan sama ada perniagaan baru atau telah lama beroperasi

Justeru, seseorang individu yang ingin berniaga perlu bijak dalam membuat keputusan
kewangan dan juga sentiasa berusaha untuk membangunkan perniagaan nagi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Kita harus memahami dan mengenali keupayaan serta
kemampuan diri kita dari aspek kewangan sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
Contohnya, simpanan tetap dan simpanan semasa, tunai di tangan, liabiliti, harta, dan lain-
lain. Ini kerana individu perlu mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sebagi modal
untuk memulakan perniagaan. Kiraan kos untuk memulakan dan melaksanakan sesuatu
perniagaan juga harus dilakukan. Aspek-aspek penting yang lain merangkumi matlamat
kewangan yang jelas dalam tempoh yang tertentu, kiraan untung atau rugi serta risiko yang
mungkin berlaku. Setiap individu berpotensi untuk membangunkan perniagaan sendiri jika
mereka memahami konsep dan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan.

29
14.0 RUJUKAN

Mohd Faizal P.Rameli. (2019). Pengurusan Kewangan Islam dalam Kalangan


Muslim. Melaka: Fakulti Perniagaan dan Pengurusan .
Nazrolnizah Mohamad Noorzeli, & Muhammad Nubli Abdul Wahab. . (2017).
Keupayaan Usahawan Kecil Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan
Menggunakan Kaedah HRV Biofeedback. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities, 66-77.

Pride, Hudges & Kapoor.(2015). Salon Kecantikan. Diperoleh pada 27 Februari


2020 pada
laman web https://www.academia.edu/25090666/SALON_LENGKAP

Sabri Hj Hussin. (2005). Pengurusan perniagaan. Singapura: Thomson Laerning.


Siti Nuraini binti Abu Bakar. (2017). Perniagaan Dobi. Potensi Perniagaan kepada
Koperasi, 64-71.

Tria Ayu.(2012). Salon Kecantikan. Diperoleh pada 1 Mac 2020 pada laman web
https://www.academia.edu/25090666/SALON_LENGKAP

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2017). Modul Pengajaran KKWK3013 Keupayaan


Kewangan. Diakses daripada: http://anyflip.com/mtxo/nujz/basic/101-117

SME Corporation Malaysia. (2018). Ketahui Kaedah Pemasaran Anda. Retrieved


from SME Hub: http://smeinfo.com.my/my/memasarkan-perniagaan-
anda/ketahui-kaedah-pemasaran-anda-7-kaedah-pemasaran.

30

You might also like