Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TUGASAN 2

PK41703 KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA


SEMESTER 1, SESI 2022/2023

BIL NAMA NO MATRIK NO TELEFON

1. HARDLLEY BIN JAUAL BP19110191 014-5712464

2. NIK NUR SYAZWANI BINTI SALIM BP19110142 013-3583260

3. UMI AFIDA BINTI NORIJAN BP19110327 01116403380

4. DAYANG NUR HIDAYAH ALIYAH BINTI BP19110382 014-7021233


KAMARUDDIN

5. LATIFAH BINTI HASSAN BP19110169 013-8688415

PENSYARAH:

DR. GUAN TEIK EE

1
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN........................................................................................................................3

LATAR BELAKANG KLIEN................................................................................................4

PERMASALAHAN DAN ISU YANG DIKEMUKAKAN...................................................5

BAGAIMANA KAUNSELOR MEMBANTU KLIEN.........................................................8

KESIMPULAN.......................................................................................................................10

RUJUKAN..............................................................................................................................11

2
PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara dengan persekitaran yang pelbagai budaya dan

kepercayaan. Selain mempunyai pengetahuan dari segi teknik dan kemahiran kaunseling,

kaunselor perlu juga mempuyai pengetahuan mengenai kepelbagaian budaya untuk

berhadapan dengan klien berlainan budaya. Keberkesanan sesi kaunseling boleh ditingkatkan

dengan mengintegrasikan pendekatan kaunseling dengan tradisi dan cara pemikiran

masyarakat di negara ini (Nurul Syahida et al, 2021).

Kebanyakan kaunselor yang terlatih di Malaysia berpandangan bahawa diri mereka

berkemampuan untuk mengendalikan kes-kes kaunseling yang melibatkan kepelbagaian

budaya. Antara kes yang memberikan cabaran yang dihadapi oleh kaunselor adalah seperti

mengendalikan sesi kaunseling dengan klien yang berbeza budaya, isu dibawakan yang

melibatkan sensitiviti budaya ataupun isu yang kompleks dan mengendalikan cabara yang

bersifat personal seperti berhadapan dengan budaya klien yang tersendiri dan isu-isu social

(Rafidah et al, 2020). Analisis secara tematik juga menunjukkan terdapat beberapa tema yang

menunjukkan bagaimana kaunselor-kaunselor di Malaysia mengendalikan klien pelbagai

budaya dan dapat dilihat melalui peringkat-peringkat dalam proses kaunseling iaitu sebelum

sesi, semasa dan juga selepas sesi dijalankan.

Menurut Rafidah (2017), terdapat beberapa model kaunseling pelbagai budaya yang

kerap digunakan semasa menjalankan sesi dan antaranya adalah model yang diasaskan oleh

Sue et al (1992). Model ini mencadangkan tiga dimensi yang perlu diberi perhatian iaitu

kepercayaan dan sikap kaunselor terhadap bangsa lain termasuk memerika sekiranya wujud

bias dan stereotaip terhadap golongan tertentu dan juga perkembangan yang positif ke arah

kepelbagaian budaya. Dimensi kedua adalah pengetahuan mengenai perspektif terhadap

kehidupan termasuklah pengetahuan mengenai budaya klien dan pengaruh sosiopolitik

3
terhadap klien. Dimensi yang ketiga adalah kemahiran, strategi dan intervensi yang

diperlukan untuk mengendalikan kes klien berlainan budaya.

Sue et al (1992) juga menyatakan selain dimensi tersebut, seorang kaunselor yang

berhadapan dengan klien pelbagai budaya juga perlu mempunyai beberapa ciri seperti

kesedaran akan jangkaan, nilai dan bias kaunselor sendiri, memahami pandangan klien

daripada budaya yang berbeza terhadap kehidupan dan mewujudkan intervensi, strategi dan

teknik yang bersesuaian dengan budaya dan isu klien. Berdasarkan kajian yang dijalankan

oleh Fuertes dan Brobst (2002), kaunselor dengan kemampuan mengendalikan kes-kes

pelbagai budaya mendapat rating yang positif daripada klien mereka dari segi kepuasan

mereka terhadap kepakaran, empati dan kebolehpercayaan kaunselor.

