Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

9 APRIL 2017 (AHAD)


‫ و بركاته‬ ‫ هللا‬ ‫ و رحمة‬ ‫ عليكم‬  ‫السالم‬..‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.. 
(JAMALIAH)
Dan salam satu malaysia

Yang  berusaha, En Ismail bin Ibrahim Guru Besar  SK Kubang Kerian 2


Yang  dihormati, En Abdul Aziz Bin Haron, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Salihah bt Zakaria, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Pn Aliza bt Draman, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Anak-anak murid yang diraikan sekalian

Nyanyian lagu NegaraKu, Selamat sultan dan lagu sekolah.


Semua diminta berdiri
(lagu)

Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2017 penuh ceria

Bersyukur kita ke hadrat illahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul di dewan
terbuka sk kubang kerian 2 pada pagi ini bagi meraikan program yang amat bermakna iaitu Majlis
Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2.

Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan penuh kehambaan
kepada-Nya,.. untuk itu, majlis menjemput alfadhil Us Mohd Zakin bin Yaacob untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.......                               

 Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Anak Melayu menaiki beca

Mengubat hati si pencinta desa

Tangan telah ditadah doa telah dibaca

Moga program diberkati sentiasa

1
TEKS UCAPAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
9 APRIL 2017 (AHAD)
Terima kasih diucapkan kepada alfadhil Us Mohd Zaki bin Yaacob atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian,

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Kem Membaca 1Malaysia yang bertujuan untuk
mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan
dengan pembacaan dalam kalangan murid.
Program KM1M 2017 telah diadakan selama tiga hari yang lepas iaitu pada 4 hingga 6 April 2017 dengan
tema "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia". Majlis pelancaran KM1M peringkat Kebangsaan telah
diadakan pada 4 April di Audiotorium BTP,KPM

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan hormat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha,En Abdul Aziz bin Haron, Penolong
Kanan Pentadbiran, sk kubang kerian 2 untuk menyampaikan ucapan perasmian. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan#.........
(Ucapan)

Buah Longan beli sekati,


Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha,En Abdul Aziz bin Haron, Penolong Kanan Pentadbiran,
sk kubang kerian 2 atas ucapan perasmian itu tadi.

Seterusnya.. majlis ke aktiviti jom baca 10 minit


Skrip spontan.

Ribuan kemaafan kami berdua pohon andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa
Barakatuh.

(JASIKA)

2
TEKS UCAPAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
9 APRIL 2017 (AHAD)

You might also like