Minit ASRAMA 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ASRAMA SMK TAR

BIL 1/2021

TARIKH/HARI :18 MAC 2021


MASA :3.00 PETANG
TEMPAT :BILIK GERAKAN, SMK TUANKU ABDUL RAHMAN
PENGERUSI : NOOR HASLIN BIN MOKSIN

KEHADIRAN :
1. En Noor Haslin Bin Moksin (GPK 1)
2. Pn.Sakdiah binti Mohd Kasim( GPK HEM )
3. Pn.Norasyikin binti Mohd Aris ( GPK T6)
4. En. Muhamad Shamil Bin Rahman (Warden Asrama)
5. Cik. Nabilah Binti Mohd Nasir (Warden Asrama)
6. Cik Mariam binti Salleh (Setiausaha Asrama)
7. Cik Nur Syazwani bt Noor Suhaimy (penyelia)
8. Pn.Nurthurayya Binti Mat Zin (Kaunselor)
9. En.Muhd Iliah bin Muhammad Nor
10. Pn.Natrah binti Mohd Mansor
11. En.Nor Ehsan Bin NordIn
12. En. Amir Imran bin Muhammad
13. Cik.Nur Izzati Husna Binti Abdul Nasir

AGENDA
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
Asrama SMKTAR kerana hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Asrama kali
pertama.
1.2 Semua guru harus memberi kerjasama supaya dapat mengupayakan ke
arah kecemerlangan sahsiah murid-murid asrama.
1.3 Semua guru adalah guru asrama dan perlu bertanggungjawab terhadap
pembangunan sahsiah dan akhlak murid-murid asrama.
1.4 Warden dan penyelia perlu memastikan murid-murid asrama berdisiplin
mengikut jadual harian seperti yang telah ditetapkan.

1
Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Dicadang oleh : Cik Nur Syazwani bt Noor Suhaimy
Disokong oleh : En.Muhd Iliah bin Muhammad Nor

3.0 Perkara-Perkara Berbangkit


Tiada

4.0 Isu atau perbincangan


4.1 Perancangan Program Asrama

4.1.1 Melantik Exco Asrama - Pn. Sakdiah menyatakan bahawa warden perlu
melantik jawatan Exco Asrama bagi sesi 2021 untuk keperluan semasa
pembukaan sekolah pada bulan April.

4.1.2 Jadual Prep Asrama- Guru perlu mengawas di asrama seperti yang
ditentukan dalam jadual bagi memastikan pelajar belajar dan berdisiplin .

4.1.3 Jadual gotong –royong untuk pelajar perlu diwujudkan bermula bulan
April. Gotong-royong wajib diadakan setiap minggu

4.1.4 Oreintasi Asrama perlu diadakan pada hari minggu mengikut kesesuaian
warden. Warden perlu merancang dan menyediakan kertas kerja untuk
melaksanakan program.Dalam program ini pengerusi meminta PK HEM dan
jawatankuasa asrama memberi taklimat berkenaan peraturan asrama, disiplin
dan salah laku murid dan kesannnya kepada pelajar yang lain.

4.1.5 Latihan kebakaran boleh dilaksanakan pada waktu malam dengan


melibatkan pihak bomba. Oleh itu, pelaksanaan program memerlukan kertas
kerja dan laporan program. Latihan kebakaran boleh dilakukan sebanyak 2 kali
setahun.

2
4.1.6 Program penghayatan bulan Ramadhan seperti taddarus al-Quran.
Tarawih dan iftar Ramadhan boleh disemarakkan pada bulan ini untuk mengisi
masa yang berfaedah bersama pelajar.

4.1.7 Pengerusi menyatakan bahawa OPPM perlu diwujudkan untuk membuat


semakan program asrama dan pelan intervensi asrama.

4.1.8 Pengerusi meminta warden dan guru bertugas memantau disiplin pelajar
asrama semasa bertugas.
Tindakan : warden asrama dan guru-
guru

4.2 Pendaftaran Asrama

4.2.1 Pelajar yang hadir perlu membuat saringan kesihatan dan akan
mendaftar di dewan Leftenan Adnan. Dua kaunter pendaftaran akan dibuka
untuk bayaran yuran asrama dan pendaftaran kemasukan ke asrama.

4.2.2 Pembelian keperluan asrama akan di jual di kios asrama dan akan
dikendalikan oleh wakil koperasi asrama.

4.2.3 Hanya anak sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar dan masuk ke
dalam dewan.Ibu bapa tidak dibenarkan menemani anak masing-masing.

4.2.4 Pn.Sakdiah mengingatkan penyelia asrama supaya penyediaan


makanan perlu disiap awal agar murid dapat makan tengah hari mengikut
waktu yang ditetapkan. Seterusnya, ibu bapa pelajar pula perlu membuat
pengesahan saringan kesihatan.

Makluman

4.3 SOP Pembukaan Asrama

4.3.1 Asrama akan disanitasi sebelum pelajar mendaftar masuk.

3
4.3.2 Bilik Isolasi untuk pelajar perlu diwujudkan untuk keselamatan dan
kesihatan pelajar Penyelia asrama boleh menggunakan bilik rekreasi
untuk mewujudkan bilik isolasi.

4.3.3 Pn, Sakdiah memaklumkan bahawa ibu bapa pelajar tidak boleh

datang melawat ke asrama semasa hari minggu.

Tindakan : penyelia asrama dan warden

5.0 Hal-hal lain

5.1 Program Hafazan Ayat-ayat Lazim perlu diadakan dengan pemantauan


oleh guru-guru agama.

5.2 Warden asrama diminta merancang program orientasi asrama yang perlu
diadakan pada awal tahun untuk memberikan pengetahuan asas dan rasa
kebersamaan antara penghuni asrama.

5.3 Solat Jumaat yang melibatkan pelajar asrama ditangguhkan sehingga


KPM mengeluarkan arahan seterusnya.

5.4 Jadual penggiliran guru bertugas untuk pemantauan asrama akan


bermula pada hari pertama sesi persekolahan 2021. Jadual bermula pada
hari Ahad malam sehingga Jumaat petang.

5.5 Pn.Sakdiah mengingatkan warden agar menjelaskan dan memberi


penerangan secara terperinci kepada murid hal yang berkaitan peraturan
dan disiplin asrama. Penjelasan ini boleh dilaksanakan pada minggu
pertama sesi persekolahan.

4
Makluman

6.0 Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas komitmen guru-guru asrama
serta penyelia asrama terhadap sumbangan dan jasa terhadap asrama
SMKTAR. Mesyuarat ditangguh pada jam 4.35 petang

Disediakan oleh:
……………………………………….
(MARIAM BINTI SALLEH)
Setiausaha Asrama SMKTAR

You might also like