Dokumen - Tips Surat Permohonan Cuti Bekerja

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

 

Tan Mei Chun,


SMJK JIT SIN (SKK),
Jalan Binjai, Taman Sri Rambai,
14000 Bukit Mertajam.

Pengetua,
SMJK Jit Sin (SKK),
Jalan Binjai, Taman Sri Rambai,
14000 Bukit Mertajam. 15 Mac 2014.

Tuan,
Memohon Cuti Bekerja Untuk Menghadiri Temu Duga

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Saya Tan Mei Chun, No. Kad Pengenalan : 901012-07-5914, guru sandaran di sekolah ingin memohon
sehari cuti bekerja daripada pihak tuan untuk menghadiri temu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah Gred DG41.

3. Saya telah dimaklumkan supaya menghadiri temu duga daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran Malaysia pada 9 pagi, 20 Mac 2014 (Khamis) di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang.
Oleh itu, saya dengan ikhlasnya ingin memohon sehari cuti bekerja daripada pihak tuan dan semoga tuan akan
membuat pertimbangan dan meluluskan cuti untuk saya pada tarikh berkenaan. Perhatian dan kerjasama tuan
amat dihargai.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

(TAN MEI CHUN)


Guru Sandaran,
SMJK JIT SIN (SKK)

You might also like