Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

SULIT 011

UPSR

BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN - 011
Bahagian A
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A , setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 1
BAHAGIAN A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 8 5 “ Hamba hanya ______ titah perintah


Isi tempat kosong dengan jawapan yang baginda tuanku,” kata Hang Tuah.
paling sesuai.
A menganugerahi
B menjunjung
1 Cikgu Nooly meminta murid-murid
C menghadap
berkumpul di tepi Dewan Sri Gemilang. D merafak
________ mengarahkan __________
membuat tiga barisan. 6 ______ negara ini berpunca daripada
perpaduan antara pelbagai kaum yang
A Dia … kita
wujud dalam kalangan rakyat.
B Dia … kalian
C Beliau … kami A Suburnya
D Beliau … mereka B Hancurnya
C Makmurnya
2 Ketika melihat pergaduhan itu, adik D Kecundangnya
berkata, “ _______, sungguh malang
7 Kesan ______ membantu menimbulkan
nasib pemuda itu !”
suasana yang ceria dalam filem yang
A Cis diarahkan oleh pengarah yang tersohor
B Aduh itu.
C Amboi
A tatakerja
D Aduhai
B tatarakyat
C tatabahasa
3 ______ polis itu sedang menyampaikan D tatacahaya
taklimat kepada para wartawan tentang
kejadian rusuhan di pusat tahanan itu. Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

A Jurutera
B Juruulas
C Jurucakap
D Jurubahasa

4 Buaya besar itu _______ ekornya 8 Sebagai pengurus syarikat pelancongan


sebelum membaham mangsanya. yang berpengalaman,Puan Hasmah
sentiasa _____ pakaian kemas dan
A mengebaskan berjenama untuk ______ imejnya.
B mengipaskan
C mengibaskan A melaram .. mengekalkan
B memakai … menghangatkan
D melibaskan
C menyarung … menggandakan
D menampilkan…membesarkan

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 2

9 Setelah mendapat gaji yang lumayan,kini 12 Pilih ayat yang mempunyai


abang mampu melangsaikan semua imbuhan apitan yang betul.
pinjamannya.
Pilih perkataan antonim bagi I Kakak berasa bangga dapat mengajar
melangsaikan di sekolah di kawasan pendalaman.
II Petani itu memperhambakan dirinya
A melunaskan kepada ketua kampung.
B menghabiskan III Puan Salma menghadiahkan anaknya
C menangguhkan sebuah basikal.
D membelanjakan IV Lelaki itu beristerikan seorang puteri
raja.
10
Dia berasa tersinggung terhadap
A I dan III
tingkah laku buruk yang ditunjukkan
B I dan IV
oleh sahabatnya.
C II dan III
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan D II dan IV
pernyataan di atas.
13 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi
A panas hati jawapan yang diberikan.
B berat hati Kerja-kerja menyiapkan sambutan
C jauh hati kemerdekaan itu telah diselesaikan pagi
D iri hati semalam.

11 Pilih ayat-ayat yang menggunakan A Mengapakah sambutan kemerdekaan


perkataan bergaris dengan betul. itu perlu disiapkan pagi semalam?
B Bilakah kerja-kerja menyiapkan
I Serigala itu berundur beberapa tapak sambutan kemerdekaan itu dapat
sebelum beredar. diselesaikan ?
II Masalah pembiakan nyamuk di tapak C Adakah kerja-kerja menyiapkan
pembinaan amat membimbangkan. sambutan kemerdekaan itu telah
III Penyanyi itu tapak segak apabila selesai pagi semalam ?
berambut pendek. D Apakah persiapan sambutan
IV Tapak sirih peninggalan datuknya kemerdekaan itu diselesaikan
telah hilang. pagi semalam ?

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 3

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat 15 Pilih ayat yang betul.
yang diberikan.
A Rumahnya terletak jauh daripada
Usaha melahirkan masyarakat yang
bandar.
bersatu padu dalam pelbagai kaum dapat
B Jangan usah dikenang perkara yang
dipupuk melalui semangat gotong-
lalu.
royong.
C Dari sudut pandangan mereka,
A Semangat gotong-royong dapat perkara itu wajar diutamakan.
memupuk usaha untuk melahirkan D Kebanyakan perabot yang mewah
masayarakat yang bersatu padu itu berasal daripada negara Thailand.
dalam pelbagai kaum.
B Masyarakat yang bersatu padu
dalam pelbagai kaum dapat
mengadakan gotong-royong.
C Pelbagai masyarakat yang bersatu
padu dapat melahirkan semangat
gotong-royong.
D Semangat masyarakat yang bersatu
padu dalam pelbagai kaum dapat
dipupuk dengan adanya usaha
gotong-royong.

