Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

NAMA AHLI KUMPULAN :

1) NURLAILATUL JALILAH BT MOHD NAZRI (031026060530)


2) SITI NORHARTINI BT MUHAMMAD YACOB (031108060948)
3) NUR ALMAQISTINA (030111060848)
4) WAN NUR ATIRAH BT WAN ZULJAMADIKIFLI (030330060768)

KELAS : 2C

TAJUK : ESEI TOKOH (FRIEDRICH FROEBEL)

DIHANTAR KEPADA : MADAM NURUL LAILI ASYIKIN BT AHMAD SHAMSUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN : 31 JANUARI 2022


1.0 PENGENALAN BERMAIN

Bermain adalah salah satu elemen penting dalam proses rangsangan terhadap
perkembangan awal kanak-kanak.Penglibatan kanak-kanak terhadap aktiviti-aktiviti yang
menarik.Bermain juga melibatkan kemahiran tingkahlaku dan percakapan seseorang.Selain
itu,main juga merupakan salah satu kerja asas untuk kanak-kanak.Bagi kanak-kanak main
ialah aktiviti yang menyeronokkan dan ia adalah sifat semulajadi kepada mereka.

Dari segi konsep bermain pula,bermain merupakan satu aktiviti semulajadi dan keperluan
bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar meneroka melalui bermain kerana imaginasi mereka
yang tinggi(Marrison, 2000).Bermain ialah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna
kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk mereka meneroka dan menjelajah persekitarannya.
Selain itu, mereka akan dapat keseronokkan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak
yang tentukan sendiri mengikut kesesuaian permainan mereka(Isenberg & Jolongo, 1997).

Dari segi definisi permainan,permainan ialah alat pengukuhan yang melibatkan proses
pembelajaran secara tidak formal.Permainan dapat merangsang pembelajaran atau penguasaan
sesuatu kemahiran.Permainan untuk kanak-kanak perlulah bersifat konkrit yang boleh dipegang,
dilihat dan dirasai oleh kanak-kanak.Akhir sekali,terdapat beberapa objektif bermain seperti
menggalakkan perkembangan fizikal kanak-kanak Ini melibatkan anggota badan untuk bergerak
ketika bermain seperti, menendang bola, membaling, menangkap, memanjat dan lain-lain.Selain
itu,menggalakkan aktiviti sosial kanak-kanak .Sebagai contoh,bermain akan melibatkan interaksi
dan komunikasi yang aktif antara rakan sebaya,keluarga dan orang sekeliling.Bukan itu
sahaja,pengajaran berbentuk permainan yang bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik
bersukan juga akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu.
2.0 PENERANGAN TOKOH/AHLI FALSAFAH (FRIEDRICH FROEBEL)

Friedrich Wilhelm August Froebel atau lebih dikenali sebagai Friedrich Froebel merupakan
seorang tokoh pendidikan Jerman.Beliau dilahirkan pada 21 April 1782 di Oberweibach,
Thuringen (Thuringia).Beliau meninggal dunia pada tanggal 21 Jun 1852 di Marienthal,
Thuringia. Beliau merupakan anak bongsu dari lima orang adik beradik. Ibunya meninggal
sewaktu dia berumur 9 bulan.Ia juga mengabdikan kehidupannya mula mengembangkan satu
sistem mendidik anak. Froebel adalah seorang pedagogi (pendidik) dan sumber lainnya
menyatakan bahawa Bapa Froebel ini adalah seorang ilmuwan, seseorang yang sangat spiritual,
naturalist (pencinta alam), bahkan seorang pekebun kerana beliau mencintai kebun dengan segala
isinya. Froebel dianggap sebagai bapa dari pendidikan anak usia bayi. Selain itu, beliau dikenali
kerana mencipta “garden of children” atau “kindergarten” (taman kanak-kanak) yang bererti
kebun milik anak di Blankenburg, Jerman. Beliau juga di bagi gelar bapa “kindergarten” kerana
beliau banyak melakukan dan membuat kajian tentang kanak-kanak. Beliau juga belajar bersama
Pestalozzi dan percaya Pestalozzi tidak cukup mendalami pengajaran dengan resmi kanak-
kanak.Beliau juga telah memulakan sekolah untuk kanak-kanak di Blankenburg, Germany pada
1837.

