Minit Mesyuarat BSMM (Pemimpin) Bil 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SK TAMAN SUTERA, JOHOR BAHRU

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KALI KE 1 / (2022)

Tarikh : 24 Mac 2022

Masa : 12.30 tengahari – 1.30 petang

Tempat : Bilik Kemahiran Hidup

Pengerusi : En Muhammad Safari bin Abdullah

Kehadiran(Bilangan) : 4 / 4

Tidak Hadir :-

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan


terima kasih atas kehadiran guru-guru. Beliau mengucapkan selamat bertugas
dan menyeru agar semua guru berusaha meningkatkan kualiti aktiviti
perjumpaan BSMM serta memikirkan aktiviti yang menarik supaya dapat
menarik minat dan menambahkan kehadiran murid. Beliau juga mengingatkan
guru-guru supaya dapat memastikan aktiviti dapat dijalankan mengikut masa
yang dirancang dengan sebaiknya.

.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Disahkan oleh Puan Nur Melissa binti Yahya


Disokong oleh Puan Nursyima binti Zamani

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1. Tiada

4 Pembubaran AJK Tahun 2021 dan Perlantikan AJK Tahun 2022

4.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran ahli jawatankuasa bagi tahun 2021


secara rasminya dan membuat sesi perlantikan bagi ahli jawatankuasa tahun 2022.

4.2 Pengerusi mencadangkan En. Mohd Aidil bin Sahipaludin dilantik sebagai
penolong pengerusi dan Pn. Nur Melissa binti Yahya sebagai setiausaha dan
disokong sebulat suara oleh ahli-ahli yang lain.

4.3 Pn. Nursyima binti Zamani dicadangkan sebagai bendahari dan disokong oleh
semua ahli-ahli yang lain.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5 Perancangan Tahunan 2022

i) Pengenalan Bulan Sabit Merah Malaysia


ii) Ketatanegaraan
iii) Ikatan Tali
iv) Kawad Kaki
v) Rekreasi dan Aktiviti Luar – Permainan Tradisional
vi) Bantu Mula - Pertolongon Cemas
vii) Kerohanian – Hafazan 3 Qul / Nilai Murni
viii) Gotong Royong
ix) Perkhemahan
x) Alam sekitar
xi) Ikhtiar Hidup – masakan rimba
xii) Ujian bertulis
xiii) Jamuan Akhir Tahun

6
Yuran

6.1 Pengerusi memaklumkan tentang tiada bayaran yuran keahlian bagi setiap murid
dan guru.
7
HAL-HAL LAIN

7. 1Pengerusi pula memaklumkan bahawa pendaftaran keahlian bagi guru dan murid
serta penilaian bagi murid pula perlu dibuat.

7.2.Pengerusi pula mengingatkan supaya memastikan murid berpakaian lengkap


bagi yang mampu atau sekurang-kurangnya t-shirt BSMM setiap kali hadir
perjumpaan.

7.3 Pengerusi berharap supaya semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik
dan amanah supaya aktiviti badan beruniform ini dapat memberikan manfaat kepada
setiap murid.

Tindakan: Makluman

8 PENUTUP
8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan
kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung dan berharap segala perancangan yang
dibuat dapat dijalankan dengan baik oleh semua jawatankuasa yang terpilih dan disokong
oleh semua ahli.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh,
EN MUHAMMAD SAFARI BIN ABDULLAH
Ketua Pemimpin Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh : 27 MAC 2022

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like