LATAR BELAKANG KLIEN

Klien merupakan seorang lelaki yang berusia 24 tahun dan sedang melanjutkan

pelajaran di Universiti Malaysia Sabah. Klien berasal dari kawasan sekitar Kinabatangan,

Sabah dan mempunyai lima orang adik-beradik. Klien merupakan anak kedua dan jarak umur

antara klien dengan adik-beradik yang lain adalah dalam dua atau tiga tahun. Secara

keseluruhannya, klien menyatakan hubungannya dengan ahli keluarga adalah baik.

Dari segi pegangan dan kepercayaan pula, klien menyatakan dia kerap ke gereja

setiap minggu untuk beribadah. Apabila berada di universiti, dia akan pergi bersama rakan-

rakannya ke gereja yang berhampiran dengan kawasan UMS. Walau bagaimanapun,

kekerapan ini berkurangan sekiranya klien agak sibuk dengan tugasan ataupun terlibat

dengan mana-mana program.

4
Berdasarkan penceritaan klien, semasa zaman persekolahannya klien kerap

melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan program-program yang dianjurkan

oleh pihak sekolah. Disebabkan perkara ini klien menyatakan dia dapat mengenali ramai

orang dan mudah untuk berkomunikasi dengan orang sekelilingnya. Apabila melanjutkan

pelajaran ke peringkat universiti, klien menyatakan dia juga melibatkan diri dengan

Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) kolej kediamannya dan juga Majlis

Perwakilan Pelajar (MPP). Walau bagaimanapun, disebabkan klien sekarang adalah pelajar

tahun 4, klien tidak lagi terlibat dengan persatuan-persatuan tersebut.

Daripada situasi ini juga klien menyatakan dia mendapat kolej kediaman dengan

bilik yang telah ditetapkan untuk pelajar yang terlibat dengan pengurusan. Sebelum ini, klien

amat rapat dengan teman sebiliknya kerana mereka selalu terlibat dengan organisasi yang

sama dan selalu menghabiskan masa mereka bersama-sama. Selain itu, klien juga akan kerap

makan bersama di kafe dengan mereka dan berbual mengenai topik-topik yang agak

mendalam. Walau bagaimanapun, situasi ini berubah apabila kebanyakan rakan-rakan klien

telah menamatkan pengajian dan klien pun diberikan bilik secara rawak pada semester ini.

PERMASALAHAN DAN ISU YANG DIKEMUKAKAN

Permasalahan dan isu yang dikemukakan oleh klien adalah tentang isunya yang

dihadapi dengan rakan sebilik yang baru pada semester ini yang juga merupakan seorang

rakan berbangsa India. Pada awalnya klien agak terkejut apabila diberikan rakan sebilik yang

berbangsa India tersebut kerana tidak pernah berpengalaman sebilik dengan rakan yang

berbangsa India. Lebih-lebih lagi, klien juga mempunyai tanggapan yang agak negatif

terhadap rakan yang berbangsa India kerana telah mendengar cerita daripada rakan-rakan

yang lain terhadap rakan-rakan yang berbangsa India dimana tanggapan klien adalah mereka

5
ini mempunyai sikap yang hanya bergaul dengan sesama bangsa sendiri sahaja dan juga

mereka kerap bercakap dengan kuat dan lantang.

Pada awalnya, klien ada berfikiran bahawa ingin berkawan dengan rakan sebiliknya

itu dan klien beranggapan bahawa mungkin juga dia dapat menambah pengalaman berkawan

dengan rakan berbangsa India dan banyak belajar daripada rakan sebiliknya itu. Namun, klien

dapat merasakan bahawa rakan sebiliknya itu seperti tidak ingin berkawan baik dengannya

dan ditambah pula dengan perangai rakan sebiliknya itu yang kurang menyenangkan bagi

klien.