Selain itu,terdapat beberapa prinsip-prinsip pendekatan yang diperkenalkan oleh Friedrich


Froebel. Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
Melalui pendapat ini dapat lah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada
model,prinsip atau teori pembelajaran. Friendrich froebel telah memperkenalkan 2 prinsipnya
iaitu hakikat pendidikan dan metode pendidikan. Menurut Froebel, maksud pendidikan ialah apa
yang memimpin atau menuntut manusia kepada kepandaian berfikir (segi kognitif dari manusia)
dan apa yang mengahantar manusia pada kesedaran diri yang lebih mendalam menuju sesuatu
yang murni , tak bercela (segi afeksi dari manusia).
Froebel juga menyusun metode pendidikan yang sesuai dengan konteks perkembangan
individu. Dalam tahap permulaan beliau menganjurkan agar penggunaan metode yang yang
cepat, spontan dalam diri individu sedangkan pada tahap akhir dapat digunakan metode yang
mengawasi dan mengarahkan perkembangan individu. Dengan demikian dalam dunia kanak-
kanak metode harus disesuaikan dengan sifat atau dunia mereka dimana seseorang individu
dibiarkan untuk menunjukkan, yang ada dalam diri dengan bebas. Dalam pendidikan ini, Froebel
menyusun dan mengembangkan kurikulum pendidikan yang teratur dan sistematik. Bagi beliau
dasar kurikulum tersebut adalah gift dan occupation (pemberian) yang menyediakan permainan-
permainan dan usaha,kerja yang boleh dibuat dengan permainan yang ada. Gifts adalah objek
yang dapat dipengang dan digunakan untuk anak sesuai dengan interaksi daripada guru dan
dengan demikian anak dapat belajar tentang bentuk, ukuran, bentuk, ukuran warna serta konsep
yang diperolah melalui mengira, mengukur, membezakan dan membandingkan. Occupation pula
adalah material yang dirancang untuk mengembangkan berbagai versi ketrampilan, yang utama
adalah psikomotor melalui aktiviti menjahit dengan papan jahitan, membuat bentuk dengan
mengikut titik, membentuk lilin, menggunting bentuk, gambar, menempel dan melipat kertas.
Atas cara ini Frobel yakin bahawa bermain merupakan cara belajar yang penting bagi anak-anak.

Ciri-ciri pendekatan yang diperkenalkan dari perkembangan sosial dan emosi pula
adalah kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik
perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji
atau memberi penghargaan. Perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara
peniruan.Beliau juga berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya
dan cuba untuk melakukan gerak balas yang belum pernah mereka cuba.

Dari segi aspek perkembangan fizikal, Froebel menyatakan permainan biasanya


melibatkan aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek
motor kasar dan motor harus.Memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan
psikomotor halus, perkembangan psiko motor kasar, kesihatan dan keselamatan .Dari segi aspek
perkembangan psikomotor kasar pula dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif,
kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melincinkan
perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.Akhir sekali,dari segi
perkembangan psikomotor halus adalah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan
otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psiko motor halus
yang baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada
kanak-kanak.

Matlamat pendekatan ini Froebel telah mengatakan bahawa semasa kanak-kanak berumur
3 tahun, untuk tahap ini merupakan masa permulaan pendidikan kerana pada tahap ini anak
sudah mula belajar mengungkapkan kata dan benda.Froebel juga menekankan mengenai bermain
dan menarik hubungan antara bermain dengan pengalaman pendidikan. Menurut Froebel,
bermain merupakan proses dimana perkembang otak dan saraf sedang terjadi. Tujuan pendidikan
menurut Froebel adalah perkembangan menyeluruh dari semua daya individu, dan harmoni
internal individu, sebagaimana relasi harmoni dengan alam, masyarakat dan Tuhan.
3.0 IDEA DAN PANDANGAN TEORI BERMAIN OLEH REKAPITULASI BUDAYA

Simpulan Epistime Pendidikan adalah Rekapitulasi Budaya.Friedrich Wilhelm


August Froebel (21 April 1782 – 21 Jun 1852), melalui bermain.Bermain adalah proses
rekapitulasi budaya yang difasiliti anak-anak, meniru kegiatan kejuruan orang dewasa,dan
sosialisasi.Friedrich Froebel percaya bangsa manusia dalam sejarah kolektifnya, telah
melalui zaman besar perkembangan budaya yang menambah dan memperhalus
budayanya.Menurut teori rekapitulasi budaya Friedrich Froebel ,setiap individu manusia
mengulangi zaman budaya universal umat manusia dalam perkembangan diri sendiri.