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 4

Soalan 16 hingga 20
Baca nota di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Yusri,
1. Petang ini pasukan hoki sekolah kita akan mengadakan perlawanan persahabatan
di padang Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering.
2. Pada pukul 4.00 petang nanti, semua pemain mesti berada di padang sekolah berkenaan.
Perlawanan dijangka diadakan tiga puluh minit kemudian.
3. Sila arahkan pemain berkumpul di tempat letak kereta sekolah kita. Bas akan dating untuk
membawa kamu ke sana pada pukul 3.30 petang.Perjalanan dijangka mengambil masa
setengah jam.
4. Ambil jersi berwarna hijau kerana pasukan lawan akan memakai jersi berwarna kuning.
Pastikan bilangan jersi mencukupi dan lengkap bernombor. Jangan pula lupa membawa
kayu dan bola hoki. Barang-barang tersebut disimpan dalam stor. Kunci ada pada Cikgu
Linda.
5 Ambil minuman di kantin dan bawa bersama ke sana. Cikgu sudah uruskan soal ini dengan
pengusaha kantin. Cikgu akan datang ke sana tetapi lewat sedikit kerana cikgu ada
mesyuarat. Jangan bimbang. Cikgu Linda akan membantu anda semua. Jumpa di sana
nanti, terima kasih
Daripada ; Cikgu Jahnilawati

16 Pukul berapakah perlawanan hoki itu 19 Mengapakah pasukan hoki itu memilih
akan diadakan ? jersi berwarna hijau ?

A 4.00 petang A Supaya mudah dipandang


B 4.30 petang B Supaya kelihatan lebih bergaya
C 4.40 petang C Supaya berbeza dengan pasukan
D 5.00 petang
lawan.
D Supaya pemain-pemain lebih
17 Apakah jawatan Yusri dalam pasukan
bersemangat.
hoki itu ?

A Setiausaha pertandingan 20 Berikut ialah tujuan perlawanan


B Pengurus pasukan persahabatan itu diadakan kecuali
C Ketua pasukan
D Jurulatih hoki A untuk menguji kekuatan pasukan
lawan.
18 Cikgu Linda mungkin sekali B meningkat kecerdasan dan semangat.
C persiapan ke perlawanan akhir.
A guru pengiring kepada pasukan hoki D menambah pengalaman bermain.
B guru pendidikan jasmani
C guru rumah sukan
D guru kokurikulum

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 5

Bahagian B
[ 30 markah ]

Soalan 21

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjdoh bilangan yang betul berdasarkan ayat di bawah.

( i ) Maslia menerima ________ surat daripada sahabatnya yang berada di Johor.


sehelai ( ) sepucuk ( ) sekeping ( )

( ii ) Puan Nor Zakiah mengambil ________ payung untuk digunakan kerana


hujan turun dengan lebat pada hari itu.
sekaki ( ) sebatang ( ) sebuah ( )

[ 2 markah ]

( b ) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

( i ) “ ________ mesti belajar bersungguh-


Kamu
sungguh sehingga berjaya,” pesan
Cikgu Haslinda kepada Suraya.

( ii ) Encik Shukri sudah lama memegang


jawatan sebagai pengurus dalam
Baginda
syarikat itu. ________ merupakan
seorang yang tegas semasa
menjalankan tugas.

( iii ) __________ akan berangkat ke


Mereka
majlis sambutan Hari Kemerdekaan
yang diadakan pada tahun ini.

( iv ) _________ sedang berlatih dengan


bersungguh-sungguh sebagai
Beliau
persiapan untuk pertandingan bola
sepak yang akan diadakan nanti.

[ 3 markah ]

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 6

( c ) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Murid-murid keluar ( daripada , pada , dari ) dewan peperiksaan setelah


menghantar kertas jawapan masing-masing.

( ii ) Sesi ( temu duga , temu ramah , temu bual ) untuk mengisi kekosongan jawatan
setiausaha di syarikat tersebut bermula pada pukul sembilan pagi.

[ 2 markah ]

Soalan 22

Pilih perkataan yang paling sesuai diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

kerana atau kepada tetapi

supaya kecuali akan malahan

Rakan-rakan sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih _____________ kawan-
kawan sudi datang ke majlis hari jadi saya yang tidak seberapa ini. Kehadiran kawan – kawan tentulah
______________ memeriahkan lagi majlis pada malam ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada
kawan-kawan yang telah memberi hadiah ________________ saya. Hadiah-hadiah ini akan saya
simpan sebagai suatu kenangan yang manis. Hari ini genaplah umur saya dua belas tahun. Di sini
saya ingin menasihati kawan-kawan ______________ belajar rajin-rajin agar cita-cita kita tercapai.
Di samping kita bergembira, janganlah kita leka. Pelajaran itu sangat penting untuk masa depan kita.
Semoga kawan-kawan akan menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.