Antara kelakuan rakan sebiliknya yang kurang menyenangkan itu adalah rakan sebilik

klien ini suka meletakkan barang di sembarangan tempat sahaja tanpa memikirkan perasaan

klien dan tanpa memikirkan kebersihan bilik berdua. Klien juga menyatakan bahawa rakan

sebiliknya itu suka memakai barangan klien tanpa bertanya terlebih dahulu dan kemudian

meletakkannya di tempat yang sembarangan. Rakan sebiliknya juga pernah meletakkan tuala

yang lepas digunakan diatas katil klien dan semua perkara ini menimbulkan perasaan yang

kurang menyenangkan terhadap diri klien.

Selain itu, kelakuan lain yang mengganggu diri klien yang dilakukan oleh rakan

sebiliknya itu adalah apabila rakan sebiliknya itu membawa rakan-rakan India yang lain

untuk dating kebilik mereka dan bercakap dengan kuat dan lantang apabila bercerita. Perkara

ini menganggu diri klien apabila rakan sebiliknya itu meluangkan masa bercerita dengan

rakan-rakannya itu apabila klien hendak tidur pada waktu malam.

Seterusnya, klien juga ada meluahkan kepada kaunselor tentang rakan sebiliknya itu

yang melakukan sembahyang dibilik mereka tanpa memberitahu klien terlebih dahulu dan

klien merasakan perkara itu juga agak menganggu diri klien kerana klien tidak dapat

membuat persediaan awal jika hendak bergerak di dalam bilik atau hendak ke tandas semasa

6
rakan sebiliknya itu melakukan sembahyang. Klien juga sedikit rasa terganggu apabila rakan

sebiliknya membakar kayu setanggi untuk sembahyang yang mengeluarkan asap dan bau-

bauan yang kurang menyenangkan. Kien menyatakan bahawa alangkah baiknya jika rakan

sebiliknya itu memberitahunya terlebih dahulu sebelum melakukan sembahyang agar klien

dapat menghormatinya dan membuat persediaan awal jika hendak bergarak-gerak di kawasan

bilik mereka itu.

Klien juga menyatakan bahawa klien dan rakan sebilik tidak mempunyai hubungan

yang mesra dan rapat kerana sikap rakan sebiliknya yang kurang menunjukkan sikap ingin

berkawan dengan klien seperti rakan-rakan sebilik klien yang sebelum-sebelum ini dimana

klien boleh membina hubungan yang mesra dan rapat walaupun klien pada awalnya ingin

membina hubungan yang baik dengan rakan sebiliknya yang baru pada semester ini tidak kira

bangsa atau agama.

Menurut teori Pemusatan Klien, kaunselor perlulah menjadi seorang pendengar yang

baik dan mewujudkan suasana sesi kaunseling yang sangat teraputik supaya dapat membantu

klien meluahkan perasaan dan permasalahan yang dihadapinya dengan terbuka tanpa

perasaan teragak-agak. Daripada sesi kaunseling ini, kaunselor pelatih Berjaya melaksanakan

sesi kaunseling yang teraputik dan kaunselor pelatih dapat menunjukkan sikap menjadi diri

sendiri apabila bersama dengan klien dan perkara ini membantu klien untuk menjadi diri

sendiri juga dalam berkongsi masalahnya dengan kaunselor pelatih. Kaunselor pelatih juga

menunjukkan empati yang tinggi terhadap semua penceritaan klien dari awal sehingga akhir

dan kaunselor sangat memahami permasalahan yang dibawakan oleh klien. Selain itu,

kaunselor pelatih juga menerima tanpa syarat terhadap diri klien dengan isu yang dibawakan

oleh klien ke dalam sesi iaitu isu yang sangat berkait rapat dengan isu berlainan budaya.