Idea-idea yang telah diperkenalkan adalah kanak-kanak mempelajari sesuatu


melalui perbuatan.Ia juga perlu diberi kebebasan.Kemudian,menekankan kaedah bermain
kanak-kanak dan belajar melalui membuat sesuatu perkara.Di samping itu,dapat
mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan
minat dalam pembelajarannya.

Friedrich Froebel telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-
kanak berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain.Beliau percaya bermain adalah asas
untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu.Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat
membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi
keseronokan ,kebebasan ,kepuasan ,kerehatan dalam dan luaran serta kedamaian di dalam
dunia kanak-kanak.Beliau juga percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan
pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain.Oleh itu,alat-alat
permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk
menyokong perkembangan kanak -kanak.

Froebel menekankan bahawa belajar melalui bermain itu adalah penting bagi kanak-
kanak.Berdasarkan pengalamannya sendiri,Froebel menyatakan bermain harus dipandang
sebagai suatu metode dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak-kanak untuk meniru
kehidupan orang dewasa.Dengan sedemikian ,kegiatan bermain yang tidak berstruktur adalah
sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta perencaan lingkungan yang
baik akan mengakibatkan cara belajar kanak-kanak menjadi salah.Bagi Froebel,guru
bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan dengan demikian anak akan
menjadi lebih kreatif.Secara tidak langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan
pra-sekolah yang lebih terancang dan sistematik.
4.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH GURU (RPA)

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


BIDANG/PERKEMBANGAN : PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN
PEMIKIRAN LOGIK

Minggu: 10
Hari/Tarikh: 28/1/2022
Masa: 45 minit
Umur kanak- 2-3 tahun
kanak:
Bilangan
kanak-kanak: 4 orang
Tema: Bentuk dan Ruang
Tajuk aktiviti: Mari mengenal bentuk.
Bidang Perkembangan Awal Matematik Dan Pemikiran Logik.
perkembangan/
pembelajaran
{fokus}
Pengetahuan Kanak kanak dapat memegang sesuatu objek menggunakan jari(motor halus)
sedia ada: dengan baik.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:
{FOKUS} 1. Mengenal bentuk segi empat, segi tiga, bulat, bujur dan hati
*Gabung jalin dengan baik.
perkembangan 2. Mencantum puzzle bentuk dengan bimbingan.
Tempat/ruang Ruang aktiviti yang telah disediakan.
aktiviti:
Bahan: 1. Puzzle bentuk :-
i)Segi empat tepat dan sama iv) Bujur
ii)Segitiga v) Hati
iii)Bulat

Langkah - 1. Permulaan pengajaran dan induksi


langkah
pelaksanaan:
- Guru mengucapkan selamat pagi kepada murid.
- Guru beramah mesra bersama murid
- Guru menanyakan kepada murid tentang bentuk yang ada di
sekeliling murid.
- Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang pengetahuan
mereka terhadap bentuk.

2. Kandungan pengajaran dan pembelajaran

1.Guru meminta murid menyebut setiap nama bentuk-bentuk yang terdapat


pada papan putih.

2.Guru meminta murid untuk menghafal setiap jenis bentuk yang diberikan
serta mengenal pasti nama bentuk yang disediakan.

3.Guru meminta seorang demi seorang murid untuk memadankan jenis


bentuk pada nama yang telah diletakkan di papan putih.

4.Seterusnya,murid mengambil salah satu bentuk dalam bekas yang telah


disediakan.Kemudian,padankan bentuk tersebut dengan nama yang telah
diletakkan pada papan putih.Contohnya,padankan bentuk segi empat tepat
dengan bentuk segi empat tepat , segitiga dengan bentuk segitiga dan
seterusnya.

5.Guru menyemak sama ada jawapan murid adalah betul atau salah.

6.Jika jawapan yang diberikan murid adalah betul,guru memberi sedikit


saguhati kepada murid tersebut bagi menyemangatkan lagi mereka untuk
belajar.
3. Pelaksanaan kontegensi {berdasarkan aktiviti pelaksanaan}

{berdasarkan aktiviti perlaksanaan} jika Berjaya melakukan aktiviti../

a)Jika murid Berjaya memadankan jenis bentuk yang diberikan dengan nama
yang sesuai maka guru akan memberikan sedikit saguhati.

