Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

MAKLUMAN KEHADIRAN MURID LEWAT KE SEKOLAH DAN TINDAKAN

YANG AKAN DIJALANKAN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Kepada ibubapa/penjaga yang dihormati.
Salam Transformasi

1. Unit Disiplin telah mendapati jumlah murid yang sampai lewat ke sekolah agak membimbangkan.

2. Keadaan ini didapati sudah berlarutan agak lama dan pihak kami mengesan murid yang terlibat
ialah murid yang sama.

3. Oleh itu, sebagai tindakan awal, pihak kami akan mengeluarkan Surat Peringatan dan kepada murid
terbabit.

4. Terdapat tiga peringkat Surat Amaran dan Tunjuk Sebab iaitu ;


4.1 Surat Peringatan (Pertama)
4.2 Surat Amaran (Kedua)
4.3 Surat Tunjuk Sebab (Ketiga)

5. Sekiranya murid tersebut menerima Surat Amaran dan Tunjuk Sebab (Ketiga), tindakan selanjutnya
ialah MEREKODKAN KESALAHAN tersebut ke dalam SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM).

6. Implikasi daripada catatan SSDM tersebut , rekod ketidak akuran murid mengenai ketepatan masa
akan tercatat dalam sijil SSDM.

7. Oleh yang demikian, pihak sekolah amat berharap ibubapa/penjaga mengambil maklum hal ini
supaya tidak memberi kesan negatif terhadap rekod SSDM yang akan dibawa ke sekolah
menengah anak-anak tuan/puan.

8. Langkah ini akan dikuatkuasakan bermula 16 Januari 2023.

Harap maklum, terima kasih.

' Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 '


' TS 25: Penggerak Pembelajaran Bermakna '

ABD.RASHID BIN RAZALI #staysafe


GURU BESAR #kitajagakita
11 JANUARI 2023 #LindungDiriLindungSemua

You might also like