Kaunselor tidak sedikit pun memberikan komen yang buruk atau menghakimi diri klien

terhadap isu yang dibawanya malahan kaunselor pelatih mempunyai ilmu pengetahuan yang

7
mencukupi untuk membantu diri klien dalam mencari jalan penyelesaian dan mendengar

luahan klien tentang multibudaya.

BAGAIMANA KAUNSELOR MEMBANTU KLIEN

Terapi pemusatan klien ialah sejenis kaunseling atau psikoterapi yang menumpukan

kepada membantu klien untuk menjadi lebih peka dan lebih kepada menerima diri mereka

sendiri. Terapi jenis ini menekankan kapasiti klien untuk penentuan diri, refleksi diri, melihat

klien sebagai autoriti utama terhadap pengalaman yang dialami sendiri. Dalam terapi

pemusatan klien, kaunselor sebagai fasilitator yang menyediakan penerimaan dan

penyokongan di sekeliling untuk klien bagi meneroka perasaan dan pemikiran tersendiri.

Kaunselor juga tidak memandang diri mereka sebagai seorang pakar atau autoriti.

Walaubagaimanapun, kaunselor bekerjasama dengan klien untuk membantu mereka

memahami dengan lebih baik tentang pengalaman dan membangunkan cara yang diperlukan

untuk menghadapi cabaran mereka.

Terdapat beberapa elemen penting dalam terapi pemusatan klien iaitu penerimaan

tanpa syarat, ketulenan, dan empati (Wilkins,2016). Ianya adalah antara elemen yang

terpenting dalam terapi pemusatan klien. Dalam sesi ini, kaunselor menerima seadanya klien

dan menyediakan sokongan walau apa pun yag dilalui klien. Selain itu, ketulenan di mana

kaunselor perlu berasa selesa untuk berkongsi perasaannya dengan klien. Ini bukan sahaja

akan menyumbangkan kepada perhubungan yang sihat dan terbuka antara kaunselor dan

klien malah ia turut menyediakan klien dengan model komunikasi yang baik serta

menunjukkan bahawa adalah tidak mengapa untuk menjadi seorang yang meluah.

Seterusnya, pemahaman yang empati di mana kaunselor harus berempati terhadap

klien di mana keduanya membentuk perhubungan teraputik yang positif dan menjadi ibarat

cermin yang menggambarkan perasaan dan pemikiran klien kepada mereka sendiri. Hal ini

8
demikian akan membenarkan klien untuk memahami diri mereka sendiri dengan lebih baik.

Dalam sesi ini, kaunselor menjadi seorang pendengar yang sangat efektif sehingga klien

mengucapkan terima kasih kepada kaunselor kerana sekurang-kurangnya mendengar apa

yang dirasakan klien.

Selain itu, seorang kaunselor juga perlu mempertimbangkan etika dan prinsip moral

semasa menyelesaikan isu etika. Terdapat beberapa prinsip etika yang diamalkan oleh

kaunselor iaitu autonomy, justice dan fidelity. Menurut Welfel (2013), prinsip autonomi

berkait dengan kebebasan perlakuan seseorang dan maruah seseorang klien di mana klien

bebas untuk membuat sebarang keputusan dalam isu mereka dan bertanggungjawab ke atas

pilihan mereka. Sebagai contoh, kaunselor menggunakan kemahiran kaunseling mendengar

dan melayan dengan baik serta penerimaan tanpa syarat supaya klien berasa selamat untuk

berkongsi isunya tanpa rasa dihakimi.

Prinsip justice pula ialah tanggungjawab kaunselor untuk bersikap adil, mengelakkan

bias dan tiada diskriminasi seperti etika peribadi kaunselor dan implementasi keadilan yang

sesuai dalam perhubungan kaunseling. Sebagai contoh, kaunselor bersikap adil dan saksama

terhadap klien apabila menggunakan kemahiran konfrontasi lembut untuk menyedarkan

kepercayaan klien tersendiri dan memberi kesedaran kendiri tentang sikap klien terhadap

rakan sebilik dan apa yang perlu dilakukan oleh klien.