[ 4 markah ]

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 7

Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Ikan kelisa sangat dihargai oleh orang-orang Melayu. Mereka sanggup membayar beribu-ribu ringgit
untuk mendapatkan ikan ini. Bagi mereka, ikan kelisa boleh menarik perhatian orang yang
melihatnya.
Keistimewaan ikan kelisa menyebabkan pemiliknya jarang menjadikan ia sebagai lauk. Ia
dibela bagai menatang minyak yang penuh oleh pemilik-pemiliknya. Mereka bangga menunjukkan
ikan ini kepada para tetamu yang melawat ke rumah, Memelihara ikan ini bukanlah mudah.Ia
memerlukan balang yang besar dan belanja membeli makanannya juga mahal.
Ikan kelisa sukar didapati.Ia ialah sejenis ikan air tawar yang dapat membesar sehingga satu
meter dan beratnya mencapai 7.5 kilogram.Ia terdapat berbagai-bagai warna. Ada yang berkilat
keemasan, ada yang merah dan ada pula yang putih berkilat seperti perak.
Ikan ini hidup di tasik-tasik terpencil di kawasan yang berhutan. Tasik Bera,Pahang dikatakan
mempunyai banyak ikan kelisa. Peminat-peminat ikan kelisa akan ke tasik Bera untuk menangkap
ikan dengan menggunakan peralatan yang sesuai.
Pihak pengurusan Zoo Negara juga mempamerkan ikan kelisa sebagai satu cara untuk menarik
pengunjung supaya datang ke tempat tersebut.

(a) Nyatakan dua jenis warna yang terdapat pada ikan kelisa.

i. ________________________________________________________________________
ii. ________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

( b ) Mengapakah ikan kelisa dianggap istimewa oleh sesetengah masyarakat Melayu ?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 8

(c) Pada pendapat kamu,bolehkah ikan kelisa dijumpai di Laut Cina Selatan ?
Mengapa ?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

Soalan 24

Baca jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

JADUAL TUGASAN HARIAN


Kelas : 6 Bestari
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Taman Indah

Hari Sapu Sampah Lap Cermin Susun Perabot Padam Papan Tulis
Ahad Amin Arina Nazhan AzMI
Salma Nasrullah Syamimi Farhan
Isnin Asri Nazmi Harun Azhar
Zaidi Aisyah Masrul Aman
Selasa Fikri Sukri Salman Ali
Ahmad Nazirah Azura Muhammad
Rabu Idrina Zahirah Roslina Syafiqah
Dafi Nabila Salmi Normi
Khamis Manja Hilmi Hasaan Akhmar
Norhayati Rosni Shukri Samsul

Perhatian :
1. Murid-murid yang bertugas hendaklah datang setengah jam lebih awal sebelum
loceng masuk ke kelas dibunyikan.
2. Murid-murid dikehendaki menggunakan peralatan yang disediakan di dalam
kelas.
3. Murid-murid dikehendaki menjalankan tugasan secara bekerjasama dengan
rakan setugas.
4. Pastikan bilik darjah anda bersih dan ceria setiap masa.

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 9

( a ) Murid yang bertugas mengelap cermin pada hari Rabu ialah

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[ 1 markah ]

( b ) Mengapakah murid-murid yang bertugas dikehendaki datang tiga puluh minit lebih awal
sebelum loceng masuk ke kelas dibunyikan ?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

( c ) Pada pendapat kamu, mengapakah murid-murid mesti menjaga keceriaan kelas mereka ?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 10

Soalan 25

Baca iklan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan


ayat yang lengkap.

ZOO KELANTAN

JADUAL KUNJUNGAN

DIBUKA 6 HARI SEMINGGU


( SABTU HINGGA KHAMIS )
ZOO DITUTUP PADA HARI JUMAAT

MASA KUNJUNGAN :
9.00 pagi - 4.00 petang
HARGA TIKET :
Dewasa : RM 10.00
Kanak-kanak : RM 5.00

AMARAN :

1. Pelawat tidak dibenarkan memetik atau merosakkan


tanaman yang terdapat dalam zoo.
2. Pelawat tidak dibenarkan memberi makanan kepada KUNJUNGILAH
binatang yang terdapat dalam zoo. ZOO KELANTAN
3. Kanak-kanak hendaklah sentiasa diawasi oleh ibu
bapa atau penjaga semasa berada di zoo.
4. Pengunjung yang mempunyai tiket sahaja
dibenarkan masuk ke kawasan zoo.

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6
SULIT 011

Set 2 - 11

(a) Zoo Kelantan tidak dibuka kepada pengunjung pada hari

_______________________________________________________________________
[ 1 markah ]

( b ) Mengapakah pihak pengurusan Zoo Kelantan tidak membenarkan pengunjung memberi


makanan kepada binatang dalam zoo ?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

( c ) Pada pendapat kamu, mengapakah pengunjung Zoo Kelantan dikehendaki mematuhi


amaran yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan zoo ?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

B.MELAYU(PEM)-TAHUN 6

You might also like