Jika TIDAK Berjaya melakukan aktiviti tersebut …/

b)Jika murid tidak Berjaya memadankan jenis bentuk dengan nama yang
sesuai maka guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang lebih
berkesan untuk meningkatkan pengetahuan murid dalam mengecam bentuk.
4. Penutup

i.Guru meminta murid-murid mengimbas kembali tentang perkara yang telah


dipelajari.
ii.Guru meminta murid-murid memberitahu perasaan mereka setelah selesai
mempelajari topik yang diajarkan.

5. Perhatian
1. Guru perlu memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum
memulakan aktiviti.
2. Guru memastikan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti adalah selamat, bersih dan sesuai dengan
kanak-kanak.
3. Guru memastikan ruang yang digunakan sesuai dan selesa
untuk kanak-kanak.
4. Guru menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanakkanak.

Refleksi:
1.Kelemahan
Segelintir murid didapati masih keliru dengan bentuk segi empat sama dan segitiga.

2.Kekuatan
Aktiviti memadankan bentuk kepada ruang bentuk yang sepadan akan dapat meningkatkan
kefahaman murid dalam mengecam bentuk-bentuk yang telah dipelajari. Selain itu, aktiviti ini
juga dapat meningkatkan perkembangan psikomotor halus murid semasa murid-murid
memegang bentuk lalu memadankannya pada ruang bentuk tertentu yang sesuai.

3.Penambahbaikan
Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang lebih berkesan untuk meningkatkan
pengetahuan murid dalam mengecam bentuk.
5.0 PENUTUP

Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai tajuk yang telah dibahaskan di atas , adalah
Froebel beranggapan bahawa anak merupakan blooming flower yang bermaksud kanak-
kanak yang sedang berkembang atau lebih tepat semasa perkembangan kanak-kanak itu
berlaku harus diisi dengan perkembangan yang lebih baik dan bagus.

Menurut Froebel dalam konsep pendidikannya,saya dapat mengetahui pendidikan


ialah perkara yang memimpin atau menuntun manusia kepada kepandaian berfikir dari segi
kognitif manusia dan perkara yang menghantar manusia kepada kesedaran diri yang lebih
mendalam merujuk kepada sesuatu yang murni dan tak bercela.

Dalam proses pendidikan,saya mendapati bahawa metode pendidikan harus


disesuaikan dengan sifat atau dunia kanak-kanak sendiri.Bukan itu sahaja, Froebel juga
menggunakan Gift dan Occupation sebagai dasar kurikulum dalam metode pendidikan serta
mengaplikasikan semua kegiatan pembelajaran melalui permainan.

Pada asas pendidikan ,Froebel memberikan pandangannya tentang pendidikan atas


dua dasar iaitu dasar teknologi dan psikologi.Pada asas pengembangan,saya mendapati
bahawa Froebel beranggapan bahawa perkembangan dapat menyempurnakan perkara yang
terdapat dalam diri pelajar daripada menambahkan sesuatu yang tidak ada dalam diri mereka.
6.0 LAMPIRAN

Gambar Tokoh Pendidikan Awal Kanak-kanak


‘Friedrich Froebel’
Gambar Kanak-kanak sedang Bermain Aktiviti
Mengenal Bentuk

Gambar Tadika Menurut Tokoh Friedrich Froebel


- Tadika yang berwarna-warni dan kelihatan ceria –

7.0 RUJUKAN
https://www.slideshare.net/RawiahAlAdawiah/topik-1-bermain-dalam-pendidikan-awal-
kanakanak
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bermain
https://www.slideshare.net/nurulirdinahalikulan/tokoh-friedrich-froebel
https://www.bebelancikmin.com/2021/10/pendidikan-awal-kanak-kanak-teori.html
http://luwengengmsu.blogspot.com/2015/05/sejarah-tokoh-tokoh-pendidikan-awal.html
https://www.scribd.com/document/448771518/teori-froebel
https://id.wikipedia.org/wiki/Friedrich_Fr%C3%B6bel
https://pnnorazuraismail.blogspot.com/2015/06/idea-dan-pandangan-tokoh-pendidikan.html
https://www.scribd.com/presentation/367490698/Perkembangan-Awal-Matematik-Dan-
Permikiran-Logik-PERMATA

You might also like