Akhir sekali, prinsip fidelity iaitu memberikan kesetiaan dan melakukan

penghormatan komitmen terhadap klien. Klien boleh mempercayai kaunselor dan mempunyai

kepercayaan dalam perhubungan teraputik jika inginkan pertumbuhan dalam sesi kaunseling.

Oleh itu, kaunselor mesti berhati-hati untuk tidak mengancam hubungan teraputik atau

meninggalkan klien tanpa penamatan begitu sahaja. Sebagai contoh, kaunselor berjaya

melakukan sesi dengan membina hubungan teraputik dan penerokaan serta ada sesi yang

berterusan.

9
Oleh itu, kaunselor yang mengamalkan kaunseling pelbagai budaya juga mengambil

kira dinamik kuasa antara klien dan kaunselor, dan berusaha untuk memastikan keperluan

dan minat klien ditangani. Kaunselor boleh membantu klien untuk mengenal pasti faktor

sosial dan budaya yang mungkin mempengaruhi kehidupan mereka, dan untuk

membangunkan strategi yang berkesan untuk menguruskan faktor-faktor ini. Kaunselor

kompeten dari segi budaya menyedari bahawa setiap individu adalah unik dan mereka

membawa pelbagai latar belakang dan pengalaman ke sesi kaunseling. Mereka dapat

menyesuaikan diri dengan keperluan pelanggan mereka dan mewujudkan persekitaran di

mana semua individu berasa selamat dan diterima. Dalam sesi ini, kaunselor menggunakan

kemahiran soalan terbuka kepada klien untuk mendalami tentang isu klien tanpa membuatkan

klien kurang selesa.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, sesi kaunseling yang telah dijalankan dengan klien telah

menunjukkan pelaksanaan sesi kaunseling dari perspektif pelbagai budaya. Perkara ini dapat

dilihat dari segi perbezaan budaya antara klien dengan kaunselor dan juga dari segi perbezaan

budaya klien dengan rakan sebiliknya yang menjadi isu yang dibawakan dalam sesi tersebut.

Isu klien ini dikendalikan dari perspektif Teori Pemusatan Insan (PCC) bagi membantu klien

berhadapan dengan isunya. Pelaksanaan kaunseling pelbagai budaya dapat membantu klien

menyesuaikan diri dengan persekitaran di biliknya dan sedikit sebanyak membantu klien

mencapai matlamat dan menyelesaikan isu sebenarnya.

Kajian-kajian lepas juga menunjukkan penggunaan teori PCC dapat membantu klien

mencapai matlamat sesi. Pada masa yang sama, mengambil kira aspek perbezaan budaya dan

pemikiran antara kaunselor dengan klien dan juga klien dengan teman sebiliknya.

10
11
RUJUKAN

Fuertes, J. N., & Brobst, K. (2002). Clients’ ratings of counselor multicultural competency.
Cultural Diversity & Ethnic Minority Psychology, 8, 214-223.

Rafida, A.M.J., Simmonds. J.G., Greenway, P., & Barkatsas, T., (2020), Exploring
Counsellors’ Understanding and Practice of Multicultural Counselling in Malaysia,
Journal of Nusantara Studies, Vol 6(1), 323 – 350.

Rafida, A.M.J., (2017), Perceived Multicultural Counseling Competence of Malaysian


Counselors: An Exploratory Study, Journal of Multicultural Counseling and
Development, Vol 45, 127 – 148.

Sue, D. W., Arredondo, P., & McDavis, R. J. (1992). Multicultural counselling competencies
and standards: A call to the profession. Journal of Counselling and Development, 70(1),
477-486.

Welfel, E. R. (2013). Ethics in Counseling and Psychotherapy (2nd ed.). Pacific Grove, CA:
Brooks/Cole.

Wilkins, P. (2016). Person-centred therapy: 100 key points. Routledge, Taylor & Francis
Group.

12

You might also like